Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

MINGGU 2 ( 01. 03. 2020 – 5. 03. 2020 )

TAJUK JURNAL : MENGHADAPI MASALAH SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI


KUMPULAN

1. Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ini, saya menghadapi masalah semasa melakukan aktiviti kumpulan di
kelas 4 Yenthal iaitu kelas Tamil.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan ( Punca Dan Kesan Isu )

Murid – murid menjadi terlalu aktif semasa menjalankan aktiviti kumpulan sampai
mereka terlalu bising dalam kelsa. Kebisingan mereka tidak dapat dikawal dengan secepat
mungkin kerana guru seorang dan jumlah murid pula 27 dalam satu kelas. Guru gagal untuk
kawal mereka dan marah oleh pengurusan sekolah. Sesetengah murid juga bermain sendiri
dan enggan mendengar kepada arahan guru di kelas.

3. Kajian Lampau ( Literature Review ) Terhadap Isu ( Pengalaman Atau Kajian


Lepas )

Menurut Jean Piaget ( 1896 – 1980 ) dalam Wong Kiet Wah et. al ( 2013 ), murid – murid
memang mempunyai sifat egosentrik dari kecil tetapi mereka telah pun dimanjakan apabila
mereka menunjukkan sifat mereka oleh ibu bapa dan juga orang lain. Oleh itu, mereka juga
menunjukkan sifat mereka kepada guru dalam kelas. Murid – murid mula bising apabila
sahabat mereka tidak menerima idea mereka, mula bergaduh dan jerit dalam kelas.
Kelakuan tersebut menjejaskan keamanan kelas dan juga kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah

Guru hendaklah meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan murid – murid


supaya mereka bolehlah bercakap dan bermain dalam kumpulan tetapi bukan sampai tidak
dapat dikawal oleh guru. Perkembangan sosial ini dapat memastikan murid – murid bahawa
mempelajari tingkah laku sosial dan melakukan penyesuaian sosial dalam aktiviti kumpulan.
Oleh itu, guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan dalam bentuk permainan supaya
meningkatkan kemahiran bersosial antara murid – murid. Semasa bermain, mereka juga
dapat berpeluang untuk berinteraksi secara positif dan aktif dengan rakan mereka.
Zaman sekarang ialah zaman ICT. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan aspek ICT
semasa melakukan aktiviti kumpulaan supaya dapat mengawal kelas dengan baik kerana
murid – murid memberi tumpuan yang sepenuh apabila guru menggunakan ICT semasa
aktiviti pengajaran berlaku. Cara ini dapat mengaktifkan kemahiran bersosial antara murid –
murid kerana mereka berasa gembira semasa belajar di kelas dan sifat egosentrik juga
dapat dapat dielakkan oleh guru yang berefektif.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

Sepanjang internship berlaku

6. Tindakan Susulan

Dengan cara pembelajaran kooperatif, guru hendaklah hanya menjadi fasilitator dan
membimbing mereka jika terdapat sebarang masalah semasa berlaku aktiviti kumpulan.
Guru haruslah berinteraksi secara aktif dengan murid – murid dan perlu menyelesaikaan
masalah yang berlaku dalam kelas pada masa itu sahaja supaya murid – murid dapat
mengawal perasaan mereka. Ini akan membina hubungan yang harmonis antara guru dan
murid – murid dalam kelas dan akan dapat menjalankan kelas seperti biasa tanpa masalah
kecil yang dilakukan oleh murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

Pada tarikh 10.03.2020

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Melalui pembelajaran kooperatif, guru hendaklah hanya menjadi fasilitator dan


membimbing mereka jika terdapat sebarang masalah semasa berlaku aktiviti kumpulan.
Guru haruslah berinteraksi secara aktif dengan murid – murid dan perlu menyelesaikaan
masalah yang berlaku dalam kelas pada masa itu sahaja supaya murid – murid dapat
mengawal perasaan mereka. Ini akan membina hubungan yang harmonis antara guru dan
murid – murid dalam kelas dan akan dapat menjalankan kelas seperti biasa tanpa masalah
kecil yang dilakukan oleh murid.

9. Kesimpulan / Refleksi ( Kesan Tindakan ( Perlu ) dan Halangan Jika Ada )

Pembelajaran kooperatif merupakan cara yang berefektif dan juga cara pembaharuan
dalam reformasi pendidikan kini. Cara ini merangkumi pelbagai jenis bentuk ataupun kaedah
yang dapat diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid yang
berlebihan dalam kelas akan memberi motivasi kepada diri murid supaya keupayaan
mereka dihargai oleh guru.

10. Rujukan

Wong Kiet Wah. ( 2013 ). Perkembangan kanak – kanak. Selangor: Oxfard Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai