Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA –

BIMBINGAN MENJANGKA Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya
untuk membantu murid membaca dan memahami.

Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka
sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid
membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.

Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan
kelas.

Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan
membaca.

LANGKAH 1 Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid
berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi
maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu,
(ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu
dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai
pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

LANGKAH 2 Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid tentang
tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i)
mendapatkan isi-isi utama petikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii)
mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap
petikan.

LANGKAH 3 Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan
pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu
persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak
digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4 Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika
aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman
baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh
guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah
cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5 Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam
keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja
rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan, (ii) menulis
cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA –

TATACERITA

10 PERINGKAT TATACERITA :

PERINGKAT 1 Guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Pengalaman sendiri diutamakan
keranapengalaman orang lain adalah kurang berkesan dan menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru
juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman
mereka. Guru turut mempastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman
yang sama-sama mereka lalui.

PERINGKAT 2 Murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan,
drama dan muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman itu lebih menarik. Latihan yang
dijalankan juga membolehkan murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal di
samping meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses. Aktiviti yang dijalankan juga dengan
sendirinya boleh mengembangkan perbincangan tentang pengalaman masa lalu murid-murid.

PERINGKAT 3 Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan
pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan murid-murid
berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu.

PERINGKAT 4 Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masing-
masing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang
dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang
sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masing-masing dengan lebih terperinci.

PERINGKAT 5 Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid.
Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan
pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang
ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan
penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu.

PERINGKAT 6 Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu
guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis
oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik.

PERINGKAT 7 Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhati-
hati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan
oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu
atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru memberi bimbingan apabila perlu.

PERINGKAT 8 Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi.
Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara
lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam
cerita tersebut. Guru membimbing murid memngemukakan jawapan.
PERINGKAT 9 Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan
pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di
atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid
untuk menghasilkan cerita yang baharu.

PERINGKAT 10 Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga
boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap
seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah
jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.

Anda mungkin juga menyukai