Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Psikologi pendidikan adalah ilmu yang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi boleh
diaplikasikan didalam bilik darjah (Borich dan Tombari,1997). Sebagai seorang guru, kita
perlulah mengetahui tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia dan
pembelajaran manusia dari kacamata ilmu psikologi kerana kita akan berdepan dan
berkomunikasi dengan pelajar setiap hari dan berusaha untuk memindahkan semua maklumat
ke dalam minda pelajar.

Masalah pembelajaran yang wujud didalam kelas perlu dikaji dan diatasi dari perspektif teori
pembelajaran atau teori perkembangan yang berbeza. Teori ini digunakan sebagai satu
langkah bagi melihat tingkah laku manusia daripada satu sudut yang berlainan. Guru-guru
boleh belajar tentang masalah serta tingkah laku pelajar dan cara mengatasinya di dalam
kelas atau sekolah.

Masalah pembelajaran yang akan dibincangkan adalah tentang pelajar yang sukar memahami
dan mengingati isi pelajaran dan mencabar keupayaan guru dalam meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka.

2.0 Senario tentang masalah pembelajaran di sekolah

Pelajar lembam menguasai kemahiran dan isi pelajaran merupakan senario masalah
pengajaran dan pembelajaran yang sering terjadi dalam kelas. Mereka tidak berupaya untuk
mengikuti pembelajaran seperti biasa. Bantuan guru amat diperlukan sepenuhnya bagi
membantu pelajar ini. Mereka terlalu bergantung pada guru tanpa menyedari bahawa pelajar
lain juga memerlukan bantuan guru itu. Masalah ini menjadikan guru sukar untuk
menjalankan aktiviti sepenuhnya didalam kelas dan terpaksa menumpukan perhatian pada
sebilangan kecil sahaja.

3.0 Masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mengikut Teori Pembelajaran

Pada tahun 1980-an, istilah masalah pembelajaran mula digunakan bagi menggantikan istilah
‘cacat akal’. Menurut Laporan Warnock, penggunaan istilah masalah pembelajaran itu lebih
menjurus kearah yang lebih positif. Pelajar bermasalah pembelajaran adalah mereka yang
tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. Punca mereka sering menghadapi
masalah pembelajaran biasanya disebabkan masalah keluarga atau peribadi atau kedua-
duanya. Keadaan pelajar bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan

1
psikologikal atau neurological terhadap gerakbalas bahasa, sama ada lisan atau tulisan,
persepsi kognitif atau aktiviti psikomotor. Beberapa ciri dapat dikenalpasti sebagai masalah
pembelajaran antaranya adalah pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap
memuaskan, lemah pencapaian dalam pelajaran matematik dan bahasa, sering mengantuk
dalam kelas, tidak menunjukkan minat dalam pelajaran, sering menjauhkan diri daripada
guru-guru dan rakan kelas, tumpuan yang singkat dalam pembelajaran, sering meniru atau
menyalin kerja rumah rakan sekelas, sering ponteng sekolah, masalah tidak dibantu dirumah
atau sekolah, ingatan mudah lupa, bersifat pemalu dan introvert, pendiam dan tidak berani,
tidak menghargai sahsiah diri sendiri dan lain-lain ciri. Pelajar disleksia juga dikategorikan
sebagai masalah pembelajaran. Ia merupakan kekurangan keupayaan pembelajaran yang
melibatkan kesukaran membaca, ejaan gramatis (huruf besar dan noktah) menulis, dan
memori dalam bahasa tertentu, termasuk pelajar normal yang diberi peluang belajar semula.

Merujuk kepada teori pembelajaran Gagne, dalam bukunya, Essentials of Learning for
Instruction (1975), mengemukakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat
dalam suatu proses pembelajaran. Teorinya berpendapat bahawa rangsangan-rangsangan dari
persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini
akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang
dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Pengetahuan dalam
pemprosesan maklumat sangat penting, dimana ia membolehkan para guru membantu
pelajarnya untuk menerima, mengingat dan menggunakan ilmu yang telah dipelajarinya.
Didalam pengurusan maklumat, ia mengandungi tiga tahap utama. Pada tahap pertama,
pancaindera kita menerima maklumat daripada rangsangan luar. Contohnya, ketika melihat
rancangan di televisyen, mata kita menerima maklumat yang dilihat di televisyen. Manakala,
telinga menerima maklumat dari lagu yang diputarkan di radio. Pada tahap kedua pula, segala
maklumat rangsangan luar tadi akan disimpan didalam otak dengan menggunaka beberapa
cara. Pada tahap ketiga pula, maklumat tadi setelah tersimpan diotak, akan dikeluarkan untuk
digunakan sebagai contoh untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Pendekatan pemprosesan informasi menekankan bahawa kanak-kanak memanipulasinya dan
membuat strateginya untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, (Santrock,
2006). Secara asasnya, terdapat tiga jenis ingatan, yang mana mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Tiga jenis ingatan itu adalah ingatan deria, ingatan jangka pendek, dan ingatan
jangka panjang.

2
Ingatan deria merujuk kepada maklumat yang diterima oleh pancaindera kita, iaitu maklumat
penglihatan, bunyi, rasa sentuh dan bau. Ingatan deria juga mempunyai pelbagai nama
misalnya, sensory register, sensory store, sensory memory, immediate memory dan snapshot
memory. Umum bahawa maklumat deria ini tidak boleh disimpan lama, iaitu sekitar dua saat
sahaja. Maklumat tentang bunyi pula bertahan antara empat saat sahaja sementara deria mata
pula suku saat sahaja. Contohnya jika pelajar didalam kelas tidak menumpukan perhatian,
fikiran melayang, maka mereka tidak akan boleh mengingat kembali apa yang diajarkan oleh
guru. Kebiasaannya maklumat tentang ingatan deria akan hilang sekiranya kita tidak memberi
perhatian padanya. Maklumat tersebut akan diingati jika kita memberi perhatian padanya.
Maka, maklumat dari ingatan deria tadi akan berpindah ke ingatan jangka pendek.

Ingatan jangka pendek ini juga dikenali sebagai ingatan bekerja (working memory) dimana
kita menggunakan ingatan ini untuk melakukan kerja-kerja semasa. Ingatan jangka pendek
juga tidak boleh menyimpan banyak maklumat, hanya tujuh hingga sembilan unit maklumat
sahaja. Sebagai contoh, matapelajaran sejarah, fakta yang perlu dihafal melebihi Sembilan
fakta, maka kita perlu menulis nota bagi mengelakkan lupa. Terdapat beberapa cara boleh
digunakan untuk meningkatkan keupayaan ingatan jangka pendek. Kaedah yang pertama
ialah menyebut berulang kali maklumat tersebut. Kaedah ini dikenali juga sebagai rehearsel,
mental repetition dan maintenance rehearsal. Kaedah yang kedua pula ialah chunking, iaitu
memecahkan unit maklumat yang lebih daripada sembilan kepada kelompok unit yang lebih
kecil. Misalnya, bagi menghafal nombor telefon, yang terdiri daripada 10 unit, 0173582310
kita pecahkan kepada 3 unit, 017 – 358 – 2310 . Maklumat yang ingin digunakan untuk
jangka masa panjang, boleh kita simpan dalam ingatan jangka panjang. Ia dinamakan kaedah
elaborative rehearsal. Dalam kaedah ini, kita bukan sahaja menghafal sesuatu maklumat,
malah kita juga menumpukan pada huraian atau makna maklumat itu.

Seterusnya, ingatan jangka panjang merupakan simpanan yang mempunyai kapasiti tanpa
had. Maklumat dapat disimpan dalam jangka masa yang lama dan kekal. Namun, maklumat
itu tidak akan disimpan lama jika tidak digunakan dalam tempoh yang lama. Ingatan jangka
panjang mempunyai tiga jenis, iaitu ingatan prosedur, ingatan episodik dan ingatan semantik.
Ingatan prosedur menyimpan maklumat tentang cara melakukan sesuatu, misalnya cara
memandu, cara memasak gulai ikan, dan cara membaiki kereta. Ingatan episodik pula
menyimpan kenangan atau peristiwa yang penting dalam hidup kita. Sebagai contoh, jika kita
masih mengingati tentang ikrar sewaktu menjadi mahasiswa dulu, maka ingatan kita adalah

3
episodik. Ingatan selain prosedur dan epidosik, misalnya mengingti makna atau definisi, ia
merupakan ingatan semantik.

Dalam konteks psikologi pendidikan, pemindahan pelajaran bermaksud, aktivit


mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke dalam bilik darjah atau ke dunia luar. Pemindahan
pelajaran juga dikatakan berlaku jika ilmu yang dipelajari dalam sesuatu matapelajaran,
digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam matapelajaran yang lain. Misalnya
penggunaan ilmu dari matematik dan aplikasikan dalam matapelajaran fizik. Pemindahan
pembelajaran boleh berlaku dalam suasana yang mudah dan juga sukar. Pemindahan yang
dikatakan mudah ialah jika berlaku dalam suasana yang hampir sama. Sebagai contoh jika
pelajar mahir menggunakan computer, kemudian disuruh untuk menjadi editor sekolah.
Pemindahan yang dianggap sukar pula ialah apabila pelajar yang lemah matematik, disuruh
untuk mengambil jurusan perakaunan ketika berada di tingkatan empat. Pemindahan
pembelajaran boleh berlakus secara automatik atau tanpa sedar dan hanya difahami oleh
mereka yang pakar dan berkemahiran tinggi. Sebagai contoh mereka yang pandai berbahasa
inggeris, tiada masalah jika disuruh untuk memasuki debat dalam bahasa inggeris.
Pemindahan pembelajaran yang tidak automatic pula memerlukan usaha gigih, melibatkan
banyak pemikiran dan kesedaran tentang hal yang sedang dipelajari dan sedang dilakukan,
misalnya pelajar lemah mata pelajaran sains, perlu berusaha gigih untuk belajar untuk
mendapat markah yang baik.

Kesediaan belajar pula merujuk kepada persediaan terhadap perkembangan fungsi kognitif
pelajar. David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat menerangkan tentang
pembelajaran resepsi, iaitu maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada pelajar.
Ausubel menerangkan bahawa pembelajaran bermakna ialah satu proses dimana pelajar
sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang
dipelajari adalah berguna untuknya. Jika pembelajaran hanya hafalan sahaja, maka
pembelajaran itu tidak bermakna. Pembelajara bermakna membolehkan pelajar
menghubungkaitkan fenomena baru kedalam struktur pengetahuan mereka. Maksudnya
bahan subjek itu mestilah sesuai dengan keterampilan murid dan relevan dengan struktur dan
tahap kognitif yang dimiliki pelajar itu. Ausubel menerangkan juga Model Pembelajaran
Ekspositori dan Konsep Penyusunan Awal.

4
Model pembelajaran ekspositori menekankan tentang penerangan bahan pembelajaran oleh
guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan dan fakta yang
lengkap. Pembelajaran juga perlu berkembang dalam bentuk deduktif, bermaksud daripada
am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. (Woolfolk, 1998).

Manakala konsep penyusunan awal (advance organizer) diperkenalkan untuk menyesuaikan


skema pelajar dengan bahan pembelajaran, maka, pembelajaran optimal berlaku.
Pembelajaran dimulakan dengan berpandukan kepada penyusunan awal, dimana konsep-
konsep yang hendak disampaikan pada hari itu dapat diterangkan dengan jelas. Fungsi
penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara
ynag perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal ini juga perlu untuk
menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Guru perlu faham terdapat
tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting
dalam pelajaran, hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dapat dijelaskan dan minda
pelajar digerakkan untuk mengingati semula konsep yang telah dipelajari.

Berdasarkan teori pelaziman operan Skinner, tingkah laku individu juga mempunyai ciri
motivasinya (iaitu dapat mengawal tingkah laku dirinya) dan cara pembelajaran juga boleh
berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya. Menurut Skinner lagi,
apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang
mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan
dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah
laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai ‘peneguhan’ (reinforcement).
Peneguhan boleh dikategorikan kepada positif dan negatif. Peneguhan positif ialah stimuli
yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti
memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang
sesuai itu berlaku. Contohnya apabila pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat, guru pun
memujinya dengan berkata, “wah, bagusnya kamu Harun”. Peneguhan negatif pula
merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah
laku positif supaya ia dapat diteruskan. Sebagai contoh, seorang pelajar dihalau keluar dari
kelas kerana bising membolehkan pelajar lain dapat meneruskan aktiviti tanpa gangguan. Ada
dua cara yang digunakan oleh pelajar untuk mengelakkannya dari sebarang peneguhan
negative yang kurang seronok ialah cara pelepasan dan cara pengelakan. Pelepasan
merupakan cubaan untuk melepaskan diri daripada peneguhan negatif itu dengan cara yang
tidak diingini. Contohnya, Ahmad tidak mahu gagal lagi dalam ujian, maka dia meniru

5
kawannya ketika ujian. Pengelakan pula adalah percubaan untuk melarikan diri daripada
peneguhan yang kurang seronok itu. Contohnya, Surya mengelakkan diri daripada kegagalan
dengan berpura-pura sakit dan ponteng sekolah. Denda pula digunakan untuk menghentikan
sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Tujuan peneguhan positif dan negatif adalah
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak
diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang dilakukan
dengan mengenakan denda terhadapnya. Hasil kajian Skinner terhadap mata pelajaran
matematik, kebanyakan pelajar tidak boleh menguasai kemahiran asas matematik adalah
kerana mereka dipaksa belajar sebab takut didenda oleh ibu bapa dan guru mereka. Ramai
pelajar gagal dalam ujian matematik kerana kurang peneguhan positif diberikan.

4.0 Rancangan bagi mengatasi masalah pembelajaran

Strategi pengajaran secara kumpulan dapat dititikberatkan dalam program KBSR dan KBSM.
Seharusnya pelajar dapat diajar mengikut kebolehan mereka. Ini dilakukan bagi pelajar itu
dapat menguasai kemahiran asas mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Program
pendidikan pemulihan juga akan dilaksanakan jika mereka masih belum menguasai
kemahiran tertentu. Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa,
iaitu selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian.
Selepas mereka melepasi kemahiran yang diberikan, mereka akan diberikan aktiviti
penggayaan.

Guru juga perlu membuat pemerhatian keatas pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran. Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan sekirannya pelajar mempunyai
masalah pembelajaran. Setelah pemerhatian dan penerangan dibuat oleh guru, guru bolehlah
menyenaraikan dan menandakan tanda-tanda kelemahan yang diperhatikan dalam suatu
boring semak, kemudian mengesahkannya dalam satu boring ujian diagnostic untuk
mengesan punca kelemahan. Dari situlah guru boleh merancang strategi untuk menghadapi
masalah pelajar bermasalah pembelajaran. Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai
semak yang digunakan untuk mengesan kemajuan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
Borang rekod prestasi ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang
disusun dibahagian atas dan senarai nama murid-murid yang disusun dari atas ke bawah
sebelah kiri. (Rujuk Jadual 9.1 berikut).

6
Jadual 9.1

Setelah melihat kepada rekod presasi mereka, guru boleh mengambil tindakan lanjut seperti
mengadakan ujian membaca supaya dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh
murid, kemudian merancang aktiviti pemulihan untuk membantu mereka mengatasi
kelemahan membaca.

Rekod profil pula mengandungi rekod keputusan murid berdasarkan sesuatu penilaian
sumatif. Rekod ini boleh digunakan untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa unit
pembelajaran. Jadual 9.2 menunjukkan satu contoh profil untuk matapelajaran matematik.

Jadual 9.2

Berdasarkan kepada maklumat yang direkodkan, guru memilih pelajar yang memerlukan
program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran.

7
Selain daripada pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil pelajar, guru
boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar melalui pemeriksaan dan keputusan ujian
pelajar atau latihan harian bertulis. Keputusan ujian dan hasil kerja murid dalam latihan
harian akan memberi gambaran yang jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis
dan mengira seseorang pelajar. Soal jawab/kuiz juga adalah yang paling cepat untuk
mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Melalui soal jawab dalam kelas,
bidang kelemahan penguasaan kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan serta merta.

Strategi pengajaran kumpulan boleh dilaksanakan dalam dua cara, iaitu membahagikan
kumpulan pelajar mengikut kebolehan dan membahagikan mereka dalam kumpulan yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Berikut merupakan prinsip dalam
penggunaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kumpulan iaitu, memastikan
pelajar ditetapkan dalam kumpulan yang sesuai, guru melakukan penilaian untuk mengetahui
taraf pencapaian pelajar itu, ketua kumpulan harus dilantik, penyusunan meja dan kerusi
harus dilakukan bagi memudahkan pelajar melaksanaka aktiviti, arahan yang jelas, bahan-
bahan yang mencukupi, rutin bilik darjah yang harus dibiasakan, pelajar dibenarkan bergerak
agar aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan guru mengagihkan masa untuk perbincangan
keseluruhan kelas supaya setiap orang dapat mengetahui aktiviti yang telah dijalankan.

Penyusunan meja kerusi bagi kelas KBSR harus menekankan corak yang membolehkan
pelajar menjalankan aktiviti kumpulan dan juga disediakan ruang pembelajaran yang
membolehkan guru mengajar pelajar secara kelas.

A= kumpulan cerdas

B,C= kumpulan sederhana

D= kumpulan lambat

Rajah 9.3

8
Terdapat dua cara pengumpulan digunakan untuk menguruskan aktiviti kumpulan iaitu,
kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Perancangan dan
pengurusan mengajar kumpulan ini yang berkesan harus berlandaskan kepada prinsip-prinsip
pengajaran kumpulan yang telah dihuraikan diatas. Guru juga harus memainkan peranan yang
penting ketika aktiviti kumpulan pelbagai kebolehan dijalankan, iaitu guru harus beredar dari
satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk memerhatikan dan membimbing para
pelajar. Guru juga disarankan melantik seorang ketua untuk melicinkan pengurusan kerja
kumpulan, untuk tugas seperti menjaga disiplin, membimbing ahli-ahli kumpulan ketika
menjalankan aktiviti, mengedar dan menyimpan bahan-bahan dan sebagainya. Setelah aktiviti
berkumpulan selesai, guru perlu mengambil sedikit masa untuk membincangkan hasil kerja
pelajar dalam tiap-tiap kumpulan supaya setiap orang dalam kelas dapat mengetahui segala
aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan-kumpulan yang lain. Hasil kerja yang baik
bolehlah di pamerkan atau ditunjukkan didalam kelas sebagai galakan. Guru juga perlu
membimbing mereka membuat rumusan mengenai aktiviti yang telah dipelajari, dan bahan-
bahan pembelajaran yang telah diedarkan dapat dipungut balik dan perlulah disimpan
ditempat yang selamat.

Untuk penilaian sesi pemulihan, guru boleh membuat penilaian semasa pelajar bermasalah
menjalankan aktiviti pemulihan dalam kelas biasa atau semasa memeriksa kerja latihan
pemulihan murid. Keputusan haruslan direkodkan dalam rekod profil murid. Guru akan
menganalisis pencapaian aktiviti pengajaran pemulihannya. Setelah pelajar menyertai
program ini berjaya, pelajar ini bolehlah ditempatkan semula dalam kumpulan yang sesuai.
Murid boleh diajarkan sekali lagi jika dilihat tidak menguasai kemahiran yang diharapkan
atau dirujuk kepada guru penilaian. Setelah pelajar itu menguasai kemahiran yang ditetapkan
dalam sesi pemulihan, murid itu perlulah diberikan aktiviti sokongan, aktiviti penggayaan
atau aktiviti pengukuhan. Ini dilakukan bagi memastikan masalah serupa itu tidak akan
berulang lagi. Aktiviti ini dapat memupuk keyakinan diri sendiri serta semangat ingin
mencuba dalam aktiviti pembelajaran mereka.

9
5.0 Penutup

Masalah pembelajaran yang berlaku di sekolah merupaka satu fenomena yang telah lama
dilalui oleh para guru. Guru itu sendiri perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman
yang pelbagai untuk menempuh segala masalah yang timbul. Pengetahuan psikologi amat
penting kepada guru untuk meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajarnya seperti kecerdasan,
proses pemikiran, ingatan dan lupaan, motivasi serta teori-teori perkembangan dan
pembelajaran. Psikologi pendidikan adalah satu bidang yang penting untuk guru sebab
pengetahuan yang diperolehnya dapat dimanfaatkan untuk menjadi guru yang gemlang,
cemrlang dan terbilang.

10
Rujukan:

Abdul Ghani Abdullah, Abd Rahman Abd Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar.
PTS Pendidikan.

K.A Razhiyah. (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran – Pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.

Sheila Devaraj, Samsilah Roslan. (2006). Apa itu Disleksia?. PTS Professional.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2008)
Pembelajaran Aktif Psikologi Pendidikan. Quantum Books.

https://www.scribd.com/doc/91841510/masalah-pembelajaran

http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-david-ausubel.html

http://teorikognitif-mab.blogspot.com/2010/08/ausubel-pengasas-teori-kognitif_18.html

11

Anda mungkin juga menyukai