Anda di halaman 1dari 3

4.

0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

-umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanakkanak setakat yang perlu sahaja Guru perlu memotivasikan murid dengan pembelajaran yang menarik -umur 2-6 tahun, guru perlu menyediakan aktiviti permainan.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK DALAM P&P

Guru perlu menerapkan aktiviti senaman pemakanan yang betul.

-7-12 tahun, dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik

Rajah 2 : Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Dalam P&P

Berdasarkan rajah 2 di atas, perkembangan fizikal kanak-kanak memberi implikasi dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Seorang guru perlu memainkan peranan dalam proses P&P supaya kita dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-kanak setakat yang perlu sahaja kerana dikhuatiri bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru. Hal ini akan menimbulkan perasaan kurang yakin dalam diri seorang pelajar untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Di samping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap yang berbeza serta akan bersifat aktif. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambilkira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna. Main memainkan peranan yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Melalui aktiviti permainan, potensi kanak-kanak akan dapat dikembangkan secara seimbang dan kesuluruhan. Manakala implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan berkait. Bermain alat muzik dapat mengembangkan minda kanak-kanak untuk lebih cerdas dan berfikiran kreatif. Penghasilan sesebuah lagu dapat dihasilkan melalui aktiviti bermain alat muzik serta melahirkan suasana kelas yang kondusif. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang kerana pada peringkat ini kanak-kanak lelaki sudah dapat mengenali perwatakan lelaki dan bersifat lebih aktif. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian. Jika seseorang kanak-kanak mengalami obesity, berkemungkinan dia tidak akan mendapat ramai kawan serta mendapat ejekan daripada kanak-kanak lain. Hal tersebut akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak aktif dan kurang yakin pada diri sendiri. Sehubungan dengan itu, aktiviti senaman perlu dilakukan setiap hari agar dapat melahirkan murid-murid yang sihat dari segi fizikal, mental, jasmani, rohani dan emosi. Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pembelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid dan juga dalam kehidupan mereka. Peranan guru adalah memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi, kanak-

kanak hendaklah diajar menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan serta menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Malah guru perlu menunjukkan cara menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur, tidak perlu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri dan mengelak daripada penyakit mulut, gusi atau gigi. Selain itu, dapat menerapkan sikap pandai berdikari dalam diri kanak-kanak yang mana mereka tidak perlu lagi bergantung harap kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Sehubungan dengan itu, kita dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik atau tidak. Guru sebagai tunggai utama dalam membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencabar perkembangan terhadap P&P murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Justeru itu, perkembangan jasman, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan FPK. Seorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Pertumbuhan dan perkembangan akan seiring mengikut usia mereka.

Anda mungkin juga menyukai