Anda di halaman 1dari 23

NOTA SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

KONSEP SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam


pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan
pengendalian serta penilaian media. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini banyak
membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan murid
dengan murid.

 Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar,
dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

 Sumber pengajaran dan pembelajaran meruapakan elemen penting yang memudahkan


komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

 Dalam konteks ini, bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat
atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Tujuannya ialah menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

 Secara ringkas sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran ini adalah membantu guru
menyampaikan pelajaran supaya murid-murid dapat memperoleh pengetahuan,
kemahiran, sikap, dan nilai yang ditetapkan mengikut objektif kurikulum.
JENIS-JENIS SUMBER PDP

Bahan Bercetak

 Bahan bercetak boleh diinterpretasikan menurut Robert M. Gagne dalam bukunya


Essentials of Learning for Instruction (1975), bahan bercetak merupakan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan serta
mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Penggunaan bahan bercetak sebagai bahan
pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.

 Menurut Gagne apabila ransangan luar diterima, maklumat akan ditafsir dan akan
dihantar di dalam stor ingatan. Bahan pencetak merupakan salah satu media pengajaran
yang memberi rangsangan luar kepada pelajar. Sama ada ianya akan memberi ingatan
jangka panjang atau jangka pendek adalah bergantung kepada keberkesanan
rangsangan yang diterima oleh murid-murid seperti isi kandungan yang menarik atau
berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid. Kaedah penyampaian guru juga adalah
penting dalam merangsang minat murid.

 Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud
secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada
bahan bercetak ialah bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil
daripada tulisan tangan mana-mana individu.

 Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad, katalog,
kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak
seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib.
Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal
dalam bidang masing-masing.

 Bahan bercetak diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bercetak bergambar dan
bahan bercetak tidak bergambar. Contoh bahan bercetak bergambar ialah surat khabar,
majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar dapat membantu murid meluaskan
pengetahuan dan pemahaman di mana rangsangan luar serti gambar mampu membina
set-set di stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa
panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

 Manakala, contoh bahan bercetak tidak bergambar pula ialah graf, peta dan tanda isyarat
jalan raya. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid
akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang
diterima seperti membuat graf atau melukis dan memberi peluang kepada murid untuk
meluaskan peggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membawa huraian lanjut
tentang sesuatu laporan.

 Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru
di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan
ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu bahan bercetak adalah bahan
yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah mudah
alih dan mudah diakses yang menyebabkannya menjadi sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

 Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya
buku teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat selain tidak boleh disunting dan akan
menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman yang mana isi kandungan buku
tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu
disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar yang mana mengambil
masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.
Bahan Elektronik

 Menurut Noriati Abdul Rashid (2010), bahan elektronik merupakan salah satu sumber
pengajaran dan pembelajaran yang sering kali menarik perhatian murid. Bahan elektronik
adalah teknologi dunia terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara
betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran
menggunakan bahan elektronik tersebut secara terancang dan bersesuaian. Dengan itu,
proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan secara cekap dan berkesan.

 Bahan pengajaran elektronik semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah
dan menarik minat murid. Bahan pengajaran elektorinik merujuk kepada media yang
menggunakan sumber elektrik. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah radio,
televisyen, computer, projector, pemain CD ataupun DVD, dan jenis alat bahan sumber
yang telah sedia atau yang disediakan oleh guru untu membantu dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisisian membuat persembahan


dengan menggabungkan unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik
perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. Persembahan
elektronik seperti Microsoft Powerpoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi
pengajaran. Microsoft Powerpoint boleh menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran
guru. Keberkesanan pengajaran dengan bantuan perisian persembahan masih
bergantung pada kemahiran komunikasi guru.

 Dewasa ini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-perisian


yang percuma disediakan oleh kerajaan yang mana isi perisian tersebut bertepatan
dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Bahan elektronik ini mempunyai kekuatan
kerana ianya sesuai dengan taraf pendidikan pelajar fan pengetahuan am pelajar.
Seterusnya guru dapat mempersembahkan maklumat dengan tepat. Selain itu,
kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain-
lain dapat menarik minat murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
 Namun, tidak dapat dinafikan bahan elektronik ini juga mempunyai kelemahan yang
tertentu. Di antara kelemahan bahan elektronik ini ialah seperti terlalu bergantung kepada
penggunaan tenaga elektrik. Kebergantungan kepada tenaga elektrik sememangnya
akan memberikan risiko tinggi. Contoh, sekiranya bekalan elektrik terputus, maka
persembahan tidak dapat disampaikan seperti yang dirancang dengan baik. Risiko ini
akan menyebabkan usaha yang dibuat hanya sia-sia semata.

 Seterusnya kelemahan bahan elektronik ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana
memerlukan bekalan penjana tenaga elektrik. Segala bahan yang akan dipersembahkan
perlu dihasilkan dengan menggunakan alatan komputer yang berasaskan bekalan
elektrik. Tambahan pula, kos elektrik juga akan bertambah bergantung kepada tempoh
masa penggunaannya.

 Bukan itu sahaja, malah bahan elektronik juga tidak dapat dipegang seperti bahan maujud
ataupun bahan bercetak. Ianya hanya dapat dilihat dan dirasai oleh deria penglihatan atau
deria pendengaran pengguna. Kekurangan ini merupakan salah satu kelemahan jika
dibandingkan dengan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lain. Di
samping itu, pengguna bahan elektronik berisiko tinggi akan kehilangan data tersebut.
Contoh, sekiranya bahan yang ingin dipersembahkan tidak dapat disimpan dalam
simpanan data di computer dengan baik dan selamat. Tmabahan lagi, jika data dijangkiti
virus dan sebagainya.

 Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa elektronik mempunyai kelebihan dan
kelemahan tertentu. Sebagai guru, kita kena bijak menguruskan pelbagai risiko
kemungkinan yang bakal terjadi. Persediaan awal perlu bagi mengelak risiko yang tidak
diingini bakal berlaku kelak.
Bahan Maujud

 Menurut Sufean Hussin (1995), bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan
sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Manakala Mohktar Affandi Amran, Poh Swee
Hiang dan Tajuddin Hassan (1995), menyatakan bahan maujud adalah bahan yang
kelihatan nyata dan benar. Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah
merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan
maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam
keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja
tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran adalah kota atau bangunan yang
kekal serta alam persekitaran. Manakala daripada segi sumber pengajaran dan
pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, alat tulis, dan
perkakas sains.

 Bahan maujud terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu realia asli, realia awet, dan spesimen.
Realia asli pula terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup.
Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup
contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun
bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya
diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah
spesimen. Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan
hidupan-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat
pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya spesimen seperti ini boleh dilihat dalam
bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-
daun.

 Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran, atau


kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar yang mana
turut melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria
penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Mengikut teori
peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui
pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia. Melalui pemerhatian
terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak
langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
 Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati
teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa
proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan
tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model
seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh
ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan
pemikiran.

 Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam bahan maujud sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah, dalam membuat perancangan
menggunakan bahan maujud akan mengambil masa yang panjang dan menggunakan
kos yang tinggi jika perlu untuk menyediakannya. Selain itu, bahan maujud ini juga
memerlukan tenaga guru untuk membuat bahan maujud seperti relia dan model dan sukar
untuk bertahan lama penggunaan bahan maujud ini. Seterusnya, bahan maujud ini juga
boleh menimbulkan rasa bosan jika diguna selalu sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran.
KEPENTINGAN MENGGUNAKAN SUMBER PDP DALAM MP SEJARAH

 Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran


Sejarah. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada
murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran
dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna,
penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan
teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. Terdapat beberapa
kepentingan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah.

Merangsang Pemikiran:
 Penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi
kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan
melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber P&P yang
memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan
pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui
pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru
yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disamapaikan dalam
pembelajaran.

 Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat,
mendengar atau menyentuh objek yang menjadi pelajaran. Dengan adanya bahan
rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam
lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan
merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping
mengalih halakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan
penting dalam pembelajaran.
Mengintepretasi Maklumat Daripada Peristiwa Sejarah:
 Menurut Noresah (2006), interpretasi merujuk kepada tafsiran. Jadi, interpretasi disini
adalah menafsir atau menganalisis maklumat daripada sumber sejarah. Tafsiran banyak
membantu murid dalam meneroka bukti dan membentuk perasaan empati mereka
terhadap sesuatu peristiwa bersejarah. Guru Sejarah boleh menggunakan sumber bahan
elektronik seperti tayangan video semasa mengajar tajuk berkaitan dengan Parameswara
sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

 Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid


tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas. Cabang fasa
kemahiran kreatif dan inovatif iaitu fasa imaginasi turut dapat dicapai apabila murid berfikir
di luar konteks buku teks. Ini kerana mereka mendapat maklumat yang lebih lengkap lagi
melalui tayangan video tadi berbanding penggunaan bahan bercetak iaitu buku teks
mengenai pengembaraan Parameswara dari Palembang, Temasik, Muar dan akhirnya
Melaka. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), murid bukan sekadar membuat analisis
terhadap fakta-fakta yang diperolehi malah membuka ruang bagi mereka untuk membuat
tafsiran baru terhadap permasalahan sejarah.

Menarik Minat Terhadap Mata Pelajaran Sejarah:


 Rohana Zubir (1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran dapat
menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru, kemungkinan murid
akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Justeru, cara yang paling
berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran semula jadi serta persekitaran
sosial mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir
sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji.

 Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayangan video, bahan bercetak, bahan tiga
dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan
ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan
mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang
demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga
kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan
pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru
kepada pelajar.

Meningkatkan Daya Ingatan Terhadap Fakta Sejarah:


 Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru
melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai.Penambahan sebarang maklumat yang
baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara.
Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan
Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif
individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada.

 Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan
merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri
pengalaman tersebut. Mata pelajaran Sejarah turut seringkali dikaitkan dengan menghafal
fakta yang terdapat di dalam sesebuah buku. Jadi, jenis sumber pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh seorang guru akan menentukan tahap dalam
meningkatkan daya ingatan terhadap fakta Sejarah yang dipelajari pada hari tersebut dan
seterusnya kebolehupayaan murid menghuraikan semula fakta sejarah yang telah
dipelajari.

Meningkatkan Keseronokan Dalam Pembelajaran:


 Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian
murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan
mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan
memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Contohnya
penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan
pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui.

 Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk
merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru
juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat
yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa.
Ini akan menambahkan keseronokan pelajar.

Meningkatkan Kreativiti Dalam Pembelajaran Sejarah:


 Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan
maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis
poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke
atas kertas lukisan mereka.

 Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang
maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. murid-murid
boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui
cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid
dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fesilitator.
PROSEDUR PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN

Bahan Bercetak

 Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan
disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan
menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku
fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak.
Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau
gambar.

 Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan


pembelajaran dalam Pendidikan Islam perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:

Anggaran kos
Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak
akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain.
Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh
disediakan dengan cepat.

Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak
yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga
murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid
boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan
tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa
mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak
memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu
digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang
dipaparkan tidak dapat dilihat
Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas.
Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut
hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila
bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

Bahan mentah
Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah.
Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang
rendah.

Saiz dan warna


Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah
memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam
menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan
warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap
akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.

Tatahias dan kemasan


Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu
memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan
penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang
mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh
murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk
diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalam
mencapai objektif pembelajaran yang sebenar

Simpanan dan penyelenggaraan


Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak
atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan
sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk
penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan
minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau
buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan. Penggunaan bahan dengan cermat
serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin
ketahanan bahan tersebut.

Elektronik

 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan


proses P&P di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk
menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu
secara menyeluruh dan bersepadu.

 Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,


penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi
ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit
dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

 Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod
bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

 Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan


Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa
digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.
 Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu
memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah
kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan,
lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim
(guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting
untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

 Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik
multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia
Powerpoint iaitu:

Simplisiti
Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam
satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar
daripada objektif pembelajaran.

Dominan
Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint,
guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh,
jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar
sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat
mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya

Pola
Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulah
mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh,
guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses mengambil wudhuk.

Seimbang
Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan
kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu
susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.
Warna
Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang
tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu
pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua,
warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga, warna mewujudkan perasaan harmoni
dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan
sebagainya kepada murid-murid.

Huruf
Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia.
Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang
disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan
huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang,
huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa
jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf
kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar
belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.

Tatahias dan Kemasan


Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks.
Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh
penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur,
gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat
menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid
berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan
elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam
beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian
(soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada
bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai
beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik
tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan
semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga
dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-
drive, external hard disc, dan lain-lain.

PANDUAN MENGHASILKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah


• Anggaran kos (efektif)
• Kebolehgunaan
• Mobiliti
• Bahan mentah
• Saiz, warna
• Tatahias, kemasan
• Panduan penggunaan termasuk unsur keselamatan
• Simpanan danpenyelenggaraan
• Inventori

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BERCETAK

Persediaan sebelum penggunaan bahan bercetak


• Kesesuaian dan kesediaan tempat (physical space)
• Punca sumber tenaga
• Kaedah pelabelan
• Diuji kebolehgunaan

Jenis bahan bercetak


• Buku teks
• Nota rujukan
• Carta
• Kad aktiviti
• Brosur
• Buku skrap
Kekuatan dan kelemahan
• Faktor fizikal
• Perancangan
• Kos
• Masa
• Mobiliti
• Penyelenggaraan
• Kesesuaian dengan aktiviti pemulihan / pengayaan

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN BAHAN ELEKTRONIK MATA PELAJARAN SEJARAH

Persediaan sebelum penggunaan


• Kesesuaian dan kesediaan tempat (physical space)
• Pencahayaan
• Pengudaraan
• Punca bekalan tenaga

Jenis bahan elektronik


• Animasi
• Filem
• Radio, TV dan papan elektronik
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Power Point
- Internet
- video
- Tele-Sidang

Kekuatan dan kelemahan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah daripada
aspek:
• Fizikal
• Perancangan
• Kos
• Masa
• Mobiliti
• Penyelenggaraan
• Kesesuaian dengan aktiviti pemulihan / pengayaan

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD UNTUK MATA PELAJARAN


SEJARAH

Persediaan sebelum penggunaan


• Kenalpasti bahan maujud
• Kesesuaian bahan maujud

Jenis bahan maujud


• Bahan peninggalan sejarah
• Bahan budaya
• Dokumen di Arkib
• Bahan arkeologi

Kekuatan dan kekurangan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dari aspek
• Faktor fizikal
• Perancangan
• Kos/ Masa
NOTA TAMBAHAN

KELEBIHAN PENGGUNAAN SUMBER BAHAN BERCETAK

Penggunaan pelbagai bentuk tulisan


Bentuk tulisan yang pelbagai, jelas dan mudah dibaca oleh murid serta mengandungi warna yang
menarik.

Isi kandungan dapat dipelbagaikan


Isi kandungan dalam bahan berdasarkan sukatan pelajaran bagi memudahkan murid untuk
memahami idea, konsep da nisi kandungan sesuai dengan tahap pemikiran.

Gaya persembahan dapat disesuaikan dengan murid


Gaya penyampaian berbentuk naratif dapat meningkatkan tahap keseronokan murid berbanding
gaya penyampaian non-naratif seperti berita.

Gaya bahasa
Bahasa yang digunakan adalah mudah dan tidak terlalu banyak mengandungi istilah-istilah yang
melambatkan pembacaan murid.

Gambar dan Ilustrasi


Gambar dan ilustrasi yang pelbagai bentuk dan warna membantu murid memahami maklumat
yang disampaikan.

Berat dan ukuran disesuaikan dengan umur murid.


Sumber bahan cetak sederhana ukurannya serta ringan bagi memudahkan murid membawanya.

Sumber bahan
Bahan bercetak yang dibina menggunakan kertas tebal dan sesuai dengan tahap latar belakang
murid yang tahan lasak.

Tahan lebih lama


Bahan bercetak dapat digunakan secara berulang kali.
JELASKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEKTORONIK YANG DAPAT
DIHASILKAN SEPERTI COMPUTER DAN INTERNET OLEH GURU BERSERTA CONTOH.

Sedutan Video
Video merupakan rangkaian gambar diputar dengan cepat.

Internet
Internet merupakan sebuah rangkaian computer sejagat dengan memberikan dua perkhidmatan
utama iaitu komunikasi dan capaian maklumat.

Skype
Merupakan sebuah program yang membolehkan seseorang untuk melakukan panggilan video
apabila berhubung menggunakan internet.

Persembahan PowerPoint
Merupakan perisian aplikasi yang digunakan untuk membina persembahan slaid dan boleh
dimasukkan teks, grafik, bunyi, kesan khas, carta, jadual dan animasi.

Animasi
Bentuk visual bergerak dapat dimanfaatkan untuk menjelaskan sesuatu pembelajaran yang sulit
agar dapat disampaikan dengan mudah difahami (kombinasi dari computer dan video).

Gambar

Slaid.
KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM MENGHASILKAN BAHAN
ELEKTRONIK BERASASKAN KOMPUTER DAN INTERNET UNTUK PDP SEJARAH

Kemahiran yang minimum


Kebanyakan guru sejarah terutamanya guru veteran hanya mempunyai kemahiran minimum
tentang computer.

Peralatan computer di sekolah rosak


Walaupun kebanyak sekolah mempunyai makmal computer tetapi kebanyakan peralatan
tersebut rosak atau terlalu uzur.

Sumber internet terhad


Kemudahan internet di sekolah adalah berbeza-beza bergantung kepada kedudukan sekolah.
Masalah untuk mengakses sumber internet bagi mendapatkan bahan sejarah lebih kerap berlaku
terutamanya di kawasan luar bandar.

Sumber bahan sokongan terhad


Sumber bahan yang diperoleh dari internet kebanyakannya menggunakan bahasa inggeris,

Kurang latihan
Guru kurangnya didedahkan dengan latihan kemahiran untuk penghasilan sumber elektronik
berasaskan computer.

Beban tugas
Guru berhadapan dengan tekanan tugas luar dan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan. Masa
yang terhad mengongkong tugas penyediaan bahan.
SEBAB SUMBER MAUJUD KURANG DIGUNAKAN DALAM PDP SEJARAH

Sukar diperoleh
Pengajaran sejarah banyak berasaskan sumber sebenar, kebanyakan bahan-bahan seperti
artifak, specimen ini tidak mudah didapati dalam persekitaran masa kini.

Kos penyediaan yang tinggi


Walaupun terdapat bahan maujud yang dapat disediakan oleh guru seperti bahan budaya dan
sebagainya bahan-bahan tersebut memerlukan kos penyediaan yang tinggi.

Penyelenggaraan yang rumit


Bahan arkeologi dan specimen memerlukan penyelenggaraan yang baik agar bahan tidak mudah
rosak.

Guru kurang kemahiran


Kemahiran yang tinggi diperlukan seseorang guru dalam menyediakan bahan maujud berbentuk
model atau bahan specimen.

Mudah rosak
Terdapat bahan maujud yang mudah rosak dan tidak dapat disimpan lama seperti bahan asli dan
bahan ini pula memerlukan tempat penimpanan khas.

Sumber yang terhad


Penyediaan sumber berbentuk specimen memerlukan guru melihat bagi mendapatkan bahan
tersebut untuk dijadikan contoh. Ketiadaan bahan sebenar mengekang penyediaan sumber
tersebut.

Jarak dan masa


Terdapat juga sumber maujud seperti tinggalan arkeologi, bangunan, kubu yang boleh dijadikan
sumber pengajaran sejarah tetapi jarak yang jauh dan masa yang terhad menjadi penghalang
guru untuk membawa murid ke tempat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai