Anda di halaman 1dari 1

Pantun

Faedah kurikulum
Jual
Pergi ke kebun bersama kawan,
Mengutip buah merata-rata,
Aktiviti kokurikulum acara mingguan,
Apakah manfaat kepada kita?

Beli
Berlari-lari ke dalam hutan,
Kawan mengejar dengan basikal,
Kokurikulum bagus untuk kesihatan,
Untuk kecergasan perkembangan
fizikal.

Permainan tradisional
Jual
Pergi bercuti bersama keluarga,
Ke Kota Bharu bandar terkenal,
Sepak takraw sepak raga,
Apakah maksud permainan
tradisional?

Ke Hulu Selangor berhari raya,


Sesat jalan malu bertanya,
Permainan tradisional warisan
budaya,
Apakah cara untuk peliharanya?

Beli
Rumah terbina asasnya bata,
Tempat berteduh keluarga bersama,
Permainan tradisiona warisan kita,
Sukan rakyat berdekad lama.

Si badang hebat sangatlah kuat,


Dapat mengangkat sebarang dahan,
Kempen kesedaran boleh dibuat,
Amalan di sekolah untuk
pendedahan.

Pengguna berhemah
Jual
Pergi Melaka ke warung nonya,
Memesan kuih untuk dijamah,
Lain orang lain gayanya,
Siapakah dia pengguna berhemah?

Beli
Kayu dibakar menjadi bara,
Menjadi arang menjelang senja,
Pengguna berhemah aset Negara,
Pandai menjaga jimat belanja.

Anda mungkin juga menyukai