Anda di halaman 1dari 58

Kanak-kanak dan Seni Lukis

PENDAHULUAN Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkatperingkat perkembangan yang artistik. Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.

PENGENALAN

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: kanak-

(a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

(d) Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat - menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

KANAK-KANAK DAN LUKISAN

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak

sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa.

Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Melukis sebagai Medium Komunikasi. Di sini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya institusi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata .

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk 4

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

Melukis sebagai Medium Komunikasi. Di sini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ia dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan.

Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk: Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan.

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem).Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanakkanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej

yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Latihan

dan

projek

yang

bersifat

terbuka

dapat

membantu

murid

untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. KREATIVITI DAN KANAK-KANAK Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Kreativiti berasal daripada perkataan latin iaitu creare yang bermaksud membuat. Manakala dalam bahasa Greek pula disebut sebagai creare membawa maksud memenuhi. Menurut Kamus Dewan (2002), kreativiti adalah kemampuan mencipta daya kreatif, manakala kreatif pula bermaksud berkebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Justeru, kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.

Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin

mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan rangsangan yang sesuai untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing-masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika. Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing-masing. Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, menggalakkan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa. Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti pemprosesan hasil kerja berbentuk lukisan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik dan se kaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan sentuh dapat dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh mereka. 7

Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehan gunaan bilik darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti. Menurut Winner (2000), pencapaian seseorang dalam bidang seni sangat penting bagi pencapaian kerjaya agar ia sentiasa berada pada tahap tinggi seperti dalam bakat seni. Kreativiti kanak-kanak dalam seni visual dari segi kemahiran teknikal adalah berkaitan dengan kebolehan dan kemampuan untuk memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan sesuatu tujuan atau idea yang telah dicadangkan. Hal ini mungkin termasuk juga penggunaan sumber media seperti seni cetak, lukisan dan arca-arca seni. Tambahan pula, kemahiran ini merupakan petunjuk yang dilihat amat ketara dalam pendidikan seni visual dan dapat diluahkan terus untuk mewujudkan tafsiran realistik yang mewakili konsep abstrak. Menurut Lowenfeld (1963), kemahiran teknikal banyak berkaitan dengan peringkat pembinaan kemajuan. Oleh itu, kebanyakan penulis muda menganggap kemahiran teknikal adalah terhad bagi mereka dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Menurut Winner (1986 & 2007), kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Seni Visual dari segi pemikiran visual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memahami dan mentafsir maklumat berkaitan seni visual. Hal ini termasuk kesedaran estetik dan keupayaan untuk melihat serta mengkritik unsur-unsur artistik berdasarkan kepada sebuah karya seni berkaitan pengubahan organisasi dalam bahagian seni seperti mewarnai, menggaris dan melukis tekstur. Pemikiran visual juga termasuk keupayaan mencari makna yang nyata dan abstrak dalam sesebuah karya seni atau maklumat visual. Kanak-kanak yang mempunyai pemikiran visual yang tinggi digalakkan melakukan pertimbangan tentang produk yang dihasilkan. Menurut Fredette (1893), kemahiran berfikir secara visual ini adalah lebih kepada bakat seni yang besar. Pemikiran visual boleh di anggap sebagai satu binaan serupa dalam konsep membanding, mengenal pasti, dan mendefinisikan bakat seni yang terdapat dalam diri seseorang pelajar. Kenyataan ini merupakan pendapat Chetelat (1981), Lowenfeld (1947) dan Haroutonian (1995). Terdapat beberapa perkara yang sering diberikan perhatian oleh guru ketika berada di dalam suasana bilik darjah. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran visual yang tinggi sudah tentu akan dapat mentafsir maklumat

visual dengan mudah berbanding rakan-rakan mereka yang mempunyai pemikiran visual yang rendah. Kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam bahagian seni berkeupayaan dengan mudah untuk mentafsir makna dan juga carta- carta yang terdapat dalam seni. Di samping itu, cara lain untuk melibatkan kanak-kanak dalam kemahiran visual ialah dengan menggalakkan mereka belajar mengenai konsep-konsep abstrak berkaitan seni. Walau bagaimanapun menurut Norman Rockwell, penghasilan kerja seni yang sesuai untuk pemikiran visual seperti penghasilan kerja berbentuk naratif termasuk bahan- bahan bercerita dapat menarik minat kanak-kanak terutama di prasekolah. Seterusnya bahagian terakhir dalam bakat seni adalah kreativiti. Kreativiti dapat dilihat dalam bahagian pemikiran visual dan kemahiran teknikal yang merupakan ciri-ciri bebas dalam bakat seni. Hal ini kerana, bahagian kreativiti merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kreativiti juga perlu bagi kanak-kanak untuk mengekalkan pencapaian yang berterusan dalam seni. Menurut Chetelat (1981), Haroutonium (1995) dan Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Manakala menurut Wakefield (1992) pula kreativiti sangat berkait rapat dengan langkah-langkah dalam pemikiran, orientasi artistik dan aspirasi kerjaya. Di samping itu, Poyath turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni tampak berkemampuan dalam menghasilkan karya yang terbaik. Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka dan meluahkan perasaan dalam kreativiti.

PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGUTARAAN TAMPAK KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VICTOR LOWENFELD

LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of FineArts di bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant dalam tentera laut. Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Art Department di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.Selepas 10 tahun beliau telah menjadi head of the newly founded Department of Art Education. Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960. Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan Visual - Haptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh 10

diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas),fleksibel (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekodkan ). Victor Lowenfeld dalam bukunya Teori Perkembangan Kanak kanak menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni alam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14tahun.. Enam tahaptahap ini adalah seperti berikut:
Peringkat Scribbling( contengan ) (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic (Pra skematik) (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Peringkat Preschematic (Pra skematik) (4-7 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

11

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali dengan nama Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti seseorang menggunakan Torrance Test of Creative Thinking. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

12

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Sementara Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni mahupun bidan sains. Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan

konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemukaan teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial. Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut. Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978), yang memetik bahawa sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik. Beliau juga menyatakan bahawa suatu kajian tentang teori-teori peringkat

penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan serta penghalusan idea dan kemahiran media.

13

Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya Multiple Creative Talent, beliau menjelaskan bahawa pembentukan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah kreativiti bersifat ekspresif, kreativiti melalui penghasilan atau teknikal, kreativiti bersifat inventif, kreativiti bersifat inovatif dan kreativiti bersifat imaginatif. Contoh-contoh kreativiti

Iklan kreatif

14

Karya kreatif NILAI-NILAI ESTETIKA Estetika dalam bahasa Greek iaitu aisthetikos merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria. Bagi Bates (2000), estetika adalah satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan dan keindahan. Gazalba (1978), pula menyatakan estetika

merupakan satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan. Lankford (1992), berpendapat bahawa estetika ialah satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk. Ragans (2000), berkata bahawa menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya. Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan karya seni.

15

Abdul Shukor Hashim (1991), melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik. Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan

mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya. Estetika dan kanak-kanak berkait rapat kerana perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa. Menurut Viktor Lowenfeld (1975), perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian denagn kretaiviti yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. Estetik dikaitkan dengan tindak balas spontan terhadap

karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam. Koster (2001), mengutarakan bahawa kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. Guru berperanan untuk memilih karya berkualiti, mempunyai kepelbagaian media dan teknik seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja. Selain itu guru juga perlu menggunakan kepelbagaian gaya, budaya dan artis iaitu dengan memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita. Mempamerkan budaya yang

mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaian nya juga tergolong dalam peranan yang perlu dimainkan oleh guru. Estetika perlu dipelajari untuk menghidupkan suasana aktif pembelajaran dengan menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Meningkatkan Kefahaman terhadap imej dan bahasa visual boleh

membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru. Menyemai kefahaman di antara satu sama lain membolehkan murid Demikian juga

memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza.

meningkatkan keupayaan pemikiran yang memerlukan pelajar membanding beza, menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid menggerakkan daya pemikiran mereka.

16

PENGUTARAAN EKSPRESIF Terdapat beberapa ciri ekspresif. Antaranya adalah memberi peluang untuk bekerja dengan pelbagai bahan, cara dan teknik. Kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Aktiviti seni juga mudah direka untuk Pengutaraan ekspresif dapat

mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak.

ditingkatkan dengan memberi kanak-kanak pengalaman menyentuh, menguli, meramas, menggosok, mendengar, menghidu dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomena juga dapat meningkatkan daya ekspresif. Aktiviti seni juga mudah dilaksanakan melalui aktiviti bermain. Unsur perasaan dalam ekspresi dapat dilihat dengan reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. Ibu bapa dan guru-guru yang menjadi model, penguat kuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku. Penyampaian yang berekspresif oleh guru mahu pun oleh sekolah amat perlu. Untuk itu, gaya pembelajaran perlulah dirangsang kan pada setiap pelajar seperti rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik), rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur), rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok), rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual, kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan) serta rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, da impulsif atau reflektif). Kesimpulannya seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar

menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

17

PERBANDINGAN KONSEP KREATIVITI, ESTETIKA DAN PENGUTARAAN EKSPRESIF Konsep kreativiti telah menerima pelbagai pentakrifan daripada tokoh-tokoh kreativiti. Menurut Kamus Dewan (2002), kreativiti adalah kemampuan mencipta daya kreatif, manakala kreatif pula bermaksud berkebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Justeru, kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Berbeza dengan konsep estetika yang berkait rapat dengan kanak-kanak kerana perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa. Menurut Viktor Lowenfeld (1975), perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanakkanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. Estetik dikaitkan dengan tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam. Ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas. Unsur perasaan dalam ekspresi dapat dilihat dengan reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. Kesimpulannya, meskipun terdapat perbezaan antara ketiga-tiga elemen yang dibincangkan tadi, hakikatnya setiap satu di antaranya saling berkait rapat antara satu sama lain. Realitinya, konsep kreativiti yang diutarakan oleh Lowenfeld dan tokoh-tokoh lain dalam seni kanak-kanak dapat menimbulkan nilai-nilai estetika (keindahan). Sehubungan itu, Paparan konsep kedua-duanya akan mengutarakan ekspresif pada perasaan dan tingkah laku kanakkanak. Tidak kiralah elemen mana yang difikirkan hadir terlebih dahulu, apa yang boleh

diperjelaskan bahawa ketiga-tiganya memberi sumbangan terhadap peningkatan dan perkembangan tumbesaran kanak-kanak.

18

Pandangan Tokoh-tokoh Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat bahawa

persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak sebaliknya kanak-kanak lah yang membina pengetahuan mereka secara aktif untuk membantu kanak-kanak memahami persekitarannya. Perkembangan kanak-kanak berkait rapat antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran mereka. Kreativiti berlaku secara proses yang melibatkan perasaan dalaman dan imaginasi kanak-kanak. Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil juga Demikian juga dengan kebolehan kanak-kanak meluahkan

merupakan proses kreativiti.

perasaan mereka secara lahiriah. Dalam konteks ini, seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat mengenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pelajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Sedar atau tidak kreativiti telah diperkembangkan oleh guru-guru di sekolah sesuai dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak. Dalam usaha untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak itu, maka beberapa aplikasi telah dilakukan oleh guru di sekolah. Antara cara yang diaplikasikan termasuklah Memberikan rangsangan. Rangsangan sangat penting untuk kanak-kanak kerana ianya merupakan

pendorong kepada pemikiran kreatif. Soalan-soalan seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana dan sebagainya boleh diaplikasikan untuk tujuan rangsangan ini. Guru tidak sepatutnya

menyekat idea dengan menghadkan idea kanak-kanak itu walaupun ianya mungkin dianggap tidak logik akal. Kaedah ini sangat sesuai untuk kanak-kanak terutamanya yang mempunyai tahap keyakinan agak rendah dan kurang berani untuk mengekspresikan pendapat mereka sama ada dalam bentuk visual mahupun lisan.

19

Kaedah bimbingan juga banyak diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah. Peringkat ini guru perlulah membimbing murid yang telah menerima rangsangan untuk membuat penerokaan. Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan lebih pengetahuan tentang sesuatu perkara yang mereka temui. Melalui penerokaan inilah pula, kanak-kanak akan dapat meningkatkan lagi daya kreativiti dan seterusnya menjana idea mereka. Sebagai contoh, jika mereka melukis rumah, maka Apabila guru memberi

gambaran asas seperti tingkap dan pintu mesti diaplikasikan.

rangsangan terhadap mereka maka, akan wujudlah rumah yang dihias dengan aksesori seperti langsir, bunga-bungaan, warna yang pelbagai dan sebagainya. Selain itu, kaedah pengolahan dan pemurnian (elaboration and refinement) turut diguna pakai oleh guru-guru di sekolah. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Pelaksanaan kaedah ini dijangkakan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat penambahbaikan kepada hasil yang mereka usahakan. Namun demikian, peranan guru yang mengajar perlulah bersesuaian dan memberi impak yang dapat memastikan keberkesanan kaedah ini. Ada ketikanya, pelaksanaan kaedah ini turut diselitkan dengan kaedah rangsangan yang membuka minda murid. Kaedah penggunaan bahan (execution in a medium) yang pelbagai dan bersesuaian dengan tahap kematangan kanak-kanak dan tajuk juga merupakan cara yang diaplikasikan untuk tujuan mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak. Guru yang mengajar perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik demonstrasi dan tunjuk cara di hadapan murid bagi mengukuhkan lagi penjelasan guru dan membantu pemahaman murid mengenai medium serta tajuk tersebut. Dengan cara ini, murid akan memperoleh pengalaman yang lebih bermakna dan berkesan terhadap pemilihan bahan untuk penghasilan mereka. Kaedah pemerhatian dan peniruan merupakan satu lagi cara yang diaplikasikan oleh guru bagi membolehkan kreativiti kanak-kanak itu berkembang. Kanak-kanak yang berada

pada tahap lemah lebih sesuai untuk pengaplikasian kaedah ini. Namun demikian, seringkali hasil yang dilihat atau diperoleh daripada kanak-kanak tidaklah seperti apa yang kita harapkan. Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak menggunakan persepsi sendiri meskipun ianya satu proses peniruan. Psikomotor kanak-kanak juga merupakan faktor yang menyebabkan hal

sedemikian berlaku.

20

Guru juga biasanya menggunakan aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti bermain atau separa formal. Kanak-kanak yang belajar dalam suasana seronok akan lebih terbuka mindanya. Kreativiti juga boleh dirangsang melalui kaedah bermain dalam bentuk akademik yang sesuai dengan mata pelajaran atau tajuk pada masa itu. Sebagai contoh, guru biasanya menggunakan aktiviti melukis mural dalam kelas mahupun di kawasan sekolah. Guru juga mengaplikasikan penggunaan objek-objek ataupun unsur-unsur yang terdapat di persekitaran sekolah untuk tujuan menjana kreativiti murid. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju. merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. pembelajaran Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakkan murid-murid Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah

dapat

menggunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.

21

Jadual di bawah menunjukkan perkembangan kanak-kanak mengikut Victor Lowenfeld

1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun)

CIRI-CIRI

a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu - Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka -- Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang - Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah) - Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk

menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan) - Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan - Daya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak

b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan - Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan - Wujud koordinasi mata dan tangan - Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan

22

- Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan - Alat contengan dipegang dengan lebih baik - Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng - Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang - Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula menyedari hubungan di antara contengan dengan objek tampak

c) Contengan bermakna - Lewat usia 3-4 tahun - Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas - Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan) - Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik) - Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit

2) PERINGKAT PRA- SKEMATIK (4- 7 tahun) - Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat di persekitaran mereka)

23

- Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya - Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan reprensentasi tampak - Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka - Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan). - Objek dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis - Unsur ruang cuba di nampakkan iaitu berdasarkan objekobjek penyokong yang diletakkan di sekeliling

objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan. - Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa

- Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulang3) PERINGKAT SKEMATIK (7 9 tahun) ulang - Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. - Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. - Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar 24

manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. - Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. - Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, (exegeration). - Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. - Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan digambarkan secara berlebihan

(dekoratif).

4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun)

- mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat - kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina. - Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. - Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan - Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. - Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindantindih objek. - Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). - Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. - Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek. Hijau untuk pokok ,biru untuk langit, kuning 25

untuk tanah dan sebagainya. - Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak - rangsangan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting di peringkat usia ini - Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai. - Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari - Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses

pembelajaran

5)PERINGKAT PENAAKULAN (12-14 tahun)

- Peringkat

Peeudo-natiralistik,

iaitu

lebih

menyedari

tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan - Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. - Lukisannya diolah lebih natural - Memahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat - Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma menggunakan perspektif - Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal.

26

6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun

- Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam

masyarakat. - Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri. - Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. - Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. - Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya. - Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi

Peringkat Skematik (7-9 tahun) Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkataan skema yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Penggunaan simbol di dalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak kekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka seperti rumah. Lukisan-lukisan mereka banyak menggunakan

bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). 27

REFLEKSI DAN APRESIASI LUKISAN KANAK-KANAK

Berdasarkan teori Viktor Lowenfeld dan W. Lambert Brittain dalam Peringkat-peringkat Pengutaraan Tampak Kanak-kanak, peringkat skematik mengkategorikan kanak-kanak yang berumur 7 hingga 9 tahun. Skematik bermaksud konsep yang diulang-ulang. Menurut beliau kanak-kanak mencipta konsep menggunakan simbol-simbol yang bersifat sementara atau tidak kekal. Simbol-simbol ini pula akan berubah mengikut tahap perkembangan seseorang kanakkanak. Simbol-simbol tersebut merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan rasai secara emosi mereka. serta menggambarkannya mengikut tahap serta keupayaan kinestetik

Kanak-kanak pada peringkat ini lebih tertarik untuk melukis gambar manusia dan objekobjek yang menarik perhatian mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini juga gemar

menggunakan bentuk-bentuk geometri seperti bulatan, segi empat, segi tiga, bujur dan sebagainya. Semasa melukis gambar manusia pula mereka lebih menumpukan kepada

bentuk muka daripada bentuk fizikal yang lain. Kebanyakan kanak-kanak ini akan melukis atau menggambarkan bentuk muka manusia ini secara berlebihan (exegeration).

Kefahaman kanak-kanak pada peringkat skematik tentang ruang

pula digambarkan

melalui satu garis dasar satah. Ini bermakna bahawa kanak-kanak peringkat ini hanya melukis semua objek pada lingkungan garis tersebut sahaja. Di katakan bahawa kanak-kanak pada peringkat skematik ini belum menguasai konsep ruang hadapan , ruang tengah dan ruang belakang. Demikian juga halnya dengan ruang atas mahupun ruang bawah. Ciri-ciri lukisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak pada peringkat skematik inilah juga yang dikatakan bersifat hiasan atau dekoratif. Pendapat ini timbul kerana kanak-kanak mengaplikasikan apa sahaja yang mereka lihat dan fikirkan serta meletakkannya terus pada lukisan tanpa memikirkan konsep ruang seperti yang difikirkan dan dilakukan oleh orang dewasa.

28

Lukisan 1: Lukisan kanak-kanak usia 7 tahun, oleh: Muhammad Azni Syahmizan.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak-kanak berusia 7 tahun yang bersekolah dalam tahun satu. Ini bermakna bahawa kanak-kanak ini berada pada peringkat skematik jika diklasifikasikan berdasarkan umur. Berdasarkan lukisan yang dihasilkan, kanak-kanak ini

sememangnya telah melukis dan memperlihatkan sebahagian besar daripada ciri-ciri yang diklasifikasikan dalam lukisan kanak-kanak peringkat skematik mengikut teori Viktor Lowenfeld. Antara ciri-ciri yang diperlihatkan dalam lukisan tersebut termasuklah representasi objek seperti kereta dan rumah. Selain itu, gambar manusia juga diperlihatkan iaitu gambaran dua orang lelaki yang berpakaian baju Melayu lengkap dan bersongkok. Gambaran alam sekeliling juga diperlihatkan dalam lukisan ini. Dalam hal ini, kanak-kanak tersebut telah memilih objek seperti burung, pokok dan matahari yang mewakili unsur alam sekeliling.

29

Mari kita memperkatakan perihal konsep ruang. Melalui hasil lukisan kanak-kanak ini, kita dapat menyatakan bahawa konsep ruang secara menyeluruh yang diaplikasikan agak baik. Meskipun kanak-kanak ini baru berusia 7 tahun, pengaplikasian konsep ruang hadapan, ruang tengah dan belakang dapat diketengahkan. Walhal, mengikut teori Lowenfeld, kanak-kanak pada peringkat skematik ini hanya akan memahami dan mengaplikasikan ruang satu garis dasar sahaja. Dalam hal demikian, maka beberapa faktor mungkin mempengaruhi penghasilan kanak-kanak ini. Namun demikian, jika perhatikan pada reka bentuk rumah sememangnyalah ruang yang ditunjukkan hanya berdasarkan satu garis dasar sahaja. Ini bermakna bahawa kanak-kanak ini masih belum mengetahui dan memahami tentang konsep ruang secara terperinci. Dalam teori Lowenfeld mengatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat skematik akan menggunakan banyak bentuk-bentuk geometri seperti bulatan, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Apabila kita melihat pada lukisan kanak-kanak di atas, maka terbukti lah bahawa teori tersebut sememangnya berasas. Penggunaan bentuk-bentuk geometri agak jelas seperti yang dipaparkan melalui objek rumah menggunakan bentuk-bentuk segi tiga pada atap rumah, bentuk segi empat pada bentuk rumah, tingkap dan pintu. Kereta yang dilukis juga

mengaplikasikan bentuk-bentuk geometri seperti bentuk bujur dilihat pada bahagian hadapan kereta, bulatan pada tayar, separa bulatan pada bahagian atas dan tingkap kereta, serta bentuk segi empat pada bahagian belakang kereta. Demikian juga halnya dengan penggunaan bentuk-bentuk geometri pada pakaian yang dilukis. Kanak-kanak ini mengaplikasikan bentuk-bentuk segi empat pada poket baju dan Demikian juga dengan gambaran alam sekeliling yang

bentuk silinder pada songkok.

memperlihatkan matahari yang menggunakan bentuk separa bulatan di sudut lukisan. Bentukbentuk bulatan kecil juga diaplikasikan untuk menggambarkan wujudnya penggunaan lampu pada bahagian atap rumah. Berbicara tentang penggunaan warna dalam lukisan kanak-kanak, saya dapati bahawa kanak-kanak ini menggunakan warna yang sesuai dengan naluri keanak-anakan yang gemar akan kepelbagaian warna. Penggunaan warna asas (biru, merah dan kuning) yang terang dan menarik perhatian adalah menjadi pilihan pada kebanyakan kanak-kanak. Demikian juga

halnya dengan penggunaan warna sekunder seperti warna hijau (daun pokok), ungu (pakaian lelaki) dan jingga (rumah). Selain itu, warna penggenap juga digunakan seperti warna coklat.

30

Penggunaan ton dalam lukisan kanak-kanak jarang kita lihat kerana mereka belum memahami konsep pencahayaan dalam mewarnai. Walau bagaimanapun, kita dapat melihat wujudnya pengaplikasian ton warna pada warna coklat (batang pokok dan atap rumah), warna jingga (rumah), warna hijau (daun pokok dan pintu rumah) serta warna biru (tingkap rumah). Namun demikian, ton yang ditunjukkan dalam lukisan ini tidaklah bersifat realistik dan sempurna. Pengaplikasian ton ini hanyalah menunjukkan bahawa kanak-kanak ini sudah mula memahami bahawa wujud konsep pencahayaan dalam lukisan.

Lukisan 2: Lukisan kanak-kanak usia 7tahun oleh adik Mahera

Berdasarkan lukisan ini, jelas menujukkan kanak-kanak peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian di sekeliling mereka seperti rumah, kereta dan lain-lain lagi gambar yang disukai oleh mereka. Lukisan ini menggambarkan

keadaan rumah baharu mereka. Secara tidak langsung adik Mahera teruja untuk menggambarkan rumah baharu nya melalui lukisan .Lukisan ini banyak menggunakan bentuk geometri seperti empat segi, tiga segi, empat segi sama, sama dan lain-lain lagi. Lukisanlukisan yang dihasilkan banyak bersifat hiasan (dekoratif).

31

Kebanyakan lukisan-lukisan kanak-kanak yang dihasilkan menggunakan garisan menegak, mendatar, melintang, menyerong dan melengkung. Berdasarkan lukisan ini ,ciri-ciri yang dapat dilihat ialah dari segi penggunaan garisan. Garisan yang digunakan ialah garisan halus dan kasar yang mudah. Menggunakan garisan outline( garisan luar) untuk menunjukkan objek yang dilukis. Lukisan ini banyak menggunakan alat seperti pensel dan pembaris bagi menghasilkan unsur rupa iaitu bentuk-bentuk geometri segi tiga dan empat segi seperti bentuk rumah. Penggunaan warna pula ialah warna-warna ceria iaitu warna panas seperti warna jingga dan kuning menimbulkan perasaan riang dan gembira. Dalam lukisan ini juga terdapat warna warna sejuk seperti warna biru pada awan dan warna hijau pada pokok yang menunjukkan kedamaian. Lukisan yang digambarkan Mahera menunjukkan suasana yang damai pada waktu petang dengan burung-burung berkicauan serta rakan-rakan di sekeliling rumahnya. Kanak-kanak peringkat ini kebanyakannya menggunakan pensel warna dan oil pastel. Warna yang digunakan sekata dan tiada ton warna. Penggunaan ruang pula merupakan ruang terbuka yang menunjukkan kawasan yang luas dan lapang. Bagi menghasilkan lukisan ini, adik Mahera melukis di atas kertas lukisan dan menggunakan media kering iaitu pensel warna dan oil pastel. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ruang kertas lukisan. Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Mahera terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakan nya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

32

. Lukisan 3: Lukisan kanak-kanak usia 8 tahun, Oleh : Aishah Sofea. Rangsangan juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan kreativiti kanak-kanak. Kaedah yang saya gunakan terhadap kana-kanak ini ialah memberikan mereka gambaran suasana untuk dilukiskan. Memandangkan kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang

tinggi, maka pelbagai soalan yang mereka ajukan sebelum menghasilkan lukisan mereka. Antara soalan-soalan tersebut termasuklah; a) Nak lukis apa? b) Nak lukis macam mana? c) Boleh lukis orang tak? d) Boleh lukis rumah tak ada tiang tak? e) Boleh lukis matahari dan burung?

Terlalu banyak persoalan yang mereka fikirkan.

Mungkin kurang keyakinan untuk

mengekspresikan kreativiti mereka kerana sebelumnya kreativiti mereka dihadkan ketika melukis dalam kelas. Namun demikian tugas dan rangsangan seorang guru sangat

mempengaruhi kreativiti mereka. Maka tergambar lah lukisan burung seolah-olah berbentuk seperti huruf K. Itulah persepsi dan simbol yang digunakan oleh mereka terhadap burung. 33

Berdasarkan lukisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini, maka dapatlah kita katakan bahawa lukisan kanak-kanak membayangkan perkembangan fizikal, sosial, perseptual, estetik dan kreativiti kanak-kanak. Selain itu, lukisan kanak-kanak juga boleh digalakkan (rangsangan) melalui pelbagai cara untuk perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. Malah lukisan kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak terutama aspek perlakuan (tingkah laku) dan juga peringkat perkembangan mereka. Rumusannya, aktiviti melukis membolehkan kanak-kanak untuk belajar tentang diri dan persekitaran. Sekiranya mereka tidak dapat menggambarkan sesuatu secara jelas dan terperinci, maka mereka menggunakan alternatif lain untuk menggambarkannya. Pendek kata, kreativiti kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan dan kanak-kanak menggunakan lukisan untuk menyerlahkan kreativiti mereka.

Lukisan 4: Lukisan adik Pavendra Ram 8 tahun Karya yang seterusnya ialah lukisan adik pavendra Ram berumur 8 tahun dalam bidang menggambar dengan teknik lukisan. . Adik Pavendra Ram menggunakan garisan tebal dan halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk objek di dalam lukisannya. Dia juga menggunakan garisan melengkung, bagi awan, garisan zig-zag bagi menghasilkan rupa matahari. Garisan berkotak digunakan pada bumbung rumah menimbulkan tumpuan. Menggunakan rupa bentuk 34

geometri seperti segi tiga, segi empat, bulatan dan lain-lain lagi. Bentuk-bentuk ini digunakan bagi menampakkan bentuk rumah, matahari kereta dan awan. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk. . Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra pada rumah. Warna se warna juga digunakan pada warna gumpalan awan. Penggunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar di mana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis di dalam lingkungan garisan tersebut. Penggunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar di mana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis di dalam lingkungan garisan tersebut.

Lukisan 5: Lukisan kanak-kanak usia 9 tahun, Oleh : Nur Aznie Syahzana.

Melihat pada lukisan kelima ini yang dihasilkan oleh Nur Aznie Syahzana berusia 9 tahun, maka kita dapat membuat perbandingan dan pandangan yang agak berbeza dengan lukisan pertama tadi. Kanak-kanak ini juga berada pada peringkat skematik dan menghasilkan 35

ciri-ciri lukisan skematik seperti yang dijelaskan di awal tadi. Apa yang jelas kita lihat ialah penggunaan satu garis dasar yang ketara untuk menggambarkan ruang, warna-warna yang terang dan penggunaan bentuk-bentuk geometri. Sekiranya kita membuat perbandingan antara kelima-lima lukisan ini, maka kita akan dapat memperkatakan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan lukisan tersebut. Oleh sebab itu, kita boleh melihat kepada ciri-ciri tumbesaran kanak-kanak daripada aspek fizikal, emosi, sosial, intelek, persepsi, estetik dan kreativiti. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Saya mendapati pendapat ini memang berasas berdasarkan pemerhatian

kepada perkembangan kanak-kanak yang berada dalam kelas dan usia yang sama. Jika membandingkan lukisan kanak-kanak yang dipaparkan, daripada aspek fizikal, didapati bahawa kanak-kanak kelima (9 tahun) mempunyai kematangan psikomotor yang lebih baik. Cuba perhatikan penggunaan garisan pada objek-objek yang dilukiskan. Garisan

tersebut lebih lurus dan sekata. Dari aspek emosi pula, kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai persamaan iaitu memilih persekitaran yang hampir serupa tetapi mempunyai perbezaan daripada segi peletakan objek. Demikian juga halnya dengan pemilihan gambar manusia.

Kanak-kanak lelaki telah memilih untuk melukis gambar manakala kanak-kanak perempuan pula memilih untuk melukis gambar perempuan. Menyentuh tentang aspek sosial, kanak-kanak ini menggambarkan suasana

persekitaran mereka dalam bentuk lukisan. Namun skopnya agak terhad iaitu berkisar tentang diri mereka dan keluarga sahaja. Apa yang dapat diperkatakan melalui kedua-dua lukisan ini ialah suasana perayaan kerana mereka masih merasakan suasana tersebut ketika melukis. Oleh sebab itu, mereka menggambarkan orang yang memakai baju kurung dan baju Melayu. Kehidupan dalam sosialisasi kaum Melayu, mendorong mereka untuk melukis gambaran minda tersebut. Tumbesaran daripada aspek intelek juga mempengaruhi hasil lukisan yang dibuat oleh kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini menggambarkan objek rumah dan kereta moden. Mereka tidak terikat dengan suasana kampung yang primitif. Daya intelek mereka telah dipengaruhi dengan tahap ekonomi keluarga yang berada dalam kategori sederhana. Mungkin juga mereka menerapkan impian dalam mengaplikasikan objek pilihan seperti kereta idaman.

36

Persepsi kanak-kanak terhadap kehidupan mereka atau mungkin impian mereka diguna pakai dalam menggambarkan suasana persekitaran lukisan yang dihasilkan. Kanak-kanak ini menggambarkan suasana yang hening, aman dan mengamalkan budaya kemelayuan (memakai pakaian beridentitikan Melayu) dan alam sekeliling yang bersih dan udara yang segar. Kanak-kanak ini memperlihatkan kesemuanya melalui lukisan dan pemilihan unsur-

unsur di dalamnya. Melalui persepsi kanak-kanak itu tadi kita dapat melihat nilai-nilai estetika pada lukisan mereka. Lowenfeld (1975), perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. Justeru, pemilihan dan penyusunan kesemua unsur dalam lukisan kanak-kanak yang dipaparkan menunjukkan nilai-nilai estetika sesuai dengan peringkat umur mereka. Viktor Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dengan kreativiti. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Pada lukisan kedua, kita dapat melihat penggunaan warna merah pada rambut kanak-kanak perempuan. Ini bermakna kanak-kanak ini telah keluar daripada kepompong asal yang memberi gambaran bahawa rambut mestilah berwarna hitam. Demikian juga halnya dengan bentuk-bentuk objek dilukis mengikut kreativiti kanak-kanak tersebut.

37

Perbandingan ciri-ciri lukisan Skematik dan Awal realisme

Peringkat

Ciri-ciri

Peringat skematik (7-9 tahun)

Skema bermaksud sebagai satu konsep. Ianya diulang-ulang. Simbol-simbol merupakan konsep yg dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak Simbol-simbol merupakan perlambangan

tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan

kinestatik mereka. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia, rumah , kereta dan objekobjek yang menarik perhatian mereka Lukisan mereka

banyak

menggunakan

bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara

berlebihan (exegeration) Kefahaman mereka tentang ruang

digambarkan melalui satu garis dasar satah di mana semua objek dilukis di atas dalam

38

lingkungan garis tersebut *. kanak-kanak peringkat ini masih belum

mengetahui dan memahami tentang konsep ruang secara terperinci. .Lukisan mereka banyak kelihatan bersifat hiasan (decorative) Kebanyakan lukisan menggunakan

warna panas dan sejuk. Tiada ton warna , kebanyakan menggunakan warna se warna.

Rangsangan juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan kreativiti Kaedah yang di

kanak-kanak.

gunakan terhadap kana-kanak ini ialah memberikan mereka gambaran

suasana untuk dilukiskan.

Peringkat Awal Realisme ( 9-12 tahun)

* mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat * kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya

39

sama jantina. * lukisan mereka juga menampakkan ciriciri perbezaan jantina melalui ciri

rambut dan pakaian. * Cara melebih-lebihkan (exegeration)

tidak lagi dilakukan * Objek atau gambar kepada bukan yang dilukis

berdasarkan tampak

kesedaran melalui

sahaja

pengamatan. * Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. * Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak

bertumpu di bahagian bawah (tanah). * Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. * Menggunakan warna bagi

menggambarkan sesuatu objek .Hijau untuk pokok, biru untuk langit kuning untuk tanah dan sebagainya. * Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak rangsang pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, haiwan, menonton manusia filem tentang

dan

sebagainya.

Khayalan dan kepercayaan mereka 40

tentang sesuatu memainkan peranan penting di peringkat usia ini

Berikan mereka

perhatian agar

terhadap

karya

mereka

merasakan

kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.

* Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari

* Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran

41

KESIMPULAN Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan murid-murid tahap satu, jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otottangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Perkembangan lukisan kanak-kanak juga banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar. Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa di sedari.

42

Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.Rumusannya, aktiviti melukis membolehkan kanak-kanak untuk belajar tentang diri dan persekitaran. Sekiranya mereka tidak dapat menggambarkan sesuatu secara jelas dan terperinci, maka mereka menggunakan alternatif lain untuk menggambarkannya. Pendek kata, kreativiti kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan dan

kanak-kanak menggunakan lukisan untuk menyerlahkan kreativiti mereka.

43

REFLEKSI Salam 1 Malaysia. Pada 4 Ogos 2012, pensyarah mata pelajaran PSV3103 (Kreativiti Dan Seni Kanak-kanak), Cik Lim Huey Khing telah menyerahkan tugasan kerja kursus pendek. Sebelum merangka tugasan, kami telah diberi sedikit input tentang kehendak tugasan secara ringkas. Pada masa ini, kami agak risau dan cemas kerana tugasan tersebut terlalu banyak pecahan dan kelihatan seperti berlaku pertindihan. mempunyai modul yang lengkap tentang tajuk ini. Tambahan pula kami masih tidak

Maklumat yang kami peroleh daripada

pelbagai sumber juga agak mengelirukan. Pada masa ini juga, Cik Lim telah memberi sedikit penerangan tentang Peringkat Perkembangan Penutaraan Tampak Kanak-kanak menurut teori Viktor Lowenfeld dan W. Lambert Brittain.

Sepanjang tugasan ini berjalan, kami telah merangka beberapa langkah untuk menjayakannya. Justeru kami telah menetapkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 5

lukisan kanak-kanak peringkat skematik (Tahap satu). Saya beranggapan bahawa peringkat awal ini agak mudah untuk dilaksanakan kerana kami mengajar murid-murid sekolah rendah.

Langkah berikutnya, menyenaraikan aspek-aspek penting yang dikehendaki oleh tugasan iaitu menganalisis ciri-ciri lukisan daripada sudut representasi objek, manusia dan alam sekeliling serta ruang dan warna dalam bentuk jadual. Analisis tersebut perlu dikaitkan dengan rangsangan yang digunakan oleh guru. Selain itu, analisis tersebut juga perlu dikaitkan dengan peringkat skematik/awal realisme yang merangkumi aspek perkembangan fizikal, emosi, intelek, perseptual, estetik dan kreativiti kanak-kanak mengikut teori Lowenfeld dan Brittain. Rajah perbandingan juga boleh membantu selain penerangan tentang rangsangan serta faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak. Saya mendapati tugasan ini agak sukar pada awalnya.

44

Namun, selepas mengkaji aspek-aspek yang dikehendaki dan mengaitkannya dengan kaedah apresiasi lukisan kanak-kanak barulah saya memahaminya dengan lebih mendalam. Aspek seterusnya adalah menjelaskan konsep kreativiti menurut pandangan tokoh-tokoh kemudian membuat perbandingan dengan konsep estetika dan pengutaraan ekspresif merujuk kepada Lowenfeld dan Brittain. Kami juga perlu menghuraikan pelaksanaan atau aplikasi caracara perkembangan kreativiti di sekolah. pandangan tentang; a) Lukisan kanak-kanak membayangkan perkembangan fizikal, sosial, intelek, per septual, estetik dan kreativiti kanak-kanak. b) Lukisan kanak-kanak boleh digalakkan melalui pelbagai cara untuk perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. c) Lukisan kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak. Kami juga perlu menyatakan pendapat atau

Bahagian ini juga agak mengelirukan pada peringkat awal pemprosesan. Saya terpaksa mencari seberapa banyak maklumat dan mengumpul serta membacanya berulang-ulang untuk meningkatkan kefahaman tentang elemen-elemen yang diminta. Proses ini memakan masa yang agak panjang dan menimbulkan sedikit tekanan. Tekanan lebih terasa apabila saya

memperoleh maklumat tentang Lowenfeld dan Brittain dalam bahasa inggeris. Tambahan pula maklumat tersebut tidak dapat dimuat turun mahupun dicetak. Syukur kerana dengan usaha yang lebih giat akhirnya saya berjaya meneruskan dan menyiapkan bahagian ini.

Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, info tentang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

dengan lebih terperinci. Sebelum ini saya kurang mengambil berat tentang perkara ini kerana berpendapat bahawa ianya tidak begitu diperlukan dalam pengajaran. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak.

45

Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak terutama semasa membuat apresiasi lukisan mereka. Sebagai seorang guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa guru sentiasa kritis, kreatif dan inovatif. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

Berilmu, Beriman dan Bertawakal

Disediakan oleh, SURIANI BINTI ANDI MAPPEASSE (701112-12-5724)

46

REFLEKSI
Pada 4 Ogos yang lalu, kami kumpulan PSV (Pendidikan Seni Visual) telah diberi satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami dikehendaki membuat analisis lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan skematik/awal realisme murid-murid tahap 1. Kami juga diminta menghuraikan hasil lukisan mereka berpandukan Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh Vicktor Lowenfeld dan Brittain Perkara pertama yang kami lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain. Sebelum cuti perayaan yang lalu, kami telah mengambil kesempatan untuk mengumpulkan beberapa lukisan anak murid di

sekolah.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaannya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian . Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSV 3103 kreativiti dan seni kanak-kanak, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik bermula dengan mencari dan mengumpul nota-nota, maklumat , buku-buku

rujukan dan melayari internet yang berkaitan tentang tajuk kursus Kreativiti dan Seni Kanakkanak serta hubung kaitkan ciri lukisan kanak-kanak mengikut peringkat skematik /awal realisme.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak dengan merujuk kepada Lowenfeld dan Brattain. Segala maklumat-

maklumat tersebut saya peroleh melalui buku-buku rujukan dan sumber internet. Selain itu, saya juga telah mempelajari kemahiran menganalisis, membanding beza dan

menghubungkaitkan maklumat yang saya peroleh setelah hampir dua dekad saya tinggalkan.

Akhirnya, dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak maklumat yang saya peroleh tentang kreativiti kanak-kanak serta pandangan tokoh-tokoh berkaitan konsep kreativiti. Saya akan gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran seni Visual di dalam bilik 47

darjah di sekolah. Ilmu yang saya peroleh ini dapat membantu saya menjalankan pelbagai aktiviti seni di dalam pengajaran dan pembelajaran kebolehan murid bagi mengelakkan rasa bosan dan menyeronokkan murid-murid mengikut tahap.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah

bersifat peribadi dan tersendiri.

Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanakkanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual .Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Aktiviti seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. murid

48

Dengan mempelajari subjek ini, ruang pemikiran saya kian terbuka. Banyak penemuan baru telah membuka ruang minda saya. Kanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal yang wujud dalam meluahkan apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan gua manusia primitif. Kanak-kanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni persepsi. Ekspresi mereka diluahkan secara simbolik dalam representasi sesuatu bentuk dan elemen di dunia realiti. Kecenderungan kanak-kanak menggambarkan objek dalam bentuk geometri dan simbolik menjadi justifikasi pengamatan konseptual mereka, di samping keupayaan motor yang masih terbatas jika dibandingkan dengan manusia dewasa.

Secara umumnya dipersetujui bahawa manusia tahu dan memahami dunia realiti, iaitu melalui bahasa dan representasi. Bagi kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang dinamik dan unik. Perlulah diketahui bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan

peningkatan kematangan. Proses interaksi nya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengalaman dan kefahaman dalam membina sesuatu konsep.

Akhir sekali, saya juga berterima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu , Suraini dan Kamisah kerana telah memberikan kerjasama serta komited dalam menyiapkan tugasan secara kumpulan. Tanpa semangat dan sikap positif dalam diri mereka sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan lagi. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Cik Lim Huey Khing yang telah banyak memberi ilmu pengetahuan, dorongan dan nasihat semasa sesi interaksi. Dengan pengetahuan yang diperoleh serta pengalaman yang sedia ada ini dapat memberikan suntikan semangat dalam diri saya untuk lebih komited dalam profesion perguruan. Sekian terima kasih. Disediakan oleh,
Rosni Bt Abd Majid 650423035366

49

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada 4 Ogos 2012, pensyarah mata pelajaran PSV3103 (Kreativiti Dan Seni Kanakkanak), Cik Lim Huey Khing telah menyerahkan tugasan kerja kursus . Sebelum merangka tugasan, kami telah diberi sedikit input tentang kehendak tugasan secara ringkas. Pada masa ini, kami agak risau dan keliru kerana tugasan tersebut terlalu banyak pecahan dan kelihatan seperti berlaku pertindihan. Tambahan pula kami masih tidak mempunyai modul yang lengkap tentang tajuk ini. mengelirukan. Maklumat yang kami peroleh daripada pelbagai sumber juga agak

Pada masa ini juga, Cik Lim telah memberi sedikit penerangan tentang

Peringkat Perkembangan Penuturan Tampak Kanak-kanak menurut teori Viktor Lowenfeld dan W. Lambert Brittain.

Rajah 1 Cik Lim Huey Khing memberi panduan tentang pelaksanaan Tugasan Projek

50

Setelah faham apa kehendak soalan dan tugasan tersebut kami menagihkan tugastugas yang diberi agar memudahkan Pelaksanaan Tugasan terhasil. Sepanjang tugasan ini berjalan, kami telah merangka beberapa langkah untuk menjayakannya. Justeru kami telah menetapkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 5 lukisan kanak-kanak peringkat skematik (Tahap satu).

Rajah 2 Pembahagian Tugas Projek Suraini, Kamisah dan Rosni

Langkah berikutnya, menyenaraikan aspek-aspek penting yang dikehendaki oleh tugasan iaitu menganalisis ciri-ciri lukisan daripada sudut representasi objek, manusia dan alam sekeliling serta ruang dan warna dalam bentuk jadual. Analisis tersebut perlu dikaitkan dengan rangsangan yang digunakan oleh guru. Selain itu, analisis tersebut juga perlu dikaitkan dengan peringkat skematik/awal realisme yang merangkumi aspek perkembangan fizikal, emosi, intelek, perseptual, estetik dan kreativiti kanak-kanak mengikut teori Lowenfeld dan Brittain. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi 51

kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.

Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin

mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan rangsangan yang sesuai untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi.

Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing-masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika. Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah.

Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing-masing. Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, menggalakkan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.

52

Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa kanakkanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti pemprosesan hasil kerja berbentuk lukisan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Rajah perbandingan juga boleh membantu

selain penerangan tentang rangsangan

serta faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak. Saya mendapati tugasan ini agak sukar pada awalnya. Namun, selepas mengkaji aspek-aspek yang dikehendaki dan

mengaitkannya dengan kaedah apresiasi lukisan kanak-kanak barulah saya memahaminya dengan lebih mendalam.

Aspek seterusnya adalah menjelaskan konsep kreativiti menurut pandangan tokohtokoh kemudian membuat perbandingan dengan konsep estetika dan pengutaraan ekspresif merujuk kepada Lowenfeld dan Brittain. Kami juga perlu menghuraikan pelaksanaan atau

aplikasi cara-cara perkembangan kreativiti di sekolah. Kami juga perlu menyatakan pendapat atau pandangan tentang; a) Lukisan kanak-kanak membayangkan perkembangan fizikal, sosial, intelek, perseptual, estetik dan kreativiti kanak-kanak. b) Lukisan kanak-kanak boleh digalakkan melalui pelbagai cara untuk perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. c) Lukisan kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan Seni Visual tentang Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui Nota-nota dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami peroleh dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Ilmu yang kami peroleh ini akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti semasa berada di dalam kelas. Permainan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan 53

pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Lim Huey Khing yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga di diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kakak Rosni & kakak Suraini yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan penulisan. Terima kasih juga kepada suami yang membantu memberi penjelasan yang tepat dan padat mengenai tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan daripada pihak yang berkenaan sangat dihargai.Ini adalah penting untuk memastikan bahawa guru sentiasa kritis, kreatif dan inovatif. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

Seni WaWaSan, PenghiaS zaman....

Disediakan Oleh,

KAMISAH BINTI TUMIN (721123-01-5692)

54

Rujukan http://www.scribd.com/doc/88571823/Kajian-Perkembangan-Seni-Kanak-Kanak-mengikutTeori-Victor-Lowenfeld http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/kemahiran-melukis-kanak-kanak.html Bibliografi http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm http://cikguani.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/22320213/Pengutaraan-Tampak-Kanak-kanak http://www.slideshare.net/syireen/tokoh-lowenfeldhurwitzday http://unitpsvipba.blogspot.com/ http://psvisual.wordpress.com/ http://senivisual1.blogspot.com/p/blog-psv.html http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Asas%20Seni%20Visual.htm http://senivisual2.blogspot.com/2010/03/banyak-buku-buku-rujukan-pendidikan.html

55

Lampiran

Lukisan 1 : Lukisan kanak-kanak usia 7 tahun, oleh: Muhammad Azni Syahmizan.

Lukisan 2: Lukisan kanak-kanak usia 7tahun oleh adik Mahera

56

Lukisan 3: Lukisan kanak-kanak usia 8 tahun, Oleh : Aishah Sofea.

Lukisan 4: Lukisan adik Pavendra Ram 8 tahun

57

Lukisan 5: Lukisan kanak-kanak usia 9 tahun, Oleh : Nur Aznie Syahzana.

58

Anda mungkin juga menyukai