Anda di halaman 1dari 30

KAEDAH BERCERITA

Posted on March 23, 2011 by admin

KAEDAH BERCERITA
DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau


strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.

TUJUAN TEKNIK
1.

Menarik Minat murid

2.

Mengekalkan perhatian

3.

Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat


disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya


sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan


aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik
muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga
boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa
kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).

Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman


sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya
boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan
gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang

formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu
cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan Hari ini saya
bercerita kepada anak lelaki saya. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas
daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula,
penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di
India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita
Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain
yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan
menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan
menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.
Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk

bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan
alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau
belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil
mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya
bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan
batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita
digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita
sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang
Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung
wayang kulit).
Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah

berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil

berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:

pengajaran

pengetahuan

perkongsian pengalaman.

Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak


objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:

meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan,


bacaan, penulisan dan kosa kata

memahami dan menghayati cerita

meningkatkan kemahiran mendengar

mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran


berfikir secara kritis dan kreatif

menambah pengalaman dan pengetahuan

menanam sikap cinta akan warisan budaya

menerapkan unsur nilai murni

memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling

mencungkil dan mengasuh bakat

membentuk insan yang harmoni dan seimbang

menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

3.10 KAEDAH BERCERITA

Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai
sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1.

Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2.

Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya

kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)


3.

Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,

intonasi dan ekspresi/mimik muka


4.

Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian

5.

Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang

dan berketrampilan
Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita

memilih cerita yang sesuai

menghafal isi-isi penting

sediakan alat bantu mengajar

kesediaan pelajar

murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru

mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi

pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir

pastikan suara jelas dan lantang

kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami
isi cerita dengan lebih jelas

mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid

ayat dan perkataan mudah difahami murid

disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi

aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai

Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni

Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid

Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar
dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar


yang sesuai dengan isi cerita

3. Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik

Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya

Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi


cerita itu

5. Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan


sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi
cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Kemahiran Lisan:

Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang

Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang


tua,haiwan)

Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai

Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka sesuai dengan emosi

Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan

Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan

Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA


1.

Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni

2.

Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak

3.

Plot yang mudah, kronology & happy ending

4.

Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek

5.

Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan

6.

Melibatkan watak kanak-kanak

7.

Menonjolkan watak yang boleh dicontohi

8.

Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)

9.

Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek

10.

Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:

Kebolehan kanak-kanak

Masa (tidak terlalu panjang)

Ruang dan tempat

Suasana

Persekitaran (tiada gangguan bising)

Peralatan cerita

Bentuk dan jenis cerita

Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA

Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita

Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA


1.

Bercerita tanpa alat

2.

Bercerita berpandu

3.

Bercerita berdasarkan gambar bersiri

4.

Bercerita menggunakan bahan maujud

5.

Teka-teki

6.

Teater bercerita

7.

Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA


1.

Buku besar

2.

Beg bercerita

3.

Gambar bersiri

4.

Boneka

5.

Kad Cantuman

6.

Kostum

7.

Poster

8.

Topeng

9.

Alat muzik/audio/vcd dll.

Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita

1.

Sesuai dengan cerita dan objektif P&P

2.

Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama

3.

Warna yang terang, menarik & merangsang indera

4.

Melibatkan pelbagai deria

5.

Tidak membahayakan kanak-kanak

6.

Penggunaan bahan maujud dan sumber alam

7.

Boleh dipelbagaikan kegunaan

8.

Mudah digunakan dan disimpan

Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:

Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang

Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang


tua,haiwan)

Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai

Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka sesuai dengan emosi

Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan

Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan

Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai

Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni

Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid

Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar
dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar


yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik

Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya

Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi


cerita itu

Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan


sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi
cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)

Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita

Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

Masa (tidak terlalu panjang)


Persekitaran (tiada gangguan bising)
Posted in Kaedah P&P | Leave a comment

KEMAHIRAN
Posted on March 1, 2011 by admin

Posted in Semua Kategori | Leave a comment

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Posted on February 25, 2011 by admin

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


1. PENGENALAN
Mencatat nota merupakan satu kemahiran yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar.
Kemahiran ini digunakan sama ada dalam pembacaan atau belajar melalui kuliah.
Kemahiran mengambil nota berkesan untuk pembelajaran maklumat yang memerlukan
pelajar mengesan dan melakukan proses mental ke atas idea-idea utama, task
pembelajaran yang kompleks dan bahan-bahan konseptual.

1.1

MAKSUD NOTA

Nota ialah bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Ringkas, padat, berkaitan dan sistematik.

(i)
RINGKAS:

Hanya fakta penting sahaja dimasukkan.

PADAT:

Fakta penting diambil kata kuncinya sahaja.

BERKAITAN:
SISTEMATIK:

(ii)
(iii)

Kata kunci mempunyai hubungan antara satu sama lain.


Fakta disusun rapi mengikut urutan dan diolah dalam pelbagai format.

Menarik, mudah dibaca dan mudah difahami.


Membantu pelajar dalam mengingati fakta bagi tujuan mengolah

jawapan.
(iv)

Memudahkan kefahaman, meningkatkan daya ingatan dan

penguasaan sehingga akhirnya dapat membantu pelajar menjawab soalan


peperiksaan.

1.2 FUNGSI NOTA

Nota dapat membantu pelajar mengingat kembali fakta pada masa-masa yang diperlukan,
menjadi bahan ulang kaji dan sebagai bahan rujukan yang berkesan semasa menyiapkan
tugasan seperti kerja rumah, kerja projek, laporan dan sebagainya. Nota juga dapat
membantu pelajar merancang jawapan dalam peperiksaan.

1.3

JENIS NOTA

Nota boleh dibahagikan kepada dua jenis:


1.3.1

Nota ringkaas

1.3.2

Nota rajah

Nota ringkas (NR) ialah kumpulan fakta yang bersumberkan rujukan buku atau maklumat
guru yang dipindahkan dalam bentuk pertama.
Nota rajah pula ialah kumpulan kata kunci (KK) yang bersumberkan nota ringkas, diolah
dalam pelbagai format dan bentuk rajah.
Nota ringkas yang dipindahkan dalam bentuk pertamanya iaitu helaian kertas biasa yang
berlainan dengan sumber rujukannya. Contohnya lipatan kertas kajang atau kepingan
kertas yang lebih kecil (kad ingatan).
Nota rajah ialah nota ringkas yang dipindahkan ke dalam bentuk keduanya sama ada dalam
bentuk yang lebih besar (kertas sebak kumpulan) atau kepingan kertas yang lebih kecil
(kad ingatan- individu).
Bentuk kata kunci (KK) dalam nota rajah adalah pelbagai. Contohnya:
:

kk dari atas ke bawah

Carta aliran

Carta blok

Carta edaran

kk dalam bentuk bulatan bersambung

Carta aliran

kk dalam bentuk hieraki

Carta bebas

kk dalam bentuk bebas

Peta konsep

kk gabungan carta

kk dari kiri ke kanan atau sebaliknya

Peta minda

Graf

1.4

kk gabungan carta
:

kk dalam pelbagai bentuk graf

FALSAFAH NOTA

Nota mempunyai falsafah tertentu. Keyakinan kepada nota menjadi asas kepada kejayaan.
Pelajar yang mempunyai nota akan lebih yakin untuk menduduki peperiksaan. Persediaan
dirasakan sudah hampir sempurna dengan nota yang tersusun rapi. Adanya nota bermakna
proses pembelajaran telah berlaku.
1.5

PROSES MENGAMBIL NOTA

MEMBACA:

Bacaan kali pertama untuk mendapatkan gambaran


keseluiruhan. Bacaan kali kedua untuk memahami,
mendapatkan fakta dan kata kunci.

MENGGARIS:

Menggariskan maklumat penting bahan yang dibaca. Gariskan


kata/frasa penting, keluarkan daripada bahan asas dan
catatkan di atas kertas.

( Underlining)

MEMBUAT RINGKASAN:
(Summarizing)

PENYUSUNAN &
PEMETAAN:
(Outlining &
Mapping)

1.6

Membuat catatan ringkas idea-idea penting bahan yang dibaca.


Tanpa melihat bahan asas, buat ayat baru (ini dapat
meningkatkan kefahaman). Catatan mestilah disusun mengikut
sistem nombor.

Penyusunan ialah menyusun maklumat dalam format berhieraki


; pemetaan bermaksud membina diagram idea utama dan
perkaitan antara idea berkenaan.
Prosesnya bermula dengan meneliti semula kata kunci,
menghubungkan secara munasabah kata kunci tersebut, pilih
bentuk nota yang sesuai dan digemari, lakarkan secara
ringkaas di kertas biasa dan lakarkan semula nota yang sudah
siap ke dalam buku, kertas sebak atau kad ingatan.

KEPENTINGAN NOTA

Di manakah peranan nota dalam pembelajaran pelajar?


Kepentingan nota bergantung kepada bagaimana nota itu digunakan.
1.6.1

Kaedah penggunaan nota.

(a)

Secara Individu + Nota

Nota yang sudah siap perlu dilakukan proses kemasukan ke dalam stor ingatan jangka
pendek (working memory) dengan cara: (i) latih tubi secara lisan individu (ii) latih tubi
secara tulisan individu (iii) menjawab solan yang berkaitan secara lisan atau bertulis.

(b) Secara Individu Nota


Kemasukan maklumat ke dalam stor ingatan jangka panjang melalui proses latih tubi tanpa
nota pelajar menyatakan kandungan nota secara lisan atau tulisan tanpa melihat nota.

(c)

Secara Kumpulan + Nota

Nota yang sudah siap perlu disampaikan kepada rakan dalam kumpulan studi dengan cara
mempersembahkannya di papan hitam secara lisan dan tulisan. Penyampaian dilakukan
dengan cara melihat nota.

LATIHAN AMALI :
1.

Bina satu carta stream berdasarkan maklumat di bawah:


Semua bahan di dalam dunia ini boleh dikategorikan sebagai jirim dan bukan jirim. Jirim ialah
bahan yang mengandungi jisim dan memenuhi ruang. Jirim boleh wujud dalam tiga bentuk;
pepejal, cecair dan gas.

1.

Baca petikan yang diberikan di bawah dan bina satu carta aliran untuk menunjukkan
bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula.
Sisa buangan daripada rumah seperti botol kaca, botol plastik dan sisa makanan boleh dikitar
semula. Bahan buangan tadi diasingkan. Botol dibersihkan dan kemudian dileburkan. Kaca yang
lebur itu dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan untuk menghasilkan botol baru.
Botol-botol dan bahan plastik dibersihkan, dilebur dan dimasukkan ke dalam acuan untuk
membentuk botol plastik baru.
Bahan sisa makanan pula diproses menjadi baja untuk digunakan di ladang-ladang.

1.

Senarai di bawah mengandungi beberapa sebab segelintir murid tidak meneruskan


pelajaran ke sekolah menengah.

ibu bapa berpendapatan rendah

murid tidak lulus peperiksaan

murid ponteng daripada sekolah

murid kurang mendapat perhatian ibu bapa

ibu bapa bercerai

kemudahan fizikal

di sekolah kurang selesa

keluarga selalu berpindah

rumah kurang kemudahan

kecerdasan otak murid rendah

pengajaran guru kurang memberangsangkan

Cuba anda kumpulkan sebab-sebab ini dalam bentuk rajah tulang ikan atau peta minda.
1.

Aktiviti kumpulan: Sediakan nota anda mengenai bahan bacaan berikut:

Bahan Rangsangan 3

Ingatan adalah kebolehan individu menyimpan maklumat yang dipelajari dan mengeluarkannya
kembali apabila diperlukan. Ingatan boleh dikategorikan kepada ingatan deria, ingatan jangka
pendek dan ingatan jangka panjang.
Ingatan deria merupakan komponen pertama dalam sisitem ingatan. Panca indera menerima
banyak maklumat atau rangsangan daripada persekitaran dan menyimpannya dalam satu jangka
masa yang amat singkat, tidak sampai 2 saat. Kalau tidak ada apa-apa dilakukan ke atas maklumat
yang didaftarkan di panca indera ini ia akan segera hilang.
Maklumat yang diterima oleh panca indera dan diberi perhatian kepadanya akan dipindahkan
kepada komponen kedua sistem ingatan iaitu ingatan jangka pendek. Komponen ingatan ini boleh
menyimpan maklumat dalam jumlah yang kecil dalam tempoh masa beberapa saat. Maklumat
dalam ingatan jangka pendek ini akan disimpan sekiranya maklumat itu dikatifkan. Maklumat dalam
ingatan jangka pendek mungkin diterima daripada panca indera atau pun daripada ingatan jangka
panjang. Selalunya kedua-dua keadaan ini berlaku serentak. Cara untuk mengekalkan maklumat ini
dalam ingatan jangka pendek ialah memikirkan maklumat berkenaan dan menyebutnya berulang
kali.
Komponen ketiga dalam sistem ingatan ialah ingatan jangka panjang. Di peringkat ini, maklumat
disimpan dalam jangka masa panjang dan mempunyai keupayaan menyimpan maklumat dalam
jumlah yang besar. Mengikut ahli-ahli teori, maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang
tidak akan hilang, kemungkinannnya kita hanya gagal mengesan maklumat yang tersimpan dalam
ingatan kita.

Posted in Kemahiran Generik, Semua Kategori | Leave a comment

KEMAHIRAN BELAJAR
Posted on February 25, 2011 by admin

1. KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh
setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat
secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan
kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks,
suasana, masa dan tempat yang tertentu.
2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai
kemahiran belajar. Antaranya ialah:
2.1

Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan

bermakna.
2.2

Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan

dan daya intelek sepanjang hayat.


2.3

Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.

2.4

Memupuk didplin kendiri pelajara.

2.5

Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.

2.6

Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

2.7

Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.

2.8

Meningkatkan daya ingatan pelajar.

2.9

Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.

2.10

Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai

sumber media.
2.11

Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi

menghayati pembelajaran sepanjang hayat.


2.12

Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN


3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS
SKIMMING: membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama
atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam membaca sesuatu petikan, kita hanya
memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman
umum. Dalam membaca sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku
berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama,
rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang
buku yang dibaca.
SCANNING: Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan
bacaan. Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang
penting. Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan
muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.

3.2 KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS


SQ4R: Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan
mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan. Teknik ini
dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh
Robinson (1961). Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan
pelajar. Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

SQR

SURVEYQUESTIONREA
D

Skim bahan bacaan. Gunakan tajuk sebagai


panduanBina soalan mengenai bahan

bacaan.Baca. Gunakan soalan sebagai panduan.


R

REFLECT

RECITE

REVIEW

Fikirkan apa yang dibaca. Hubungkan idea


dengan apa yang telah diketahui.
Jawab soalan. Hubungkan maklumat dengan
sesuatu tajuk.
Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang
sukar.

Survey (Tinjauan): Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara
keseluruhan. Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan
kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.
Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak
dibaca. Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa,
mengapa dan di mana.
Read (Baca): Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif. Cuba jawab
soalan-soalan yang telah dibina. Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.
Reflect (Refleksi): Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i)
menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik
dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik
dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan
yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada).
Recite (Mengimbas kembali): Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca
dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab
soalan sendiri gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk
membina soalan kepada diri anda sendiri.
Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus
kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan
dan kefahaman anda. Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk. Baca semula
bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan
kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.

KWLH: Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan
pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan
perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:
K (know)
W (want)
L (learned)
H (how)

Apa yang telah diketahui


Apa yang ingin diketahui
Apa yang didapati selepas membaca
Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk, boleh diperolehi.

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i) peluang

membaca secara kritis(ii)mengaitkan

pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk
membaca perkara-perkara yang hendak
yang telah dipelajari dan perkara-

diketahui (iv) mengenal pasti perkara-perkara

perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v)

peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.


Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku
atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan
perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin
anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks
dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan,
bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.
Posted in Kemahiran Generik, Semua Kategori | Leave a comment

MENCATAT NOTA
Posted on February 25, 2011 by admin

MENCATAT NOTA DAN MEMPROSES MAKLUMAT


1.

MENCATAT NOTA

Ciri nota yang baik:

Mengandungi rangka kasar

Terdiri daripada isi penting

Ditulis ringkas dan padat

Catatan yang jelas

Penyusunan maklumat yang jelas

Terdapat tanda penonjolan kepentingan

2.

PENYUSUNAN MAKLUMAT

KATA TANYA

Peta Minda

GRAFIK

KRONOLOGI

Rajah Tulang Ikan

KEUTAMAAN

Jadual

KATEGORI

Graf

Carta organisasi, aliran,stream

Rajah

Lakaran

LATIH AMAL 1:
1.

Bina satu carta stream berdasarkan maklumat di bawah:


Semua bahan di dalam dunia ini boleh dikategorikan sebagai jirim dan bukan jirim. Jirim ialah
bahan yang mengandungi jisim dan memenuhi ruang. Jirim boleh wujud dalam tiga bentuk;
pepejal, cecair dan gas.

2. Baca petikan yang diberikan di bawah dan bina satu carta aliran untuk menunjukkan
bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula.

Sisa buangan daripada rumah seperti botol kaca, botol plastik dan sisa makanan boleh dikitar
semula. Bahan buangan tadi diasingkan. Botol dibersihkan dan kemudian dileburkan. Kaca yang
lebur itu dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan untuk menghasilkan botol baru.
Botol-botol dan bahan plastik dibersihkan, dilebur dan dimasukkan ke dalam acuan untuk
membentuk botol plastik baru.
Bahan sisa makanan pula diproses menjadi baja untuk digunakan di ladang-ladang.

3.

Senarai di bawah mengandungi beberapa sebab segelintir murid tidak meneruskan

pelajaran ke sekolah menengah.

ibu bapa berpendapatan rendah

murid tidak lulus peperiksaan

murid ponteng daripada sekolah

murid kurang mendapat perhatian ibu bapa

ibu bapa bercerai

kemudahan fizikal

di sekolah kurang selesa

keluarga selalu berpindah

rumah kurang kemudahan

kecerdasan otak murid rendah

pengajaran guru kurang merangsangkan

Cuba anda kumpulkan sebab-sebab ini dalam bentuk rajah tulang ikan atau peta minda
LATIHAMAL 2:
1.

Jelaskan maksud carta stream.

2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan peta minda?

Posted in Kemahiran Generik, Semua Kategori | Leave a comment

RUMUSAN TEORI PEMBELAJARAN


Posted on February 25, 2011 by admin

Rumusan Teori Pembelajaran.


TEORI

FOKUS

KONSEP UTAMA

TOKOH

Behaviorisme

Tingkah
laku

R-G &
Ganjaran/peneguhan

Pavlov,Thorndike,Skinner

Kognitivisme

Pemikiran

Kesedaran dan
kefahaman

Piaget,Vygotsky,
Kohler,Gagne,
Bruner,Ausubel

Sosial

Tiruan

Ingat

Bandura & Walters

Humanisme

Diri

KesempurnaanKendiri,h
ak diri,motivasi.

Maslow, Rogers.
Bugental, Neil.

Konstruktivisme

Ilmu atas
inisiatif
sendiri.

Dibina dalam minda


berdasar kan pengalaman.

Piaget, Vygotsky,Von
Glaserfeld.

Perbandingan Teori Pembelajaran Barat dengan


Islam

Bi
l.
1.

R-G

Hasil pembelajaran
drp hubungan R-G

KOGNITIF/Gestalt

Tugas Mental

ISLAM
Wahyu dan
akal/emosi/rohani/
Jasmani

2.

Melalui pancaindera

Kesedaran Individu

Kesedaran-ilmu & iman.

3.

Mekanisme &pasif

Manusia adalah aktif &


mampu tafsir

Manusia adalah aktif


sebagai khalifah.

4.

Experiment ke atas
haiwan

Kebolehan menilai dan


meramal

Menilai,meramal, dan
bertawakkal.

5.

Dirancang @
disengaja @
dimanipulasi-kan

Reaksi secara formal &


informal

Reaksi formal-informal rasa

6.

Ada perkaitan input


dan Out put (G)

Kesesuaian dengan alam


sekitar-sekular.

Kaitan diri-Tuhan dan dirimakhluk sbg Ayatullah.

Ganjaranhedonisme

Ganjaran-kepuasan

Haq-bathil, haram dan


halal.

Pengabdian.

hedonisme
Ganjaran dunia-akhirat.

Mulhid-sekular

Mulhid-sekular

Keutamaan
persekitaran

Keagungan akal.

Keagungan Tuhan.

Teori Pembelajaran Barat dan kesan terhadap


Islam.

Kesan ke atas umat manusia.


1.

2.

Kearah kemusnahan beragama- khususnya agama Islam dan penganutnya melalui


penjajahan fikiran.
Kepinggiran Ilmu Islam dan falsafahnya.

3.

Kemerosotan Ilmu Islam dan penyerapan serta penyebatian Ilmu sekular.

4.

Dominasi golongan elit berpendidikan barat ke atas umat Islam membawa elemenelemen sekularisme.

5.

Umat Islam terpukau dengan kajian yang objektif dan saintifik terhadap sesuatu yang
dianggap mutlak kebenarannya.

6.

Kelunturan akidah/keyakinan terhadap Islam sebagai satu sistem hidup.

7.

Melahirkan generasi yang durhaka kepada Allah dan rasul bahkan kpd kedua ibu bapa.

8.

Kedurjanaan dan kemusnahan tamaddun insan kepada taraf yang lebih rendah daripada
haiwan.

9.

Kelenyapan fungsi manusia sebagai khalifah- memimpin manusia kepada rasa


pengabdian kepada Tuhan.

10.

Malapetaka dan kemusnahan alam sejagat


Mereka tidak dapat membeza haq bathil.

SOALAN PERBINCANGAN.

1. Dalam menentukan garis panduan kehidupan manusia khususnya pelajar-pelajar,


sejauhmana Teori Behaviouris dapat mempertingkatkan kesedaran insan atau para pelajar
dalam dunia pendidikan hari ini.
2. Teori-teori pembelajaran behaviourisme dan kognitivisme adalah suatu teori yang
meletakkan kepercayaan manusia kepada kebenaran berasaskan saintifik, boleh memberi
kesan yang negatif kepada ketamaddunan manusia.Sejauhamana anda bersetuju dengan
kenyataan ini.
3. Kemunculan Teori Pembelajaran Humanis pada pertengahan abad ke-20 adalah
menunjukan kekecewaan para pendidik barat terhadap pengaruh teori pembelajaran
behaviouris dan kognitif dalam membina insan yang sempurna. Sejauhamana benar
kenyataan ini.
4. Walaupun di dunia barat terdapat ramai pakar-pakar psikologi pendidikan, akan tetapi
phenomena yang wujud di dunia barat telah menujukkan nilai-nilai kemanusiaan telah
semakin luntur. Beri penjelasan mengapa phenomena ini wujud ?
5. Sejauhmana teori konstruktivisme dapat diaplikasikan dalam bilik darjah yang terdapat
pelbagai tahap kecerdasan. Kemukakan contoh khusus untuk menyokong pendapat anda.
6. Sejauhmana teori pembelajaran konstruktivisme dapat membina dan membantu pelajarpelajar bagi mengatasi masalah globalisasi dan cabaran Negara pada masa hadapan.
Posted in Semua Kategori, Teori Pembelajaran | Leave a comment

TEORI PEMBELAJARAN
Posted on February 24, 2011 by admin

MAZHAB TEORI PEMBELAJARAN

BEHAVIORIS

KONGITIVIS

KONSTRUKTIVIS

SOSIAL

HUMANIS

Kecerdasan pelbagai

Linguistik (Verbal/Linguistics)

Muzik (Musical/Rhythmic)

Kinestetik (Bodily-kinesthetic)

Interpersonal

Intrapersonal

Ruang (Visual-Spatial)

Logik (Logical/Mathematical)

Kerohanian (Spiritual)

Naturalistik (Naturalitic)

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Posted on February 18, 2011 by admin

Dalam kehidupan, mungkinkah manusia dapat hidup berseorangan tanpa

berinteraksi dengan individu lain ?.


Pernyataan umum
Guru yang mempunyai kemahiran interpersonal yang baik digemari pelajar-

pelajarnya.
Kemahiran Interpersonal ?
Merujuk kepada kemahiran yang perlu untuk meneruskan suatu hubungan antara

individu dengan individu lain.


Kemahiran..
memberi perhatian
memahami
berempati
refleksi
bersemuka ( konfrontasi )
menyoal
mendengar
+ kem. Bimbingan..
-

mentafsir
pendedahan kendiri
pemparafrasaan
memberi nasihat

konfrontasi
kesenyapan
kekinian ( immediacy )
Tingkah laku Memberi Perhatian
Untuk memahami sesuatu kenyataan, seharusnya memberi perhatian yang
teliti.

Memberi perhatian
Memahami
Menimbulkan rasa hormat
Perasaan selamat

Anda mungkin juga menyukai