Anda di halaman 1dari 1

Pantun Sukan Kain cindai bawa berjalan, Buat mengibas nyamuk dan agas; Rajin dan tabah dalam

bersukan, Minda cerdas jasmani cergas.

Harum sungguh bunga kemboja, Disusun dara dari Mandilin; Sukan membentuk semangat waja, Sentiasa ceria cergas berdisiplin.

Berkhasiat sungguh air halia, Dimasak dengan air telaga; Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tentu bertenaga.

Burung undan burung tempua, Hinggap berehat di pohon kayu; Sukan amalan untuk semua, Rakyat sihat negara maju.

Sayang Singapura sungainya jernih, Tempat laluan sampan dan kolek; Segar jasmani jiwa bersih, Aktiviti sukan amalan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai