Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Kritis

Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif
,kritis, kreatif, inovasi dan inventif. Guru-guru digalakkan untuk memahami dan mahir dalam
teori pembelajaran dan menambahkan seni dalam proses pengajaran agar proses
pemindahan ilmu pengatahuan berlaku dengan berkesan. Terdapat beberapa kepentingan
seni dalam pendidikan yang dapat saya simpulkan. Antara kepentinganya ialah, seni dalam
pendidikan dapat melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang
berketrampilan dan professional, mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran, menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada
pelajar, dan merancang aktviti di dalam kelas yang berpusatkan murid. Banyak tokoh yang
berpendapat bahawa seni dalam pendidikan dapat memberikan manfaat dari segi jangka
masa proses pemindahan ilmu pengatahuan. Dengan adanya seni dalam pendidikan guru
dapat melahirkan produk yang diinginkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia .

Antara kepentingan seni dalam pendidikan adalah dapat melahirkan guru yang kreatif,
inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan dan professional. Untuk menghasilkan guru
seperti itu, setiap guru di Malaysia haruslah menghayati seni dengan mendalam. Dengan
penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan guru untuk menjadi seorang guru
yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar
dengan lebih yakin dan berkesan. Tambahan lagi pelajar yang dihasilkan akan lebih aktif dan
sentiasa berimaginasi dangan lebih lagi. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
Apabila pelajar seronok maka fikiran mereka akan lebih tenang maka lebih senang
penerimaan ilmu pengatahuan kepada pelajar berlaku. Tambahan lagi pelajar tidak
dibebankan dengan masalah seperti penghafalan konsep. Selain itu juga, apa bila guru yang
kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan dan professional dapat dilahirkan
maka proses integrasi maklumat akan berlaku dengan cepat. Oleh itu objektif pembelajaran
akan dapat tercapai dengan cepat. Walau bagaimanapun guru-guru sebelum itu haruslah
sentiasa berfikir dengan lebih kreatif untuk mengintegrasikan seni dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya.

Seterusnya guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan guru pada zaman dahulu hanya menekankan penghafalan teori
dan konsep semata-mata. Manakala kemahiran lain tidak diberi tumpuan. Hal sebegini akan
menyebabkan pelajar yang lemah dalam menghafal akan terus merosot dalam akademik
manakala pelajar yang sebaliknya akan terus cemerlang. Selain itu juga, pelajar yang hanya
tertumpu pada menghafal akan terus menghafal tetapi akan lemah pada membuat perkaitan
atau mengaplikasikan sesuatu. Dalam teori kecergasan pelbagai, Gardner (1983)
mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan yang perlu ada dalam setiap pelajar.
Tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik
sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Pada awalnya, kanak-kanak mempunyai
kemampuan untuk berfikiran secara kreatif tetapi disebabkan oleh sistem sekolah yang hanya
menekankan kecergasan linguistik dan matematik maka kreativiti kanak-kanak tersebut akan
hilang dan pelajar yang dihasilkan tidak seimbang berdasarkan teori kecerdasan pelbagai
Gardner. Teori ini juga menyokong bahawa seni perlu diberi peranan yang penting dalam
kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan
juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai
teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

Selain itu, saya dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan


kepada pelajar saya. Dengan menerapkan seni dalam pendidikan saya dapat menambahbaik
lagi teknik pengajaran saya dengan menambahkan unsur seni. Unsur seni dalam pendidikan
dapat menarik minat pelajar khususnya sekolah rendah untuk belajar. Pembelajaran yang
berunsurkan seni seperti, membina sesuatu dengan tanah liat dapat memberikan
keseronokkan kepada mereka. Tambahan lagi dengan adanya aktiviti seperti itu ia akan
meningkatkan lagi kreativiti pelajar dalam membina sesuatu. Selain itu, integrasi seni dalam
pendidikan dapat meningkatkan fokus pelajar di dalam kelas khususnya dalam subjek sains
dan matematik. Setiap pelajar suka akan sains pada awalnya tetapi apa yang membuatkan
pelajar tidak gemar akan subjek ini adalah mereka sentiasa ditekan dengan konsep. Hal ini
akan menyebabkan mereka cepat bosan dan apabila ini berlaku proses pemindahan ilmu
pengatahuan tidak berlaku. Akhir sekali pelajar tersebut tidak akan faham konsep yang
seterusnya dan terus ketinggalan di dalam kelas. Jika seni dimasukkan dalam pembelajaran
sains maka minat pelajar akan bertambah kerana seni yang diterapkan dalam subjek sains
lebih memudahkan mereka untuk memahami sesuatu konsep. Semua ini bergantung kepada
kebolehan guru dalam memastikan teknik pengajarannya diterapkan dengan unsur seni. Oleh
itu, jelaslah bahawa pembelajaan dan pengajaran yang diterapkan dengan unsur seni dapat
meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam sesuatu subjek di sekolah.

Selain itu juga, saya dapat merancang aktviti di dalam kelas yang berpusatkan murid.
Menurut Vygotsky , guru haruslah menekankan kepada peranan pengajaran dan interaksi
sosial bagi perkembangan pengetahuan. Seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab
terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting
sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan.
Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan
bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber
dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau contohnya dengan
mencadangkan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan
sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam
kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah, pekerjaan,
rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan
pemnbelajaran. Contohnya dengan melakukan aktiviti mencipta daun menggunakan kertas
dan pelajar tersebut akan menerangkan kepada kawan yang lain. Selain itu, Pembelajaran
berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat
pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu ataupun
berkumpulan. Oleh itu jelaslah bahawa guru haruslah memperbanyakkan lagi aktivi yang
berpusatkan murid agar proses pembelajaran berlaku dengan berkesan.

Kesimpulannya, seni dalam pendidikan perlu diterapkan dalam pengajaran dan


pembelajaran di sekolah rendah kerana seni dalam pembelajaran dapat digunakan oleh guru
dalam mempelbagaikan teknik dan strategi untuk menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pembelajaran dan pengajaran ayng diterapkan dengan unsur seni dapat meningkatkan lagi
kefahaman pelajar dalam sesuatu subjek di sekolah serta seni dalam pendidikan juga akan
menggalakkan guru untuk menyediakan aktiviti yang berpusatkan murid dengan lebih kerap
agar proses pembelajaran berlaku dengan berkesan. Akhir sekali objektif pembelajaran akan
tercapai dengan cepat jiga guru sentiasa berfikir secara kreatif dalam mengintegrasikan seni
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai