Anda di halaman 1dari 4

Script for macro-teaching

FASA ENGAGE

Hi murid-murid. Hari ini, cikgu telah membawa sebuah kotak misteri. Cuba datang ke depan untuk
teka apa yang ada dalam kotak misteri ini sama adalah objek ini ialah objek bernyawa atau tidak.
Berani tak? Baik datang-datang… Baik murid-murid, anda sudah sentuh objek yang ada dalam kotak
ini, cuba beritahu cikgu apakah objek yang disimpan dalam kotak ini.

M: Tuala.

Bagus Lydia syabas kepada semua yang memberikan jawapan. Ye objek ini adalah TADAA!! Adalah
tuala!! (keluarkan)

Cuba fikirkan, apa kegunaan tuala dalam kehidupan seharian anda?

M: mengelap badan dan tangan…

Betulkah semua? Ye, kami menggunakan tuala untuk mengelapkan badan selepas mandi, mengelap
tangan selepas membasuh tangan, mengelap peluh kita selepas bersenam. Mengapa anda
menggunakan objek ini untuk mengelapkan badan? Apakah ciri-cirinya?

M: dapat menyerap air dengan baik supaya kita tidak menghidapi selesema.

Pandai Fisha!! Kami menggunakan tuala untuk mengelapkan badan kerana ia dapat menyerapkan air
dengan baik supaya kita tidak menghidapi selesema dan ia sangat lembut apabila kami
menyentuhnya.

Sekarang cuba fikirkan, apakah bahan yang digunakan untuk membuat tuala? Tiada jawapan
maksudnya tak tahu ke? Baik tak apa, cikgu akan berikan sedikit tips untuk anda mengenalpasti
bahan untuk membuat tuala itu. Pernahkah anda memerhati label komposisi yang ada pada tuala
yang kamu gunakan? (tunjuk label), di sini menunjukkan 100% cotton, maksudnya, ia seratus peratus
diperbuat daripada?? ye..kapas. Pandai sekali Enid. Sekarang, cuba beritahu cikgu sekali lagi apakah
bahan yang digunakan untuk membuat tuala dalam ayat yang lengkap.

M: Bahan yang digunakan untuk membuat tuala adalah Kapas.

Ada sesiapa yang boleh beritahu cikgu, Kapas berasal dari mana? Apakah sumber asasnya?

Betul Lydia, pokok kapas. Ada sesiapa yang tidak pernah tengok pokok kapas boleh lihat pada ppt.
Pokok kapas adalah sejenis tumbuh-tumbuhan. Tuala diperbuat daripada kapas, maka kapas adalah
sejenis bahan. Kapas berasal daripada tumbuh-tumbuhan, maka tumbuh-tumbuhan ini dikenali
sebagai sumber asas kapas. (show table). Sekarang cikgu mengedarkan lembaran kerja 1. Tadi, kami
telah belajar sejenis sumber asas iaitu tumbuh-tumbuhan, terdapat 3 jenis sumber asas lagi, mari
kita menonton video pendek ini dan mengenal pasti jenis sumber asas yang lain.

(video 2 mins)

Baik murid-murid selepas tengok video, bolehkah anda memberitahu cikgu apakah contoh sumber
asas yang ada dalam video tersebut? Ali sila beritahu cikgu.

Good job Ali, sumber asas merangkumi, tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan dan petroleum. Ingat
murid-murid, kamu perlu mengisikan jawapan ini dalam lembaran kerja anda ya.
FASA EXPLORE

Hari ini, kami akan belajar lebih banyak mengenai bahan dan sumber asas. Ingatkan, bahan
merupakan sesuatu yang digunakan untuk membuat objek. Manakala, sumber asas adalah sesuatu
yang menghasilkan bahan. Baik sekarang kami akan membuat aktiviti 1 dalam masa 7 minit. Murid-
murid, membentuk kumpulan yang mengandungi 5 orang. Setiap kumpulan dikehendaki mencari 5
objek yang berbeza dalam kelas, maksudnya satu murid akan mencari 1 objek. Selepas kamu cari,
cuba memerhati ciri-ciri pada objek tersebut dan berbincang dalam kumpulan untuk menentukan
bahan dan sumber asas bagi setiap objek. Kemudian, kamu senaraikan objek yang ahli-ahli kumpulan
anda cari dalam bahagian B yang disediakan dalam lembaran kerja. Pastikan anda mengisi
berdasarkan kolum objek, bahan dan sumber asas dengan betul. Kamu mestilah bekerjasama dan
berkongsi informasi dengan setiap ahli kumpulan dalam aktiviti ini boleh capai arahan cikgu?..
(Bolehhh) Baik sila mulakan.

Sudah isi jadual bahagian B? (SUDAHHH) Baik, mari kita lihat hasil salah satu kumpulan. (tunjuk hasil
kumpulan Mindy) Kumpulan Mindy telah senaraikan jaket berbulu, tisu, payung, jam tangan dan
topeng muka. Kita lihat satu pada satu, menilai sama ada kumpulan ini betul ke tak. Pertama ialah
jaket berbulu, jadi bahan yang membuat jaket berbulu adalah bulu-bulu haiwan, sumber asasnya
ialah haiwan. Tisu adalah diperbuat daripada kertas, sumber asas kertas adalah tumbuh-tumbuhan.
Payung diperbuat daripada kain sintetik, sumber asas kain sintetik adalah petroleum. Jam tangan
diperbuat daripada logam, sumber asas bagi logam adalah batuan. Akhirnya kelima, topeng muka
diperbuat daripada kain sintetik, sumber asas bagi kain sintetik adalah petroleum. Syabas, mereka
telah betul dan amat jelas dalam pengenalpastian sumber asas dan bahan. Sekarang, kamu perlu
mengelaskan objek-objek ini berdasarkan sumber asas dalam peta pokok di bahagian C dan
mengelaskan objek berdasarkan tiga jenis bahan yang ada dalam jadual yang kamu buat tadi ke
dalam bahagian D. Kamu hanya perlu memilih tiga jenis bahan dalam senarai anda. Masa yang
diberi adalah 5 minit, sila mula.

Masa dah tamat. Mari kita lihat kumpulan Mindy sekali lagi, bahagian C, di bawah sumber asas
haiwan merangkumi objek jaket berbulu, dalam kolum tumbuh-tumbuhan mengandungi objek tisu,
dalam kolum batuan terdapat objek jam tangan, akhirnya payung dan topeng muka adalah
diperbuat daripada sumber asas petroleum. Bahagian D, kumpulan mereka telah memilih bahan kain
sintetik, kertas dan bulu. Objek topeng muka dan payung diperbuat daripada bahan kain sintetik,
objek tisu diperbuat daripada bahan kertas, objek jaket berbulu adalah diperbuat daripada bulu
haiwan. Syabas kepada semua yang melengkapi aktiviti ini. Ketua kumpulan mengumpulkan semua
lembaran kerja dan hantar kepada cikgu ye.

FASA EXPLAIN

Murid-murid, tahukah anda bagaimana tanah berasal dari batuan? (TAKTAUUU) Baiklah, sekarang
cikgu akan berkongsi prosesnya. Batuan memerlukan jutaan tahun untuk dijadikan tanah. Pada awal-
awal sekali, tanah masih merupakan sebuah ketul batuan yang besar, selepas beberapa ratus tahun
dijemur di bawah matahari dan dihujan, batu besar ini mengalami perubahan suhu yang ekstrim,
kadang-kala panas kadang kala sangat sejuk, pengembangan dan pengecutan menyebabkan
sebahagian batu besar itu pecah. Dari masa ke masa, batu itu akan berpecah menjadi zarah yang
lebih kecil sehingga menjadi saiz tanah. Proses ini dikenali sebagai luluhawa.

Mungkin terdapat murid-murid yang tidak tahu tentang petroleum, biasanya petroleum digunakan
sebagai bekalan tenaga untuk kereta, penghasilan petroleum juga bermula sejak jutaan tahun
dahulu. Pada jutaan tahun dahulu, tumbuhan dan haiwan laut kecil mati dan dikebumikan pada
dasar laut. Dari masa ke masa, tumbuhan dan haiwan laut dikebumi dengan lebih mendalam di
bawah lapisan pasir dan kelodak. Selama berjuta-juta tahun, haba dan tekanan yang besar telah
menjadikan sisa-sisa haiwan tersebut menjadi petroleum. Kini, kita pam dari bawah tanah untuk
mendapatkan petroleum.

Seterusnya, apakah yang anda perhatikan dalam imej ini? (terdapat ulat) ye ulat apa kamu rasanya?
(ulat yang dapat menghasilkan kain sutera) haha ye, ia dipanggil cacing sutera, cacing ini memang
dapat menghasilkan kain sutera tetapi prosesnya bukan begitu mudah ye. Di China terdapat banyak
kanak-kanak seumur dengan kamu suka membela cacing sutera sebagai binatang kesayangan kerana
cuaca mereka amat sesuai untuk kehidupan cacing tersebut. Mereka akan memberi daun Mulberry
kepada cacing sutera, lepas itu, cacing itu akan memuntahkah sutera selepas makan daun tersebut.
Dari masa ke masa, muntahan cacing sutera telah menghasilkan terlalu banyak sutera dan ia akan
bergulung dirinya ke dalam kokun yang diperbuat daripada muntahan sutera itu. Mereka berputar
kokun suteranya untuk melindungi sendirinya. Akhirnya, kita manusia pun mendapatkan benang
sutera daripada kokun cacing sutera ini. Jadi, kita boleh rumuskan kain sutera ini berasal daripada
haiwan iaitu cacing sutera.

FASA ELABORATE

Adakah anda bersedia untuk melakukan aktiviti 2? (yaaa) baik murid-murid, sekarang kamu diberi
peluang untuk mereka sebuah kasut~~, ok balik kepada kumpulan anda yang berlima, cuba
berbincang dengan ahli kumpulan anda dan pilih dua bahan yang sesuai untuk rekaan kasut serta
nyatakan dua atau tiga ciri bahan untuk menjelaskan ciri-ciri sebagai sebab bahan itu dipilih.
Kemudian, isikan lembaran kerja 2 yang cikgu edarkan itu berdasarkan bahan, sumber asas dan ciri-
ciri. Selepas 10 minit, cikgu akan memilih kumpulan secara rawak untuk membentangkan hasil
kumpulan anda. Sila mula.

Baiklah cikgu nak 1 kumpulan yang saya sebut, sila datang ke hadapan dan membentangkan hasil
kumpulan anda. Kumpulan Elise sila datang ke depan. Kawan-kawan lain, cuba lihat hasil kawan-
kawan kamu di hadapan ini. Baik sila membentangkan hasil kumpulan anda.

Terima kasih atas pembentangan Elise dan rakan-rakan. Kita boleh lihat, mereka telah memilih
plastik dan kapas sebagai bahan untuk membuat kasut idaman mereka. Sumber asas bagi plastik
adalah petroleum, betulke semua? (ye) Sumber asas bagi kapas adalah? (tumbuh-tumbuhan). Betul,
ingatkan pokok kapas yang cikgu tunjuk tadi. Sebab mereka pilih plastik sebagai bahan kasut kerana
plastik adalah ringan, boleh menimbul ke atas air dan kalis air. Sebab pemilihan kapas adalah ia
bersifat dapat lembut dan tidak berat. Syabas kepada kumpulan Elise. Mereka telah menghasilkan
sebuah kasut yang baik dan berguna.

Ketua kumpulan sila mengumpulkan semua lembaran kerja ahli anda dan hantar kepada cikgu ye.

FASA EVALUATE

Sebelum tamatkan kelas, cuba ingat kembali apa yang kamu belajar hari ini. Sila senaraikan jenis
sumber asas yang kami pelajari? (….) ye, terdapat 4 jenis sumber asas iaitu tumbuh-tumbuhan,
haiwan, petroleum dan batuan. Apakah contoh bahan bagi sumber tumbuh-tumbuhan? (…) bagus
Chin, bahan kertas, kapas. Apakah contoh bahan bagi sumber haiwan? (…) kain sutera, bulu. Apakah
contoh bahan bagi sumber petroleum? (…) plastik, kain sintetik. Akhirnya, apakah contoh bahan bagi
sumber batuan? (…) tanah, logam. Sebagai rumusan hari ini, kamu boleh merujuk kepada buku teks
anda mukasurat 142 sebagai ulang kaji. Baik murid-murid, hari ini kamu semua telah belakukan yang
terbaik dan terima kasih kepada kerjasama anda. Baiklah cikgu akan tamatkan kelas, terima kasih
murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai