Anda di halaman 1dari 29

Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 1

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 8
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU &
PROFESIONALISME PERGURUAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


AMIRUL IZWAN BIN MAZLAN L20181010803

MOHD RAHMAT BIN AHMAD BUHARI L20181010808

KUMPULAN : 8 (Unit 8) TARIKH SERAHAN : 29/12/18

PENSYARAH : Dr. Zaini bin Abdullah

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif


Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 2

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


UNIT 8 DAN
PROFESIONALISME PERGURUAN

Hasil Pembelajaran

Setelah melengkapkan aktiviti ini, pelajar dapat:


i. Menerangkan kandungan Falsafah Pendidikan Guru.
ii. Menghuraikan ciri-ciri profesionalisme keguruan.
iii. Menganalisis kerangka konsep pendidikan guru Malaysia.
iv. Membincangkan tahap perkembangan guru berdasarkan Model Trotter.

Kandungan Halaman
8.0 Sinopsis 2
8.1 Ringkasan pemetaan kandungan. 3
8.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG). 4
8.3 Profesionalisme keguruan. 9
8.4 Kriteria profesion keguruan: kerjaya profesional. 13
8.5 Rangka Konsep Pendidikan Guru Malaysia. 15
8.6 Model Perkembangan Guru Model Trotter (1986). 17
8.7 Glosari 20
8.8 Latihan 21

8.0 Sinopsis

Topik-topik di dalam tajuk ini merangkumi konsep Falsafah Pendidikan Guru (FPG),
Profesionalisme Keguruan, Konsep Pendidikan Guru Malaysia dan Model Perkembangan
Guru Trotter.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 3

8.1 PEMETAAN RINGKASAN KANDUNGAN


Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 4

8.2 PENGENALAN

Falsafah pendidikan adalah kajian terhadap tujuan, proses, penjenisan dan hasrat-
hasrat pendidikan. Untuk memahami falsafah pendidikan, konteks pendidikan dilihat sebagai
institusisosial atau sebagai proses pertumbuhan manusia secara „eksistential‟. Konsep
eksistentialisme memperjelaskan bagaimana pemahaman dunia manusia sering berubah
secara berterusan melalui aspe-aspek fizikal, emosi, kognitif dan pengalaman-pengalaman
„transcendental‟1. Perkataan falsafah berasal dari Greece dan maksudnya dalam bahasa
asalnya adalah „perasaan kasih kepada kebijaksanaan atau ilmu pengetahuan‟. Oleh itu,
Falsafah pendidikan memberi tafsiran yang lengkap dan menyeluruh tentang ilmu
pengetahuan dan kebenaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai petunjuk ke arah atau
pandangan-pandangan mengenai aspek-aspek pendidikan. Falsafah pendidikan adalah
satu bidang di mana para guru boleh mendapatkan panduan kepada pandangan yang
berhubung kait dengan pendidikan. Tujuan utama falsafah pendidikan adalah untuk
memberi panduan kepada sesebuah sistem pendidikan untuk menentukan tujuan sistem
pendidikan, jenis kurikulum, selok belok pengajaran dan peranan yang dimainkan oleh guru-
guru.

8.3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) bermaksud guru yang memiliki pekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta
menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Modul ini akan membincangkan mengenai Falsafah Pendidikan Guru, latar pembentukan
Falsafah Pendidikan Guru, kandungan Falsafah Pendidikan Guru, Profesionalisme
Keguruan, ciri-ciri guru yang professional, Kriteria Profesion keguruan sebagai kerjaya
profesional, serta rangka konsep pendidikan guru Malaysia. Guru merupakan insan kedua
yang bertindak sebagai ibu bapa kepada murid semasa mereka berada di sekolah. Peranan
guru dalam mengajar dan mendidik murid amat besar sekali selepas ibu bapa. Hal ini adalah
disebabkan kebersamaan guru dengan murid adalah melebihi masa mereka bersama
dengan ibu bapa di rumah.

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru


(FPG) didokumentasikan sebagai usaha dalam menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada matalamat dan pendidikan guru. Falsafah pendidikan guru adalah seperti
berikut;

“Kami guru-guru di Malaysia yakin yang tujuan utama pendidikan adalahmengorak


langkah ke arah pembentukan rakyat yang berpengetahuan, setia, bertanggungjawab dan
berkebolehan yang sedar dengan usaha-usaha kea rah kebenaran dan pencapaian aspirasi
gemilang, percaya kepada demokrasi, kebebasan indidvidu dan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru-guru yang mulia sifatnya, dan mereka yang mempunyai pandangan yang
progresif dan saintifik dan mereka yang bersedia mencapai aspirasi sebuah Negara,
menghormati warisan kebudaan Negara, menjamin perkembangan individu dan membina
sebuah komuniti yang bersatu , demokratik, progresif dan berdisiplin. “
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 5

8.3.1 Latar Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia,
Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di
dalam FPG ialah “guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin”.

8.3.2 Pernyataan kandungan FPG

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah dengan hasrat untuk mendidik guru yang
berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara masyarakat yang bersatu padu, progresif, demokratik dan berdisiplin.
(Bahagian Pembangunan Guru, KPM (1982)

Matlamat FPG adalah untuk membina guru-guru yang mulia, berpengetahuan, kreatif
dan mempunyai daya tahan yang boleh mendidik pelajar-pelajar secara efektif dan efisien.
FPG juga bertujuan membangunkan maktab perguruan latihan guru-guru sebagai pusat
rujukan dalam bidang pendidikan guru. Ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan
pengetahuan secara berterusan dan kemahiran guru-guru yang terlatih.Di samping itu juga,
FPG diadakan untuk menghasilkan warga pendidik yang berkualiti dari segi
profesional,peribadi,sosial dan amaln tingkah laku,menguasai ilmu,kemahiran dan amalan
nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke-21. Akhir sekali, FPG bermatlamat untuk
menggalakkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan guru-guru
secukupnya bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah.

Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah


penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan
guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 6

8.3.3 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan dan penjelasan Falsafah Pendidikan Guru adalah seperti Jadual 8.2

Jadual 8.2 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan Penjelasan Contoh


- Guru bersedia meletakkan kepentingan Menerima keadaan
i.
kepada orang lain (murid, ibu bapa, murid & mengajar
Berpekerti
masyarakat) melebihi diri sendiri. mengikut keadaan
mulia
mereka.
- Guru sentiasa berfikiran positif,proaktif Mempunyai minda yang
ii. ,inovatif dan motivatif. kehadapan dan
Berpandangan sentiasa
progresif dan memperkembangkan
saintifik ilmunya.

- Guru sentiasa meletakkan hasrat dan Guru menekankan


Matlamat negara sebagai yang utama beberapa unsur dalam
iii.
kegiatan pengajaran
Bersedia
dan pembelajaran:
menjunjung
-perpaduan
aspirasi
-prihatin
negara
-berbudi bahasa
-penerapan nilai murni
iv. - Guru meletakkan dirinya sebagai role model Warisan kebudayaan
Menyanjung untuk mengekalkan nilai yang menjadi negara ditekankan
warisan warisan kebudayaan Negara agar menjadi dalam kurikulum
kebudayaan teladan kepada anak murid. sekolah (aktiviti tarian,
negara lakonan, pakaian)
- Sentiasa memberi keutamaan dan Guru mempunyai data
memastikan setiap murid diberikan peluang, peribadi perkembangan
v. mengembangkan potensi secara menyeluruh setiap murid.
Menjamin dan bersepadu yang merangkumi aspek
perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara
individu terbimbing dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, kokurikulum dan kurikulum
tersembunyi.
vi. - Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam Menjalankan aktiviti
Memelihara masyarakat majmuk dengan menekankan yang memupuk
suatu unsur bersatu padu dalam aktiviti yang kerjasama antara satu
masyarakat dijalankan dan memastikan murid-murid sama lain
yang bersatu pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara
padu satu sama lain.
vii. - Sentiasa memberi peluang kepada murid Memberikan kebebasan
Memelihara untuk membuat keputusan serta berlaku adil. dalam tindakan di
suatu samping membimbing
masyarakat dengan cara yang betul
yang
demokratik
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 7

- Guru memberi penekanan terhadap aspek Guru yang aktif


novatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistic dan memberi respon
viii.
bersepadu dalam melaksanakn tugas. terhadap murid.
Memelihara
suatu
- Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-
masyarakat
penemuan dan kaedah dapatan bagi
yang progresif
memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka
cipta.
ix. - Memastikan keharmonian ,keselamatan dan Menekankan disiplin diri
Memelihara keamanan menerusi penerapan nilai etika dan murid dalam bilik darjah
suatu peraturan yang mesti dipenuhi oleh murid dan di luar
masyarakat agar membentuk masyarakat yang cemerlang pembelajaran.
yang
berdisiplin

8.3.4 ANALISA ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):

 Perwatakan yang mulia:

Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi
contoh kepada murid-muridnya. Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid
dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.

 Berkembang maju dan berpandangan saintifik:

Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran


dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan
menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.

 Bersedia menjunjung aspirasi negara:

Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap,
jujur, boleh dipercayai, amanah, patuh kepada negara dan mempunyai kualiti untuk
melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang
digalasnya sebagai pendidik anak bangsa negara.

 Menyanjung warisan kebudayaan negara:

Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat
Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya, hendaklah
disambut denganpenuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme
dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.

 Menjamin perkembangan individu:

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah bermatlamat ke arah
memperkembangkan potensi murid yang merangkumi segala aspek iaitu jasmani, emosi,
rohani, dan intelektual.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 8

 Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu:

Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar


mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan
mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya
mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum.

 Memelihara suatu masyarakat yang demokratik:

Guru memberi peluang kepada murid dalam membuat suatu keputusan. Namun begitu, guru
turut bertindak sebagai pembimbing kepada murid dalam memilih dan membuat suatu
keputusan.

 Memelihara suatu masyarakat yang progresif:

Guru perlu menekankan kaedah inkuiri- penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat
gemar menyiasat dan mereka cipta dalam diri mereka.

 Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin:

Disiplin adalah antara elemen penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Hal ini
kerana individu yang memeliki disiplin yang tinggi mampu meletakkan matlamat
kehidupannya ke arah yang lebih baik.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 9

8.4 PROFESIONALISME KEGURUAN

8.4.1 Definisi Profesional

Jadual 8.3 memaparkan definisi profesional mengikut tokoh-tokoh seperti berikut.

Jadual 8.3 Definisi Profesion Keguruan


Tokoh Definisi Profesional
Socket dalam Hawke & Profesionalisme adalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang
Hawke (2002) berstatus dalam masyarakat.
Profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai dengan
Philips
standar moral dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut.
Profesionalisme perlu memberi khidmat kepada orang awam dgn
kawalan kualiti. Ini kerana orang awam yang mendapat
Hammond, Wise & perkhidmatan jarang mengetahui perkara-perkara yang menjadi
Klein (1999) amalan dalam sesuatu profesion tersebut. Perkhidmatan yang
tidak sesuai yang diberikan akan membawa akibat buruk kepada
pelanggan.
Tingkah laku kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan
Dr. Zulkifli A.Hassan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang
tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli suatu profesion itu.
Rumusan :
Pengkaji merumuskan bahawa guru professional dapat didefinisikan sebagai orang yang
mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion perguruan.

Perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru,
iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya,
masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan (iaitu peranan dan tugas guru) yang luhur.
Profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas,
tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu
bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan (Lieberman 1956).

Menurut Kamus Dewan „profesion‟ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas
(contohnya: perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Mok Soon Sang(1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme
sebagai: Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada
pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980)

Menurut Socket dalam Hawke and Hawke (2002), profesionalisme adalah amalan
berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat. Hammond, Wisw, dan Klein
(1999) pula mengatakan profesionalisme perlu member khidmat kepada orang awam
dengan kawalan kualiti. Hal ini kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarang
mengetahui perkara- perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu profesion itu. Manakala
Philips (1991:43) memberikan definisi profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai
dengan standard moral dan etika yang telah ditentukan oleh pekerjaan tersebut.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 10

8.4.2 Ciri-Ciri Guru Profesional

Jadual 8.4 Atribut Profesion Guru


Pengetahuan Keterampilan Sahsiah
Pengetahuan tentang Mempunyai keseimbangan
interpersonal
pedagogi umum jiwa dan emosi yang stabil
Pengetahuan tentang
pedagogi kandungan intrapersonal Bersifat optimistic
subjek
Pengetahuan tentang
Komunikasi Berperibadi mulia
kandungan subjek
Pengetahuan tentang Mempunyai minat yang
Kemahiran teknologi
kurikulum tinggi dalam pekerjaan
Pengetahuan tentang
Kemahiran profesional Bersopan santun
pelajar
Pengetahuan tentang
Kemahiran Kaunseling Berpandangan jauh
konteks pendidikan
Pengetahuan tentang
matlamat,tujuan dan nilai Berkebolehan memimpin
pendidikan

Guru yang profesional ialah guru yang mampu untuk melaksanakan tugasnya
sebagai seorang pendidik dan pengajar yang meliputi kemampuan dalam merencanakan,
menjalankan, dan mengevaluasikan hasil pembelajaran. Prinsipnya adalah setiap guru
harus dilatih dalam menjalankan tugasnya.

Seorang guru yang profesional memiliki sikap cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang
tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu samada
secara formal ataupun tidak formal.

Guru yang profesional mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan
pembangunan diri murid dan kemajuan pendidikan negara. Berikut adalah ciri-ciri guru
berkualiti yang perlu negara miliki bagi memartabatkan profesion keguruan.

a) Pengetahuan

Seorang guru haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan bervariasi. Hal ini
disebabkan oleh guru yang berperanan sebagai penyampai maklumat kepada pelajar.
Cabaran era ke-21 kini menuntut guru untuk menguasai ilmu dan kepakaran dalam bidang
teknologi kerana ia sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang
dan berkualiti.

Kualiti pengajaran menjadi kayu ukur utama kepada tahap profesionalisme guru
kerana mengajar merupakan „’core business” guru terhadap murid. Guru juga perlu
menguasai ilmu pedagogi bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan pada generasi Y kini menisbahkan satu guru bersamaan 13 murid. Hal ini
memberi peluang kepada guru untuk lebih fokus kepada setiap individu pelajar. Kaedah
pedagogi yng berkesan dapat menjadi kayu ukur kepada guru tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Di Antara teori-teori pembelajaran tersebut
adalah seperti Teori Pembelajaran Behavioral, Teori Pembelajaran Sosial Kognitif, Teori
Pembelajaran Kogniti, Teori Perkembangan Humanis dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 11

Selain itu, guru perlu memiliki semangat suka membaca bagi menambahkan
pengetahuan yang sedia ada. Di samping itu, pembacaan yang meluas mampu
menambahkan keyakinan kepada guru dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan
kepada murid.

Pengetahuan baru semakin berkembang mendorong guru-guru perlu mengetahui


inovasi-inovasi terbaru dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, penyelidik dan ahli
psikologi sentiasa berterusan mengubah pengetahuan sedia ada tentang manusia. Oleh itu,
para guru perlu memperbaiki diri dari segi pemerolehan ilmu dan kemahiran-kemahiran baru
supaya dapat meningkatkan imej professional kendirinya.

b) Keterampilan

 Kemahiran Interpersonal

Kemahiran Interpersonal merupakan bidang kecekapan yang harus dibina oleh


seseorang. Kemahiran ini penting kepada seorang guru kerana melibatkan interaksi dengan
individu-individu lain di dalam kelas dan sekolah.

Guru yang berjaya perlu memiliki beberapa kualiti untuk menjadi efektif dalam
kemahiran interpersonal mereka. Mereka mesti cuba meningkatkan kefahaman mereka
mengenai pelbagai corak personaliti orang lain. Mereka harus menyesuaikan diri untuk
berinteraksi dengan orang lain seperti murid-murid, rakan sejawat, pengetua dan ibu bapa.

Justeru, kemahiran interpersonal membantu guru-guru bekerjasama dengan orang


lain dengan efektif untuk menjadikan mereka guru-guru profesional yang berjaya.

 Kemahiran Intrapersonal

Guru juga perlu memiliki kemahiran intrapersonal. Sebelum berinteraksi dengan


orang lain, seorang guru perlu memahami dirinya terlebih dahulu. Guru-guru yang berjaya
dapat memahami sifat-sifat diri sendiri dan perhubungan diri dengan Tuhan. Selain itu,
mereka perlu mengetahui cara-cara minda, intelek dan ego beroperasi. Mereka juga perlu
sensitif terhadapnilai kendiri agar dapat memperbaiki kekurangan-kekurangan kendiri.
Dengan kemahiran ini, mereka berjaya mengawal emosi serta menyemai nilai-nilai moral
yang tinggi dalam diri mereka. Guru-guru yang memiliki kemahiran intrapersonal yang tinggi
akan sentiasa berusaha membina personaliti yang positif dan membina kualiti dalaman
melalui refleksi. Tambahan pula, kecekalan dalaman akan membina keyakinan dan
keutuhan seorang guru untuk menghadapi apa jua cabaran dalam dunia pendidikan.

Guru-guru yang profesional juga harus berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran


bidang kerjaya sebagai guru. Melalui cara ini, guru-guru boleh membina kecerdasan emosi
(EQ) yang tinggi. Langkah-langkah untuk mencapai matlamat ini adalah dengan
mempertingkatkan kemahiran diri, menyemai budaya ilmu dan menjadikan refleksi sebagai
amalan serta menjalankan penyelidikan tindakan dalam bilik darjah.

c) Sahsiah

Guru perlu memiliki peribadi yang mulia sebagai tunjang keperibadian seorang guru.
Keperibadian guru mempengaruhi akhlak-akhlak murid di sekolah seperti guru yang baik
sentiasa prihatin dan peka akan keperluan akademik murid . Aspek guru yang berkesan
hendaklah mempunyai nilai-nilai integriti dalam diri mereka. Ini adalah kerana nilai integriti
mempunyai empat nilai yang terpenting iaitu adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Seorang
guru hendaklah berlaku adil dalam melaksanakan sesuatu. Contohnya seperti memberi
kasih saying yang seimbang kepada murid tanpa memilih murid kesayangan atau
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 12

sebaliknya. Guru juga hendaklah sentiasa amanah dalam menyampaikan ilmu. Ini
bermaksud seorang guru tidak boleh mencuri duit tabungan sekolah sekiranya beliau
menjadi bendahari sekolah tersebut.

Kamus online Webster’s mendefinisikan akauntabiliti sebagai tanggungjawab kepada


seseorang atau sesuatu aktiviti. Guru-guru mempunyai akauntabiliti kepada pelbagai pihak
seperti berikut:

i) Akauntabiliti guru terhadap sekolah :

- Memastikan metadologi pengajaran yang digunakan menyamai pembangunan


kognitif murid.

- Menggunakan kaedah pengajaran moden dan mutakhir serasi dengan konsep


sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

- Membina program ko-kurikulum yang dinamik yang akan membawa kebaikan


maksima kepada murid.

ii) Akauntabiliti guru terhadap tingkah laku :

- Memastikan murid mempunyai disiplin efektif di dalam rutin bilik darjah.


- Membaca buku-buku pendidikan dan surat khabar secara meluas.
- Mengawal emosi untuk membawa ketenangan kepada murid.

iii) Akauntabiliti guru terhadap murid :

- Guru sentiasa memberi perhatian kepada kesejahteraan murid


- Mesti memusatkan keseluruhan usaha professional untuk membantu murid
mengembangkan personaliti guru termasuk kebolehan murid untuk bekerja.
- Guru harus bertindak dan dilihat bertindak dengan adil.

iv) Akauntabiliti guru terhadap profesion :

- Menghormati pandanggan professional rakan sekerja dan mengekalkan hubungan


pada tahap professional yang tertinggi.
- Mengenali tugas menjana tanggungjawab, inisiatif individu dan integrity dalam
pengajaran mereka dan tindakan professional.
- Tidak boleh menerima hadiah dan keistimewaan lain yang boleh mengganggu
gugat imej professional mereka.

v) Akauntabiliti guru terhadap komuniti :

- Guru menyedari hak ibu bapa untuk berunding dengannya melalui saluran yang
betul mengenai kemajuan murid-murid.
- Berusaha memupuk minat ibu bapa dalam pendidikan dan kebajikan anak-anak
mereka.
- Guru harus sedar yang mereka patut bekerjasama dengan guru-guru lain untuk
memperbaiki kebajikan murid-murid dengan berunding dan melibatkan ibu bapa
pada masa yang diperlukan.

Seorang guru yang profesional juga seharusnya mempunyai minat yang mendalam
dengan dunia pendidikan. Hal ini akan menyebabkan guru tersebut dapat menjiwai
kepelbagaian kecerdasan serta kepelbagaian karenah murid. Guru yang mengajar,mendidik
dan membimbing murid tanpa jiwa ibarat seorang guru yang tidak profesional.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 13

8.5 KRITERIA PROFESION KEGURUAN : KERJAYA PROFESIONAL

Jadual 8.5 menghuraikan berkaitan kriteria profesion keguruan beserta keterangannya


adalah seperti di bawah :

Jadual 8.5: Kriteria Profesion Keguruan

Kriteria Keterangan
Sesuatu profesion perguruan adalah bidang yang memberi
perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat.
Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang
i. terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang
Perkhidmatan yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada
unik masyarakat untuk membangunkan personaliti, kebolehan, mental
dan fizikal setiap pelajar. Guru tidak hanya pemyampai ilmu tetapi
juga kaunselor, pentadbir, motivator, ibubapa, pemimpin dan lain-
lain.
Walaupun guru mempunyai autonimi ianya terhad berbanding
profesion lain. Contoh, seorang peguam telah memilih atau
ii.
menolak pelanggannya. Guru tidak boleh memilih pelahar yang
Autonomi
diajar. Begitu juga kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan
perkhidmatan
oleh orang lain tetapi guru bebas menentukan kaedah mengajar
yang memadai.
Ianya ditentukan oleh „Ikrar Guru‟ dan „Tatasusila Kementerian
Pendidikan Malaysia‟. Oleh kerana guru (kecuali guru sector
swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkahlaku dan tindakan mereka
iii.
dipantau memlaui Perintah Am Kerajaan yang memperincikan
Kod Etika
tindakan yang dilarang sama sekali dan tindakan yang oleh
Perkhidmatan
dilakukan dengan izin. Perintah Am juga memperincikan kelakuan
yang boleh dikenakan bersabit dengan perlanggaran sesuatu
peraturan.
Individu perlu menerima latihan yang khusus. Program-program
Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan universiti-universiti dan
Institut Pendidikan Perguruan (IPG) mengambil masa 4 tahun yang
termasuk praktikal atau latihan mengajar yang wajib untuk semua
iv.
guru pelatih. Program Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan
Latihan khusus
meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran Bahasa
bidang berkaitan
Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Sejarah dan
sebagainya. Juga ditawarkan ialah Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) dan (DPLI). IPG pernah menawarkan program sijil
dan diploma pendidikan selama 3 tahun.
Menurut tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru
bertanggungjawab terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan
negara, rakan sejawat dan profesion. Bagaimanapun guru jarang
sekali atau tidak pernah dipecat jawatannya kerana sebahagian
murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang
v.
guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan
Tanggungjawab
dipecat, kecuali atas alasan-alasan jenayah atau kerana hukuman
terhadap keputusan
mahkamah.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 14

Untuk menjadi guru terlatih, seseorang mesti memperoleh


pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu
tempoh yang berpanjangan. Mengikut Shelman (1987),
pengetahuan yang perlu dikuasai guru termasuk :
- Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan.
vi.
- Pengetahuan isi kandungan matapelajaran (content
Pengetahuan dan
knowledge)
kemahiran
- Pengetahuan kandungan pedogogi (pedagogical content
mendalam
knowledge).
- Pengetahuan mengenai kurikulum (sukatan pelajaran,
bahan pembelajaran, alat bantu, dan lain-lain.
- Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah.
- Pengetahuan mengenai pentadbiran dan budaya sekolah.
Rumusan :
Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati keenam-enam ciri sesuatu profesion.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan perguruan ialah suatu
profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai kelayakan perguruan dibenarkan
mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan sedeminikian tidak akan dibenarkan sama
sekali bagi profesion perubatan, undang-undang atau kejuruteraan.

Mengikut Kamus Dewan, „profesion‟ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan


pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. „Keguruan‟ pula membawa maksud tugas
dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru.

Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan


sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut
peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri. Seorang guru profesional
mesti melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran untuk melaksanakan
tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran.

Antara kriteria profesion keguruan ialah perkhidmatan yang unik. Menurut


Liebermen, keguruan merupakan pekerjaan yang unik dan penting, dengan matlamat yang
jelas sama ada kepada masyarakat atau negara.

Seterusnya. autonomi perkhidmatan. Guru mempunyai autonomi iaitu kuasa dalam


bilik darjah termasuk menentukan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Selain
itu, bidang profesion keguruan mempunyai kod etika perkhidmatan yang harus dipatuhi demi
menjaga martabat profesion tersebut.

Bidang kerja keguruan adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan
betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum
menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir
dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

Kriteria yang seterusnya ialah bertanggungjawab terhadap keputusan.


Tanggungjawab tersebut meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya dan merangkumi
segala keputusan.Keputusan yang telah dibat. Jika seseorang itu bertanggungjawab
terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai
ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Akhir sekali, guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran mendalam


demi menghadapi kesediaan dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Kriteria-kriteria
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 15

yang terdapat dalam profesion keguruan ini sangat penting difahami dan dipatuhi semua
bakal guru dalam memenuhi hasrat negara yang produktif dalam sektor pendidikan.

8.6 RANGKA KONSEP PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Rajah 8.1 : Model Konseptual Pendidikan Guru Malaysia

Komponen Keterangan
- Mempunyai pegangan agama yang dapat membentuk
keperibadian.
- Melaksanakan ibadat dalam menjalani kehidupan berlandaskan
Ketuhanan
panduan agama.
- Menerapkan nilai universal dalam melaksanakan tugas.
- Menerapkan nilai agama dalam melaksanakan tugas.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab secara profesion dan
berakauntabiliti.
- Menggunakan masa dan sumber untuk kepentingan
Diri
professional.
- Menggunakan kuasa dan kedudukan yang betul.
- Menepati waktu dan rekod kehadiran yang baik.
- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Sanggup berkorban masa dan tenaga.
Masyarakat
- Membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama.
- Mengamalkan permuafakatan.
- Mencari peluang meningkatkan kecekapan diri.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber untuk meningkatkan
nilai, pengetahuan dan kemahiran.
- Melibatkan diri dalam aktiviti ilmu secara aktif.
Ilmu
- Menerapkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
perguruan, pengajaran dan pembelajaran.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 16

- Membantu membentuk keperibadian diri murid.


- Bersesuaian dengan tema/tajuk yang diajarkan.
Nilai
- Membantu murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan.
-
- Belajar- TMK- Mentaksir dan menilai
Kemahiran
- Berfikir - Fasilitator
- Mengutamakan semangat juang.
- Memberikan sumbangan untuk kecemerlangan organisasi.
Intelek - Berupaya menghadapi cabaran dalam pelbagai situasi untuk
mencapai kejayaan.
- Melaksanakan pelbagai strategi untuk mencapai kejayaan.
- Mesra dan mudah didekati.
- Mempunyai sifat empati.
- Menjaga maruah diri.
Rohani
- Keprihatinan dalam menyelesaikan masalah murid.
- Porihatin terhadap masa depan.
- Mengorbankan masa dan tenaga demi kesejahteraan murid.
- Suasana yang selamat.
- Suasana yang menyeronokkan.
Emosi - Suasana yang menggalakkan kreativiti, inisiatif dan pemikiran
terbuka.
- Mewujudkan budaya penyayang.
- Mempamerkan perwatakan ceria.
- Sentiasa bertenaga.
- Mengawalkan rekreasi.
Jasmani
- Mengawalkan senaman.
- Mengawalkan pemakanan yang seimbang.
- Mempunyai pemikiran yang cerdas.

Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar


Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti
guru di bawah tiga dimensi utama iaitu Ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri.

Aspek Ketuhanan bermaksud peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu


berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Model ini penting untuk
guru-guru sebagai persediaan untuk bekerja dengan populasi yang sering berubah
budayanya dan dalam konteks global yang memerlukan guru-guru berpengetahuan dan
mempunyai sikap mengambil berat dan responsif.

Aspek kemasyarakatan pula ialah penekanan peranan guru sebagai pendidik,


pemimpin dan agen perubahan. Guru-guru berinisiatif dipilih oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menjadi ahli jawatankuasa-jawatankuasa yang merancang pelan tindakan
untuk perubahan pada peringkat negara. Mereka juga akan mengesan kesan-kesan
perubahan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka sentiasa menjalankan
penyelidikan tindakan untuk memperbaiki proses pengajaran seterusnya menjadi pakar
penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Seterusnya, aspek kendiri ialah penekanan pembinaan daya kefahaman dan


patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti
mulia. Guru-guru perlu menanam budaya ilmu pengetahuan, pembentukan personaliti, dan
sikap daya tahan di kalangan murid-murid.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga aspek asas iaitu pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 17

kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Selain itu, kemahiran ikhtisas yang merangkumi
kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang terakhir ialah nilai yang merujuk kepada amalan
nilai- nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, bepekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,
inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini
disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Kesimpulannya, Model Konseptual Pendidikan Guru menekankan matlamat


mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi,
intelek dan jasmani.

8.7 MODEL PERKEMBANGAN GURU MODEL TROTTER

8.7.1 Peringkat Perkembangan Guru

Peringkat
Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat
Novis
Novis Cekap Mahir Pakar
Lanjutan

Jadual 8.6 membincangkan mengenai model perkembangan guru mengikut Model Trotter
beserta huraiannya :

Jadual 8.6: Ciri-ciri guru mengikut Perkembangan Model Trotter

Peringkat Kriteria
- Mula mempelajari cara mengajar.
i. - Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran.
Guru novis - Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru.
(sekitar 1 tahun - Dapat membuat satu peta koguitif tentang tugas-tugas am
berkhidmat) seorang guru professional melalui kursus yang ditawarkan dalam
program Ijazah Perguruan.
- Menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip
ii.
berkaitan PdP.
Guru novis
- Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah dapat membantu
lanjutan
membina keyakinan diri.
(sekitar 3 tahun
- Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat
berkhidmat)
dan motivasi guru novis lanjutan.
- Memiliki kelayakan ikhtisas.
iii. - Lebih memberikan focus kepada pembelajaran murid.
Guru cekap - Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai
(sekitar 5 tahun situasi dan juga situasi khusus.
berkhidmat) - Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu
menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.
- Guru yang mahir dalam bidangnya.
iv. - Golongan yang diingati dan disanjungi bekas pelajar.
Guru mahir - Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat
(sekitar 10 keputusan berdasarkan intuisi.
tahun - Kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta
berkhidmat) menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuati situasi
pembelajaran secara kreatif dan unik.
v. - Guru yang gemilang dan terbilang.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 18

Guru pakar - Dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak serta
(sekitar 15 masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.
tahun - Orang yang berautoriti dan profesionnya.
berkhidmat) - Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan
pengendalian di bilik darjah.
Rumusan :
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap tertinggi. Seseorang guru perlu melalui
beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai tahap kepakaran atau
kecemerlangan.

Mengikut model perkembangan guru Model Trotter (1986), tahap perkembangan guru
terbahagi kepada lima kategori:

1) peringkat novis.
2) peringkat novis lanjutan.
3) peringkat cekap.
4) peringkat mahir.
5) peringkat pakar.

Guru Novis atau lebih dikenali sebagai guru permulaan merupakan guru baru dalam
bidang pendidikan. Guru ini ialah guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas
menamatkan kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau universiti.
Kebiasaannya, seorang guru itu dikategorikan sebagai guru novis apabila guru tersebut
berada dalam tempoh setahun perkhidmatan. Antara masalah yang bakal dihadapi oleh
guru ini ialah masalah sosialisasi iaitu proses saling mempengaruhi antara individu dalam
konteks sosial sekolah selepas mendapat penempatan baru. Tambahan, guru yang
dikategorikan sebagai novis ini turut mengalami masalah dalam pengawalan kelas dan
disiplin pelajar.

Selain itu, mereka turut menghadapi masalah dalam pengurusan kokurikulum,


kurang memahami skop tugasan guru dan tugasan luar selain kewajipan yang utama. Hal ini
menyebabkan pencapaian yang dikehendaki oleh pihak sekolah belum dapat dipenuhi oleh
guru novis ini. Semua faktor ini adalah disebabkan oleh kurangnya kemahiran dan ilmu
tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu diaplikasikan oleh mereka semasa
di sekolah. Oleh yang demikian, guru yang baru mengajar ini akan mula mempelajari cara
mengajar, mempelajari fakta, konsep, dan peraturan asas pengajaran dalam tempoh
setahun jagung tersebut.

Namun begitu, mereka tetap mengalami masalah masih belum dapat menangani
tugas-tugas harian sebagai seorang guru. Sebagai langkah yang terbaik dalam menangani
masalah yang dihadapi oleh guru novis ini, maka pihak sekolah perlu memberikan tempoh
masa dan kursus yang berkaitan agar mereka dapat membuat satu peta kognitif tentang
tugas-tugas am seorang guru profesional.

Peringkat kedua selepas lebih kurang tiga tahun perkhidmatan seorang guru, ia akan
dikenali sebagai peringkat novis lanjutan atau guru cekap. Pada peringkat ini, guru tersebut
telah menambah dan memantapkan kefahaman mengenai fakta, konsep, dan prinsip
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam tempoh tiga tahun ini, guru tersebut
telah mempunyai pengalaman awal terutama dalam bilik darjah yang dapat membantu untuk
membina keyakinan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran namun begitu,
bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis
lanjutan.

Peringkat ketiga iaitu peringkat guru cekap. Tempoh perkhidmatan bagi guru cekap
ialah sekitar lima tahun. Dalam tempoh tersebut, guru ini telah memiliki kelayakan ikhtisas
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 19

dalam bidang pendidikan disebabkan penglibatannya dalam kursus dan bengkel yang telah
diikuti. Maka, hasilnya guru cekap ini akan lebih memberikan fokus kepada pembelajaran
murid. Dengan kemahiran, pengalaman, dan pengetahuan yang dimiliki, mereka lebih
memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi am dan juga situasi
yang khusus. Di samping itu, guru cekap ini memiliki pelbagai strategi pengajaran dan
mampu disesuaikan mengikut keperluan pelajar yang berbeza. Tambahan, ciri guru cekap
ini dapat dilihat melalui peribadinya yang mempunyai matlamat, sentiasa berfikiran positif,
yakin dan sabar. Dalam mengajar pula, guru ini mempunyai gaya tersendiri ketika mengajar,
menggunakan kepakaran yang pelbagai, dan sentiasa bermotivasi. Dari sudut intelektual,
guru ini merupakan seorang yang suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, serta
mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Peringkat keempat dalam perkembangan guru model Trotter digelar sebagai guru
mahir. Hal ini kerana guru ini telah melalui proses pengalaman yang lama dalam pendidikan
iaitu selama sepuluh tahun. Tempoh masa yang lama ini telah meningkatkan kemahiran
sedia ada yang dimiliki oleh guru mahir dalam bidang pendidikan. Dalam fasa ini, mereka
digelar sebagai guru yang terbaik dalam bidang kerana merupakan orang yang memiliki
kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan
tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima. Selain itu, guru ini dapat
menjadi teladan sebagai guru profesionalisme kerana dikenali sebagai orang yang terdidik
dan terlatih dengan baik. Kelebihan bagi golongan ini ialah mereka akan diingati dan
disanjungi oleh bekas pelajar disebabkan kebolehannya. Keistimewaan guru mahir ini ialah
mereka memiliki gaya yang lancar dan spontan yang membolehkannya dalam membuat
keputusan berdasarkan intuisi. Golongan yang kaya dengan pengalaman ini dapat
menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi
pembelajaran secara kreatif dan unik.

Peringkat kelima dalam perkembangan guru model Trotter ialah guru pakar. Seorang
guru dianggap pakar setelah berkhidmat sekitar lima belas tahun. Guru pakar ialah guru
yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru ini dapat menyerlahkan diri secara
profesionalisme. Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi dalam pengendalian
bilik darjah. Di samping itu, mereka dianggap sebagai individu yang memiliki autoriti
bercakap dalam bidang profesionalnya. Selain itu, guru pakar ini dapat memahami dan
menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran
yang lancar.

Kesimpulannya, seorang guru baru mempunyai kemahiran dan kepakaran yang


minima bergantung kepada tempoh masa yang dilaluinya daripada mula berkhidmat
sehingga ia digelar sebagai seorang guru pakar. Untuk memiliki kepakaran yang maksima
dalam bidang keguruan ini, seorang guru perlu mengikuti pelbagai bengkel, kursus, dan
kemahiran yang berkaitan dengan pendidikan untuk meningkatkan potensi dirinya sebagai
seorang guru profesionalisme. Pengalaman sebagai pendidik dapat diperolehi oleh seorang
guru bukan sekadar di bilik darjah, tetapi turut dapat diperolehi melalui pengalaman daripada
guru yang lebih lama.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 20

8.7.2 Tahap Profesionalisme Keguruan

Pergantungan
kepada teori/ Pengetahuan
prinsip umum praktik profesional

Keberkesana
n pengajaran

Guru Guru Guru Guru Tahap


Guru
novis cekap mahir pakar perkembangan
novis
lanjutan profesionalisme
keguruan

Graf 8.1: Graf Perkembangan Guru Model Trotter 1986

8.8 GLOSARI
Keinginan yang kuat atau cita-cita
Aspirasi

Autonomi Hak memerintah atau mengurus sendiri, bebas daripada kuasa lain
Autoriti Kuasa atau hak untuk mengeluarkan perintah, membuat keputusan
Pengabdian diri, masa dan lain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan
Dedikasi
tertentu
1. Umum
Generik 2. Berkaitan dengan ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu
kelompok
Bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem
Holistik bersepadu yang menyeluruh bukan sekadar menyentuh aspek-aspek
tertentu sahaja
Proses melaksanakan sesuatu, pelaksanaan, mengimplementasikan,
Implementasi
melaksanakan, menjalankan
Novis Orang yang baru dan tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang
Patriotism Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air
Pedagogi Kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran
Pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan
Profesion
melalui latihan khusus dan berterusan.
Teknologi Ilmi tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 21

8.9 LATIHAN

8.9.1 Aktiviti Kreatif

Contoh : Rukun Haji

Nek :N = Niat ihram haji


Wan :W = Wukuf di Arafah
Tolong :T = Tawaf di baitullah
Suami :S = Saie di antara Safa dan Marwa
Cucuk :C = Cukur atau bergunting
Tanam :T = Tertib pada kelayakan rukun
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 22

8.9.2 Latihan Esei & Objektif

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Aras Kognitif
Rek Jumla
Topik Pengetahua Kefahama Analisi Penilaia
Aplikasi a h
n n s n
cipta
Kandungan
Falsafah 1 1
- - - - 2
Pendidikan (Esei) (Objektif)
Guru.
Profesionalism 1 1
- - - 2
e keguruan. (Objektif) (Esei)
Kerangka
1
konsep 1
- - (Objektif - - 2
pendidikan (Esei)
)
guru Malaysia.
Tahap
perkembangan
1 1
guru - - - - 2
(Objektif) (Esei)
berdasarkan
Model Trotter.
Tahap 1
1
profesionalism - - - (Objektif - 2
(Esei)
e keguruan )
Jumlah
Soalan 1 2 1 0 1 - 5
Objektif
Jumlah
1 0 1 1 2 - 5
Soalan Esei

Latihan Esei

(Bina 5 soalan dan skema jawapan)

1. Terangkan latar pembentukan dan kandungan Falsafah Pendidikan Guru.

2. Apakah yang dimaksudkan profesional? Huraikan ciri-ciri profesionalisme keguruan?

3. Analisis komponen yang terdapat dalam kerangka konsep pendidikan guru Malaysia.

4. Bincangkan tahap perkembangan guru berdasarkan Model Trotter.

5. Berdasarkan kepada tahap profesionalisme keguruan, senaraikan kategori guru dan


tahapnya berdasarkan pergantungan, pengetahuan dan pengajaran.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 23

Jawapan Esei

Soalan 1

Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia,
Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di
dalam FPG ialah “guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin”.

Tujuan asas FPG adalah untuk membina guru-guru yang mulia, berpengetahuan,
kreatif dan mempunyai daya tahan yang boleh mendidik pelajar-pelajar secara efektif dan
efisien. FPG juga bertujuan membangunkan maktab perguruan latihan guru-guru sebagai
pusat rujukan dalam bidang pendidikan guru. Ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan
pengetahuan secara berterusan dan kemahiran guru-guru yang terlatih. Akhir sekali, FPG
bermatlamat untuk menggalakkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk
menghasilkan guru-guru secukupnya bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah
menengah.

Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah


penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan
guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Soalan 2

Menurut Kamus Dewan „profesion‟ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas
(contohnya: perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Mok Soon Sang(1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme
sebagai: Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada
pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980)

Menurut Socket dalam Hawke and Hawke (2002), profesionalisme adalah amalan
berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat. Hammond, Wisw, dan Klein
(1999) pula mengatakan profesionalisme perlu member khidmat kepada orang awam
dengan kawalan kualiti. Hal ini kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarang
mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu profesion itu. Manakala
Philips (1991:43) memberikan definisi profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai
dengan standard moral dan etika yang telah ditentukan oleh pekerjaan tersebut.

Guru yang profesional ialah guru yang mampu untuk melaksanakan tugasnya
sebagai seorang pendidik dan pengajar yang meliputi kemampuan dalam merencanakan,
menjalankan, dan mengevaluasikan hasil pembelajaran. Prinsipnya adalah setiap guru
harus dilatih dalam menjalankan tugasnya.

Seorang guru haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan bervariasi. Hal ini
disebabkan oleh guru yang berperanan sebagai penyampai maklumat kepada pelajar.
Cabaran era ke-21 kini menuntut guru untuk menguasai ilmu dan kepakaran dalam bidang
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 24

teknologi kerana ia sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang


dan berkualiti.selain itu guru juga perlu memiliki keterampilan yang menarik dan menguasai
kemahiran interpersonal dann intrapersonal untuk meudahkan pembelajaran di bilik darjah.
Guru juga perlu memiliki peribadi yang mulia sebagai tunjang keperibadian seorang guru.
Keperibadian guru mempengaruhi akhlak-akhlak murid di sekolah seperti guru yang baik
sentiasa prihatin dan peka akan keperluan akademik murid .

Aspek guru yang berkesan hendaklah mempunyai nilai-nilai integriti dalam diri
mereka. Ini adalah kerana nilai integriti mempunyai empat nilai yang terpenting iaitu adil,
amanah, akauntabiliti dan telus. Seorang guru hendaklah berlaku adil dalam melaksanakan
sesuatu. Contohnya seperti memberi kasih saying yang seimbang kepada murid tanpa
memilih murid kesayangan atau sebaliknya. Guru juga hendaklah sentiasa amanah dalam
menyampaikan ilmu. Ini bermaksud seorang guru tidak boleh mencuri duit tabungan sekolah
sekiranya beliau menjadi bendahari sekolah tersebut.

Soalan 3

Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar


Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti
guru di bawah tiga dimensi utama iaitu Ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri.

Aspek Ketuhanan bermaksud peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu


berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Model ini penting untuk
guru-guru sebagai persediaan untuk bekerja dengan populasi yang sering berubah
budayanya dan dalam konteks global yang memerlukan guru-guru berpengetahuan dan
mempunyai sikap mengambil berat dan responsif.

Aspek kemasyarakatan pula ialah penekanan peranan guru sebagai pendidik,


pemimpin dan agen perubahan. Guru-guru berinisiatif dipilih oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menjadi ahli jawatankuasa-jawatankuasa yang merancang pelan tindakan
untuk perubahan pada peringkat negara. Mereka juga akan mengesan kesan-kesan
perubahan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka sentiasa menjalankan
penyelidikan tindakan untuk memperbaiki proses pengajaran seterusnya menjadi pakar
penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Seterusnya, aspek kendiri ialah penekanan pembinaan daya kefahaman dan


patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti
mulia. Guru-guru perlu menanam budaya ilmu pengetahuan, pembentukan personaliti, dan
sikap daya tahan di kalangan murid-murid.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga aspek asas iaitu pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Selain itu, kemahiran ikhtisas yang merangkumi
kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang terakhir ialah nilai yang merujuk kepada amalan
nilai- nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, bepekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,
inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini
disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Kesimpulannya, Model Konseptual Pendidikan Guru menekankan matlamat


mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi,
intelek dan jasmani.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 25

Soalan 4

Mengikut model perkembangan guru Model Trotter (1986), tahap perkembangan


guru terbahagi kepada lima kategori:

1) peringkat novis
2) peringkat novis lanjutan.
3) peringkat cekap.
4) peringkat mahir.
5) peringkat pakar.

Guru Novis atau lebih dikenali sebagai guru permulaan merupakan guru baru dalam
bidang pendidikan. Guru ini ialah guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas
menamatkan kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau universiti.
Kebiasaannya, seorang guru itu dikategorikan sebagai guru novis apabila guru tersebut
berada dalam tempoh setahun perkhidmatan. Antara masalah yang bakal dihadapi oleh
guru ini ialah masalah sosialisasi iaitu proses saling mempengaruhi antara individu dalam
konteks sosial sekolah selepas mendapat penempatan baru. Oleh yang demikian, guru yang
baru mengajar ini akan mula mempelajari cara mengajar, mempelajari fakta, konsep, dan
peraturan asas pengajaran dalam tempoh setahun jagung tersebut. Namun begitu, mereka
tetap mengalami masalah masih belum dapat menangani tugas-tugas harian sebagai
seorang guru. Sebagai langkah yang terbaik dalam menangani masalah yang dihadapi oleh
guru novis ini, maka pihak sekolah perlu memberikan tempoh masa dan kursus yang
berkaitan agar mereka dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang
guru profesional

Peringkat kedua selepas lebih kurang tiga tahun perkhidmatan seorang guru, ia akan
dikenali sebagai peringkat novis lanjutan atau guru cekap. Pada peringkat ini, guru tersebut
telah menambah dan memantapkan kefahaman mengenai fakta, konsep, dan prinsip
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam tempoh tiga tahun ini, guru tersebut
telah mempunyai pengalaman awal terutama dalam bilik darjah yang dapat membantu untuk
membina keyakinan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran namun begitu,
bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis
lanjutan

Peringkat ketiga iaitu peringkat guru cekap. Tempoh perkhidmatan bagi guru cekap
ialah sekitar lima tahun. Dalam tempoh tersebut, guru ini telah memiliki kelayakan ikhtisas
dalam bidang pendidikan disebabkan penglibatannya dalam kursus dan bengkel yang telah
diikuti. Maka, hasilnya guru cekap ini akan lebih memberikan fokus kepada pembelajaran
murid. Dengan kemahiran, pengalaman, dan pengetahuan yang dimiliki, mereka lebih
memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi am dan juga situasi
yang khusus.

Peringkat keempat dalam perkembangan guru model Trotter digelar sebagai guru
mahir. Hal ini kerana guru ini telah melalui proses pengalaman yang lama dalam pendidikan
iaitu selama sepuluh tahun. Tempoh masa yang lama ini telah meningkatkan kemahiran
sedia ada yang dimiliki oleh guru mahir dalam bidang pendidikan. Dalam fasa ini, mereka
digelar sebagai guru yang terbaik dalam bidang kerana merupakan orang yang memiliki
kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan
tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima. Selain itu, guru ini dapat
menjadi teladan sebagai guru profesionalisme kerana dikenali sebagai orang yang terdidik
dan terlatih dengan baik.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 26

Peringkat kelima dalam perkembangan guru model Trotter ialah guru pakar. Seorang
guru dianggap pakar setelah berkhidmat sekitar lima belas tahun. Guru pakar ialah guru
yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru ini dapat menyerlahkan diri secara
profesionalisme. Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi dalam pengendalian
bilik darjah. Di samping itu, mereka dianggap sebagai individu yang memiliki autoriti
bercakap dalam bidang profesionalnya

Kesimpulannya, seorang guru baru mempunyai kemahiran dan kepakaran yang


minima bergantung kepada tempoh masa yang dilaluinya daripada mula berkhidmat
sehingga ia digelar sebagai seorang guru pakar. Untuk memiliki kepakaran yang maksima
dalam bidang keguruan ini, seorang guru perlu mengikuti pelbagai bengkel, kursus, dan
kemahiran yang berkaitan dengan pendidikan untuk meningkatkan potensi dirinya sebagai
seorang guru profesionalisme.

Soalan 5

Kategori
Pergantungan Pengetahuan Pengajaran
Guru
Mempunyai
Tidak boleh membuat
Guru Novis Patuh pada arahan gambaran cetek
keputusan
terhadap situasi
Garis panduan untuk
Guru Novis tindakan dan Persepsi terhadap Semua spek digunakan
Lanjutan mempunyai sedikit situasi masih terhad secara berasingan
pengalaman
Mula melihat
Mampu bekerja tindakan untuk Prosedur standard dan
Guru Cekap
dengan kumpulan mencapai matlamat bersifat rutin
jangka panjang
Melihat kepelbagaian dan
Melihat situasi Melihat yang paling
Guru Mahir berbeza daripada pola
secara holistic penting dalam situasi
normal
Memahami situasi Menggunakan pendekatan
Tidak lagi
secara naluri analitikal dlam situasi-
bergantung kepada
Guru Pakar berdasarkan situasi apabila menemui
peratuan dan garis
penelitian yang sebarang masalah yang
panduan
mendalam timbul
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 27

Latihan Objektif

(Bina 5 soalan objektif & skema jawapan)

Soalan :

1) Falsafah Pendidikan Guru menjadi panduan untuk membentuk guru. Pilih bentuk
guru yang tidak diperlukan oleh negara.
A) Pekerti mulia B) Berpandangan progresif
C) Sedia menjunjung aspirasi negara D)Berdaya saing 27esame rakan
sejawat

2) “Berasal dari kata sifat yang bererti pencarian dan sebagai kata benda yang bererti
orang yang mempunyai keahliaan seperti guru, doktor dan lain-lain.
Berdasarkan definisi professional di atas, siapakah yang memberikan definisi
tersebut?
A) Usman B) Philips
C) Syarifudin nurdin D) Dr zulkefli A.Hassan

3) Pilih keterangan yang berkaitan komponen rohani dalam rangka konsep pendidikan
guru Malaysia.
A) Berkemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
B) Mengamalkan permuafakatan
C) Mesra dan mudah didekati
D) Mengamalkan senaman

4) Peringkat perkembangan guru


Novis
Novis Cekap x Pakar
Lanjutan

Apakah peringkat guru di bahagian “X”?


A) Guru cemerlang B) Guru bestari
C) Guru contoh D) Guru mahir

5) Apakah tahap kengetahuan bagi guru cekap?


A) Persepsi terhadap situasi masih terhad
B) Melihat yang paling penting dalam situasi
C)Mempunyai gambaran cetek terhadap situasi
D) Melihat tindakan untuk mencpai matlamat jangka panjang

Skema Jawapan :

Latihan Objektif
Soalan 1 : D
Soalan 2 : A
Soalan 3 : C
Soalan 4 : D
Soalan 5 : D
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 28

Carian Maklumat
Buku Ilmiah

David Hudson. (2009). Good Teacher Good School: How To Create Successful School. New
York: Routledge.

Dr. Hanafi Ismail & Sadali Othman. (2001). Mencari Permasalahan Pelajar. Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publishers.

Dr Oemar Hamalik. (1989). Metodologi Pengajaran Ilmu Pendidikan Berdasarkan


Pendekatan Kompetensi. Bandung: Mandar Maju.

Ishak Ramly. (2008). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.

Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2006). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan:
Teori, Polisi dan Pelaksanaan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ragbir Kaur Joginder Singh (2010) : Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI
(Sekolah Rendah), Selangor, UG Press Sdn. Bhd.

Rosnani Hashim. (2004). Educational Dualism In Malaysia: Implications for Theory and
Practice. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing & Dr Saedah Hj Siraj. (1994).
Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Yusup Hashim & Sharifah Alwiah Alsagoff. (1999). Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan
Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Jurnal Web

Nordin Tahir JIP (2011): EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru,
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) IPG Kampus.
http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_peringkat-
guru.pdf. Diperoleh. 2 Disember 2018.

Saharia Hj. Ismail: Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ISSN:
1985-7012 Vol. 8 No. 2 July - December 2015 , hal 85-88.
http://www.jhcd.utem.edu.my. Diperoleh. 30 November 2018.

Rujukan Web

Dokumen Standard Guru Malaysia


https://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/standard%20guru%20malaysia%20
%202009.pdf. Diperoleh. 2 Disember 2018

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


www.moe.gov.my/my/falsafah-pendidikan-kebangsaan. Diperoleh. 2 Disember 2018.
Unit 8:Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan 29

Kriteria guru Abad ke-21


http://www.padu.edu.my/files/Buletin_Anjakan_Bil_5-2015_%28Final%29.pdf.
Diperoleh. 1 Disember 2018.

Pembangunan Guru Malaysia: Isu & Cabaran


http://aadcice.hiroshima-u.ac.jp/e/publications/sosho4_2-08.pdf.
Diperoleh.1 Disember 2018.

Standard Guru Malaysia


https://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/standard%20guru%20malaysia%20
%202009.pdf. Diperoleh. 30 November 2018.

Standard Kompetensi Guru Malaysia


http://repository.um.edu.my/25208/1/STANDARD%20KOMPETENSI%20GURU%20
MALAYSIA%20Saedah%20Siraj%20%26%20Mohammed%20Sani%20Ibrahim.pdf.
Diperoleh. 30 November 2018.

Teacher Professional development in Malaysia


http://aadcice.hiroshima-u.ac.jp/e/publications/sosho4_2-08.pdf.
Diperoleh. 30 November 2018.
http://unesdoc.unesco.org/images/0014/001405/140577e.pdf.
Diperoleh. 1 Disember 2018.

Anda mungkin juga menyukai