Anda di halaman 1dari 10

Institut Pendidikan Guru Kampus

Raja Melewar, Seremban


PISMP SEM 3 / 2015
RBT 3173 E Pengenalan Kepada Pendidikan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Pembelajaran Berasaskan
Kajian Masa Depan

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa


Depan (KMD) diperkenalkan untuk
mendidik generasi baru bersedia
menghadapi cabaran dan perubahan.
KMD merupakan strategi secara saintifik
yang dibina untuk menambahkan
keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan untuk menghasilkan generasi
masa depan yang berkeyakinan,
berupaya dan bertanggungjawab.

OBJEKTIF KMD DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
1. Membina generasi masa depan
Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang
murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang
bakal dihadapi.
membolehkan mereka memandang masa depan dengan
yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam
merancang masa depan mereka.
2. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam
menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir
tentang masa depan.
3. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang
baik

Strategi Kajian Masa Depan


Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif
untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa
lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada
masa depan.
Pedagogi
ini
berpusatkan
pelajar
dan
menggabungjalinkan
pelbagai
bidang
seperti
pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai
murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama
dipupuk melalui kaedah ini.

Objektif Kajian Masa Depan


Berfikir Secara Kritis dan kreatif serta membuat
keputusan tentang hal-hal masa depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan
kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar
berfikir secara kreatif.

Berkomunikasi Secara berkesan tentang hal-hal


masa depan
KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke
arah kesejahteraan dan kebaikan dunia.
Membina strategi menambah keupayaan pelajar
dalam menghadapi berbagai cabaran hidup.

Membina Sikap dan nilai tentang masa depan.


KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka
mampu mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan
etika dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa
depan mereka.
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang
kajian masa depan
Memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep,
kemahiran dan kaedah dalam mengkaji masa depan.
Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang
hal-hal masa depan
Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih
bertanggung jawab, tahu membeza dan menilai,
berketrampilan dan mempunyai gambaran jelas tentang
masa depan.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KAJIAN MASA DEPAN
PERANCANGAN GURU

Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, aspek-aspek


berikut perlu diambil kira oleh guru:
1. Perancangan yang strategik
Guru merancang aktiviti pengajaran berorientasikan masa
depan. Aktiviti dan tugasan yang diberikan perlu melibatkan
alat-alat dan teknik Kajian Masa Depan bagi menyelesaikan
masalah dan membuat pilihan alternatif ke arah keputusan
yang berkaitan dengan isu dan masalah serta peluang masa
depan yang terkandung dalam mata pelajaran.

2. Isu dan tema yang relevan


Pemilihan isu dan tema bersesuai dengan tajuk mata pelajaran
dan tahap murid

3. Berpusatkan murid
Bahan, aktiviti dan tugasan yang dipilih hendaklah
mengambil kira minat dan kematangan murid agar
mereka dapat mengambil bahagian secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Aplikasi sebagai projek atau kerja kokurikulum
Aktiviti Kajian Masa Depan tidak terhad kepada aktiviti di
bilik darjah. Murid boleh merancang projek-projek di
dalam dan di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum.
5. Peranan guru sebagai fasilitator
Dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa Depan,
guru boleh memainkan peranan sebagai fasilitator.
Dalam proses ini, guru peka terhadap perjalanan
pengajaran dan pembelajaran, membimbing murid untuk
mencapai matlamat dan objektif pembelajaran

Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai