Anda di halaman 1dari 5

Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan murid yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan social di antara satu sama lain. Ini bermakna, setiap orang murid di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajran dan pembelajaran mengikut perbezaan potensi individu. Sehubungan ini, guru harus gunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan pemulihan, pengayaan, dan sebagainya untuk melayan murid yang berbeza dari aspek jasmani, intelek, emosi dan sosial.

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat keputusan diri sendiri dan kurang memahami konsep yang abstrak. Oleh itu, ramai jurid menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu muridmurid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.

Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai, perbezaan-perbezaan ini

sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.

Tambahan pula, untuk, menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh mengikuti apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalh-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat di pulhkan lagi.

Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya kurang bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar, termasuk cara menyelesaikan masalah disamping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak, serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

2.0 REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan ini, saya mempunyai pelbagi pengalaman dalam mencari bahan-bahan yang penting,sesuai dan perlu bagi menyiapkan tugasan ini. Saya mencari bahan daripada buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk, bahanbahan diinternet yang datang dari sumber yang boleh dipercayai dan turut juga

berkomunikasi dengan guru-guru yang lain dalam mencari maklumat berkaitan dengan tajuk. Dalam menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kekangan dari pelbagai sudut yang dihadapi iaitu dari sudut bahan, masa dan kewangan. Kekangan yang dialami dari sudut bahan bacaan ialah kekurangan bahan rujukan. Kekangan kedua ialah masa. Seperti biasa, seorang guru tugasnya datang ke sekolah pada pukul 7. 10 minit pagi dan pulang pada pukul 1.20 minit petang. Akan tetapi, kadang-kadang saya pulang lewat kerana terdapatnya kerja yang perlu diselesai antaranya mesyuarat bersama guru-guru lain, menanda buku-buku murid, memasukkan data dan sebaginya. Selain itu juga, saya turut terkandas jika berlakunya hujan berikutan kenderaan yang saya naiki adalah motosikal. Saya terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti untuk pulang ke rumah. Saya perlu mencari masa yang sesuai untuk menemubual pelajar-pelajar kerana masa saya dan pelajar tidak sama. Akhirnya saya sempat juga menemubual pelajar-pelajar dan melakukan soal selidik guru dan ibubapa. Kekangan ketiga ialah kewangan. Saya mengalami sedikit kekangan

berkaitan kewangan yang mana kewangan merupakan nadi dalam memerlukan sesuatu. Tanapa wang tiada apa-apa mampu kita miliki. 2.1 KELEMAHAN Di dalam tugasan ini terdapat kelemahan kelemahan yang dikenal pasti antaranya ialah tiada sesi temubual kepada ibubapa murid dan guru kelas. Didalam menyiakan tugasan ini, saya banyak bergantung kepada buku, sumber dari internet dan soal selidik. Saya juga kurang menyatakan dan memberikan contoh dalam penulisan saya dan juga pengolahan ayat serta serta persembahan berbentuk jadual, carta dan seumpamanya. . Di masa akan datang, saya akan menambahbaik tugasan saya dengan menyatakan contoh dan memuatkan jadual atau carta bagi menyiapkan tugasan dengan penuh kesempurnaan.

2.2 KEKUATAN Kekutan tugasan ini ialah dimana semua sumber yang diambil datangnya dari sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, saya turut lampirkan keputusan peperiksaan sebagai bukti . Selain itu, tugasan ini juga memberi kekuatan kepada diri saya sebagai penulis dalam menambahkan ilmu dalam bidang psikologi pendidikan khususnya perbezaan individu yang menjadi tajuk tugasan ini. Tugasan ini memberikan saya impak yang sangat besar kerana dalam menyiapkan tugasan ini, memberikan satu pengetahuan yang penting dalam menjadi seorang guru. Menjadi seorang perlulah mengetahui kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap murid-murid yang berbeza. Selain itu, yugasan ini juga membuatkan saya rapat dengan murid dan mengetahui serba sedikit masalah dan latar belakang keluarga mereka. Sebagai kesimpulannya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Hamdan Bin Mahfuz yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepaga guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh yang banyak memberi saya semangat dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Juga kepada ibubapa saya yang menjadi aspirasi saya untuk terus bersemangat dalam menyiapakan tugasan ini. Hanya syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana memberi keizinan kepada saya menyelesaikan tugasan ini walaupun terdapat beberapa kekangan. Sekian, terima kasih.

Bibiliografi Mok Soon Sang, 2012. Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012. Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Akhiar Pardi, 2012. Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku, Kuala lumpur : Freemind Horizons Sdn Bhd Mok Soon Sang, 2010. Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Mok Soon Sang, 2010. Murid Dan Alam Belajar, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd http://guru-oh-guru.blogspot.com http://eprints.usm.my

Anda mungkin juga menyukai