Anda di halaman 1dari 15

FAKTOR INGATAN, LUPAAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

1.

Manusia

dicipta

dengan

Pengenalan

pelbagai

keupayaan.

Manusia

harus

berusaha

membangunkan keupayaan tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri dan


masyarakat yang mana ia bersesuaian dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud
Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang
merubahnya. Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang
tertentu.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Kadangkala
murid-murid menghadapi masalah kebuntuan dalam proses pembelajaran, ini
mungkin disebabkan mereka menghadapi pelbagai jenis masalah pembelajaran.
Salah satu faktor ini ialah tahap intelektual murid. Di mana sesetengah murid dapat
menguasai

sesuatu

sesetengah

yang

bahan
lain

pembelajaran

menghadapi

baru

dengan

kesukaran

dalam

mudah,

manakala

menguasai

bahan

pembelajaran yang sama. Situasi ini mungkin disebabkan oleh tahap kesediaan
murid-murid yang berbeza. Jika sekiranya murid-murid tidak bersedia untuk sesuatu
jenis pembelajaran dan apabila didesak untuk menerima maklumat tersebut, mereka
mungkin menghadapi masalah dalam menguasai konsep-konsep yang hendak
disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, faktor-faktor persekitaran yang kondusif,
personaliti

guru-guru

serta

sikap

para

murid

juga

mempengaruhi

proses

pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi pembelajaran yang akan dijelaskan di


sini ialah ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran.
2.0

Ingatan

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah


dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam
situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai
pemprosesan

maklumat

yang

diterima

dalam

otaknya,

menyimpan

dan

mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk

menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada


masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia
untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian
mengeluarkannya ketika diperlukan.
2.1

Proses Ingatan

Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam


sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor
ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan
seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan
jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam
rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol
bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan
akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor
ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya.
Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Manakala Atkinson dan Shiffrin (1971), mengklasifikasikan ingatan kepada tiga
komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek, dan ingatan
jangka panjang. Mengikut mereka, ingatan sensori boleh menerima kuantiti
maklumat yang banyak, tetapi hanya dapat disimpan dalam masa yang singkat.
Sebahagian kecil maklumat yang diamati akan disalurkan kepada ingatan jangka
pendek, yang dapat menyimpan maklumat secara automatik tanpa latihan
mengingat dalam tempoh 20-30 saat sahaja. Untuk menyimpan maklumat ini,
ingatan jangka pendek hendaklah dilatih berulang-ulang untuk mengingat, enkod
dan memindahkannya kepada ingatan jangka panjang, yang mana dapat disimpan
dalam tempoh yang lebih lama, kadang-kadang beberapa tahun atau sepanjang
hayatnya bergantung kepada jenis atau nilai maklumat terhadap individu berkenaan.
2.2

Jenis-jenis ingatan

Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan
jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana

dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa
proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat
sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria
tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan
serta merta. Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting, contohnya
benda-benda yang dilihat sepintas sahaja semasa dalam perjalanan, rakaman
derianya bersama dengan ingatan jangka pendek akan hilang imejnya, dalam masa
beberapa saat sebagai lupaan.
Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi
menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu
sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini
untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem
yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang.
Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun
kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan. Contohnya, dalam segala aktiviti
penyampaian isi pelajaran guru yang diterima oleh ingatan sensori pelajar, bukan
semuanya akan diberi perhatian dalam ingatan jangka pendek, dan maklumat ini
tidak akan diproses tetapi lenyap dalam proses lupaan. Kadangkala, maklumat tidak
belum sempat dihantar ke ingatan jangka panajng, tetapi dipanggil semula dengan
serta-merta, misalnya menjawab soalan guru sebaik sahaja selepas pengajarannya.
Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi
menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan
jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara
beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses
semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan
lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan
kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.
Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik,
ingatan prosedural dan ingatan perdana. Pertama, ingatan sematik ialah ingatan di
mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi
manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala fakta dan pengalaman

yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan
persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalamanpengalaman lain. Kedua, ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua
maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau seperti tarikh, tempat,
tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama ada yang manis atau
pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya, penglibatan
seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan
sebagainya.
Manakala yang ketiga, ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan
prosedur-prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah
yang terlibat dalam membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lainlain. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara
kerap. Keempat, ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan
seharian yang sudah menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa
contoh ingatan perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan,
nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. Satu
masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam proses endkoding akan
menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. Kadangkadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka
panjang.
2.3

Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori


utama, iaitu faktor bahan pembelajaran, faktor kaedah pembelajaran dan faktor
peribadi.

Kategori pertama ialah

faktor

bahan

pembelajaran.

Kategori

ini merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan
bahan dan bahan bermakna. Pertama, panjang bahan pembelajaran di mana
menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak
bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya, biasanya boleh mengingatnya selepas
membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata, maka diperlukan
membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16 suku kata lagi,
ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.

Kedua, faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam


kajiannya, mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam
peringkat awal bergerak dengan sangat cepat, tetapi cepat berundur dalam masa
yang singkat. Ini adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar, minat
pembelajaran tidak dapat ditimbulkan, oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama.
Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada kemajuan langsung kerana
kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang
mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya kesukarannya boleh diatasi dengan
usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terusmenerus.
Ketiga, kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957), dalam kajian
ingatan terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan
mengikut susunan secara tertib, mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di
tempat awal dan tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di
tempat pertengahan, khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna.
Terdapat banyak contoh harian yang kita boleh huraikan fenomena ini. Contohnya,
kita lebih mudah mengingati peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan
pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara mereka. Begitu juga, kita
lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari akhir
tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain
sepanjang tahun.
Keempat ialah bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley
menunjukkan pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih
mudah daripada set suku kata yang tidak bermakna. Dengan perkataan lain,
pembelajaran bahan yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada
pembelajaran bahan yang tidak bermakna.
Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara
pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan.
Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama, masa belajar
secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Di
dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat

kumpulan seperti berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan
B belajar dua minit, rehat tiga minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas
minit dan kumpulan D belajar tiga minit, rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan
cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik, diikuti dengan kumpulan B,
kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara pembelajaran secara
bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali
daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.
Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting
untuk pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah
berjaya menguasai semua langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah
mencapai seratus peratus pembelajarannya. Contohnya, menghafaz sebuah puisi
yang lengkap memerlukan lima kali membacanya, barulah disebut sebagai
pencapaian seratus peratus pembelajaran. Sungguhpun telah berjaya mencapai
seratus peratus pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai.
Justeru itu, untuk mengekalkan ingatan, selepas mencapai seratus peratus
pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.
Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur,
jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga
mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran. Pertama, faktor umur iaitu ramai
orang percaya bahawa peringkat pembelajaran yang terkuat ialah pada waktu
kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian
telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara
umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928), calon-calon ujian dari umur 8
hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa esperanto, iaitu
satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof pada tahun 1887. Hasil
kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun.
Selepas 20 tahun, kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur
25 tahun. Selepas umur 35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila
sampai umur 42 tahun, ia telah diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat
kemuncaknya.

Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki
dan perempuan tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti
bermain alat muzik, menjahit, menulis, melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan
perempuan adalah hampir sama. Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan
perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya.
Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya
motivasi berkait rapat dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih
diutamakan sebagai motivasi untuk mendorong pembelajaran, kerana banyak kajian
telah

membuktikan

pemberian

ganjaran

adalah

lebih

berkesan

daripada

mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang
diingini diteraskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini
diteruskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku diteruskan, malah ia tidak
pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah yang positif. Oleh itu, kesan
motivasi ganjaran merupakan positif, sedangkan kesan motivasi hukuman adalah
negatif.
Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi
adalah diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran.
Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat
muzik, tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka.
Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Secara
ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan
daripada aktiviti pembelajaran memperoleh kejayaan atau pencapaian yang
memuaskan, maka motivasi untuk pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan dalam
ingatan.
Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih,
gembira, takut dan lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan
dalam dua jenis utama iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok (sedih), dan
cemas (risau) atau tenang. Kebiasaannya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau
pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja melupai
peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok.

3.0

Lupaan

Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang
telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali
sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson
(1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja
dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna
berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan
atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah
dipelajari.
3.1

Jenis-jenis lupaan

Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang


dilalui pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod
melimpah-melimpah,

ia

seseorang. Terdapat tujuh

boleh

mengakibatkan

jenis lupaan

iaitu

pertama,

kelumpuhan
lupaan

mental

keusangan.

Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan
jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat
yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula. Kedua, lupaan kegagalan di
mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik.
Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda
halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil
balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.
Ketiga, lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan
segala ingatan yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang
dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik
sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan. Jenis lupaan yang keempat
ialah lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat
gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama.
Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif.
Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru
mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama
dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan

baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. manakala
gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam
fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin
enggan untuk menerima pembelajaran baru.
Kelima, jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit
atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja
menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri. Jenis lupaan keenam
iaitu lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang
tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam
dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati
nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai mental block. Keenam, lupakan
ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak
mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan.
Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta
yang penting. Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk menyimpan.
Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang.
Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki
ingatan jangka panjang.
3.2

Faktor-faktor lupaan

Pertama, faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar
akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100%
semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan
yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Faktor
kedua, ialah perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang berperasaan takut dan
bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang
garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir
dan mengingati pelajaran terjejas.
Faktor ketiga ialah peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan
yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam
ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah,

pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan
hilang dari ingatan. Faktor keempat, keusangan di mana persekitaran yang berubah
akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama
yang berkaitan dengan dirinya. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka
panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru.
Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun,
selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah
dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh
digunakan lagi.
Faktor kelima, pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit
dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak
sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal
dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu
cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
Faktor keenam, masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika guru meminta
jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat
kembali sesuatu fakta. Dan faktor yang ketujuh, iaitu aras keyakinan. Aras keyakinan
yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah
memudahkan

proses

lupaan.

Contohnya,

guru

yang

berkeyakinan

dalam

menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan


pembelajaran.
Faktor kelapan, kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat
diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru
kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat
dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsepkonsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan
kelicinan kepada ingatan. Faktor kesembilan, gangguan proaktif dan gangguan
retroaktif. Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu
pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama
masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang
baru. Faktor yang terakhir ialah terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Pelajar

akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu
diingati. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta
atau isi pembelajaran yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan
menyebabkan lupaan.
3.3

Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan

Pertama, guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan


berkaitan

dengan

kehidupan

murid-murid. Kedua,

guru

meningkatkan

isi

pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada


susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. Ketiga,
memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar
bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran
menarik dan berkesan. Keempat, menyusun jadual waktu di mana subjek yang
susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti
seni di sebelah tengah hari atau petang.
Kelima, menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi
mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang. Keenam, guru membimbing
pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu
dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa,
membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya. Ketujuh, guru perlu
menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi
pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Kelapan, guru
haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru
menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Kesembilan, guru
menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan
banyak alat bantuan pengajaran visual.
3.4

Kesimpulan

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan
pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak
perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang
boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai
guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya

dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses


pembelajaran.
4.0

Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)

Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi


dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu
dalam satu konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan
perkataan lain, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya
semula di situasi yang berlainan.
4.1

Jenis-jenis pemindahan pembelajaran

Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif


dan pemindahan negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer)
dan Pemindahan menegak (vertical transfer). Pemindahan mendatar merujuk
kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya
kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya,
Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak
pengetahuan. Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan
pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan
pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari
konsep sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama
sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.
Kedua, pemindahan

negatif ialah

pembelajaran

lama

yang

mengganggu

pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan


pembelajaran yang salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif
ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan
proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran
berikutnya. Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala
pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu
pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris, murid
melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat pula
berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang

mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat


menulis tangan kanan.
Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan
bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan
sifar. Pertama, pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang
(cross education). Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan
latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan
tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan
pengantara, ia berlaku setelah murid menguasai

satu

tindak balas dan

menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru.


Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari
ejaan perkataan.
Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik
pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang.
Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat
menguasai operasi mendarab dengan baik. Keempat, pemindahan sifar, ia
bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan
kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan
sebarang kesan. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada
tidak

mempunyai

perkaitan

langsung

dengan

konsep

baru.

Contohnya,

menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.


4.2

Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran

Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran


iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih
mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan
seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas
diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran
terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian
rangsangan. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal,
semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan.
Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. Penguasaan konsep,

prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran.


Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah
berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.
4.3 Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif `
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran
positif dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan
pencapaian objektif eksplisit. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan
memupuk kemahiran berfikir. Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi
sistematik

dan

yang

keempat,

mengajar

konsep

dengan

contoh

sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Mengikut kajian Ausubel


(1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk
peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik
berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai
persediaan mengingat fakta atau konsep penting.
Kedua,

mengutamakan

pemerolehan

konsep

dan

memupuk

kemahiran

berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip
untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi
sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor 19572020 dengan
lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna Merdeka, Wawasan
Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku
pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk
pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman
disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks
dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan
dengan konsep Fizik.
Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan
pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan

memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai


contoh tuas.
4.4

Kesimpulan

Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng


positif di kalangan murid-murid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk
sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi
perhatian

serta

mempunyai

perasaan

tanggungjawab

untuk

menguasai

pembelajaran.

Rujukan
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Ingatan. Diakses pada 28 Julai 2012 dari http://eprints.utm.my/6270/1/bab_9.pdf
Ingatan. Diakses

pada

28

Julai

2012

dari

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/ingatan-dan-lupaan.html
Ingatan

dan

lupaan.

diakses

pada

05

Ogos

2012

dari

http://www.scribd.com/doc/6117716/Ingatan-Dan-Lupaan
Ingatan

dan

lupaan. diakses

pada

05

Ogos

2012 http://anuarena.blogspot.com/2011/02/ingatan-dan-lupaan.html
Pemindahan

Pembelajaran. diakses

pada

15

Ogos

2012

dari

http://zarin58.tripod.com/pmotor.htm
Pemindahan

Pembelajaran. diakses

pada

15

Ogos

2012 dari

http://www.scribd.com/doc/7665342/PEMINDAHAN-PEMBELAJARAN-Transfer-ofLearning
Pemindahan

Pembelajaran. diakses

pada

20

Ogos

2012

dari

http://www.scribd.com/doc/36108771/Pemindahan-Pembelajaran
Pemindahan

Pembelajaran. diakses

pada

21

Ogos

2012 dari

http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/122-mengaktifkan-pembelajarandan.html

Anda mungkin juga menyukai