Anda di halaman 1dari 3

Pantun jual 1.

Pengguna bijak Duduk mandi tepi perigi, Bersama melati pujaan kanda, Kalau tuan bijak bestari, Apakah akta melindungi pengguna? 2. Memperkasa bahasa Burung kenari terbang di udara, Terbang bersama burung teruna, Pendekatan seiring dengan dasar bahasa, Apakah dasar memperkasa bahasa? 3. Cintai alam sekitar Bunga seroja hiasan di taman, Dipetik sekuntum dik gadis jelita, Kebersihan menjadi tunggak keimanan, Mengapa pencemaran masih berleluasa? 4. Disiplin pelajar Indah sungguh taman larangan Mari menyusun si bunga seroja Isu keganasan menjadi sebutan Mengapa kanak-kanak menjadi mangsa? 5. Permata negara Hiasan cemerlang bersirat cemara, Puspa pedada diseri kenari; Wawasan dijulang martabat negara, Mengapa ternoda di bumi sendiri?

6. Sayangi keluarga Mekar harum bunga kemboja Menjadi hiasan taman larangan Sayang menyayang peribadi mulia Mengapa sukar dipertahan? 7. Kepentingan teknologi Indah sungguh pohon gaharu Baunya wangi sewangi kasturi Internet penghancur generasi baru Bagaimana mungkin jadi begini? 8. Rukun negara Terbang sekawan anak jentayu Singgah bermalam di balik pohonan Rakyat Malaysia teguh bersatu Apa resipi menjadi adunan? 9. Pakaian tradisional

10. Budaya membaca Haluan pawana menghembus daunan, Meredah paya di pinggir kejora; Kemajuan bangsa arus pembangunan, Sirnakah budaya dihempas gelora? 11. Sekolahku duniaku Kembang harum bunga cempaka Pohon cemara perumpun rotan Sekolah Bestari menjana minda Lahairkah pelajar gilang-gemilang?

12. Jualan murah

13. bangunan kebanggaan negara Langguni pahit tumbuh di taman Angsana pula tumbuh di kota Langit terbuka tiada sempadan Apa kesannya pada negara?

14. berjiwa ikhlas

Tangkap ikan berumpan cacing Menjadi tradisi zaman berzaman Tolong menolong agenda penting Mengapa ia sukar diamalkan. 15. malaysiaku gemilang Hiasan cemerlang bersirat cemara, Puspa pedada diseri kenari; Wawasan dijulang martabat negara, Mengapa ternoda di bumi sendiri? 16. menghargai masa

Titisan embun berkilau sinar Waktu pagi berembun basah Pelbagai usaha pelbagai ikhtiar Bilakah agaknya kejayaan menjengah?

Anda mungkin juga menyukai