Anda di halaman 1dari 3

Pusingan 1 Nia Karmila Hasil hukum perindah alam, Santun bergabung beri pedoman, Assalamualaikum salam disulam, Ucapan

tanda mendalam persaudaraan. Farzana Tampak rimbun si pokok pulasan Tumbuh subur di tepi sawah Waalaikum salam sebagai balasan Tangan dihulur pererat ukhuwah Farzana Anak itik anak angsa, Anak ayam kejar-kejaran, Retak muafakat perosak bangsa, Orak langkah mari perteguhkan! Nia Karmila Kain basah di dalam perahu Dibawa pulang untuk dijemur Teguh langkah berganding bahu Masyarakat maju negara pun makmur Aina Munirah Puisi hatiku memang pilihan, Warisan sastera renungan warga, Kuisi waktu memandang zaman, Asuhan bersuara berbudi siaga. Daniel Bila rindu simpan di hati Bila berduka dibawa ketawa Menjaga waktu berbudi pekerti Itulah tanda orang berwibawa Daniel Sahabat sejati bukan hiasan, Tutur sikap cermin peribadi, Hebat meniti temukan persoalan, Atur rangkap perhaluskan puisi. Aina Munirah Yang indah suasa yang buruk besi Yang kuning emas bukannya gangsa Indah bahasa memperelok puisi Memperkaya khazanah seni bangsa

Adib Asap memanggang si ikan salai, Bara berterbangan disapa bayu, Padamu cekal menginai badai, Biar sengsara cintaku padu. Wafiqah Air perigi rasanya hangat Dibuat mandi selepas hujan Cinta murni memberi semangat Teguh pendirian menghadapi ujian Wafiqah Daun simpur pembungkus tapai, Makan bersama sahabat lama, Kawan beribu dapat kucapai, Kasih nan satu membelai delima. Adib Buah ciku dimakan kera Kulitnya dibuang bersepah-sepah Kasih nan satu penglipur lara Hanya padanya cinta tertumpah Pusingan 2 Nia Karmila Dihujung selat bertiup bayu, Teratai dikolam tampak serinya Dikandung adat budaya Melayu, Dicemar susila, mana manisnya Daniel Sinis suria dipersada meriah, Tatkala camar memainkan rabab; Manis budaya pada maruah, Susila yag cemar dipulihkan adab. Daniel Rejang menuding belukar nan kelam, Pelapah bidara bergalang gelap; Bijak berunding luar dan dalam, Indah bicara di mana silap? Nia Karmila Buah bidara di dalam kaca, Serai seikat dipangkal bertemu; Salah bicara bukanlah punca, Hanya muafakat belum ditemu.

Aina Munirah Terbang tinggi si burung enggang, Patah sayapnya jatuh ke desa; Kalau sirih tak pulang ke gagang, Mana hilangnya budaya sebangsa? Wafiqah Cindai diraih berlenggang nak helang, Diraih angsa menggigal gerangan; Kalau sirih tak pulang ke gagang, Budaya bangsa tinggal kenangan. Aina Munirah Memerah sena senduduk ditetak, Merah terbenam merajuk kesumba; Indah terbina pondok teratak, Mengapa diam di ceruk rimba? Wafiqah Kembara merantau belayar perlahan, Berhenti rombongan di Inderagiri; Rimba nanhijau jadi pilihan, Mencarai ketenangan insafi diri Adib Embun menitik penyeri maya, Udara tenang segar berhembus, Kalau keris lekuk ukirnya, Mengapa bebayang menjadi lurus Farzana Terguris pungguk melayang tirus, Nanar buluh sedih cendana; Keris berkeluk bebayang lurus, Sinar penyuluh ditindih gerhana. Adib Putik kenangan berseri di anjung, Menyapa pandan didi mika pintu; Putik berbunga lagi sejantung, Mengapa setandan ranumnya satu? Farzana Harum berbau di dalam puan, Hantaran memikat menggoda hati, Ranumnya satu terpesong haluan, Lantaran sepakat tiada di hati.

Pusingan 3 Nia Karmila Putera raja di Cendana Dupa Duduk termenung kenangkan diri Luntur kah budi kerana harta Miskin kah insan ketiadaan budi? Wafiqah Lukah dipasang ditepi jeti Jeti berukir berupa rupa Hina manusia rendahnya budi Emas sepuhan kilau kan mata Wafiqah Hujan lebat di Kota Belud, Di atas bukit air bertakung, Bertandang tetamu mesti disambut, Berbahasa bersantun jadi pendukung. Nia Karmila Rantai suasa baru dicelup Untuk dipakai ke majlis Pak Harun Budi bahasa amalan hidup Susila bangsa turun temurun Aina Munirah Hujan salji di negara Itali, Hujan lebat di negara vietnam, Bukan sepi kerana benci, Bukan diam kerana dendam Farzana Buah cempedak dimakan budak Dimakan budak sambil berlari Benci tidak dendam pun tidak Sekadar untuk bermuhasabah diri Farzana Anak dara memotong padi Padi di potong selepas hujan Setinggi mana nilainya budi Emas juga yang jadi pilihan Aina Munirah Bunga api indah menawan Cantek berkilau di tengah padang Emas dan perak jadi pilihan Budi terselit tidak di pandang

Adib Kunang kunang jauh ke bukit, Berhenti hinggap hujung muara, Budi dikenang bukan sedikit, Ke akhir hayat tetap membara. Daniel Hanyut kiambang bersama sabut, Sabut terapung terbiar di laman, Budi sedikit apa nak disebut, Tinggal kenangan ditelan zaman. Adib Harum bau nya kembang melati, Mekar setangkai dimusim redup, Budi sedikit melekat dihati, Pasti dikenang sepanjang hidup. Daniel Asal cerita nakhoda Tenggang Belayar jauh bawa azimat, Usah dikenang budi segengam, Ingatan menular terus disemat.

Anda mungkin juga menyukai