Anda di halaman 1dari 7

1

Perbincangan tentang cara membuat perancangan yang bekualiti

Sebagai warga pendidik mestilah terlebih dahulu mempersiapkan diri dan membuat perancangan yang teliti sebelum menyampaikan sesuatu pelajaran. Tujuannya untuk memastikan para pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan berkesan serta melengkapkan diri dengan aspek-aspek kognitif, psikomotor dan afektif supaya pelajar dapat mengaplikasi segala ilmu yang diterima itu sebagai suatu panduan dalam kehidupan . Oleh itu, rancangan Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Persediaan mengajar merupakan satu dokumen perancangan pengajaran yang mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dijalankan oleh guru semasa di kelas. Persediaan mengajar yang dibuat dengan teliti akan membantu guru dalam melaksanakan pengajaran yang menarik serta mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk melaksanakan penambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran (Burden & Byrd, 1999). Perancangan yang teliti akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditentukan. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan pada isi pelajaran. Selain itu, perancangan mengajar melalui penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran juga perlu dibuat bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk menyediakan sesuatu rancangan kerja yang baik dan berguna, guru haruslah menyedari kepentingan rancangan kerja terhadap pengajarannya. Di samping itu, dia harus boleh mentafsirkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang di ajarnya.

Selain itu, guru juga di kehendaki menentukan suatu format rancangan kerja yang sesuai untuk digunakan semasa menyediakan rancangan kerjanya. Apakah rancangan kerja yang sering disebut antara warga pendidik? Rancangan Kerja adalah perancangan yang disediakan secara sistematik oleh seseorang guru mata pelajaran dengan berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Fungsi rancangan kerja ialah sebagai rujukan guru mata pelajaran berkenaan atau guru lain yang menggantikannya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Rancangan Kerja biasanya dibuat untuk setahun (Rancangan Pengajaran Tahunan), minggu (Rancangan Pengajaran Mingguan), dan dari hari ke hari (Rancangan Pengajaran Harian ). Garis panduan menyediakan Rancangan PengajaranTahunan. Rancangan pengajaran tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran Kebangsaan, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan pelajar dan keadaan semasa. Rancangan mesti berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Seterusnya, rancangan pengajaran tahunan hendaklah dibuat dengan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk

menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas) yang mengandungi perkara-perkara seperti tajuk/bidang pembelajaran , Objektif/kemahiran, hasil pembelajaran yang dihasratkan, bilangan minggu dan catatan Garis panduan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan persediaan ini biasanya dibuat sehari sebelum

pengajaran bermula bagi membolehkan guru betul-betul bersedia dengan kaedah, aktiviti dan contoh serta bahan atau sumber yang sesuai bagi memenuhi objektif ditetapkan. Perancangan adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan, kebolehan sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai selepas sesuatu aktiviti pengajaran. Pada peringkat ini, beberapa perkara perlu disediakan oleh guru bagi merancang penyampaiannya secara lebih efektif. Perkara-perkara tersebut ialah maklumat mengenai murid, kelas dan mata pelajaran, topik aktiviti, pengetahuan sedia ada dan objektif pengajaran dan pembelajaran. a) Maklumat umum Sebelum membuat perancangan, guru perlu menitikberatkan tantang kelas (tahun), tahap, masa, bilangan. Di samping itu, guru perlu tahu kelas yang akan diajar kerana kelas yang berbeza biasanya menunjukkan tahap kebolehan yang berbeza. Guru juga boleh membuat persediaan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dengan berdasarkan waktu pengajaran .Misalnya waktu pertama dan kedua (pagi) dan waktu terakhir (tengah hari). Murid biasanya lebih cergas dan lebih bersedia menerima pelajaran daripada waktu pagi. Oleh itu, guru boleh merancang aktiviti belajar sambil bermain pada tengah hari supaya pelajar tidak mengantuk di kelas. Tempoh waktu pengajaran sama ada satu waktu atau dua waktu berkembar juga akan membantu guru merancang aktiviti yang bersesuaian. b) Topik dan Isi Guru memilih topik dan isi haruslah mengikut buku teks yang disediakan kerana isi pengajaran terkandung dalam buku teks telah diakui oleh Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun seseorang guru itu boleh memilih isi pelajaran daripada sumbersumber lain sebagai bahan tambahan. Isi pelajaran tambahan ini biasanya disampaikan dalam bentuk aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan. Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan diajar serta aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut.

Ini akan membantu guru menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dan merancang strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar yang berkaitan. c) Pengetahuan Sedia Ada Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat penting khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang berkesan. Demikian juga bagi murid-murid yang belum menghafal simbol litar elektrik dengan mengajar litar bersiri dan selari. Oleh itu dalam usaha menyediakan isi pengajaran untuk disampaikan dengan berkesan guru haruslah menentukan kebolehan murid yang sedia ada terlebih dahulu.. Dengan cara yang demikian, murid baru dapat belajar mengikut kebolehan mereka . d) Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran ia mestilah mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu..Objektif pengajaran ialah suatu keterangan apakah yang guru harapkan pelajar dapat setelah melalui sesuatu sesi pembelajaran. Justeru itu, sesuatu penyataan objektif itu bukan sahaja membayangkan kehendak pengajaran guru dan pencapaian murid, bahkan menuju ke arah tujuan yang dikehendaki. Isi pelajaran yang dirancang untuk disampaikan akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah ditentukan. Objektif ini perlu bagi seseorang guru menentukan kandungan dan prosedur pengajaran, menyusun strategi dan aktiviti dan menilai serta mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. domain kognitif Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan dan pemahaman sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara dan prosedur serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. domain afektif

Objektif pengajaran dan pembelajaran domain afektif merupakan objektif yang menegaskan aspek rohani dan emosi seperti sikap, nilai, dan perasaan. domain psikomotor Objektif pengajaran dan pembelajaran domain psikomotor pula menegaskan tingkah laku atau kemahiran pergerakan seperti menulis, melukis, memasak, menjahit, memasang, bermain, berenang dan mengoperasi mesin dan alat. e) Penentuan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan strategi yang sesuai dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran dalam peringkat optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi, penyoalan, perbincangan dan lainlain. Di samping itu, kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil kira semasa menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan f) Penentuan Masa Penentuan masa dalam sesuatu waktu pelajaran biasanya diagihkan kepada set induksi, penyampaian guru, aktiviti guru dan murid, aktiviti pembelajaran murid serta penutup. Oleh kerana kini berpusatkan murid sebahagian besar peruntukan masa hendak diagihkan kepada aktiviti pembelajaran murid sendiri secara am, masa yang diperuntukan bagi guru mengajar hendaklah dikurangkan seboleh-bolehnya tidak melebihi satu pertiga daripada waktu pelajaran. g) Pemeringkatan Isi Dalam proses penyampaian, isi pelajaran yang telah dipilih hendaklah disampaikan mengikut urutan yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan mengikut prinsipprinsip pengajaran seperti daripada mudah kepada komplek ,daripada kronkrit kepada

abstrak dan daripada kemahiran sedia ada kepada kemahiran baru yang hendak dipelajari. h) Pemilihan sumber Pemilihan sumber dalam proses penyampaian merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku teks, kapur dan papan tulis sahaja. Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, TV, model, spesimen dan sebagainya. Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan . i) Perancangan Penyampaian Pengajaran Terdapat tiga komponen utama dalam perancangan penyampaian pengajaran iaitu induksi set, langkah perkembangan dan penutup. a) set induksi Seseorang guru perlu merancang induksi set yang kreatif, menarik dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan untuk menarik perhatian murid kepada pelajaran. Guru boleh menjalankan induksi set dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat atau bahan bantu mengajar, bersoal jawab dan mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau isi pelajaran lepas. Masa yang digunakan untuk set induksi biasanya antara tiga hingga lima minit. b) Langkah-langkah perkembangan Seterusnya, guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Penyampaian pengajaran yang berkesan akan menggalakkan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Guru perlu merancang dengan teliti penyampaian pengajarannya dari segi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan, pengurusan masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber, alat atau bahan, serta aktivitiaktiviti yang sesuai. c) Penutup

Akhirnya, guu boleh membuat penutup kognitif iaitu menarik perhatian murid kepada apa yang telah dipelajari dan membuat peneguhan . Selain itu, guru juga boleh membuat penutup sosial untuk membina rasa pencapaian supaya murid merasa menguasai pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai