Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Nama No. K/P

: Asihwiniy A/P Francisco : 920628-08-6260

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Tuhan kerana saya, Asihwiniy A/P Francisco, peserta Perkhemahan Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dari kursus PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 4 telah berjaya dan selamat menjalani kursus perkhemahan ini dengan sempurna. Aktiviti perkhemahan yang bermula pada 01 September hingga 03 September 2013 telah dijalankan di Hutan Lipur Lata, Besut, Terengganu. Kursus perkhemahan ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dicapai secara keseluruhannya.

Aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam ini benar-benar telah memberi banyak input yang berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya terutamanya dalam profesion perguruan saya. Sepanjang tempoh masa perkhemahan unit beruniform ini, saya telah menempuh dengan banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa disedari. Semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai motifnya yang tersendiri untuk membina ahli PBSM dan insan guru yang berkualiti. Perkhemahan unit beruniform yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika perkhemahan ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana aktiviti perkhemahan ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru, khususnya seorang insan yang bergelar ahli PBSM yang proaktif, fleksibel, aktif dan berkeyakinan tinggi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa segala aktiviti yang telah dilaksanakan dalam perkhemahan ini merangkumi slot balutan kain pembalut tiga segi, slot pertolongan cemas (CPR), senam robik, slot bantuan bencana dan operasi menyelamat, malam kebudayaan, pembentangan dan slot operasi menyelamat secara praktikal memberi serba sedikit pengalaman baru yang harus saya pelajari. Dalam erti kata lain, boleh dikatakan bahawa semua aktiviti yang dilakukan ini adalah suatu aktiviti yang bertujuan untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kita semua yang perlu melihat dan mengkaji secara mendalam serta aplikasikannya dalam profesion kita nanti sebagai seorang guru.

Pengalaman pertama yang dapat saya perolehi adalah melalui pembahagian kumpulan. Walaupun pembahagian kumpulan adalah untuk mengurangkan bebanan kerja namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat berkenal sebelum ini di IPGKKB. Jika melihat keadaan ini dengan lebih terperinci ia adalah bertujuan untuk membiasakan guru-guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan awal sebelum saya masuk dalam alam perguruan sebenar seperti ini membantu saya untuk bersedia dari segi fizikal dan mental supaya saya dapat menunjukkan kerjasama kepada mereka yang tidak dikenali dalam kerjaya saya terutamanya semasa mengadakan aktiviti-aktiviti unit beruniform.

Sebelum ini, saya pernah mengikuti slot balutan kain pembalut tiga segi dan slot pertolongan cemas semasa di alam persekolahan. Namun pengalaman yang saya dapat kali ini amat berbeza berbanding dengan pengalaman yang saya dapat semasa di sekolah dahulu. Sebelum ini, saya hanya diberi pendedahan cara melipat dan mengikat kain pembalut serta cara-cara memberi pertolongan cemas yang betul dengan patung. Kali ini, saya dikehendaki membalut tangan rakan seolah-olah tercedera dengan teknik yang betul. Saya juga perlu memberi pertolongan cemas kepada patung yang disediakan dengan mengikut prosedur yang betul seperti dalam borang CPR. Walaupun saya berasa saya boleh melakukan kedua-dua

aktiviti tersebut dengan baik tetapi penilaian yang dilakukan oleh pelatih-pelatih PBSM Kelantan membuatkan saya berasa risau dan gementar untuk melakukannya.

Walaubagaimanapun, saya dapat membuat balutan kain pembalut tiga segi dengan betul serta dapat menghayati dan melakukan pertolongan cemas kepada patung mengikut prosedur yang betul. Yang paling penting di sini ialah ilmu membalut kain pembalut tiga segi dan memberi pertolongan cemas dengan cara yang betul, bukannya penglibatan sahaja.

Slot bantuan bencana dan operasi menyelamat secara praktikal memberi input secara keseluruhan tentang segala informasi dan aktiviti yang kami dijalani secara teori semasa perkhemahan. Semasa saya mula berperanan sebagai First Responder, saya berasa sangat teruja untuk mencuba aktiviti operasi menyelamat bagi menolong mangsa bencana empayar pecah di Hutan Lipur Lata Belatan yang dirancang oleh pelatih-peatih PBSM Kelantan. Namun, setelah melihat kecederaan kawan-kawan yang berperanan sebagai mangsa kejadian saya agak keliru bahawa adakah kecederaan mereka adalah sebenar kerana permukaan luka yang dihasilkan kelihatan seumpama realistik. Oleh itu, saya takut untuk menyentuh dan membalut kain pembalut tiga segi kepada mangsa-mangsa kejadian tersebut. Saya berasa keyakinan saya untuk menolong mangsa bertukar menjadi ketakutan sedikit demi sedikit apabila melihat keadaan setiap mangsa kejadian yang merana dalam kesakitan seakan-akan berlaku secara sebenar. Apabila beberapa orang mengsa dapat diselamatkan daripada tempat kejadian, saya mula bersemangat semula. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman memberi bantuan menyelamat kepada mangsa kejadiaan dengan mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari walaupun situasinya hanya direka sahaja. Pada masa itu, saya berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat berjaya memberi pertolongan cemas dan menyelamatkan beberapa orang mangsa daripada tempat kejadian. Berkat usaha dan penat lelah, akhirnya saya berjaya juga. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha dalam menempuhi cabaran. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba kerana percubaan yang akan menilai kebolehan kita. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai

pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah apabila mengajar kelak.

Kreativiti dan fleksibel juga merupakan perkara yang penting dalam diri seorang insan yang bergelar guru. Ketika menghadiri aktiviti perkhemahan ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu masalah. Aktiviti pembentangan dan melukis peta kecemasan menuntut tahap kreativiti dan fikiran keratif yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Selain itu, ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea yang bernas dan fleksibel dengan suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infrastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka suatu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pastinya berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

Selama 3 hari 2 malam saya mengikuti aktiviti perkhemahan unit beruniform ini, begitu hebat saya merasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air terjun, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan lain dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri untuk menjadi seorang ahli PBSM yang sentiasa bersedia untuk membantu dan menyelamat mangsa yang sengsara akibat

bencana. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi ke mana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, malah mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum. Dengan ini, saya dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang perkhemahan ini apabila saya menjadi seorang guru kelak terutamanya, guru pelatih Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, saya sangat bersyukur kerana aktiviti-aktiviti perkhemahan ini telah banyak menyumbang pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada program perkhemahan yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai