Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang
yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau
idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang
terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

Edward de Bono ( 1976 )


- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan
masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul.
Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan
menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia
dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian
terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu
membuat pertimbangan dan keputusan SERTA refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses
yang dialami.

PROSES BERFIKIR

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding,
membuat urutan dan lain-lain.
Operasi Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu
dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan
elakkan dari bersikap negatif.
Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir
yang digunakan itu dapat manafaatnya.
Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan
lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang
diharapkan.
Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain SERTA diri sendiri sewaktu berfikir.
Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea
perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan
yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan
kesan yang baik pada orang lain.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir
secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini

mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang
berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian
kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di
samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif,
kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya
manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

Kecerdasan linguistik
Kecerdasan logical-matematik
Kecerdasan visual-Spatial
Kecerdasan muzik
Kecerdasan tubuh kinestetik
Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali

- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu
kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula
berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu
ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk
membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai
kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir
tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

Teori Konstruktivisme

- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli
psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut
Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses
pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan
menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga
melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah
dan mengawal proses kognitif tersebut.

ALAT BERFIKIR

- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan
alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir
yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid

bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu
mengabungkan maklumat-maklumat baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Konvergen

- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat
pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan
pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan
yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan
prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari
satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.
Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan,
membanding dan membeza.

Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.


Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup

Pemikiran Divergen.

- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang
sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagaibagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan
pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu
yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi
dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar
biasa.
Pemikiran Reflektif

- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman


sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk
mencapai objektif penyelesaian masalah SERTAmenetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan
aspek-aspek pemikiran yang lain.
Pemikiran Kritis dan Kreatif

Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif


Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai