Anda di halaman 1dari 24

1.

Mengatasi Masalah Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter

Cikgu Hashim juga mengaplikasikan Model Disiplin Asertif Canter untuk


mengatasi masalah beberapa orang pelajar tersebut yang suka membuat bising
seperti tidak minat untuk belajar. Sebagai guru darjah kelas tersebut, Cikgu
Hashim perlu menjadi seorang guru yang asertif di mana beliau perlu jelas, yakin
dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas.
Sebagai guru darjah kelas tersebut, Cikgu Hashim telah membuat
perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan peraturan bilik
darjah, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Di dalam perancangan itu
tercatatlah “Pelajar dilarang membuat bising semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan” untuk mengatasi masalah membuat bising yang agak
serius itu. Tindakan pembetulan tersebut boleh dalam bentuk dendaan seperti
Time-out, amaran dan perjumpaan dengan guru besar, manakala pengiktirafan
boleh dalam bentuk sijil penghargaan dan komen positif.
Yang pertama ialah guru menekankan peraturan kelas yang ditetapkan.
Dengan itu, En.Hashim harus mengingatkan murid tentang peraturan kelas.
Seterusnya, En.Hashim harus mengingatkan peraturan yang sama dengan
tindakan ringan seperti denda berdiri. Langkah ketiga ialah En.Hashim tidak
mengingatkan lagi peraturan tetapi menekankan peraturan sekolah dengan nada
yang tegas, yakin dan mengambil tindakan sederhana.
Jika masih murid tidak berubah sikap dan tidak berhenti bising. Maka
En.Hashim boleh mengambil langkah berikutnya iaitu menekankan peraturan
sekolah dan berterusan dengan tindakan berat seperti membawa murid
bermasalah berjumpa dengan pengetua atau guru besar sekolah.
Dalam situasi tersebut tindakan segera dan tegas harus diambil oleh
En.Hashim. Contohnya jika murid yang sama masih membuat bising dan ganggu
rakan sebaya melalui perbuatan tumbuk, cubit, gigit dan sebagainya. Maka
En.Hashim harus membawa mereka berjumpa dengan guru besar dan bincang
masalah itu. Ini kerana apabila masalah dibiarkan, Ia boleh mengancam keadaan
kelas. Jadi tindakan segera dan bersesuaian harus diambil oleh En.Hashim.
3.1 Kajian Kes 1

Cikgu Hashim mengajar mata pelajaran Sains di kelas Lima Orkid. Ada
beberapa orang pelajar di dalam kelas itu yang suka membuat bising seperti
tidak berminat untuk belajar. Sebagai seorang guru yang baru, situasi
tersebut menimbulkan masalah kepada Cikgu Hashim dalam pengajaran.
Dalam masa yang sama, dia juga telah dipertanggungjawabkan oleh pihak
guru menjadi guru darjah kelas tersebut.

3.1.1 Punca Masalah:


Jika kita kaji dengan teliti masalah yang berlaku di situasi 1 adalah
masalah yang ditimbulkan oleh segelintir pelajar sahaja. Jika En.Hashim dapat
mengenal pasti sebab utama masalah tersebut berlaku, beliau mungkin dapat
melaksanakan tindakan yang sesuai ke atas mereka.
Segelintir pelajar tersebut membuat bising adalah disebabkan keadaan
dalam kelas yang kurang kondusif. Sekiranya kami meneliti, kemungkinan
kami boleh mendapati bahawa kelas yang mereka diami tidak begitu kondusif
dari segi meja, kerusi, ruang, warna dan kemudahan fasiliti lain. Biasanya kalau
kelas dilengkapi dengan semua peralatan mengajar serta bahan bantu mengajar,
dan kondusif adalah sesuatu perkara yang amat dikagumi oleh murid.
Selain itu, kemungkinan pelajar yang membuat bising tersebut tidak
meminati mata pelajaran sains. Kemungkinan sesi pengajaran Cikgu Hashim
adalah amat membosankan dan autokratik. Ini telah menimbulkan kebosanan
murid dan ingin melakukan protes.
Murid-murid tersebut juga mungkin kurang dari segi didikan dan kasih
saying daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu
bapa pergi berkerja jadi murid akan bertindak sesuka hati dan tidak akan takut
dengan guru mahupun ibu bapa sendiri. Mereka ingin mendapatkan perhatian
daripada guru dan rakan sekelas dengan membuat bising dalam kelas.
Kemudian, murid-murid ini mungkin juga sengaja bertindak begitu kerana
mereka ada geng atau kumpulan tersendiri. Sekiranya kita melihat keadaan
dalam sekolah, murid-murid tidak akan sentiasa bersatu padu. Masing-masing
wujudnya geng atau kumpulan kecil seperti geng budak pandai, geng budak
nakal, dan sebagainya. Ini kerana mereka sendiri hendak menunjukkan lagak
hebatnya kepada rakan-rakan dan pihak sekolah.
Justeru, sebelum mengambil sebarang tindakan kita harus mengenal pasti
punca utama dan analisis punca masalah tersebut bagi memastikan tindakan
yang diambil bernas dan sesuai.
3.1.2 Model Modifikasi Yang Sesuai Untuk Situasi 1:
Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter
Pertama kita lihat pada Model Disiplin Asertif Canter. Canter menekankan
bahawa segala arahan,peraturan, undang-undang di sekolah harus
dipertingkatkan, dikuat kuasakan sepenuhnya dan seterusnya tegas. Dengan itu
model beliau serupa dengan model Skinner tetapi Canter lebih meyakinkan
dengan perkataan DISIPLIN dan ASERTIF Beliau dengan isterinya merumus
bahawa disiplin harus ada pada setiap murid untuk meningkatkan prestasi
akedemik dalam kelas.
Disiplin dapat ditingkatkan melalui beberapa langkah. Langkah tersebut
merujuk kepada Hieraki Tindakan Pembetulan Canter. Dalam hieraki tersebut
beliau mengelaskan tindakan beliau pada lima langkah. Pertama guru
menekankan peraturan kelas yang ditetapkan. Jadi En.Hashim juga harus
mengigatkan murid beliau tentang peraturan kelas. Langkah Kedua, En.Hashim
harus mengingatkan peraturan yang sama dengan tindakan ringan seperti denda
berdiri atau diri atas kerusi.
Langkah ketiga En.Hashim tidak mengingatkan lagi peraturan tetapi
menekankan peraturan sekolah dengan nada yang tegas, yakin dan mengambil
tindakan sederhana.
Jika masih murid tidak berubah sikap atau tidak berhenti bising maka di
sini En.Hashim boleh mengambil langkah berikutnya iaitu menekankan peraturan
sekolah dan berterusan dengan tindakan berat seperti membawa murid
bermasalah berjumpa dengan pengetua atau guru besar sekolah. Di sesetengah
keadaan murid masih akan berdegil dan berubah sikap ke tahap teruk lagi.
Dalam situasi tersebut tindakan segera dan tegas harus diambil oleh
En.Hashim. contohnya jika murid yang sama masih membuat bising dan ganggu
rakan sebaya melalui perbuatan tumbuk,cubit, gigit dan sebagainya, maka
En.Hashim harus membawa mereka berjumpa dengan guru besar dan bincang
masalah itu dari sudut serius dan dalam.
Ini kerana apabila masalah dibiarkan ia boleh mengancam balik keadaan
kelas dan sekolah. Jadi tindakan segera dan bersesuaian harus diambil oleh
En.Hashim. di sini ada contoh yang dapat diikuti oleh En.Hashim dalam kelas
beliau iaitu 5 Orkid.
Langkah 1: murid-murid yang membuat bising anda tahu tak peraturan sekolah
memberitahu bahawa anda tidak boleh membuat bising dalam kelas. Ini
merupakan amaran daripada saya. (dengan tegas dan yakin dan nada suara
yang biasa)
Langkah 2: murid murid yang membuat bising anda semua tahu peraturan
sekolah memberitahu bahawa anda tidak boleh membuat bising dalam kelas
tetapi anda masih lakukan. Anda memilih untuk berdiri di atas kerusi selama 10
minit. (dengan tegas, yakin, nada suara yang kuat)
Langkah 3: murid murid yang membuat bising anda semua tahu peraturan
sekolah menekankan bahawa anda tidak boleh membuat bising dalam kelas
tetapi anda masih lakukan. Anda memilih untuk menelefon ibu bapa anda.
( menelefon ibu bapa murid-murid yang terlibat yang memberitahu masalah
disiplin yang diulangi)
Langkah 4: murid murid yang membuat bising peraturan sekolah kita ialah
jangan buat bising dalam kelas. Anda semua memilih untuk berjumpa dengan
guru besar. ( dengan nada suara yang kuat, tegas, yakin )
Tingkah laku yang melampau! : jika murid yang bising menunjuk sikap lain
seperti menumbuk rakan, tampar rakan sebelahnya atau bergaduh maka
En.Hashim hendaklah membawa mereka berjumpa guru besar dengan segera
supaya tindakan sewajar dapat diambil.

Model Disiplin Asertif Canter


Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter

pada tahun 1976. Falsafah Model Disiplin Asertif Canter adalah berlandaskan

kepentingan pematuhan murid untuk membentuk alam belajar yang kondusif

serta berkesan untuk pembelajaran. Selain daripada itu, Model Disiplin Asertif

Canter juga berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan

penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Dengan ini, Model Disiplin Asertif Canter adalah sesuai digunakan oleh guru

untuk mengawal tingkah laku yang tidak ingini dalam bilik darjah.

Model Disiplin Asertif Canter mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri.

Dalam model ini, guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di

bilik darjah. Guru juga memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan

yang ditetapkan dengan tegas. Selain daripada itu, model ini juga melibatkan

ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam Model Disiplin Asertif Canter, guru haruslah tegas dalam

melaksanakan tingkah laku yang betul dan guru harus bertanggungjawab atas

tingkah laku murid-murid. Sekiranya guru gagal mengawal dan melaksanakan

tingkah laku yang betul terhadap murid, maka guru tersebut dianggap gagal

mengawal disiplin murid. Canter juga menerangkan Disiplin Asertif sebagai

pendekatan di mana guru mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara

tenang, serius dan konsisten dengan murid. Menurut Canter, guru dan murid

mempunyai hak masing-masing. Guru berhak untuk mewujudkan suasana


pembelajaran yang kondusif dan tanpa gangguan manakala murid berhak untuk

mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur. Selain itu, guru

juga berhak untuk meminta murid menunjukkan sikap yang diingini. Untuk itu,

guru perlu mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pihak pentadbir

sekolah dan ibu bapa murid-murid apabila diperlukan.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter ialah guru mempunyai

hak untuk mengajar secara profesional dan tanpa gangguan manakala murid

juga mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang

dengan sokongan daripada guru dan rakan-rakan yang lain. Hak-hak ini boleh

dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau

tindakan yang boleh menghalang murid daripada hak mereka. Untuk itu,

penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan

dengan lancar.

Selain itu, murid-murid juga mempunyai hak untuk mendapatkan guru

yang dapat membantu mengehadkan mereka daripada melakukan tingkah laku

yang tidak sesuai. Murid-murid adalah memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu,

guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid

memilih tingkah laku yang bermanfaat dan sesuai. Untuk mencapai persekitaran

pembelajaran yang kondusif ini, keperluan-keperluan guru dan murid perlu

dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Matlamat ini boleh dicapai

dengan penetapan dan penguatkuasaan peraturan tingkah laku yang jelas di


dalam bilik darjah. Guru akan memberikan peneguhan seperti pujian dan

penghargaan sekiranya murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan manakala apabila murid melanggar peraturan, guru akan

mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur. Dengan ini, murid-murid akan

mematuhi peraturan untuk mengelakkan daripada peneguhan yang negatif

tersebut.

Seterusnya, guru-guru harus membimbing murid supaya menunjukkan

tingkah laku yang diingini. Guru harus sentiasa memberikan perhatian yang

positif kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid yang menunjukkan

salah laku serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati

antara satu sama lain.

Dalam Model Disiplin Asertif Canter, Canter juga menggariskan tiga jenis

guru yang berbeza apabila mereka berdepan dengan murid yang mengalami

masalah tingkah laku. Pertama ialah guru yang agresif. Guru jenis ini garang,

kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan menganggap murid sebagai

seteru. Guru seperti ini menunjukkan kuasa, menetapkan peraturan dan tidak

bertolak ansur dengan murid apabila mengekalkan dan menguruskan bilik

darjah. Murid perlu mengikuti arahan yang guru berikan tanpa bantahan.

Ekspresi muka guru agresif sentiasa serius dan tegas. Mereka selalu

menggunakan arahan-arahan yang tegas seperti “Simpan buku komik dengan

serta merta, jikalau tidak, anda akan menyesal!”. Arahan-arahan sebegini tidak
menunjukkan kemesraan dan membuat murid berasa terancam dan tidak

diperlakukan dengan adil.

Jenis guru yang kedua ialah guru yang tidak asertif. Guru jenis ini

menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid-murid. Mereka gagal

membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan

tidak konsisten dalam mengatasi tingkah laku murid. Kadang-kala, guru yang

tidak asertif ini memarahi murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini

tetapi pada masa yang lain mereka membenarkan tingkah laku tersebut

ditunjukkan. Guru yang tidak asertif kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten dan

tidak tegas sehingga mengakibatkan sesetengah murid tidak menghormati guru

jenis ini. Tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru

dengan jangkaan dan tindakan guru. Guru yang tidak asertif selalu

menggunakan fasa-fasa seperti “sudah berulang kali saya minta anda supaya

jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masih berbuat demikian, sila

berhenti”. Kadang-kala mereka akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi

terlampau garang dengan murid-murid.

Jenis guru yang ketiga ialah guru yang asertif. Guru jenis ini jelas dengan

matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Mereka

membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan

mereka membentuk satu sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan

kerjasama dengan murid-murid. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil
berat dan berlaku adil kepada semua murid. Guru seperti ini tahu apa yang

diingini daripada murid-muridnya dan menyatakan dengan jelas tingkah laku

murid yang diingini serta perasaan mereka terhadap tingkah laku murid. Guru

yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah

laku yang menyusahkan dan menyumbang ke arah kegagalan. Guru asertif tidak

membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas dan mereka sentiasa

memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Sebagai contoh, “Shan, ini adalah

amaran atas perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi

pada keadaan asal, jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di

sudut bacaan nanti.”

Pada pendapat Canter, guru jenis asertif merupakan pendekatan yang

paling baik. Sebenarnya, setiap jenis guru yang dinyatakan di atas ini akan

memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Yang

pertama, guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak

menyeronokkan. Murid juga akan berasa takut dan terancam. Yang kedua, guru

yang tidak asertif tidak dapat memenuhi keperluan murid dan akan menjadikan

murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Hal ini

demikian kerana mereka kadang-kala bertindak tegas dan kadang-kala

membiarkan sahaja tingkah laku yang tidak diingini berlaku di dalam bilik darjah.

Yang ketiga, guru jenis asertif dapat membantu membina persekitaran

pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid

kerana mereka sentiasa menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid

untuk melakukan tingkah laku yang diingini.


Dalam Model Disiplin Asertif Canter, Canter juga mencadangkan

beberapa cara bagi pengurusan disiplin dengan asertif. Pertama sekali, guru

boleh membuat perancangan disiplin seperti peraturan dan rutin, pengiktirafan

dan akibat daripada salah laku. Yang kedua, pengiktirafan kepada tingkah laku

murid perlu digunakan selalu untuk meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan

murid. Yang ketiga, tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid yang

melakukan salah laku dan murid tersebut perlu diberitahu kenapa tingkah laku

yang ditunjukkan itu tidak sesuai dan mencanggah peraturan yang telah

ditetapkan. Tindakan pembetulan tersebut boleh dibuat mengikut Hierarki

Tindakan Pembetulan Canter. Dalam Tindakan Pembetulan Canter, setiap

tindakan pembetulan atau akibatnya akan menjadi semakin serius daripada

sebelumnya. Contohnya, apabila murid melanggar peraturan pada kali pertama,

murid tersebut akan diberi amaran. Sekiranya murid itu melanggar peraturan

pada kali kedua, maka dia akan didenda lima minit di Sudut Senyap. Apabila

murid itu melanggar peraturan pada kali ketiga, dia akan didenda sepuluh minit

di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku. Apabila murid melanggar

peraturan pada kali keempat, dia akan didenda lima belas minit di Sudut Senyap,

menulis Jurnal Tingkahlaku dan ibu bapanya akan dihubungi. Jika murid itu

masih melanggar peraturan pada kali kelima, maka dia akan terus berjumpa

dengan guru besar.

Di samping itu, Canter juga mencadangkan cara mengenakan tindakan


pembetulan kepada murid. Antara caranya yang dicadangkan oleh beliau ialah

bertindak dengan tenang, konsisten, memberikan peneguhan untuk tingkah laku

yang diingini, memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan,

memberikan teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah serta

menegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

Kesimpulannya, fokus utama Model Disiplin Asertif Canter adalah untuk

membina personaliti guru sebagai pemimpin di dalam bilik darjah. Dengan

berdasarkan model ini, guru dapat mengambil tindakan yang betul apabila

menghadapi pelbagai tingkah laku murid di dalam bilik darjah.

Model Disiplin Asertif Canter Jenis Model Model Pengurusan Kelompok Kounin
PERSAMAAN
 Kedua-dua model ini merupakan model pengurusan disiplin.
PERBEZAAN
Lee dan Marlene Canter (1976) Pelopor Jacob Kounin (1971)
 Kawalan disiplin melalui tingkah Tujuan  Kawalan disiplin melalui corak

laku secara tegas (assertive pengurusan bilik darjah yang baik

discipline). dan berkesan.

 Melibatkan ganjaran dan  Menekankan kepada pengawasan

dendaan akibat daripada dan penyeliaan yang teliti guru

peraturan yang ditetapkan. dalam pengurusan bilik darjah.

 Melatih murid-murid untuk  Menggunakan strategi dan teknik

menerima akibat bagi tindakan yang menarik perhatian murid

mereka. dalam proses p & p untuk


mengelakkan kesalahan tingkah

laku murid.

Model disiplin Canter ini boleh Cara Model Kounin ini boleh dilaksanakan

dilaksanakan dengan cara yang Pelaksanaan dengan teknik-teknik yang berikut :

berikut :
1. Withitness

1. Guru membuat perancangan  Kesedaran dan kepekaan guru

disiplin secara bertulis dan formal dalam mengawasi pergerakan di

yang menyatakan dengan jelas bilik darjah pada setiap masa.

peraturan dan rutin, pengiktirafan Contoh :


dan akibat daripada salah laku.
Guru memerhatikan sikap murid-
Contoh : muridnya di dalam bilik darjah serta

Peraturan dinyatakan dengan jelas mengetahui apa yang sedang

tentang tingkah laku yang diingini dilakukan oleh muridnya pada setiap

daripada murid di mana tingkah laku masa. Sekiranya guru dapat mengesan

ini boleh diperhatikan dengan jelas sebarang perubahan sikap muridnya

oleh guru dan tidak berbentuk daripada sikap mereka yang

akademik. sebelumnya atau mereka terlibat

dalam sebarang salah laku, tindakan

yang segera harus diambil untuk


2. Guru memberikan pengiktirafan
kepada murid yang menunjukkan menghalang masalah tersebut menjadi

tingkah laku yang diingini. lebih serius.

Contoh :

Pengiktirafan diberikan kepada 2. Pertindanan (Overlapping)

murid-murid yang telah melakukan  Kebolehan guru untuk menangani

tingkah laku yang diingini untuk lebih daripada satu situasi dengan

menggalakkan tingkah laku tersebut serentak.

di samping turut meningkatkan Contoh :


konsep kendiri dan keyakinan diri
Sambil menumpukan perhatian kepada
murid. Antara bentuk pengiktirafan
satu kumpulan, guru juga perlu prihatin
yang boleh diberikan kepada murid-
terhadap apa yang berlaku di
murid termasuklah memberikan
sekelilingnya khususnya gerak-geri
ganjaran, menghargai tingkah laku
murid yang duduk di barisan belakang
murid, memberikan komen positif,
bilik darjah.
memaklumkan tingkah laku murid

yang baik kepada ibu bapanya dan

sebagainya. 3. Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti

di dalam bilik darjah

 Kebolehan guru untuk memastikan


3. Guru mengenakan tindakan
pembelajaran murid berlaku pada
pembetulan kepada murid-murid
kadar yang stabil.
yang mengganggu hak murid-
Contoh :
murid lain untuk belajar dengan
selesa. Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti

perlu untuk pengurusan bilik darjah


Contoh :
yang baik bagi mengelakkan murid
Murid yang dikenakan tindakan
daripada berasa bosan semasa proses
pembetulan perlu diberitahu sebab
pengajaran dan pembelajaran
mereka dikenakan sesuatu tindakan
sehingga kehilangan motivasi untuk
pembetulan itu adalah kerana
belajar atau terdorong untuk
tindakan mereka yang bercanggah
melakukan salah laku. Guru harus
dengan peraturan yang ditetapkan.
mengelakkan daripada tersekat-sekat
Adalah dinasihatkan guru untuk
dalam penyampaian pengajaran atau
membuat hierarki disiplin untuk
menyampaikan pengajaran meleret-
melaksanakan tindakan pembetulan
leret sehingga keluar daripada sukatan
mengikut kekerapan salah laku yang
sebenar, memberikan arahan yang
ditunjukkan oleh seseorang murid
tidak wajar dan sukar difahami, selalu
itu. Hierarki yang dibentuk itu perlu
menukar-tukar tugasan atau
konsisten dan adil untuk semua
memberhentikan tugasan/aktiviti yang
murid yang melanggar peraturan
seronok dilakukan murid-murid serta
yang telah ditetapkan.
elakkan daripada melakukan

fragmentasi, iaitu memecahkan unit

Canter telah mencadangkan pelajaran kepada unit-unit kecil

beberapa langkah yang boleh sedangkan pelajaran itu dapat

diambil oleh guru untuk mengenakan dijalankan secara menyeluruh.

tindakan pembetulan kepada murid-


murid seperti berikut : 4. Momentum

 Guru memulakan pengajaran yang


i. Kenakan tindakan
menarik, lancar serta membuat
pembetulan ke atas salah
rumusan di akhir pengajaran
laku yang ditunjukkan dengan
dengan berkesan.
tenang.

ii. Konsisten Contoh :

iii. Berikan peneguhan untuk Guru haruslan mengambil kira aspek


tingkah laku yang diingini. minat, kebolehan dan perkembangan
iv. Berikan peluang kepada murid semasa merancang aktiviti
murid untuk meluahkan dalam proses pengajaran dan
perasaan mereka. pembelajaran di dalam bilik darjah.
v. Teguran secara langsung Setiap aktiviti yang dirancang perlulah
untuk murid peringkat rendah. mencabar dan menyeronokan murid
vi. Teguran secara individu untuk kerana pengajaran yang bosan serta
murid yang lebih dewasa. tiada kepelbagaian akan mendorong

kepada berlakunya salah laku murid.

4. Guru mengajar dan membimbing

murid-murid tentang pelan 5. Kepekaan Kelompok


pengurusan disiplin yang  Kebolehan guru untuk mengekalkan
dibentuk. penglibatan aktif murid dan

Contoh : mewujudkan minat mereka.

Guru menerangkan kepada murid- Contoh :


murid tentang sebab peraturan- Guru menggunakan pelbagai

peraturan tertentu diperlukan, cara pendekatan, strategi dan kaedah

pelaksanaan peraturan tersebut, pengajaran untuk menarik perhatian

menguji sama ada murid faham atau murid-murid dalam proses pengajaran

tidak peraturan yang diterangkan, dan pembelajaran sehingga mencapai

memaklumkan tentang ganjaran objektif p & p. Antara strategi yang

atau tindakan pembetulan yang akan boleh digunakan ialah demonstrasi,

diterima sekiranya mematuhi perbincangan berkumpulan, jawab dan

peraturan. soal dan sebagainya.

5. Guru menangani murid

bermasalah dengan cara yang

berhemah.

Contoh :

Murid-murid yang selalu

menunjukkan kelakuan disruptif dan

senang memberontak merupakan

kelompok yang sukar ditangani

tetapi paling memerlukan perhatian

dan pertimbangan daripada guru.

Dalam cara menangani murid-murid

ini, guru perlulah mendekati dan


mendapatkan kepercayaan mereka,

memberikan perhatian kepada

keperluan mereka serta berusaha

untuk berinteraksi dengan mereka.

1. Memanfaatkan guru. Kekuatan 1. Mengintegrasikan pengajaran dan

disiplin.
Contoh :

Contoh :
Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk

dan diluluskan oleh pihak pentadbir, Model Kounin ini menggunakan corak

guru hanya perlu merujuk maklumat pengurusan bilik darjah yang baik dan

yang sedia ada untuk menangani berkesan dalam mengawal disiplin

masalah tingkah laku. murid-murid. Pengurusan bilik darjah

yang baik melibatkan guru

menggunakan pelbagai strategi dan


2. Tindakan ke atas tingkah laku
teknik untuk menarik perhatian murid
murid dan bukan ke atas
dalam proses pengajaran dan
wataknya.
pembelajaran bagi mengelakkan
Contoh :
mereka bosan dan pada masa yang

Apabila peraturan dilanggar, guru sama terdorong untuk melakukan

menguatkuasakan dendaan yang salah laku.

setimpal tanpa sikap subjektif

berhubung peribadi murid yang


berkenaan serta tanpa mengira 2. Fokus terhadap pengurusan

sesiapa, agama dan bangsa. kelompok bagi mewujudkan

suasana bilik darjah dan

persekitaran pembelajaran yang

kondusif.

Contoh :

Guru melibatkan murid secara aktif

dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan

murid dengan menggunakan pelbagai

pendekatan, strategi dan kaedah

pengajaran seperti memanggil murid

untuk memberikan maklum balas,

menjawab soalan, membuat

demonstrasi atau memberikan

penerangan. Cara-cara di atas

membolehkan guru mengekalkan

perhatian murid dan membuatkan

murid sentiasa bersedia untuk

membuat tugasan dan menjawab

soalan guru.

3. Titikberatkan variasi dari segi


strategi dan teknik pengajaran yang

dapat mengekalkan minat dan

semangat murid untuk belajar.

Contoh :

Murid sentiasa mempunyai tugasan

dan dilibatkan dalam aktiviti bilik darjah

yang berpusatkan murid. Pendekatan

pengajaran adalah menggunakan

Momentum Pengajaran Kounin, iaitu

guru memulakan pengajaran dengan

menarik perhatian murid, meneruskan

pengajaran dengan lancar, melakukan

peralihan antara aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan cekap dan

membuat penutup dengan

menyimpulkan pengajaran pada hari

itu dengan berkesan.

4. Teguran dan tindakan guru

terhadap seseorang murid yang

melakukan salah laku turut

memberikan kesan kepada murid-


murid lain di dalam bilik darjah

(Kesan Gelombang, Ripple Effect).

Contoh :

Guru memberikan teguran atau

tindakan disiplin kepada murid-murid

yang bermasalah. Pada masa yang

sama juga, murid-murid yang lain turut

mengambil iktibar daripada tindakan

tersebut dan tidak akan mengulangi

perkara yang sama pada masa kelak.

5. Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti

di dalam bilik darjah untuk

mengawal salah laku murid.

Contoh :

Guru harus mengelakkan daripada

menyampaikan penerangan yang

berleret-leret (mengulangi perkara

yang tidak perlu) dan melakukan

fragmentasi (memecahkan unit

pelajaran kepada unit-unit kecil

sedangkan pelajaran itu dapat


dijalankan secara menyeluruh)

sehingga menyebabkan murid berasa

bosan dan terdorong untuk melakukan

perkara lain yang menarik minat

mereka khususnya gerak laku yang

negatif.

6. Tidak berunsurkan hukuman yang

hanya berkesan dalam jangka

masa singkat untuk mengawal

tingkah laku murid.

Contoh :

Model Kounin memfokuskan cara

pengurusan bilik darjah dan

pengurusan pembelajaran dan

pengajaran untuk mempengaruhi

tingkah laku murid.

1. Kejayaan mencegah murid Kelemahan 1. Agak sukar bagi guru mengawasi

daripada melakukan salah laku semua perkara yang berlaku di

tidak boleh dianggap dalam bilik darjah pada setiap

keberkesanan program disiplin. masa.


Contoh : Contoh :

Murid dapat dicegahkan daripada Selain mengajar murid-murid, guru

melakukan salah laku kerana juga perlu menyemak kerja rumah atau

mereka takut kepada hukuman yang latihan yang dihantar oleh murid-

akan diterima sekiranya mereka muridnya. Lebih-lebih lagi, guru juga

melakukan kesalahan tingkah laku. berperanan sebagai pembimbing yang

Sekiranya sesuatu hukuman itu tidak memberikan bimbingan tambahan

dikenakan, nescaya murid itu akan kepada muridnya yang lemah ataupun

terdorong untuk melakukan salah ketinggalan dalam pelajarannya.

laku lagi pada masa akan datang. Semasa guru memberikan bimbingan

Sehubungan dengan itu, murid peribadi kepada murid tertentu, sudah

harus diajar tentang kepentingan tentu beliau akan membelakangi murid

berkelakuan baik daripada yang lain. Jadi, agak sukar bagi guru

menggunakan hukuman untuk untuk mengawasi dan mengetahui apa

mencegah sesuatu salah laku yang sedang dilakukan oleh semua

daripada berlaku. muridnya pada setiap masa.

2. Mewujudkan persekitaran yang 2. Agak sukar dan mencabar bagi

bersifat authoritarian di mana guru untuk mengambil tindakan

murid hanya akur kepada terhadap dua atau lebih kelompok

kehendak guru. pada satu masa yang sama.

Contoh : Contoh :
Murid perlu bertanggungjawab atas Katakan guru sedang memberikan

sebarang salah laku yang timbul bimbingan kepada sekumpulan murid

walaupun kadang-kala mereka dan pada masa yang sama terdapat

melakukan sesuatu salah laku sekumpulan murid sedang bergaduh.

tersebut kerana tidak sengaja. Sudah tentu guru tersebut akan

Dalam situasi yang begini, hubungan bertindak ke atas kumpulan murid yang

guru-murid tidak dapat dijalin sedang bergaduh itu dengan segera

dengan baik dan ini secara tidak dan pada masa yang sama akan

langsung akan mempengaruhi membiarkan kumpulan murid yang

kelancaran proses pengajaran dan sedang dibimbingnya. Walaupun

pembelajaran di dalam bilik darjah. masalah kumpulan murid yang

bergaduh itu sudah diselesaikan,

namun sesi bimbingan kumpulan murid

yang lain akan terjejas.

3. Pendekatan Model Kounin masih

tidak meliputi sistem pengurusan

bilik darjah yang sepenuhnya.

Contoh :

Kebanyakan strategi dan teknik Kounin

tidak dapat diaplikasikan dalam

keadaan yang sebenar. Walaupun


dengan pengawasan yang ketat oleh

guru, murid masih melakukan salah

laku. Hal ini demikian kerana murid-

murid dipengaruhi oleh banyak elemen

seperti latar belakang, masalah di luar

sekolah atau personaliti mereka sendiri

selain daripada elemen-elemen di

dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja,

dalam model ini juga Kounin tidak

menyebutkan dengan jelas cara-cara

yang boleh digunakan untuk

mengawasi salah laku yang timbul di

dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai