Anda di halaman 1dari 6

PMM DAN RUBRIK TUGASAN KERJA KURSUS

PROGRAM: PISMP SEMESTER 2, TAHUN 2

Nama Kursus: Pentaksiran Dalam Pendidikan (EDUP 3063)

PMM Tugasan 1: Berdasarkan Skema Pemarkahan yang disediakan. Jumlah keseluruhan ialah 10
markah.

Rubrik Tugasan 2: Pembinaan Item Soalan (Markah = 40); wajaran 40%

BIL SKALA KRITERIA


1. AMAT CEMERLANG Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
(36-40 markah) JSU menunjukkan dengan sangat jelas tujuan ujian, kumpulan
sasaran, kandungan bidang yang diliputi, jenis dan bilangan
item, aras kesukaran item (mengikut taksonomi Bloom) dan
keseluruhan jumlah item yang diuji .

Kualiti item ujian


Pembinaan item ujian menepati prinsip pembinaan item dan
aras kesukaran yang ditetapkan dalam JSU dengan amat
tepat. Semua item sangat mematuhi dan sejajar dengan JSU
yang telah dibina. Semua item mengikut aras kesukaran yang
telah ditetapkan dalam JSU dengan amat tepat.

Analisis skor dan analisis item.


Penskoran dijalankan dengan sangat baik sejajar dengan
pemarkahan yang ditetapkan. Analisis skor ujian dengan
menggunakan jadual data terkumpul dan membuat
interpretasi data dengan menggunakan ukuran
kecenderungan memusat dengan sangat tepat dan jelas.
Pengiraan analisis item dapat ditunjukkan dengan sangat jelas
dan tepat.

Laporan
Perbincangan prestasi keseluruhan pelajar dan laporan
analisis item dibuat dengan sangat analitikal dan kritikal serta
menunjukkan satu laporan prestasi pentaksiran pelajar yang
sangat cemerlang. Menunjukkan pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah (CTPS3). Laporan juga menunjukkan
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan kecekapan
mengurus maklumat yang amat cemerlang (LL3).

Sumber
Rujukan yang sangat sesuai dan meluas meliputi pelbagai
sumber primer dan sekunder. Penggunaan laras bahasa yang
BIL SKALA KRITERIA
sangat sesuai dalam penulisan.

Pemikiran Kritis (Critical Thinking)


Mempunyai kemahiran dalam membuat perkaitan, mengenal
pasti pola dan sangat mahir membina kefahaman serta
menggunakan pengetahuan dalam dunia sebenar.

Sahsiah (Character)
Menyediakan rekod ujian dengan sangat baik

Komunikasi (Communication)
Penulisan dan organisasi maklumat sangat jelas

2. CEMERLANG
(30-35 markah) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU dibina dengan baik. JSU mewakili sampel tugasan
pentaksiran dengan pemilihan item yang tepat. JSU
menunjukkan dengan jelas tujuan ujian, kumpulan sasaran,
kandungan bidang yang diliputi, jenis dan bilangan item, aras
kesukaran item dan keseluruhan jumlah item yang diuji .

Kualiti item ujian


Item dibina mengikut spesifikasi jenis soalan dengan tepat.
Semua item mematuhi dan sejajar dengan JSU yang telah
dibina. Semua item mengikut aras kesukaran yang telah
ditetapkan dalam JSU dengan tepat.

Analisis skor dan analisis item.


Penskoran dijalankan dengan baik sejajar dengan pemarkahan
yang ditetapkan. Analisis skor ujian dengan menggunakan
jadual data terkumpul dan membuat interpretasi data dengan
menggunakan ukuran kecenderungan memusat dengan tepat
dan jelas. Pengiraan analisis item dapat ditunjukkan dengan
jelas dan tepat.

Laporan
Perbincangan prestasi keseluruhan pelajar dan laporan
analisis item dibuat dengan analitikal dan kritikal serta
menunjukkan satu laporan prestasi pentaksiran pelajar yang
cemerlang. Menunjukkan pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah (CTPS3). Laporan juga menunjukkan kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat dan kecekapan mengurus
maklumat yang cemerlang (LL3).

Sumber
Rujukan yang sesuai dan meluas meliputi pelbagai sumber
primer dan sekunder. Penggunaan laras bahasa yang sesuai
dalam penulisan.

Pemikiran Kritis (Critical Thinking)


Berupaya membuat perkaitan dan pola merentasi bidang atau
disiplin dan dapat menunjukkan bagaimana ia boleh
dimanfaatkan.

Sahsiah (Character)
Menyediakan rekod ujian dengan sangat baik

Komunikasi (Communication)
Penulisan dan organisasi maklumat sangat jelas

3. KEPUJIAN
(25-29 markah) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU dibina dengan baik. JSU mewakili sampel tugasan
pentaksiran dengan pemilihan item yang baik. JSU
menunjukkan tujuan ujian, kumpulan sasaran, kandungan
bidang yang diliputi, jenis dan bilangan item, aras kesukaran
item dan keseluruhan jumlah item yang diuji .

Kualiti item ujian


Item dibina mengikut spesifikasi jenis soalan dengan agak
baik. Kebanyakan item mematuhi dan sejajar dengan JSU
yang telah dibina serta mengikut aras kesukaran yang telah
ditetapkan dalam JSU .

Analisis skor dan analisis item.


Penskoran dijalankan sejajar dengan pemarkahan yang
ditetapkan. Analisis skor ujian dengan menggunakan jadual
data terkumpul dan membuat interpretasi data dengan
menggunakan ukuran kecenderungan memusat dengan baik.
Pengiraan analisis item dapat ditunjukkan dengan jelas dan
tepat.

Laporan
Perbincangan prestasi keseluruhan pelajar dan laporan
analisis item dibuat dengan baik serta menunjukkan satu
laporan prestasi pentaksiran pelajar yang baik. Menunjukkan
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (CTPS3). Laporan
juga menunjukkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
dan kecekapan mengurus maklumat yang baik (LL3).

Sumber
Rujukan yang sesuai dan meliputi pelbagai sumber primer dan
sekunder. Penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam
penulisan.
Pemikiran Kritis (Critical Thinking)
Berupaya membuat perkaitan dan pola merentasi bidang
pembelajaran atau disiplin.

Sahsiah (Character)
Menyediakan rekod ujian dengan baik

Komunikasi (Communication)
Penulisan dan organisasi maklumat jelas

4.
LULUS Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
(20-24 markah) JSU dibina dan mewakili sampel tugasan pentaksiran dengan
pemilihan item yang agak baik. JSU ada menunjukkan tujuan
ujian, kumpulan sasaran, kandungan bidang yang diliputi, jenis
dan bilangan item, aras kesukaran item dan keseluruhan
jumlah item yang diuji .

Kualiti item ujian


Sebahagian Item dibina mengikut spesifikasi jenis soalan
dengan agak baik.Sebahagian item mematuhi dan sejajar
dengan JSU yang telah dibina serta mengikut aras kesukaran
yang telah ditetapkan dalam JSU.

Analisis skor dan analisis item.


Penskoran dijalankan dengan pemarkahan yang ditetapkan.
Melaksanakan analisis skor ujian dengan menggunakan jadual
data terkumpul dan membuat interpretasi data dengan
menggunakan ukuran kecenderungan memusat. Pengiraan
analisis item dapat ditunjukkan dengan kurang jelas dan
kurang tepat.

Laporan
Perbincangan prestasi keseluruhan pelajar dan laporan
analisis item dibuat serta menunjukkan satu laporan prestasi
pentaksiran pelajar yang agak baik. Menunjukkan pemikiran
kritis dan penyelesaian masalah (CTPS3). Laporan juga
menunjukkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan
kecekapan mengurus maklumat yang agak baik (LL3).

Kualiti Sumber
Terdapat rujukan yang sesuai. Penggunaan laras bahasa yang
agak sesuai dalam penulisan.
Pemikiran Kritis (Critical Thinking)
Berupaya melihat perkaitan dan pola secara menyeluruh.

Sahsiah (Character)
Menyediakan rekod ujian dengan baik

Komunikasi (Communication)
Penulisan dan organisasi maklumat jelas

5. LEMAH
(<20 markah)
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU tidak dibina mewakili sampel tugasan pentaksiran dengan
pemilihan item . JSU kurang menunjukkan tujuan ujian,
kumpulan sasaran, kandungan bidang yang diliputi, jenis dan
bilangan item, aras kesukaran item dan keseluruhan jumlah
item yang diuji dan ada bahagian yang kurang lengkap.

Kualiti item ujian


Kebanyakan Item dibina tidak mengikut spesifikasi jenis
soalan.Sebahagian item tidak mematuhi dan sejajar dengan
JSU yang telah dibina serta mengikut aras kesukaran yang
telah ditetapkan dalam JSU .

Analisis skor dan analisis item.


Penskoran dijalankan dengan pemarkahan yang ditetapkan.
Analisis skor ujian dengan menggunakan jadual data
terkumpul dan interpretasi data dengan menggunakan ukuran
kecenderungan memusat tidak memuaskan. Pengiraan
analisis item dapat ditunjukkan dengan tidak jelas dan tidak
tepat.

Laporan
Perbincangan prestasi keseluruhan pelajar dan laporan
analisis item dibuat serta menunjukkan satu laporan prestasi
pentaksiran pelajar tidak memuaskan. Menunjukkan
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah tidak memuaskan
(CTPS3). Laporan juga menunjukkan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat dan kecekapan mengurus maklumat yang
tidak memuaskan (LL3).

Sumber
Rujukan yang tidak sesuai. Penggunaan laras bahasa yang
kurang sesuai dalam penulisan.

Pemikiran Kritis (Critical Thinking)


Boleh melihat perkaitan dan pola yang mudah atau
sebahagian
Sahsiah (Character)
Menyediakan rekod ujian dengan tidak baik

Komunikasi (Communication)
Penulisan dan organisasi maklumat tidak jelas

Anda mungkin juga menyukai