Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PESTA PANTUN 2011

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Salam keagamaan dan salam sejahtera kepada hadirin dan hadirat.
Selamat datang ke pertandingan akhir Pesta Pantun Zon Nibong Tebal tahun 2011 yang
bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek.
Tanpa berlengah masa, saya mulakan pertandingan ini dengan memperkenalkan dua buah
sekolah yang berjaya ke peringkat akhir.
Di sebelah kanan saya peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong.
Di sebelah kiri saya peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek.
Berikut saya perkenalkan barisan hakim yang akan mengadili untuk pertandingan ini,
1. Pn Jalilatul
(smk mutiara impian)
2. Pn. Puziah bt Puteh ( smk taman widuri)
3. Pn. Zaleha Bt Yahaya ( smk jawi)
4. Cik Sazni Bt Ibrahim (smk valdor)
5. Pn. Zarina Bt Ismail ( smk TSS Barakbah)
Sekarang saya akan bacakan syarat2 pertandingan.
1. Pantun yang dibenarkan adalah pantun 4 kerat sahaja, yakni dua baris pembayang
dan dua baris maksud. Pantun 2kerat pengenalan tidak dibenarkan. Pantun
berbentuk kuiz adalah dilarang. Pantun yang dijual mesti mengemukakan soalan
dan bukan pernyataan.
2. Para pemantun dilarang berinteraksi semasa pertandingan dijalankan.
3. Masa mulai dikira berdasarkan arahan pengerusi majlis. Masa untuk menjual
pantun ialah 15 saat dalam pusingan pertama dan kedua, dan masa untuk
menjawab adalah 60saat. Manakala masa untuk mencipta serta menjual pantun
ialah 60saat dalam pusingan ketiga dan masa untuk menjawabnya ialah 60saat.
4. Ketua Hakim boleh meminta peserta mengulang pantun yang kurang jelas
pengucapannya.
5. Pantun hendaklah diucapkan dalam sebutan baku.
................................................................................................................................................

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
TEMA bagi Pusingan pertama ialah CINTAI ALAM SEKITAR.
Saya kira semuanya telah bersedia. Kita mulakan Pusingan pertama pertandingan akhir
pesta pantun Zon Nibong Tebal tahun 2011 dengan menjemput peserta 1 untuk
menjualkan pantunnya kepada peserta A bermula 15saat dari sekarang.
Sekarang dijemput peserta A untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Kini dipersilakan pula peserta A untuk menjualkan pantunnya kepada peserta 1 bermula
15saat dari sekarang.
Dijemput peserta 1 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
................................................................................................................................................
Seterusnya dijemput peserta 2 untuk menjualkan pantunnya kepada peserta B bermula
15saat dari sekarang.
Sekarang dijemput peserta B untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Kini dipersilakan pula peserta B untuk menjualkan pantunnya kepada peserta 2 bermula
15saat dari sekarang.
Dijemput peserta 2 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
................................................................................................................................................
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput peserta 3 untuk menjualkan
pantunnya kepada peserta C bermula 15saat dari sekarang.
Sekarang dijemput peserta C untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Kini dipersilakan pula peserta C untuk menjualkan pantunnya kepada peserta 3 bermula
15saat dari sekarang.
Dijemput peserta 3 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
................................................................................................................................................

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Tibalah masa ke Pusingan Kedua.
Tema bagi Pusingan Kedua ialah Nilai-nilai Murni.
Dijemput peserta 1 untuk menjualkan pantunnya kepada peserta B bermula 15saat dari
sekarang.
Sekarang dijemput peserta B untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Kini dipersilakan pula peserta B untuk menjualkan pantunnya kepada peserta 1 bermula
15saat dari sekarang.
Dijemput peserta 1 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
............................................................................................................................................................................

Seterusnya dijemput peserta 2 untuk menjualkan pantunnya kepada peserta C bermula


15saat dari sekarang.
Sekarang dijemput peserta C untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Kini dipersilakan pula peserta C untuk menjualkan pantunnya kepada peserta 2 bermula
15saat dari sekarang.
Dijemput peserta 2 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
................................................................................................................................................
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput peserta 3 untuk menjualkan
pantunnya kepada peserta A bermula 15saat dari sekarang.
Sekarang dijemput peserta A untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Kini dipersilakan pula peserta A untuk menjualkan pantunnya kepada peserta 3 bermula
15saat dari sekarang.
Dijemput peserta 3 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
................................................................................................................................................

PUSINGAN 3 : pusingan spontan


Di bawah sarang burung tempua;
Anak merpati di tepi telaga,
Berakhir sudah pusingan kedua,
Kita teruskan pula pusingan ketiga.
Untuk makluman kepada para peserta, pusingan ketiga adalah pusingan mencipta pantun
secara spontan untuk menguji daya kreativiti para pemantun. Terdapat 8 keping sampul
yang berisi 8 tema yang berlainan. Peserta diminta untuk menyebut nombor yang terdapat
didalam sampul pilihan masing-masing.
Sekarang diminta peserta 1 untuk memilih sampul pilihan anda. Baiklah, tema yang
terdapat bagi no............... ialah .......................................................... Sekarang dijemput
peserta 1 untuk mencipta pantun dan menjualnya kepada peserta C 60saat dari sekarang.
Dipersilakan peserta C untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Dijemput pula, peserta C untuk memilih sampul pilihan anda. Baiklah, tema yang
terdapat bagi no............... ialah .......................................................... Sekarang dijemput
peserta C untuk mencipta pantun dan menjualnya kepada peserta 1 60saat dari sekarang.
Dipersilakan peserta 1 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang
................................................................................................................................................
Sekarang diminta peserta 2 untuk memilih sampul pilihan anda. Baiklah, tema yang
terdapat bagi no............... ialah .......................................................... Sekarang dijemput
peserta 2 untuk mencipta pantun dan menjualnya kepada peserta A 60saat dari sekarang.
Dipersilakan peserta A untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Dijemput pula, peserta A untuk memilih sampul pilihan anda. Baiklah, tema yang
terdapat bagi no............... ialah .......................................................... Sekarang dijemput
peserta A untuk mencipta pantun dan menjualnya kepada peserta 2 60saat dari sekarang.
Dipersilakan peserta 2 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang
................................................................................................................................................

Sekarang diminta peserta 3 untuk memilih sampul pilihan anda. Baiklah, tema yang
terdapat bagi no............... ialah .......................................................... Sekarang dijemput
peserta 3 untuk mencipta pantun dan menjualnya kepada peserta B 60saat dari sekarang.
Dipersilakan peserta B untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang.
Dijemput pula, peserta B untuk memilih sampul pilihan anda. Baiklah, tema yang
terdapat bagi no............... ialah .......................................................... Sekarang dijemput
peserta B untuk mencipta pantun dan menjualnya kepada peserta 3 60saat dari sekarang.
Dipersilakan peserta 3 untuk membeli pantun tersebut 60saat dari sekarang
................................................................................................................................................
.
.
.
.
.
Demikianlah tadi berakhirnya pertandingan akhir pesta pantun zon nibong tebal tahun
2011 diantara Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dengan Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Nibong. Keputusan rasmi pertandingan akan diumumkan di dalam
majlis perasmian penutupan.
Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada saya.....
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


Semua hadirin, tuan-tuan dan puan-puan serta pelajar sekalian diminta berdiri untuk
nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri P.Pinang.
Untuk memberkati majlis perasmian penutupan kita pada hari ini, majlis menjemput
....................................................................................... untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.......................................................................................................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ..............................................................
di atas bacaan doa itu tadi.
Yang dialukan,
En. Ishak bin Haji Hassan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Bahagian Akademik
Sains Sosial

Yang dihormati,
Pn. Rohani bt Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek,
Yang berusaha,
En. Eshamuddin bin Abdul Rahim, PKP,
En. Abdul Latif bin ismail, PK HEM,
En. Asaithamby a/l Ramayah PK KOKO,
Hakim-hakim pertandingan, barisan guru, peserta2 pertandingan serta pelajar2 sekalian.
Assalamualaikum w.bt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah S.W.T, pada pagi yang mulia ini kita dapat
berkumpul bersama-sama untuk majlis perasmian penutupan pertandingan Pesta Pantun
Zon Nibong Tebal tahun 2011 yang telah pun berlangsung pada 5 dan 7 April 2011.
Untuk makluman tuan2 dan puan2, sebanyak 16 buah sekolah telah mengambil bahagian
dalam pertandingan kali ini.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan En. Ishak bin Haji Hassan, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah, Bahagian Akademik Sains Sosial untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan pertandingan Pesta Pantun Zon Nibong
Tebal tahun 2011.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.............................................................................................................................................
Terima kasih diucapkan kepada En. Ishak bin Haji Hassan di atas ucapan dan perasmian
penutupan itu tadi.
................................................................................................................................................
Sebelum majlis penyampaian hadiah dijalankan , marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan pasukan boria Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek.
Dipersilakan..........................................
Terima kasih diucapkan kepada pasukan boria sekolah atas persembahan itu tadi.Buat
pengetahuan semua, persembahan pasukan boria sebentar tadi adalah dibawah bimbingan
pn. Sabariyah bt awang kechik. Diharap semoga tuan-tuan dan puan-puan terhibur.
Tuan2 dan puan2...
Seterusnya, tibalah kita masa yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian hadiah
pertandingan Pesta Pantun Zon Nibong Tebal tahun 2011.
** Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Rohani bt Hassan
mengiringi En. Ishak bin Haji Hassan untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada para
peserta.
Bagi hakim pertandingan,
Dijemput ketua hakim,

Pn. Jalilatul khairiah bt


Pn. Puziah bt Puteh
Pn. Zaleha Bt Yahaya
Cik Sazni Bt Ibrahim
Pn. Zarina Bt Ismail

Diumumkan Johan pertandingan pesta pantun zon Nibong Tebal tahun 2011 jatuh kepada
.........................................................................
Dijemput peserta pantun dari ....................................................... untuk menerima hadiah.
Seterusnya dijemput, pengurus pasukan SMK..............................................................
untuk menerima hadiah.
Majlis mempersilakan naib johan pertandingan pesta pantun zon nibong tebal tahun 2011
iaitu peserta dari SMK....................................... untuk menerima hadiah.
Seterusnya dijemput, pengurus pasukan SMK..............................................................
untuk menerima hadiah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Ishak bin Haji Hassan di atas kesudian
beliau untuk menyampaikan hadiah itu tadi.
Seterusnya, dipersilakan Pn. Rohani bt Hassan untuk menyampaikan sedikit cenderahati
sekalung budi kepada En. Ishak bin Haji Hassan sebagai tanda penghargaan.
Terima kasih diucapkan.

Tibalah kita di penghujung acara. Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek selaku
tuan rumah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua pihak
dalam menjayakan pertandingan Pesta Pantun Zon Nibong Tebal bagi tahun 2011 ini.
Sebarang kelemahan harap dimaafkan.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
*** Majlis menjemput En. Ishak bin Haji Hassan, hakim2 pertandingan, pengurus
pasukan serta penyelaras pertandingan untuk menikmati jamuan yang disediakan di
kantin.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai