Anda di halaman 1dari 6

TUTORIAL 1 OLAHRAGA

1. Senaraikan acara-acara padang olahraga

Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut:

i. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m

ii. Acara lari jarak sederhana : 800 m , 1500 m

iii. Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m

iv. Acara lari berganti-ganti : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m

v. Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P)

vi. Acara lari berhalangan : 3000 m

2. Senaraikan acara-acara balapan olahraga

Acara padang pula terdiri daripada:

i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera,

melontar peluru dan membaling tukul besi

ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

3. Pilih mana-mana 2 acara padang dan perincikan peraturan pertandingannya dengan


merujuk kepada peraturan pertandingan KOM terkini.

ACARA 1: LOMPAT JAUH

PERATURAN LOMPAT JAUH:

Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau:

 menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya,


sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan
 melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau sebelum garisan
lonjakan

 menyentuh tanah di antara garis lonjakan dan kawasan pendaratan

 melakukan apa jenis balik kuang (somersault) semasa membuat larian atau semasa
melompat

 Tidak kira batal sekiranya: 1. seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana
bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari. 2. seseorang peserta itu
berjalan balik di atas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat
dengan cara yang betul. 3. seseorang peserta berjalan balik melalui kawasan
mendarat selepas meninggalkan kawasan mendarat dengan cara yang betul.

 Semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir
yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke garisan lonjakan
atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat serenjang dengan garisan
lonjakan atau lanjurannya.

ACARA 2: MEREJAM LEMBING

PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING

 Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya.

 Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan
dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan.

 Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar
kepala lembing menyentuh tanah dahulu.

 Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum


mendarat.

 Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman
adalah sah.

 Sarung tangan tidak dibenarkan.

 Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan
orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan
setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke
pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

PENGGUNAAN KASUT 

Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike. Jika menggunakan kasut
getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian
tapaknya.

PITA PENGUKUR

Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih panjang ukurannya. Pengukuran
dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda.

KESALAHAN UMUM

 Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau tempat yang dikhaskan.

 Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang disediakan.

 Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk


membuat rejaman.

 Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk
melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi
penanda arc.

 Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya
sehingga tiada kesan cecahannya.

 Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan.

 Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman


sebelum lembing mendarat.

 Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi


penanda arc.

 Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang
diberi kepadanya.

 Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.


4. Pilih mana-mana 2 acara balapan dan perincikan peraturan pertandingannya dengan
merujuk kepada peraturan pertandingan KOM terkini.

ACARA 1: LARIAN BERPAGAR

Peraturan Lari Berpagar:

1. Pelari hendaklah berlari dlm lorong masing-masing

2. Pembatalan boleh berlaku jika seseorang berlari dlm keadaan berikut

•Mengheret kaki di bawah palang pagar

•Melompat pagar di lorong lain

•Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki dengan sengaja

ACARA 2: LARIAN 4 x 200m

Peraturan Lari Berganti-ganti

 Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi


menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.
 Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi
ditengah-tengahnya.
 Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m)
sama dengan garisan permulaan 800m.
 Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah
garisan permulaan/penamat
 Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan
dalam lorong sepenuhnya.
 Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu
pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon
sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi
menandakan had luar zon.
 Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari
100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama
(cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan
menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini
dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.
 Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang
menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.
 Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.
 Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah
diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan
pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

5. Nyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu ditekankan dalam sukan olahraga.

1. Mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid semasa melakukan


aktiviti
2. Kemudahan peralatan
3. Persekitaran atau tempat beraktiviti
4. Penyeliaan, arahan dan bimbingan
5. Memahami latihan yang sistematik
6. Perlakuan murid

PAKAIAN

Pakaian dalam sukan haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan
penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan
iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang
mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan
menjejaskan kesihatan dan prestasi atlit.

PERALATAN BERSUKAN

Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu
untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut
untuk terus terlibat dalam sukan. Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah yang ingin
bermain tenis perlulah menggunakan riket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka
supaya ia tidak menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan tenis. Jadi tidak
dapat dinafikan lagi kesesuaian peralatan bersukan amat penting agar ia dapat digunakan
dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan prestasi seseorang atlit.

PERALATAN KESELAMATAN

Semua atlit atau pemain mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak
dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian
pemakainya. Sukan-sukan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan seperti hoki,
ragbi, taekwondo dan bola sepak mempunyai alatan sinpad, abdominal guard, head gear
dan sarung tangan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.

PERALATAN PERTANDINGAN

Penganjur pertanding umur haruslah mengutamakan keselamatan terutamanya dalam


menyediakan peraturan sesuatu pertandingan. Peraturan-peraturan permainan yang telah
ditetapkan oleh badan-badan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak
diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan merujuk peraturan
yang telah disediakan dan diedarkan kepada semua yang terlibat sebagai panduan.

PADANG DAN GELANGGANG

Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-
ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya. Sebagai contoh padang
ragbi yang tidak rata dan berlubang-lubang boleh mencederakan pemain seperti terseliuh
dan tersadung. Ini akan menjejaskan prestasi pemain dan boleh mendatangkan bahaya
kepada mereka. Jadi padang dan gelanggang mestilah sentiasa berada dalam keadaan
yang baik serta alatan yang berada di sana juga turut dalam keadaan yang baik agar ia
dapat digunakan sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai