Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Pendidikan Seni Visual

boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan


diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Tambahan pula, seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk
berinteraksi. Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain
dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya
intuisi kanak-kanak.
Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan menggunakan
seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti
seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan
ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau
apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan
dalam hasil karya yang dibuat itu.
Mengaplikasikan informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar
Penggabungjalinan bidang seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan
otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru ,seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar
dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubung kait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang


mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
Kepentingan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak
dari aspek : Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan.
Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni
visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria
melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka.
Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan
keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada
pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual
mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni.
Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung
dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara
yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting
pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan
memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai
dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi
supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Anda mungkin juga menyukai