Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Pada semester ini, pelajar PISMP semester 3 ambilan Januari 2010 dikehendaki
membuat tugasan berkenaan subjek Pengurusan Bilik Darjah (EDU 3104) semasa
menjalankan PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah). Kami diminta untuk menjalankan
tugasan berkenaan masalah tingkah laku di dalam kelas dan menyediakan cadangan
menggunakan model pengurusan bilik darjah untuk menangani masalah tingkah laku
yang berlaku.
.

Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai satu

perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa
berada di dalam bilik darjah (Chong Lean Keow,2009). Perlakuan ini jika dilakukan
secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan
yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang
mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah adalah amat penting agar fokus dan matlamat pelajar
tidak tersasar dari pengajaran dan pembelajaran. Menurut pentadbir sekolah dan guruguru, pengurusan bilik darjah adalah sinonim dengan pengawalan disiplin.
Menurut American Heritage Dictionary of English Language,
Perkataan Disiplin merujuk kepada mencegah atau menghukum salah laku
yang timbul .
Disiplin juga bermaksud latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang
khusus atau pola tingkah laku.
Disiplin ialah peraturan yang dibentuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang
baik.
Merupakan usaha guru dalam membantu murid-murid berkelakuan baik.
Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan
Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut
disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja
1 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik,
saling menghormati, tolong -menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina.

2.0 KAEDAH KAJIAN

Sepanjang perlaksanaan kerja projek ini, saya telah menggunakan beberapa


kaedah kajian yang rasional untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan ini dengan
lancar. Antara kaedah yang saya gunakan termasuklah ;
2 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

Kaedah pemerhatian
Melalui tugasan ini, saya juga telah menyediakan senarai semak tentang
masalah disiplin dan tingkah laku murid-murid yang berlaku di Sekolah
Kebangsaan Tengkawang, Kuala Berang Terengganu Senarai semak ini adalah
sebagai rujukan dan untuk membanding bezakan respon guru-guru ini dengan
pemerhatian saya sendiri. Saya juga telah mengambil beberapa gambar untuk
mengukuhkan lagi dapatan tugasan ini. Saya telah membuat pemerhatian
terhadap pelajar Tahun 6 Amanah.
Kaedah soal selidik
Tugasan ini memerlukan respon daripada beberapa orang guru si Sekolah
Kebangsaan Tengkawang, Kuala Berang Terengganu. Saya telah mengedarkan
borang soal selidik kepada beberapa orang guru termasuklah Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, guru kelas Tahun 6 Amanah, dan guru-guru lain. Penyediaan
borang kaji selidik ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Saya telah
berbincang bersama rakan saya untuk menyediakan soalan yang berkaitan tentang
tingkah laku pelajar sekolah ini. Selain itu, saya juga telah memasuki beberapa buah
kelas untuk memerhatikan sendiri tingkah laku murid-murid semasa di dalam kelas
dan tindakan guru-guru yang sedang mengajar.

Kaedah Temu bual


Saya telah menemu bual seramai 5 orang guru di sekolah ini. Hasil
perbincangan bersama rakan, saya telah menyediakan beberapa soalan untuk
diajukan kepada guru-guru berkenaan untuk menilai masalah tingkah laku muridmurid yang berlaku di dalam kelas serta cara mereka menguruskan bilik darjah.
Antara soalan yang diajukan :
I. Apakah contoh kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh muridmurid semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

3 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

II.

Adakah guru-guru akan mengambil tindakan segera jika berlakunya

III.

kesalahan tingkah laku dalam kalangan murid?


Apakah pandangan guru tentang faktor-faktor masalah tingkah laku ini

IV.

wujud?
Dengan berlakunya masalah tingkah laku murid-murid, adakah ini
memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran murid-murid?

3.0 ANALISIS DATA


3.1 JENIS-JENIS MASALAH TINGKAH LAKU MURID DALAM BILIK DARJAH

3.1.1 Murid bercakap di dalam kelas


Antara masalah tingkah laku yang paling biasa berlaku ialah komunikasi antara
murid. Ia menjadi masalah apabila murid-murid bercakap semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Agak sukar untuk mengawal dan menghalang murid-murid daripada
bercakap sesama mereka namun guru boleh meminimumkan mereka daripada
bercakap semasa proses pengaran dan pembelajaran sedang berjalan.
4 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

3.1.2 Berkomunikasi menggunakan kertas di dalam kelas


Terdapat banyak cara murid-murid berkomunikasi dan ini tidak terhad kepada
lisan semata-mata, mereka juga biasanya berkomunikasi dengan cara tulisan. Antara
yang paling biasa digunakan ialah pesanan ringkas di atas kertas-kertas kecil.
Biasanya kertas ini akan berlegar sesama mereka di dalam kelas dan disampaikan
kepada mereka yang berkenaan. Ini akan menggangu murid-murid lain yang sedang
belajar.

3.1.3 Tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi


Selain daripada itu, masalah dalam menyiapkan kerja sekolah juga adalah yang
paling kerap berlaku. Kebiasaanya berbagai alasan diberikan seperti tidak pandai,
terlupa, tertinggal dan sebagainya. Sebagai seorang guru kita harus bijak untuk
bermain psikologi dengan murid untuk mengetahui kebenaran kepada kenyataanya.
Bagi alasan yang tidak wajar atau tidak boleh diterima, guru seharusnya mengenakan
tindakan bagi memastikan pelajar menyiapkannya pada masa akan datang.
3.1.4 Tidak membawa buku ke kelas
Lupa membawa buku seperti buku teks dan juga buku latihan juga boleh
dikategorikan sebagai masalah tingkahlaku di dalam bilik darjah. Ini kerana bagi mereka
yang tidak membawa buku mereka akan menganggu rakan mereka secara tidak
langsung dengan meminjam atau berkongsi dengan rakannya. Latihan di dalam kelas
juga tidak dapat berjalan dengan lancar sekiranya murid tidak membawa buku.

3.1.5 Menggunakan bahasa kasar


Antara masalah lain ialah menggunakan bahasa kasar. Umum mengakui
tindakan itu adalah amat tidak wajar kerana tidak melambangkan jati diri kita
5 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

terutamanya murid-murid sekolah rendah. Kebiasaanya murid lelaki yang lebih gemar
menggunakan bahasa kasar ini. Namun hari ini, ianya tidak terhad kepada murid lelaki
sahaja kerana ada juga murid perempuan sudah berani menggunakan bahasa ini tanpa
segan silu sesama meraka. Ini ada amat mendukacitakan kerana tindakan ini amat
jelas tidak menghormati guru dan rakan yang lain.

4.0 CADANGAN
4.1 Cadangan untuk mengatasi masalah tingkah laku di dalam kelas

4.1.2 Menggunakan Model Terapi Realiti Glasser


Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini
diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965.
realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan
menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas
dengan dunia persekitaran mereka melalui kawalan penilaian dalaman internal locus of
evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui
lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.
6 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa
manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab
terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika
mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh itu dengan meletakkan
prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak masalah yang
menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh
yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology.

Antara langkah yang boleh diguna pakai dalam Model Terapi Realiti Glasser dalam
menangani masalah tingkah laku murid-murid menggunakan bahasa kasar :

i.

Guru menjadi model atau contoh.


Dalam teknik ini guru mestilah menjadi contoh teladan atau model yang
berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik, guru perlu cuba untuk
menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan pelajar tersebut.
Sebagai contoh, apabila para pelajar menggunakan bahasa yang kurang sopan,
guru perlu menegur dan bukannya mendenda atau mengasingkan murid
tersebut. Guru perlu mengajar pelajar dengan cara yang lebih berkesan bagi
memenuhi kehendak pelajar berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan
pelajar menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak
realistik.

ii.

Guru akan berdepan atau mencabar pelajar.

7 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

Melalui cara ini, guru perlu berdepan dengan para pelajar tanpa
membenarkan mereka memberikan alasan-alasan tertentu. Guru juga boleh
menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan
pelajar di dalam usaha untuk mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi
ini dapat memberikan respon kepada pelajar memikirkan tentang dirinya secara
realistik. Jika dikritik, para pelajar akan lebih berhati-hati semasa menggunakan
perkataan terutamanya, semasa di dalam kelas dan di hadapan guru mereka.

iii.

Guru akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien.


Semasa main peranan, guru akan cuba memberikan penekanan pada di
sini dan pada ketika ini dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada
peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.
Sebagai contoh, jika terdapat pelajar yang menggunakan bahasa kasar, guru
perlu menegur pelajar tersebut dalam kadar segera. Ini bermakna tindakan
serta merta perlu diambil. Ini adalah supaya pelajar tersebut tahu apa yang
dilakukan merupakah tingkah laku yang salah dan harus diubah. Pelajar akan
lebih berhati-hati semasa di dalam kelas kerana bimbang guru akan mengambil
tindakan.

iv.

Guru akan meminta kepada pelajar melihat tingkah lakunya sebagai satu
cara untuk mereka menerima sesuatu tanggungjawab.
Guru akan bertanya kepada pelajar adakah tindakan itu sesuai dengan
pelajar tersebut dan adakah cara itu berfaedah kepadanya. Cara ini membuat
para pelajar berfikir dan memberi refleksi tentang tingkah laku mereka. Dalam
hal ini pelajar hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah tingkah
lakunya atau sebaliknya. Guru cuma berperanan memberi peringatan dan
nasihat untuk para pelajar berfikir sendiri tentang tingkah laku mereka di dalam
kelas.

8 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

v.

Guru dan pelajar perlu membuat perjanjian.


Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan
ditandatangani oleh pelajar. Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturanperaturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut pelajar akan
melibatkan diri dengan guru. Guru juga perlu menyemak kemajuan pelajar dan
memberikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang
dirancang agak sukar dilaksanakan, guru perlu membuat rancangan yang baru.
Bagi pihak pelajar kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau
didenda. Melalui perjanjian seperti ini, para pelajar akan lebih jelas tentang
peraturan dan akan lebih berhati-hati dengan tingkah laku mereka di dalam
kelas. Masalah tingkah laku seperti menggunakan bahasa kasar akan dapat
dibendung dengan menggunakan cara seperti ini.

9 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

5.0 KESIMPULAN

Memang tidak dapat disangkal bahawa masalah disiplin dan tingkah laku adalah
masalah utama di mana-mana institusi sekolah. Sebagai pendidikan, pengurusan bilik
darjah amat penting untuk membendung pelbagai masalah tingkah laku yang berlaku
dalam kalangan pelajar sekolah. Justeru itu, pengurusan bilik darjah yang baik dan
bersesuaian amat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lancar dan menjadikan persekitaran kelas berada dalam
keadaan kondusif. Guru perlu mengurus dan mendisiplinkan para pelajar yang
menimbulkan pelbagai masalh tingkah laku untuk memastikan keadaan kelas terkawal.
Saya telah memilih Model Terapi Realiti Glasser kerana model pengurusan bilik
darjah ini bersesuaian untuk pelajar sekolah rendah dengan menggunakan banyak
bentuk perkhidmatan kaunseling. Dengan model ini, pelbagai masalah tingkah laku
boleh diatasi tanpa memberi kesan negatif pada pelajar. Hubungan antara pelajar dan
guru juga akan lebih baik dan pelajar kurang berisiko untuk menyimpan dendam
dengan guru.
Berlandaskan Model Terapi Realiti Glasser, para pelajar akan diberi peluang
untuk memimpin diri mereka sendiri sebagai seorang yang bertanggungjawab. Mereka
akan lebih yakin dan percaya pada diri mereka sendiri. Mereka akan ke arah ekstrovet
dan mampu untuk memimpin dirinya. Para pelajar akan berasa dihargai kerana
diberikan peluang untuk memimpin diri mereka sendiri. Perkara ini merupakan suatu
bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu individu itu
berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai matlamat masa depan dengan
lebih berjaya. Para pelajar dapat menilai diri mereka sendiri apabila mereka melakukan
kesalahan tingkah laku. Keadaan ini mendorong pelajar untuk terus memperbaiki dan
berusaha ke arah yang lebih baik.

10 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

Akhir sekali, sebagai pendidik, model-model pengurusan disiplin bilik darah boleh
menjadi panduan untuk mengatasi masalah-masalah tingkah laku dalam kalangan
pelajar di dalam kelas. Keadaan kelas akan menjadi kondusif dan proses pengajaran
dan pembelajaran akan berjalan lebih lancar dan berkesan.

11 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

BORANG SOAL SELIDIK


PENGURUSAN BILIK DARJAH
MASALAH TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH

Nama Responden

: ___________________________________________________

Bangsa

: _________________

Tarikh Semakan : ___________________

Arahan : Tandakan () pada ruang yang berkenaan dan beri ulasan jika perlu.

MASALAH-MASALAH TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH

PERKARA

1.

Murid-murid gemar bercakap di dalam bilik


darjah?

2.

Murid-murid menghormati guru dan rakan

3.

Murid-murid kadang-kala menggunakan ayat


yang kurang sopan

4.

Murid-murid memberi perhatian semasa


proses pengajaran dan pembelajaran

5.

Murid-murid melaksanakan kerja sekolah di


rumah

6.

Murid-murid melaksanakan latihan di dalam


bilik darjah

7.

Murid-murid tidak menghadiri kelas semasa


proses pengajaran dan pembelajaran

YA

TIDAK

BORANG TEMU BUAL


PENGURUSAN BILIK DARJAH
12 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

MASALAH TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH

Nama Responden

: ___________________________________________________

Bangsa

: _________________

Tarikh Semakan : ___________________

Soalan 1 :
Apakah contoh kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran?
Jawapan : ..........................................................................................................................
.........................................................................................................................
Soalan 2 :
Adakah guru-guru akan mengambil tindakan segera jika berlakunya kesalahan tingkah
laku dalam kalangan murid?
Jawapan : ..........................................................................................................................
.........................................................................................................................
Soalan 3 :
Apakah pandangan guru tentang faktor-faktor masalah tingkah laku ini wujud?
Jawapan : ..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
Soalan 4 :
Dengan berlakunya masalah tingkah laku murid-murid, adakah ini memberi kesan
kepada pengajaran dan pembelajaran murid-murid?
Jawapan : ..........................................................................................................................
.........................................................................................................................
6.0 BIBLIOGRAFI

http://www.scribd.com/doc/16551533/Asgn-Education-Paper-Jenisjenis-Modelmenangani-masalah-tingkah-laku
http://www.scribd.com/doc/16551173/Langkahlangkah-Penyediaan-Pelan-Bilik-Darjah
http://www.houghtonmifflinbooks.com/ahd/
13 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

n0tsureyet.blogspot.com/2009/03/terapi-realiti-glasser.htmldilayari pada 29 Mac 2011


jam 6.34p.m.

Belvel, P.S & Jordan, M. (2003), Rethinking Classroom Management, California :


Corwin Press.

Haliza Hamzah & Samuel,J.N. (2008) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Choong Lean Keow.2009. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

14 | PENGURUSAN BILIK DARJAH (MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH)

Anda mungkin juga menyukai