Anda di halaman 1dari 2

Ketidakmampuan untuk menghasilkan cetakan yang jelas rupanya dan warna yang cerah

dapat saya mengesan dalam hasil murid. Saya mendapati bahawa tujuh orang murid

daripada 20 orang murid menghasilkan cetakan dengan kurang cerah warna dan rupanya

kurang jelas. Bukan itu sahaja, murid-murid ini juga tidak dapat menggunakan warna primer

untuk menghasilkan cetakan yang telah diajar awal pengajaran. Rajah 1 telah menunjukkan

murid yang gagal untuk menghasilkan sebuah cetakan yang kurang cerah warna dan kurang

jelas rupanya.

Keputusan murid menghasilkan cetakan


14
12
10
8
6
4
2
0
Berjaya Gagal

Rajah 1. Bilangan murid 2M yang berjaya dan gagal menghasilkan cetakan

Dengan ini, saya telah menjalanka satu sesi temu bual dengan guru pembimbing semasa

menjalankan praktikum fasa 1. Hal ini adalah untuk mendapati bahawa sebab masalah dan

cara mengatasi bagi murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu tidak
dapat menghasilkan cetakan dengan warna cerah dan rupanya jelas selepas ajaran guru.

Hasil daripada pemerhatian menunjukkan tujuh orang murid tidak dapat menghasilkan

cetkaan dengan jelas rupanya yang dicetak serta warna cetakannya kurang cerah. Setelah

gagal menghasilkan cetakan yang jelas rupanya, murid-murid telah mendapat bantuan

daripada guru. Ini juga menunjukkan murid ingin berputus asa untuk meneruskan

penghasilan cetakan sendiri dengan berpandukan kemahiran sendiri.

Melalui temu bual dengan guru telah saya dapati bahawa bahan saya yang digunakan untuk

murid-murid tahap dua adalah kurang sesuai dan susah dikuasai oleh murid tahun dua.

Dengan ini, apakah yang harus saya lakukan untuk membantu murid yang bermasalah ini

seterusnya memperbaiki amalan saya sendiri. Oleh itu, kajian tindakan ini memfokuskan

kepada kemahiran murid-murid untuk menghasilkan cetakan dengan menggunakan bahan

yang sesuai iaitu polystyrene dengan pen marker dan warna cat air. Bahan ini dipilih sebagai

fokus kajian ini untuk meningkatkan kemahiran murid untuk menghasilkan sebuah cetakan

yang lebih jelas rupanya dan warnanya cerah selepas mencetak. Hal ini dikatakan demikian

kerana bahan polystyrene mudah diperolehi dalam kehidupan harian murid-murid. Selain

daripada itu, rupa-rupa yang dilukis oleh murid akan lebih wujud selepas dicetak berbanding

dengan menggunakan tali. Matlamat untuk kajian tindakan ini adalah untuk membolehkan

murid menghasilkan sebuah cetakan yang jelas rupanya dan warna cetakan adalah cerah.

Anda mungkin juga menyukai