Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS

AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : 3
Minggu : 3
Tarikh : 3 Mei hingga 6 Mei 2021
Tajuk : Pedagogi Guru Pendidikan Khas

MASALAH

Berdasarkan tempoh pengajaran dan praktikum saya sepanjang tiga minggu ini, saya dapati
proses pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan adalah baik seperti yang
dirancang. Walau bagaimanapun, saya berasa banyak kekurangan idea dalam
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran bagi murid berkeperluan khas masalah
pembelajaran yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan di dalam satu-satu kelas. Di dalam
satu kelas terdapat pelbagai kategori murid. Di dalam kelas yang ditugaskan untuk saya
mengajar ialah seramai 9 orang iaitu kelas 2 Permata. Terdapat dua orang murid kategori
Autisme, dua orang murid Slow Leaner, seorang ketidakupayaan fizikal di bahagian kaki
yang juga mengalami masalah Disleksia, seorang murid kategori ADHD, seorang murid
Sindrom Down dan dua orang ketidakupayaan pertuturan dan pendengaran.

ANALISIS

Beberapa orang murid dilihat tidak memberi tumpuan sewaktu saya melaksanakan PDPC.
Adakalanya saya perlu bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan gangguan terhadap murid yang lain sedang belajar dan mengikuti
PDPC di samping memberi kesan tempoh pengajaran yang telah dirancang. Dengan
pelbagai masalah tingkah laku banyak memberi kesan pelaksanaan PDPC saya sebagai
seorang guru yang baharu dalam dunia pendidikan khas. Secara jujurnya, saya mengakui
masih banyak kelemahan dan kekurangan mengenai penguasaan ilmu pedagogi untuk
mendidik anak-anak berkeperluan khas dalam masalah pembelajaran. Mungkin teknik dan
pendekatan yang digunakan tidak sesuai dengan murid di dalam kelas. Cara dan
penyesuaian bahan bantu mengajar yang tidak menarik menjadikan PDPC saya tidak
berkesan dan tidak berjaya untuk disampaokan dengan baik.

SHAHRIL BIN MAHUSIN


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS
AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik dan mata pelajaran yang
hendak disampaikan dan dilaksanakan akan difahami dengan lebih mendalam terlebih
dahulu sebelum merancang dan melaksanakan PDPC. Saya akan lebih banyak meminta
pendapat dan pandangan serta cara, kaedah dan penyesuaian bahan bantu mengajar dari
kalangan guru-guru pendidikan khas yang telah terlatih dan lama berkhidmat dalam bidang
ini. Saya juga akan membanyakkan pembacaan sebagai rujukan serta melihat kaedah-
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam Youtube atau mana-mana medium yang
sesuai bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan saya sebagai seorang guru
pendidikan khas nanti.

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan cuba atasi kekangan dan masalah ini dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
melaksanakan praktikum ini.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan meminta pandangan daripada pensyarah pembimbing dan penyelaras PPKI/guru
pembimbing untuk peningkatan pedagogi dalam diri saya. Selain itu, saya perlu membuat
kajian bagaimana contoh dan bentuk-bentuk pengajaran yang sesuai bagi murid
bekeperluan khas mengikut kategori mereka. Saya akan meminta tunjuk ajar dari mana-
mana guru pendidikan khas yang ada di sekolah ini bagi menjamin keupayaan saya sebagai
seorang guru pendidikan khas yang boleh mengajar dengan berkesan. Di masa akan
datang juga saya akan mencari lagi teknik pengajaran yang lebih sesuai agar objektif
pembelajaran dan pengajaran tercapai dan berkesan kepada murid-murid berkeperluan
khas saya kelak.

SHAHRIL BIN MAHUSIN


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS
AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM

KESIMPULAN

Kemahiran pedagogi adalah kecekapan seorang guru menggunakan semua


pendekatan, kaedah, teknik dan cara dalam melaksanakan dan memastikan pengajaran dan
pembelajaran itu dilakukan dengan baik dan berkesan. Sebagai seorang guru dan lebih-
lebih lagi bergelar guru pendidikan khas perlu mencari ilmu-ilmu baharu dengan berusaha
mencari kaedah dan pendekatan serta startegi yang sesuai bagi mendidikan murid-murid
bekerperluan khas. Perasaan “syok sendiri” tidak perlu wujud dalam diri seorang guru yang
mana hanya membawa keburukan dan kerugian kepada murid-murid berkeperluan khas itu
sendiri.

SHAHRIL BIN MAHUSIN

Anda mungkin juga menyukai