Anda di halaman 1dari 9

Batu seremban adalah satu permainan tradisional yang juga dikenali sebagai selambut atau serembat.

Permainan ini menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca, biji getah atau objek lain yang sesuai. Dimainkan dikalangan kanak-kanak perempuan dalam brkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Dimainkan di waktu lapang di kawasan lapang seperti serambi rumah atau di mana sahaja kawasan yang memerlukan permukaan rata dan bersih. Dimainkan secara duduk di atas lantai.

1. Giliran ditentukan dengan menimbang buah. 2. Buah tidak boleh disentuh atau bergerak antara satu sama lain. 3. Permainan terbatal sekiranya buah anak jatuh atau bergerak. 4. Semasa menimbang: a) Cara kaut/mencangkuk buah dapat berganda b) Cara menyambut buah dikira tambah.

Kesemua buah hendaklah diselerakkan di atas lantai dengan keadaan buah tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah dijadikan ibu yang dilambung ke udara. Dalam masa yang sama buah yang dibawah hendaklah dikutip dan ibu itu disambut. Buah anak tadi diletakkan digenggam di dalam tangan sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah anak. Setelah selesai permainan hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata sama ada secara mencangkuk atau menyambut. Permainan akan mati sekiranya buah tidak dapat disambut atau dicangkuk dan diserahkan kepada pemain seterusnya. Jenis buah: buah satu, buah dua, buah tiga, buah empat hingga buah tujuh.

Dapat menilai ekspresi kreatif kanak-kanak. Meningkatkan perkembangan bahasa melalui komunikasi. Meningkatkan perbendaharaan kata kanakkanak. Dalam meningkatkan kemajuan dalam penumpuan, kemahiran, kesedian dan sikap. Salah satu proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner.
Meningkatkan kemahiran matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif.

MOTOR HALUS Penggunaan jari meningkatkan kemahiran motor halus. MOTOR KASAR Fokus kepada penggunaan tangan. Kemahiran dibina secara berperingkat dari motor halus kepada motor kasar.

Menggalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama dan bersosial melalui permainan yang melibatkan lebih dari seorang sama ada dalam bentuk kumpulan atau persendirian

EMOSI

Kajian (Rubin & Howe 1986: Creasey, Jarvis,& Berk, 1998) menunjukkan bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dapat memberikan kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain , mengawal emosi , belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

Sabar Jujur Tepati

masa Menghargai ciptaan tuhan Hormat-menghormati

Anda mungkin juga menyukai