Anda di halaman 1dari 3

Cerita Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari.
Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu
terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan
cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi
dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai
teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di
taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka
semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan
tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari
sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan
turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada
makanan.
Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang
berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang
berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum
musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan
belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari
sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di
atas katil di rumah.
Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang
terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada
rakannya.

Nama: _____________________________________________
Tahun: _____________________________________________

Arahan: Warnakan gambar di bawah menggunakan Warna Asas dan Warna Sekunder sahaja.

Nama: _____________________________________________
Tahun: _____________________________________________

Arahan: Warnakan gambar di bawah menggunakan Warna Asas dan Warna Sekunder sahaja.

Anda mungkin juga menyukai