Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN PENGAJARAN RANCANGAN TAHUNAN

Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan?


Secara am, Ketua Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut
bekerjasama untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Melalui
amalan ini ujian bulanan dan peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di
mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan
dikongsi bersama. Rancangan pengajaran tahunan merupakan rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi minggu, standard kandungan, standard
pembelajaran dan catatan, bagi guru untuk dilaksanakan dalam satu jangka waktu yang
telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran tahunan adalah
untuk menjadi panduan kepada guru dalam menyelaraskan dan menyediakan soalan ujian
bulanan dan peperiksan di samping untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran
secara berkesan. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
merujuk kepada RPT serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu
pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif
yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai
bagi mencapai objektif.

Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat:


Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai
langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.
Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program Latihan Mengajar, guru pelatih
dikehendaki merancang pengajaran lebih awal, selaras dengan Sukatan Pelajaran.

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid
mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa
merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan,
matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan strategi
pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.
KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

Kepentingan Rancangan Tahunan ialah ia membolehkan guru merancang dan


bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur dalam tempoh jangka
masa yang panjang iaitu dua semester yang bersamaan dua tahun. Semua guru perlu
merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran,
meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah-masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai
Rancangan Pengajaran Tahunan yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Guru perlu
merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran iaitu masa, standard kandungan.
Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan
kepada guru. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru
untuk menentukan objektif pelajaran supaya dapat mengelakkan sebarang penyelewengan
atau terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diajar sebagaimana yang disarankan
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP)

Selain itu, kepentingan RPH ini juga ialah guru dapat memahami dan menentukan isi
pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan dan menjimatkan masa
kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan apabila segalanya telah dirancang
terlebih dahulu. Guru hendaklah sedaya upaya untuk menggunakan masa pengajaran
secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Ini supaya guru tidak
mengambil masa yang terlalu lama melebihi had masa yang telah diperuntukkan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menghadkan skop yang akan diajar
dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat
dicapai dengan berkesan.

Selain itu, apabila guru dapat memahami dan dapat menyampaikan pelajaran dalam
masa yang telah diperuntukkan ianya akan meningkatkan keyakinan diri guru sebelum
masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel. Apabila guru lebih berkeyakinan
semasa menghadapi murid, secara tidak lansung guru akan mengingati bahan pengajaran
yang akan disampaikan. Selain itu juga, kepentingan RPT ialah dapat menentukan dan
menyediakan BBM yang perlu untuk proses P&P. Jadi, seseorang guru itu tidak akan
tergesa-gesa untuk memikirkan BBM yang akan dibuat dan disediakan kerana sudah
dirancang terlebih dahulu.
Seterusnya, guru dapat merancang aktiviti murid-murid iaitu seperti contoh guru
menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan
tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid
semasa diluar bilik darjah selain guru dapat mengawal bilik darjah dengan baik apabila
sudah merancang pengajaran dan seterusnya menjadikan proses P & P berjalan dengan
lancar dan berkesan. Guru juga dapat menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
murid melalui perancangan pengajaran harian tersebut. Guru juga boleh membuat
pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk
menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid secara objektif kemampuan
mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan
(refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang
kelemahan. Apabila guru telah merancang pengajaran, guru boleh memilih jenis soalan
yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran, memikirkan cara untuk
memotivasikan murid merancang dan bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memastikan keberkesanan pelajaran meningkatkan
pencapaian pelajar.mengurangkan masalah dalam proses P & P. Guru mengurangkan
masalah dalam proses P & P dengan merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk
membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang
dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai