P. 1
PANTUN (INSYIRAH 5M)

PANTUN (INSYIRAH 5M)

5.0

|Views: 2,142|Likes:
Dipublikasikan oleh Saidatul Hazawiah

More info:

Published by: Saidatul Hazawiah on Apr 10, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2014

pdf

text

original

PANTUN ADAT PERKAHWINAN Perahu kolek ke hilir tanjung, Sarat bermuat tali temali.

Salam tersusun sirih junjung, Apa hajat sampai kemari? Malam-malam pasang pelita, Pelita dipasang atas peti. kalau sudah bagai dikata, Sila terangkan hajat dihati? Tidak pernah rotan merentang, Kayu cendana dijilat api. Tidak pernah tuan bertandang, Tentu ada maksud di hati? Tumbuk lada diatas para, Ada kasut simpan dalam peti. Tepuk dada tanya selera, Apa maksud di dalam hati? Sarat bermuat tali temali. hendak digunakan bila berlabuh tentulah ada hajat di hati moga luka lama bolehkan sembuh Pelita dipasang atas peti. sinar terang menyuluh malam akan diterangkan hajat dihati begitu maksud amat mendalam Kayu cendana dijilat api. api marak terasa bahang Tentu ada maksud di hati. datang bukan sebarang datang Ada kasut simpan dalam peti. nampak tersusun dari luaran ada maksud di dalam hati sedikit lagi saya terangkan Kalau jagung kulitnya putih Tidak berbunga masa berbuah Di laut Temenggung di darat Pepatih Adat berpunca kitab Allah Bunga Ros bunga melati Harum semerbak di dalam taman Besar sungguh hajat di hati Hendak menyunting bunga di taman Timah pateri dengan besi Di cantum dengan paku Belanda Hukum berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda tidak berbunga masa berbuah sudah habis diserang ulat adat berpunca kitab Allah jgn kita melanggar adat Adat kayu berdiri tegak Tegak berdiri besar bertambah Adat Melayu bersendi syarak Syarak bersendi ke Kitabullah

Pahat mana yang kita pegang Pahat besi bergagang kayu kayu Adat mana yang kita pegang Adat jati orang Melayu

Urat mana yang kita cencang Urat kayu di tengah laman Adat mana yang kita pegang Adat Melayu zaman berzaman.

Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul.

Ada yang datang waktu petang, Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang, Mendapat cincin berbatu pula.

Kain batik baju batik, Batik datang dari Jawa, Adik cantik abang cantik, Bagai pinang belah dua.

Ada yang datang waktu petang, Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang, Mendapat cincin berbatu pula.

Kain batik selendang batik, Mari sebar di atas pentas, Adik cantik abang cantik; Bagai dakwat dengan kertas.

Naik bukit terkedok- kedok, Hendak cari damar batu, Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu,

Anak cina cari sembilang, Dapat seekor di atas pasir, Laksana mahkota gilang gemilng, Sebagai emas baru diukir.

Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi, Sama cantik, sama padan, Kalau diukur sama tinggi.

Burung jelatik burung jeladan Mencari sarang burung tempua Sama cantik sama padan Seperti pinang dibelah dua

PANTUN PERSAHABATAN Tidak ternilai sebatang sang jati, Ditebang oleh manusia kerakusan Adakah ini sahabat sejati, Kerana kekasih sahabat diketepikan? Ku pohon restu KepadaMu Allah, Teman sejati temani perjuangan suci, Jalinan akrab membina ukhuwah, Bukankah ia jalinan yang suci? Duduk di dapur membakar bahulu, untuk dibuat hidangan kenduri; kawan ketawa ramai selalu, bila susah mengapa sendiri? Terasa penat sementelah berjalan kaki, Singgah sebentar di Gerai Pak Atan, Mengapa terbinanya benteng dengki, Sedangkan ia membunuh persahabatan? Mengaduh sakit tertusuk paku, Tergesa-gesa mencari ubat, sudikah engkau memaafkan daku kerana melukaimu duhai sahabat? Berjaja meriah di pekan sari, sirih dijual serapah dibaca; tika susah pasti sendiri, rakan ketawa tak sanggup berkorban? Makan ketupat di rumah Pak Haji, Jangan lupa minum jus alpukat, Wahai sahabat yang baik hati, Semoga kita akan semakin dekat. Kulit pisang dibuang sembarang, Diinjak orang bikin petaka, Sungguh senang sahabatku sayang, Saling menjaga dari celaka. Angin menderu sang ombak berdesir, Ombak mengganas membelah pantai, Sahabat ibarat butir-butir pasir, Yang melengkapi kawasan pantai, Salam buat seorang putera, Menunggu si puteri hatinya berdesir, sahabat sejati ibarat mutiara, tersembunyi antara butiran pasir .

PANTUN PENDIDIKAN CEMERLANG Sirih gaharu dijaga cermat, dibungkus rapi kain berwarna; berjerih guru menyemai maklumat, ilmu dituai, buahnya di mana? Bayu berlalu di teluk tenang, Menerpa lembayung mengorak tingkah, Ilmu baru setampuk pinang, Kenapa gunung hendak dilangkah? Bercuti bersama di Semporna, Kagum dengan Burung Engggang Kenyalang, Tanpa pendidikan yang cukup sempurna, Mampukah lahirnya modal insan cemerlang? serindit berkidung di pohon sena, di ranting tinggi tiadakan gayat; berbuah ilmu serata buana, menjadi panduan sepanjang hayat. Tersenyum tunduk kata seia, Tanda ikatan sudah terlestari, pembudayaan ilmu suatu amalan mulia mengangkat darjat insan bestari. Berehat sebentar sementelah lelah, Memakan rakus ranumnya buah kiwi, Manfaat ilmu sinar indahnya terserlah, Lahirnya insan kreatif memimpin pertiwi. Mekarnya melati sekampung mewangi, Pilihan hati si dara sentiasa, Bunga ilmu mekar mewangi, bagaimana harumnya majukan bangsa? Cantik nian di hati bertamu, Terserlah indah si bunga raya, Diharung sudah lautan ilmu, mengapa lemas di jagat raya? Bahtera merdeka berlayar sudah, Tersegam tanda nusa yang berjaya, Budaya ilmu digarap indah, Menjadi manfaat masyarakat berjaya. Cantik nian berkebaya duhai si nyonya, Jadi kebanggaan warisan busana, ilmu dituai, ada tempatnya berbuah ilmu, serata buana.

PANTUN TEKNOLOGI MAKANAN

PANTUN PEMANASAN GLOBAL

Tanah Melayu tempat untuk berlabuh, Menjadi pusat aktiviti perdagangan, Berkembang pesat kini Teknologi makanan, Mengapa bahan kimia perlu dibubuh? Para bangsawan darjatnya tinggi, Bantu melicinkan petadbiran negara Terhasilnya baka bermutu tinggi, Bukankah ia menguntungkan Negara? Muzium Istana terletak di Kota Larangan, Tersegam indah di tengah-tengah kota, Adakah kuantiti makanan berkurangan, Menjadi sebab stik tiruan dicipta? Masyarakat kini seia sepakat, Menjadi tanda kukuhnya perpaduan, Kualiti makanan kian meningkat, Itulah bukti teknologi makanan.

Pencemaran ais di kutub utara Pemanasan global di negara maju Komuniti Malaysia semakin merana Wajarkah fenomena ini berlaku ? Setiap perkara ada puncanya, Setiap padi ada petani, Menanam Buah di tepi paya, Apakah faktor terjadi ini ? Sambil bergelak sambil meraut lidi, Ayam berkokok mentari menari, Pemanasan global menjadi-jadi, siapa yang harus dituding jari? Fajar menyinsing mentari menari, Memberi cahaya di asia, Penghawa dingin dicari-cari, Pulau haba di negara Malaysia.

Kencing di kubur di marah hantu Kencing di sungai di marah buaya Alam sekitar hanyalah satu Marilah kita bersama menjaganya. Badan berpeluh mentari menyinar, Keringat diperah membuat batas, Terkoyak pelindung alam penepis, sinar biaskan panas lampaui batas. Langguni pahit tumbuh di taman Angsana pula tumbuh di kota Langit terbuka tiada sempadan Apa kesannya pada negara? Bunga seroja hiasan di taman Dipetik sekuntum dik gadis jelita Kebersihana menjadi tunggak keimanan Mengapa pencemaran masih berleluasa

PANTUN SEMANGAT KEKITAAN Hinggap si rama-rama di atas dahi, Ku rasa geli seperti nyamuk, Apa gunanya kita berkelahi, Jika ingin Negara majmuk? Pokok kelapa bertalu-talu dipukul, Parangku patah badan merinding, Mengapa perlu saling memukul, Andai ingin sama berganding? Ratu kebaya menjadi pujaan, Terselit indah di rambutnya si bunag melati, Jika amarah pemusnah semangat kekitaan, Mengapa terulit gebu di dalam hati? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia adanya berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam-macam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Rendangnya sungguh si pokok rimbunan, Menjadi teduh si Ali Baba, ikatan terjalin dengan tali pengorbanan tak teruraikan oleh jari-jari haloba. Memikat hati anggun si dara, Arjuna stia segak terperi, Taat berbakti bangun Negara, Bangsa Malaysia tegak berdiri. Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba, labuhkan pukat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Pergi ke kolam mencari berudu, Tidak ketemu, hampa mengulit, Rakyat Malaysia bersatu padu, Tanpa mengira bangsa dan kulit. Niat di hati, sotong dicandat, Sotong dimasak, hati terasa ceria, Idea dikumpul tanda sepakat, Membangun Negara tanda setia.

PANTUN KEMAJUAN SUKAN Seindah warna si burung pelikan, Jadi idaman hati sang Raden, Mengapa merudum kini mutu sukan, Kendatipun adanya fasiliti yang moden? Riang sungguh kanak-kanak bermain teng-teng, Bermain bersama di bawah naungan awan, Mengapa sukan masih dipandang enteng, Sedangkan sukan wadah untuk perpaduan? Sayur peria dijual sekaton, Dipandang enteng hati terasa jelak, Andai datuk Lee chong wei kini raja badminton, Siapakah yang akan mengganti beliau kelak? Para pahlawan kemas bertingkah, Bertingkah silat di khalayak ramai, Malaysia kini mengorak langkah, Menjadi pasukan digeruni ramai. Kain songket kegemaran kain mania, Tersarung indah pada si pemakai kain, Nicole ann david ratu squash dunia, Menjadi seteru pemain lain. Tanda amaran sang singa mengaum, Setiap haiwan tidak berani melawan, Memecahkan tembok perbezaan kaum, Sukan menjadi agen perpaduan.

PANTUN JERAT SOSIAL Buah berangan jatuh terdampar, Keran monyet menggoncang sengaja, Rangkaian internet luas tersebar, Mengapa disalah guna para remaja? Pantai termenung di kala senja, Tiupan angin bagai direka, Telefon bimbit kegemaran remaja, Mengapa ia melalaikan mereka? Terasa payah pokok rotan dikerat-kerat, Rehat sebantar di bawah pokok ceri, Remaja kini tidak peduli batasan aurat, Salah siapa ingin di tuding jari? Ditanamnya si pinang rapat-rapat, Ditanam tepi pokok manjakani, Manusia terjerat si iblis terlompat-lompat, Mengapa lemahnya iman remaja kini? Si dara manis terkulat-kulat, Si teruna mengorak langkah mula mengayat, Tempat maksiat tumbuh ibarat kulat, Natijahnya manusia mula mengubah tabiat. Burung merbau burung merbuk, Singgah sebentar di atas dahan, Mayspace,twitter jua facebook, Hanya sampingan bukan lalaian. Senyuman si dara sunti sunggu manis Gaya memikat badannya lansing, Sang jejaka Lombok bermulut manis, Pulang ke Lombok membawa gadis asing. Indah sungguh taman larangan Mari menyusun si bunga seroja Isu keganasan menjadi sebutan Mengapa kanak-kanak menjadi mangsa? Sudah berbuah si pohon tamar Makannya enak sambil bersembang Sumbang mahram makin menular Mengapa sekarang sibuk dibincang? Harum mewangi si bunga tanjung Anak raja di taman larangan Harga barang kian melambung Apa punca jadi demikian? Indah sungguh pohon gaharu Baunya wangi sewangi kasturi Internet penghancur generasi baru Bagaimana mungkin jadi begini?

PANTUN SEKOLAH BESTARI

PANTUN SEMANGAT PATRIOTIK

Kepercayaan masyarakat, kesedaran kolektif, Menjadi egen penyatuan masyarakatnya, Sekolah bestari nadi pendidikan efektif, Mengapa masih kurangnya kuantitinya? Ayam berkokok di atas menara, Mencuit hati jadi tarikan, Pendidikan nadi pembangunan Negara, Mengapa ia masih dalam tahap memuaskan? Laut samudera bergulung-gulung, Mengganas di kala ribut kelasi ketakutan, Sekolah bestari sekolah terulung, Mengapa ia menjadi rebutan? Kembang harum bunga cempaka Pohon cemara perumpun rotan Sekolah Bestari menjana minda Lahairkah pelajar gilang-gemilang? Sinar sang mentari memancar-mancar, Cahaya yang terang petani terasa lelah, Berbantukan ICT pengajaran berjalan lancar, Generasi celik ICT terlahir menyerlah. Terbang tinggi si burung enggang kenyalang, Terbang bersama si burung kenari, Sekolah bestari lahirkan modal insan cemerlang, Mendepani generasi bijak bestari. Segak bertanjak si laksamana, Menongkah arus melawan keganasan, Generasi sekolah bestari generasi bijaksana, Mencipta gemilang Negara wawasan. Budak-budak naik perahu Naik perahu menuju ke pecan Sekolah wawasan tempat bersatu Sekolah bestari apa tujuan?

Langkah sumbang sindirkan lantai, Binasa badan bicara tak kawal, Mengapa biarkan negara tergadai, andai tidak mahu bangsa terjual? Tanah ini Tanah Melayu, Pedagang datang ingin berniaga, Mengapa serahkan tanah bukan budimu, Andai ingin pertahankan hak bangsa? Terketar-ketar si penjual roti Hendak seberang sebatang titi mengapa tidak hormat menghormati andai ingin jadi warga elok pekerti? Cantik menawan p[uteri bergajah Manik bersulam pada mahkota Cukup tersiksa hidup terjajah Mengapa merdeka tidak dijaga? Burung selasih burung tempua Hinggap berdendang di pohon gajus Semangat merdeka kian membara Mengapa hanya di bulan ogos? Pergi ke kedai tergesa-gesa Hendak membeli gula Melaka Malaysia maju rakyat sentosa Negara aman bebas merdeka Sesak sungguh di kaki lima Penat berjalan sakitlah peha Malaysia Boleh slogan bersama Asalkan ada daya usaha Pakai TMNEt jalur lebar Yuran mahal tak sia-sia Jalur Gemilang megah berkibar Simbol perpaduan rakyat Malaysia Dapur kotor mahu disental Habis tertumpah kuah laksa Jatidiri hendaklah kental Semangat waja membangunkan bangsa

Bahasa Melayu ejaan rumi Mula belajar di rumah lagi Agama Islam agama rasmi Rukunegara wajib patuhi Masuk hutan menembak rusa Nikmat rezeki Tuhan kurnia Marilah bersama membuat jasa Malaysia harum di persada dunia Enak rasanya si buah anggur Sedapa dimakan bersama kelapa Amanat pemimpin semakin meluntur Siapa pengkhianat musuh Negara?

PANTUN CUTI-CUTI MALAYSIA Dimasak kari si ikan tenggiri, Dimasak pula sambal kerang, Tempat menarik di dalam negeri, Mengapa ingin bercuti di Negara orang? Menjaga Negara atas arahan, Para pahlawan bersiap siaga Pulau dan pantai menjadi pilihan, Mengapa kebersihannya tidak dijaga? Terbang sekawan mencari si kenari, Burung merpati jelajahi bersama Tiada bezanya luar negeri, Mengapa Malaysia bukan pilihan utama? Mentari serla ceria sinaran, Nyanyi burung riang bersama, Cuti sekolah ambil kesempatan, Bercuti rehat bersama keluarga. Merdu suara burung kenari, Terbang tinggi di Samarahan, Tempat menarik di dalam negeri, Pulau dan pantai jadi pilihan. Cantik rupawan si ulek mayang, Menjdi idaman di dalam hati, Bercuti bersama keluarga tersayang, Indahnya alam semulajadi dinikmati Kepala pening terasa dunia berputar, Tidak larat rasanya hendak melangkau, Cantik nian panorama sekitar, Hijau Malaysia berbukit-bukau Penat berjalan terasa lelah, Memborong sakan si kain mania, Kota besar syurga beli-belah, Pusat dagangan pelosok dunia.

.

PANTUN KITAR SEMULA

Kampung Melayu di Indrapura Mekar indah si bunga rumput Kitar semula agenda Negara Mengapa sukar di sahut? Nelayan menebar jala serawan, Pulang ke rumah di lewat petang, ku cari bintang di balik daun awan mengapa jerebu kerap mendatang? Tumbuh kabung di tanah rata, Di celah-celah si rumpun tepus, Togel gunung bukit pun rata, Musnah alam apakan pupus? Sampan di dayung ke sungai lipis Gembiranya harti tak terperi Sungai tercemar tanah terhakis Gerangan apa jadi begini? Hembus pawana bayu terasa, Hati kehendak merasa sepi, Indah buana ciptaan esa, Mengapa tidak di jaga rapi? Terang malam kerana bulan, Pucuk paku delima batu, Indahalamciptaantuhan, Kemusnahanberlakumengapabegitu? Berseri putih kain peteri, Pula ditambah hiasan beribu, Alam merintih tanpa disedari, Kesanapakahbakalberlaku? Tepian pantai tumbuhnya bidara, Kamilah tahu dari dahulu, Keindahan sungai khazanah Negara, Pencemaran berlaku mengapa begitu? Cenderawasih terbangnya rendah, Peliharaan puteri menjadi temannya, Persekitaran bersih Negara indah, Kepada diri apa pentingnya? Daun selasih di tepi sumur, Di petik sudah si anak pertapa, Negara bersih rakyatnya makmur, Persekitaran indah tanggungjawab siapa?

pergi ke kedai membeli bunga, bunga di beli cantik sekali, alam sekitar perlu di jaga, agar hidup sentiasa harmoni. berjalan-jalan di tepi tasik, bila berjalan perlu berhati, alam di jaga kan cantik, agar dilihat sumua generasi. pergi ke kota bersama teman, kota Melaka tempat pilihan, mejaga sungai jadi amalan, agar tidak berlaku pencemaran. pergi menyelam di dalam laut, pergi menyelam di laut china, kita perlu menjaga laut, agar khazanahnya terpelihara. dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, jika tidak menjaga bumi, nanti datang bencana alam. Dari emas biarlah permata, Dalamnya digali berbatu-batu, Alam ternoda didepan mata, Masihkan saja di biar begitu. Bunga selasih di petik nyonya, Lalu diikat di dalam perahu, Persekitaran bersih banyak faedahnya, Badan sihat ceria selalu. Kerana cinta ku hantar tanda, Ku semat dihati si mawar putih, Kerana harta jiwa ternoda, Angkara nafsu buana merintih.

Benny membawa Melina ke Malaysia setelah mereka bernikah di Masjid al Noor, Cristchurch, dua minggu lalu. Ketika menunggu wakil syarikat menjemput mereka, Melina tiba-tiba teringat akan pesanan ayahnya, Soleh Johnsons, supaya belajar tentang tugas-tugas isteri dalam Islam dan mencontohi pekerti ibunya, Faridah. Selain itu, Melina juga teringat akan Syeikh Mohamad Amir, imam Wellington Islamic Centre yang memuji ayah Melina merupakan seorang yang dermawan. Sementara menunggu Benny menyelesaikan tugasnya di Kuala Lumpur, mereka berdua akan menginap di Hotel Hilton Kuala Lumpur dan bilik president suite menjadi pilihan Benny. Pak cik Benny, Jaafar al-Anbia, mahu Benny bertanggungjawab, bekerja dan menetap di satu tempat negara Islam seperti AS, Brunei, Malaysia, Perancis ataupun United Kingdom setelah berkahwin dengan Melina. Akhirnya, Benny memilih untuk bekerja di Malaysia kerana keluarga An Anbia Family Limited mempunyai asset yang perlu diuruskan di sana, lebih mudah untuk berkeluarga dan mendidik anak-anaknya kelak dalam sebuah negara Islam dan kapal layar yang ditempah di Terengganu masih belum siap. Melina yang masih ragu-ragu dengan bahasa Melayunya yang tidak cukup meyakinkan, ditenangkan oleh Benny bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di Malaysia. Pada hari kedua, Benny bersiap lebih awal dan sempat memesan kepada Melina agar bersarapan. Benny juga mnyangkal pendapat Khalid, wakil syarikat yang menganggap bahawa orang Arab adalah keturunan nabi dan semuany warak semasa dalam perjalanan ke syarikat bapa saudaranya. Benny yang memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya diperkenalkan kepada 15 orang ahli lembaga pengarah setibanya di bilik mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Teguh Emas Berhad sebuah syarikat Malaysia yang An Anbia Family Limited mempunyai kepentingan saham 49 peratus terletak di tingkat 21, Bangunan TH Perdana di jalan Ampang. Benny berasa senang apabila ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu dan sebuah rumah syarikat juga disediakan untuknya di Paka, Terengganu. Sementara itu, Melina yang baru sahaja menghantar emel kepada mamanya di New Zealand menuju ke sebuah kedai kecil berhampiran lobi. Melina membeli sebuah peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, Selangor. Tiba-tiba, dia teringat akan pecal yang selalu mamanya hidangkan dan dia jadi rindu! Dia berharap benar mamanya, Faridah akan membalas e-melnya hari ini juga.

 Ketabahan dan kegigihan seorang wanita yang redha dengan takdir dan pelbagai dugaan hidupnya sejak zaman remaja hinggalah menginjak dewasa merentasi dua negara malah benua yang berbeza, namun begitu masih dapat mempertahankan jati dirinya sebagai seorang wanita Melayu yang glokal.

IDENTITI BANGSA TIDAK PERNAH AKAN HILANG KENDATIPUN TELAH LAMA MENINGGALKA N TANAH AIRNYA.

IKATAN PERKAHWINA N CAMPUR ANTARA PELBAGAI BANGSA.

PERSOALAN

BENNY Mempunyai pegangan agama yang longgar. Berbangsa Arab yang hidup mewah dan kaya. Seorang yang penyayang. Seorang yang suka merendah diri. Mula bersikap bertanggungjawab setelah berkahwin dengan Melina. MELINA Seorang yang penyayang. Mempunyai jati diri yang utuh walaupun berdarah kacukan. Seorang isteri yang memahami. Seorang yang bertanggungjawab. Seorang yang manja. SYEIKH MOHAMAD AMIR Berumur dalam lingkungan 50-an. Berasal dari Qatar. Berwajah jernih. Merupakan imam Wellington Islamic Centre. Suka membantu orang lain. SOLEH JOHNSONS Seorang yang penyayang. Seorang yang dermawan. Seorang yang suka membantu orang lain. Seorang yang baik hati. Seorang yang amat berhati-hati menerima orangyang baharu dikenali. Seorang yang mudah mesra dan mudah menyesuaikan diri. Seorang yang berfikiran terbuka dan dapat menerima ketentuan takdir. Seorang bapa yang bertanggungjawab.

JAAFAR AL-ANBIA Seorang yang tegas. Seorang yang prihatin dan sangat mengambil berat. Seorangyang bertanggungjawab. Seorang yang amat mementingkan hubungan persaudaraan. KHALID Pemandu dan wakil syarikat. Seorang yang berhemah. Seorang yang taat akan perintah tuannya. Seorang yang menghormati bangsa Arab. ABDUL SALAM AL-ANBIA Bapa kepada Benny. Bertubuh tinggi. Gemar berpakaian moden. Seorang yang mudah mesra. PENIAGA BERBANGSA INDIA Seorang yang peramah. Seorang yang bertanggungjawab Seorang yang berdedikasi.

ANTARA 15 ORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH TEGUH EMAS BERHAD:
HAJI AHMAD BONJOL Merupakan CEO di syarikat itu. Berumur dalam lingkungan 60-an. Seorang yang mudah mesra. Seorng yang bertanggungjawab. HAJI YUNUS MAIDEN Merupakan pengurus besar di syarikat itu. YUSUF NGADIMEN TAN LOKE HAJI SULAIMAN SENDUT

Penerbangan 13 jam … (halaman 146 ) …pada pukul 2.00 petang. ( halaman 146 ) …dua minggu lalu… ( halaman 146 ) Hari kedua di Malaysia… ( halaman 152 )

…Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang. ( halaman 146 ) …Wellington Islamic Centre, New Zealand... ( halaman 147 ) …Hotel Hilton Kuala Lumpur. ( halaman 151) Bilik president suite... ( halaman 151) …Islamic School di London. ( halaman 154 ) …Bangunan TH Perdana, Jalan Ampang. ( halaman 154 ) Bilik mesyuarat Ahli Lembaga Pegarah Teguh Emas Berhad… ( halaman 154 ) …sebuah kedai kecil berhampiran lobi. ( halaman 156 )

MASYARAKAT KAHWIN CAMPUR Perkahwinan antara Benny yang berbangsa Arab dengan Melina yang berdarah kacukan Melayu dan Inggeris. Perkahwinan antara Faridah yang berdarah Melayu dan Soleh Johnsons, warganegara New Zealand. MASYARAKAT KOPERAT YANG BERJAYA 15 orang Ahli Lembaga Pengarah teguh Emas Berhad. MASYARAKAT MODEN YANG CELIK ICT Melina menghantar e-mel kepada mamanya, Faridah di New Zealand.

•"Contohilah ibumu" katakata ayahnya kembali dalam ingatannya. ( halaman 147)

•...president suite... ( halaman 151 ) •...coffe house... ( halaman 152 ) •...room service... ( halaman 152 )

SINKOPE

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

PERSONIFIKASI
•...cahaya mentari senja yang menjatuhkan warna kristal pada ombak yang menggulung. (halaman 151)

PENGGUNAAN BAHASA ARAB
•" Syukur, anta anak Soleh Johnsons yang terkenal mahu berkahwin," kata Syeikh Mohamad Amir.

BERTANGGUNGJAWAB Benny memilih untuk Malaysia kerana lebih mudah berkeluarga dan mendidik anak-anaknya kelak dalam sebuah negara Islam. Melina sedar, sebagai seorang isteri menjadi tanggungjawabnya untuk bersama-sama Benny dan sedar Benny sudah memilih haluan hidupnya. KESETIAAN Melina sanggup berhijrah ke Malaysia dan setia mengikut Benny yang ditugaskan di Kuala Terengganu tanpa rasa menyesal. KASIH SAYANG Benny sempat memesan kepada Melina agar bersarapan sebelum pergi ke tempat kerja. DERMAWAN Wellington Islamic Centre dapat beroperasi, hidup dan aktif dengan adanya bantuan derma daripada orang seperti Soleh Johnsons. KETEGUHAN JATI DIRI DAN BANGSA Faridah sering mendodoikan Melina dan Anne dengan lagu-lagu Melayu, syahadat dan nasyidnasyid lama sewaktu mereka masih kecil. Melina dan Anne dididik dalam budaya pertuturan dan masakan Melayu sejak kecil lagi.

KITA MESTI MEMPUNYAI JATI DIRI YANG KENTAL TERHADAP BANGSA SENDIRI Faridah masih mengekalkan identiti Melayunya dengan mendidik anak-anaknya dalam budaya pertuturan dan masakan Melayu. Sewaktu Melina dan Anne masih kecil, Faridah sering mendodoikan mereka dengan lagu-lagu Melayu, syahadat dan nasyid-nasyid lama. KITA HENDAKLAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN Benny sanggup berhijrah ke Malaysia untuk bertugas di tempat yang telah diaturkan oleh pak ciknya malah berasa senang untuk menjalankan tugasnya setelah mengetahui lokasi dia bertugas. KITA HENDAKLAH MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN Soleh Johnsons sering menghulurkan bantuan berbentuk derma yang membolehkan Wellington Islamic Centre beroperasi dengan lancar, hidup dan aktif.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->