Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS TUGASAN Komponen : Kemahiran hidup Bidang : Pengurusan diri 2.4 Membersihkan bahagian anggota badan 2.4.

1 Gigi Kemahiran : Menggosok gigi dengan mengikut langkah yang betul

Hasil Pembelajaran : Murid dapat menggosok gigi dengan menggunakan cara yang betul

Alatan : 1. Berus gigi

Langkah-langkah : 1. Guru berdiri dihadapan murid-murid dan meminta murid untuk duduk di tempat masing-masing. 2. Guru meminta murid untuk menunjukkan gigi masing-masing. 3. Guru menerangkan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu cara-cara menggosok gigi dengan betul. 4. Guru mengeluarkan alat memberus gigi iaitu berus gigi. 5. Guru menggunakan model gigi untuk membantu murid dalam memahami dengan lebih jelas pelajaran hari ini. 6. Guru memulakan dengan memegang berus gigi dan menggenggamnya dengan berus menghadap ke muka. 7. Guru mengambil model gigi untuk dijadikan sebagai model.

8. Gigi diketap dan mula menggosok gigi bahagian hadapan secara menaik dan menurun dari kanan ke kiri. 9. Kemudian, mulut dibuka dan berus gigi dimasukkan ke dalam mulut menyentuh gigi di bahagian belakang bawah gigi. 10. Berus gigi digerakkan ke dalam dan ke luar dari kanan ke kiri. 11. Kemudian, berus gigi dihadapkan ke atas dengan berusnya menghala ke mulut. 12. Berus gigi dimasukkan ke dalam mulut sehingga menyentuh gigi di bahagian atas belakang gigi. 13. Berus gigi digerakkan ke dalam dan ke luar dari kanan ke kiri. 14. Gigi diketap dan berus dibawa ke tepi mulut sebelah kanan. 15. Berus digerakkan secara membulat untuk membersihkan bahagian tepi gigi. 16. Kemudian, berus dibawa pula ke sebelah kiri, dan digerakkan secara membulat untuk membersihkan bahagian tepi sebelah kiri gigi. 17. Selepas itu, hendaklah berkumur-kumur dengan air. 18. Berus dibersihkan dengan air paip. 19. Berus diletakkan di tempat yang selamat.

Anda mungkin juga menyukai