Anda di halaman 1dari 1

4

Sabtu, 6 Februari, 2010

Cabaran guru permulaan


Bujang Masuut URU sebagai Pembina modal insan cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya kreatif memang dicari-cari ibubapa, pelajar dan masyarakat. Kalau dilihat pula perkataan guru ia tidaklah begitu glamour jika dibandingkan dengan pekerjaan lain contohnya peguam, pengurus, doktor dan seumpamanya. Manakala pengamatan atau persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula turut membayangkan tentang ruang cuti, masa kerja yang terhad dan bidang tugas yang mudah serta terjamin. Persepsi yang sering didengar seperti, Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangkan (mencahayakan) orang lain. Betullah dalam sebahagian kata-kata puitis nukilan penyair terkenal lagi tersohor, Usman Awang memberi pengertian dan persepsi terhadap seorang guru: Jika hari ini seorang Perdana menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini Seorang presiden sebuah negara Jika hari ini seorang Ulama yang mulia Jika hari ini seorang Penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja Menjadi dewasa; Sejarahnya dimulajan oleh seorang guru yang biasa Dengan lembut sabarnya Mengajar tulis baca.
(Usman Awang, 1979)

ISU SEMASA

Biarlah apa saja pandangan dan persepsi orang terhadap profesion dan kerjaya guru tetapi sebagai seorang hamba Allah atau insan, seorang guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebenarbenarnya terletak kepada kemahiran mendidik anakanak walau setinggi mana ijazah-ijazah, diploma yang dimiliki, tetapi jika seorang guru atau pendidik tidak memiliki pengalaman dan kemahiran serta berakhlak mulia, maka perkataan seperti pengajaran guru itu boring (membosankan) atau cikgu ajar tadi tak seronok akan keluar dari murid atau penuntutpenuntut yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti atau tidak ada standard. Ini bukan sahaja dari aspek isi pengajaran atau perancangan bahkan juga dari aspek pedagogi dan sistem penyampaian. Seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru memulakan bidang perguruan harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru juga harus mewujudkan keseronokan dan keceriaan belajar dari kalangan murid dan penuntut-penuntut. Sama ada seseorang guru itu mengajar di Bahagian Pendidikan Rendah atau di Sektor Menengah, antara langkah-

langkah yang mampu membantu kemahiran sistem penyampaian dalam menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menceriakan lagi menyeronokkan adalah seperti berikut: (i) Mengenali dan memahami ciri dari penuntut Sebagai ibu atau bapa kepada murid atau penuntut-penuntut de sekolah, seseorang guru bukan sekadar mengenali nama sahaja akan tetapi harus memahami sedalam-dalamnya atau menjiwai mereka. Dalam konteks ini, ia bermaksud guru seharus atau sepatutnya memahami kehendak (needs), sikap, tabiat-perangai atau tingkahlaku yang merangkum aspek kekuatan (strength) dan kelemahan (weakness) murid dan penuntut mengikut tahap

umur masing-masing. (ii) Kreatif dan inovatif Tanggapan umum mengenai guru antaranya mengajar itu mudah. Seseorang guru hanya memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran serta bahan pengajaran. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ia dapat difahami dan tidak membosankan. Oleh yang demikian, seseorang guru itu harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan atau scenario untuk murid atau penuntut kearah penumpuan pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif dapat mengintegrasikan atau menggabung-jalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan diri murid-penuntut dalam sesuatu kaedah kegiatan pembelajaran. (iii) Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan

murid-penuntutnya tetapi apa yang digemari oleh penuntut ialah guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Elemen kecindan ini ialah kata-kata atau pelakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan rasa ceria dan seronok serta menghilangkan terkanan sewaktu berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru baru itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses komunikasi dan interaksi dua hala. Seseorang guru berkesan ialah mereka yang disegani dan dihormati oleh murid dan penuntut-penuntut. Manakala prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak pada nama, pangkat atau gelaran jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian amat menarik, kreatif serta berkebolehan memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dan penuntutpenuntut dengan penuh prihatin, bertanggungjawab dan memeduli.

Anda mungkin juga menyukai