Anda di halaman 1dari 2

MOHD SHAHRIL BIN A.

RAHMAN PRAKTIKUM FASA 1 SK PDG KERIA PISMP BM (B) AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN (BAHASA MELAYU)
Nama Teori Sendiri: Pelajar lemah akan berkomunikasi dan berinteraksi melakukan gerak kerja bersama rakan sekumpulan seterusnya mencapai objektif pembelajaran bagi pelajar lemah tersebut. Penerangan tentang teori sendiri: Pelajar lemah yang senyap dan malu bertanya selalunya akan ketinggalan pada setiap waktu P&P Bahasa Melayu. Apabila guru menerapkan kemahiran membaca secara individu, pelajar sebegini akan terus ketinggalan dan tidak tahu membaca dengan lancar dan baik. Apabila guru mengarah seorang daripada pelajar lemah, mereka akan takut dan tidak mahu membaca dengan kuat. Oleh hal sedemikian, penerapan gerak kerja secara berkumpulan diterapkan. Pelajar-pelajar cemerlang akan diagihkan kepada beberapa kumpulan begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lemah. Dalam kumpulan, pelajar-pelajar lemah akan dibantu oleh para pelajar yang cemerlang dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran terutamanya kemahiran membaca. Kemahiran menulis juga boleh ditingkatkan melalui gerak kerja berkumpulan dan pelajar yang malu dan senyap ini sedikit sebanyak menunjukkan prestasi yang memuaskan.

MOHD SHAHRIL BIN A. RAHMAN PRAKTIKUM FASA 1 SK PDG KERIA PISMP BM (B) AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI (BAHASA MELAYU)

NAMA INOVASI: Kad Imbasanku PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Penggunaan kad imbasan ini digunakan pada setiap kali aktiviti pembinaan ayat. Setiap kumpulan akan diberikan satu kad imbasan dan mereka hendaklah menyimpan kad tersebut dan dibawa pada setiap masa P&P Bahasa Melayu. Permainan seperti membina ayat secara spontan bersama-sama rakan sekumpulan menggunakan kad ini. Guru akan menulis satu perkataan di kad tersebut dan kumpulan tersebut hendaklah membina satu ayat lengkap. Kad tersebut diberikan kepada pelajar tidak kira perkataan tersebut merupakan pangkal ayat ataupun di tengah-tengah ayat. Sebagai contoh, Rumah merupakan perkataan untuk permulaan suatu ayat. Oleh itu, pelajar pertama akan meneyebut Rumah diikuti pelajar seterusnya dengan idea tersendiri sehingaa tamat dan lengkap satu ayat. Kumpulan yang berjaya dengan ayat lengkap, diberikan 5 mata pada setiap kali P&P. Mata terkumpul dan tertinggi akan diberikan ganjaran. PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI: Saya akan menerapkan inovasi ini ketika kelas Bahasa Melayu. Sepanjang praktikum selama 4 minggu ini, saya akan terus menggunakan inovasi ini. Keberkesanan inovasi ini akan saya laporkan ketika hujung praktikum.

Anda mungkin juga menyukai