Anda di halaman 1dari 2

Rumusan:

Setiap pelajar yang ingin mengikuti sesuatu proses pembelajaran akan melalui proses di mana perlu
bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung.

Faktor mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar: warisan dan faktor persekitaran.

Faktor Kesediaan Pembelajaran:

1. Kematangan: fizikal, intelek, sosial dan emosi


2. Pengalaman: faktor IQ & EQ

Implikasi terhadap PdP di dalam bilik darjah:

Peranan guru dlm Mewujudkan Kesediaan Belajar:

1. kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran misalnya kerja secara berkumpulan,


berpasangan dan individu supaya berlaku bimbingan rakan sebaya yang mana murid-murid
yang kurang bersedia akan dibantu oleh murid yang bersedia.
2. mengggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kesediaan murid-murid
untuk belajar.
3. membuat pemeringkatan isi kandungan pelajaran.
4. Aktiviti pemulihan dan pengayaan

Peranan guru dalam Peningkatan Pengamatan Dan Penanggapan:

1. mengamati murid-murid melalui gambarajah, tulisan atau lukisan utk memastikan murid-
murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsic yang tinggi dalam
mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
2. memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak iaitu dalam erti kata lain yang mudah
kepada susah supaya murid dapat menerima pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru.
3. menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-murid.
4. menerangkan sesuatu maklumat dengan betul melalui tapisan dan analisis terlebih dahulu
supaya hasil pengajaran dan pembelajaran oleh murid adalah tidak terpesong daripada
kebenarannya.
5. menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat.

Peranan guru dalam Peningkatkan Ingatan:

1. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan sehingga menguasainya
terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
2. Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada
ulangan fakta.
3. Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada
pembelajaran yang sudah diterima.
4. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman
mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
5. Guru perlulah membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah
tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan.
6. Guru perlulah menggunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok
semasa pembelajaran.

Strategi dan prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains serta kait dengan cara mengekalkan ingatan jangka panjang murid dan
mengurangkan lupaan:

1. Menentukan pencapaian objektif eksplisit. (objektif yang boleh diukur nilainya)

· Murid mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting selepas mereka memahami
objektif pembelajaran mereka. Bagi Sains, sebelum mengajar guru perlulah memberitahu objektif.
Contohnya, objektif pada kelas tersebut adalah menyatakan bentuk muka Bumi pada akhir kelas.
Jadi, murid akan lebih fokus dan memahami hasil pembelajaran mereka dengan jelas.

2. Mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir.

· Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya.
Contohnya, guru boleh tayangkan lagu atau video yang mempunyai sekuan yang seiras untuk
memudahkan ingatan jnagka panjang murid. Guru Sains boleh mencipta sesuatu mnemonik untuk
meningkat ingaatan jangka panjang murid terhadap kitaran air dalam persekitaran.

3. Pengalaman berkumulatif (kumpulan) dan organisasi sistematik

· Pengalaman perlulah disusun secara bersistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih
kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan
konsep Fizik.

4. Mengajar konsep dengan contoh sesuai.

· Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan
memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep penarikan
dan penolakan magnet dan memberikan contoh perempuan sebagai pola selatan dan lelaki sebagai
pola utara.

Anda mungkin juga menyukai