Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih
inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar
sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu
melalui latihan – latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan
potensi ke tahap yang optimum . Program – program pembangunan professional
sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan )
sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang
mempunyai ciri – ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang
mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu
dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk
menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas . Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari
semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi
pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam transformasi kurikulum
itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan
memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan
masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana
masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan
Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan
profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada “kemenjadian” murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan
aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .
2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah
mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan
standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi
negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke – 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu
bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 oleh Timbalan Perdana
Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah
antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid
yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat
sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 – 2025 dapat
dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i – Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal
ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga
perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan
guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan .
Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk
dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif .
Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis
soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al – Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan
serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu
(Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak – kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan
kemahiran masing – masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P
& P dalam membimbing murid agar menguasai kedua – dua kemahiran tersebut .
Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan
dalam pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak
sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk
membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan
murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar
membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak
diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang
kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar
membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak
seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud “Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali
pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi .
Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima
umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan
lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada
proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina
hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru – murid terutama di
dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan
tepat kepada murid – murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian
daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih
berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau
memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus
menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat
menikmati faedah membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan
pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program
sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program
bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap
program sedemikian kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan
bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah
atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung
dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas
atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas
sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan
skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun
masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa
kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.
3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang
biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan
peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti
kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat
dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf
antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.
http://rohaizaabdulrahim.blogspot.com/2014_09_01_archive.html
http://www.slideshare.net/ssuser0c27c8/peranan-dan-tanggungjawab-guru-dalam-membina-
negara-bangsa-berlandaskan-etika-profesion-keguruan
Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu yang bergelar
guru atau lebih sinonim dengan gelaran ‘cikgu’ kerana hari ini merupakan hari yang
diiktiraf sebagai Hari Guru. Seperti biasa, tarikh keramat 16 Mei disambut dengan
meriah bagi meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita
tidak kira di ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna.
Pada hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai tanda
sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah dicurahkan.
Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat
menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat Hari Guru dan terima kasih
serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan
prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru
serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa
relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia
sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas
kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu
mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak
bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan sempadan malah
mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh
dan boleh memacu pembangunan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan meneruskan amanah yang
diberikan untuk terus memastikan PPPM ini berada pada landasannya. Ini bertujuan
untuk memastikan transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan
lebih tersusun dan mencapai matlamatnya. Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan
perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut
keperluan masa dan persekitarannya.
Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi pelan
tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan diberi kepada usaha-
usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan profesion ini sebagai profesion
pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat
meneruskan peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan
perkembangan teknologi dan persekitaran semasa.
Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka
dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi
gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang.
Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru
merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam
sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh
harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan
negara.
Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan
pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan
pembangunan pendidikan berjalan lancar. Hal ini kerana, saya berpandangan
bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di
tangan guru.
Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti
murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas
‘memanusiakan manusia’ bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki
jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada
anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik
perhatian dan menjadi tempat rujuk murid.
Tema Hari Guru tahun ini ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi’ sangat
bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat
dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21
untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa
meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang
semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah
ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea
baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang
diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang
baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan
yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina
trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem
yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya
sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai
maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.
Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara
umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli
psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup
di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran,
dan persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia
sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti
semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat
transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi
dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk
membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan
pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan
inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insya Allah
akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu,
untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think
across and think ahead.
Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di
dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the
source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of
improvement in the classroom will create a strong wave of
transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan
kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama
seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan
kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong
semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid. Daya usaha murid sendiri dan
sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri dengan bimbingan dan sokongan
guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional akan membuahkan kejayaan.
Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan generasi
muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri
keperibadian agar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru
perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi
baharu yang dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan
ilmu kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa
meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan
pendidikan negara.
Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.
Guru perlu mencanai perancangan strategik serta menyatukan aspirasi bagi
memastikan sekolah mampu melahirkan murid cemerlang. Di samping itu, para guru
perlu ketelusan minda dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus
gigih, berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab.
Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan termasuk kritikan
membina perlulah dilakukan secara tertib, berhemah serta mengikut peraturan dan
saluran yang betul. Ini bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara
dan dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita sebagai guru
di samping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan
masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak ke arah perpaduan negara.
Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan
demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya yakin bahawa tanggungjawab
berat yang digalas oleh saudara dan saudari para guru di samping tekanan yang
dihadapi sedikit pun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak
didik semua. Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para
guru yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang penyayang. Setiap
murid di mata dan hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai
keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak
murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks
pembangunan sesebuah negara”.
Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian, guru merupakan ibu dan ayah
kepada anak-anak didik semua, kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk
menjadi pengganti mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah.
Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil
hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa
di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk
murid-murid semua.
Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian
terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan
berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang
amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari
mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban,
istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang
terbaik demi nusa dan bangsa.
Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima
kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru
yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan
bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru
yang prihatin serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia
amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama,
bangsa dan negara tercinta.
http://pendidikanmalaysia4u.blogspot.com/2014/05/guru-pemangkin-pembangunan-negara.html
http://easeritanjong.blogspot.com/2013/09/peranan-guru-menjayakan-pppm.html
Guru penggerak Pelan Pembangunan
Pendidikan
Golongan guru termasuk pensyarah institusi pengajian tinggi awam atau swasta menggalas tugas
besar memastikan kelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sekali
gus menepati keperluan objektifnya.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman
berkata, guru dan pensyarah menjadi penggerak serta pelaksana utama dalam PPPM di samping
berperanan memastikan perlaksanaannya memenuhi matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan.
“ Oleh itu, golongan ini harus memahami skop keperluan dan objektif penubuhan PPPMkerana
mereka merupakan aset paling utama dalam menentukan kejayaan atau sebaliknya rancangan
PPPM,“ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya dekat Putrajaya, baru-baru ini.
Laporan awal PPPM yang dilancarkan bulan lalu itu merangkumi pelan tiga fasa bagi tempoh selama
13 tahun sehingga 2025.
Semakan semula akan dibuat lima tahun sekali mulai 2015 manakala laporan tahunan pula akan
dikeluarkan bagi memantau perkembangan yang dicapai.
Untuk itu, ujarnya, peranan guru dan pensyarah akan ‘ disegarkan’ bagi meningkatkan kemahiran
dan kemampuan golongan terbabit seiring dengan hasrat PPPM.
“ Kita mahu pelaksanaan PPPM menggegarkan peranan dan fungsi guru dan mahu mereka
memikirkan bahawa rancangan PPPM adalah hak milik mereka, bukan semata-mata menjalankan
kerja sebagai guru atau mendapat pendapatan bulanan," tegasnya.
Ujar beliau, pihaknya masih membuka pelbagai ruang kepada golongan terbabit untuk melengkapkan
diri dan pemahaman terhadap pelaksanaan PPPM melalui penganjuran Hari Terbuka kementerian
dan kempen penerangan di seluruh negara.
Salah satu usaha itu, katanya, adalah penganjuran Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012
pada 15 hingga 17 Oktober ini di Kuantan, Pahang bagi berkongsi pengetahuan dan mengenal pasti
amalan terbaik meningkatkan profesional, kemahiran dan nilai profesional golongan terbabit seiring
keperluan PPPM.
Konvensyen tiga hari itu dihadiri 400 guru dan pensyarah 17 IPTA dan IPTS seluruh negara.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121015/pe_03/Guru-penggerak-Pelan-
Pembangunan-Pendidikan
Isu Kualiti Guru Perlu Ditangani Untuk Capai Matlamat PPPM - Muhyiddin
TANJUNG MALIM, 13 Mac (Bernama) -- Isu kualiti guru perlu ditangani sekiranya
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang meletakkan
sasaran negara berada dalam kelompok satu pertiga teratas sistem pendidikan
terbaik dunia ingin dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menyokong hasrat itu, Kementerian
Pendidikan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) di bawah Skim Geran Penyelidikan NIC yang bertajuk 'Development of a
Teacher Education Model for Preparing Quality Teachers for the Future'.
"UPSI perlu menampilkan suatu model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan
untuk melahirkan guru berkualiti pada masa depan," katanya ketika merasmikan
Konvensyen Pendidikan Nasional ke-14 anjuran UPSI, Persatuan Alumni Suluh
Budiman UPSI dan kementerian itu di sini Khamis.
Beliau berkata guru bukan lagi sekadar berdiri di depan mengajar tetapi harus
membimbing dari sisi kerana mereka perlu menerapkan kemahiran berfikir dan
mempimpin serta menjadikan pembelajaran berpusatkan murid sebagai teras
pendekatan pedagogi masa kini.
Beliau berkata warga pendidik perlu memberi komitmen tinggi terhadap apa yang
digariskan dalam PPPM dengan melaksanakan tadbir urus berkesan terhadap 11
anjakan yang terkandung dalam program transformasi itu bagi merealisasikan
perubahan holistik dunia pendidikan yang dihasratkan rakyat.
"Kunci kejayaan PPPM terletak di bahu kita sendiri. Semua pihak perlu bersatu dan
berganding bahu menjayakan PPPM ini. Selaku menteri pendidikan saya amat
faham dan sentiasa bersikap responsif terhadap keluhan, kritikan dan kegelisahan
yang ditimbulkan oleh warga pendidik terhadap pelaksanaan program transformasi
ini," katanya.
"Asas yang kukuh telah kita letakkan untuk PPPM bergerak dalam masa 12 tahun
lagi," katanya.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KOPEN) selama tiga hari sehingga Sabtu ini
dengan tema 'Merealisasi Impak Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Negara'
yang dijangka dihadiri 1,000 peserta warga pendidikan merupakan forum untuk
membincangkan hal berkaitan pendidikan negara.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1021525&cat=ut