Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t.

dan salam sejahtera,


Terima kasih kepada Saudara/ Saudari Pengerusi Majlis.
Yang Berbahagia,
Datuk Wira Hj. Latiff Bin Datuk Tamby Chik
ADUN Kota Melaka.
Yang Berusaha,
Puan Jamilah binti Jali,
Guru Besar SK Pernu.
Para guru-guru,
Para ibu bapa,
dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnia-Nya kita
dapat bersama-sama pada hari ini menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pernu
kali ke-42. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian Datuk
Datuk Wira Hj. Latiff, ADUN Templer serta Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri majlis
yang diadakan pada setiap tahun ini.
Saya sebagai Pengerusi PIBG sekolah ini sentiasa mengambil perhatian yang serius
terhadap segala masalah yang dihadapi oleh barisan pentadbir

dan tenaga pengajar

sekolah ini yang berpenat lelah, berkorban mendidik anak-anak kita, walaupun menghadapi
pelbagai rintangan dan dugaan yang melibatkan tenaga, emosi dan ketahanan mental yang
tinggi. Saya sangat-sangat mengharapkan guru-guru dan barisan Pentadbir sekolah ini
akan terus dapat memberikan komitmen sepenuhnya bersama PIBG untuk membanteras
masalah gejala sosial anak-anak bangsa kita dengan memberikan didikan yang sempurna.
Para hadirin sekalian,
Tujuan mesyuarat ini diadakan juga untuk mengutip sumbangan daripada pihak
PIBG untuk digunakan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti di sekolah terutama memperbaiki
surau sekolah. Malah, saya ingin menyeru kepada semua yang hadir pada hari ini agar kita
sama-sama memberi sumbangan dan berganding bahu bersama-sama jawatankuasa

pembinaan surau sekolah, untuk kita sama-sama mengumpul dana demi impian kita
melihat sebuah surau yang dapat memberi keselesaan kepada murid. Supaya memberi
keselesaan kepada anak-anak kita juga untuk menjalani ibadat solat. Selain itu, aktiviti
kerohanian akan diperhebat bagi membentuk insan yang berakhlak mulia dan berguna
kepada ibu bapa masyarakat dan negara.
Bagi saya, aktiviti kerohanian akan lebih diperluas bukan sahaja melibatkan warga
sekolah, malahan komuniti luar atau masyarakat setempat boleh turut terlibat dalam majlismajlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini menggambarkan bahawa keikhlasan,
kerjasama kita semua untuk melihat anak-anak kita dan sekolah ini akan menempa
kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Ibu bapa sekalian patut sedar
dewasa ini pelbagai masalah gejala sosial semakin menular dalam kalangan anak-anak
muda kita. Tanpa benteng kerohanian yang utuh, tidak mustahil anak-anak kita juga turut
tergelincir dalam menongkah arus negatif ini. Pelbagai gaya dan pelbagai aksi sudah kita
tontoni di kaca-kaca Televisyen. Mampukah kita berdepan dengan masalah ini jika anakanak kita sebahagian daripadanya? Saya juga menyeru kepada para ibu bapa agar
mengambil kesempatan dan juga ruang, malahan jangan sesekali melepaskan peluang
sekiranya dihubungi oleh pihak sekolah untuk hadir ke sekolah bagi berbincang
permasalahan anak-anak tuan-puan. Tutur kata dan tingkah laku anak-anak tuan-puan
mungkin tidak sama semasa di rumah dan juga di sekolah, jadi amatlah wajar sekali
seandainya kita memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah yang ternyata
berusaha keras malah tulus ikhlas mahu membentuk anak-anak tuan-puan menjadi insan
yang terbilang dari segi akademik jua sahsiah.
YB / hadirin dan hadirat sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri
kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkapmelengkapi. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama.
Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera.
Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Saya
merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa
mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar,
kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam
menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga mesti
berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu

bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu
berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap mereka di
rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Oleh itu marilah kita sama-sama
membanteras gejala sosial ini supaya tidak semakin menular di kalangan anak-anak kita.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,
Sampan kotak hilir mudik,
Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang menggolek,
Akal tidak datang melayang .
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai