Anda di halaman 1dari 10

TEKS JURUPANTUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang dihormati dif – dif jemputan, Yang dihormati para hakim, guru – guru
pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi lagi dimuliakan.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita sama – sama dapat beramah
mesra dan saling bertukar pendapat dalam Pesta Pantun Peringkat Bahagian
Limbang. Sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan warisan
Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang
ini.

Daerah Limbang nama diberi,


menyimpan sejarah sepanjang masa;
meraut seni menyulam tradisi,
tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari


…………………………………....... dan pasukan dari ……………………mengambil
tempat masing – masing. Dipersilakan.

Seterusnya, saya mempersilakan barisan hakim yang dedikasi dan bijaksana


mengambil tempat mengikut prosedur masing – masing. Pihak majlis
mempersilakan.

Sidang hadirin sekalian,

Berlagu irama puteri berlima,


Putera pula tersenyum simpul,
Hamba cuma menyebut nama,
Angguk kepala kiranya betul.

eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan
saya ialah pasukan pantun dari ………………………………. dengan membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun keempat
Pemantun Kelima
Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari …………………………….
dengan membariskan:

Pemantun A
Pemantun B
Pemantun C
Pemantun D
Pemantun E

Seterusnya berikut saya perkenalkan hakim – hakim yang dedikasi dalam


melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) merangkap


K. Hakim
Hakim 2 yang akan
menghakimi bahagian Isi
Hakim 3 ( Bahasa )
Hakim 4 ( Bahasa )
Hakim 5 ( Persembahan
Beliau akan menghakimi bahagian

Sidang hadirin yang saya muliakan,


Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa
yang telah ditetapkan iaitu ………………………………………………………………

Mencari delima di pekan tuaran,


Di hujung jalan baharu bersua,
Pemantun kelima tibalah giliran,
Perkenal pasukan kepada semua.

Sekarang dipersilakan pemantun kelima pasukan …………………………..untuk


memperkenalkan pasukannya dalam masa 3 minit dari sekarang. (Bunyikan loceng)

Terima kasih adinda adinda pemantun dari ...............................................

Seterusnya dipersilakan pula pemantun E pasukan …………………………..untuk


memperkenalkan pasukannya dalam masa 3 minit dari sekarang. (Bunyikan loceng)

Terima kasih kepada para pemantun


dari .....................................................................

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebelum kita mulakan arena pantun sebentar lagi, landasan peraturan wajar
dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta. Sehubungan itu, saya bacakan
peraturan – peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris
pembayang dan dua baris maksud.
2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:
2.1 Masa menjual pantun 15 saat untuk pusingan pertama dan 30 saat
untuk
pusingan ketiga serta pusingan tambahan
2.2 Masa untuk membeli pantun 60 saat untuk kesemua pusingan.

2.3 Untuk pusingan kedua, masa menjual dan membeli pantun ialah 60
saat.
2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

(A) JUAL PANTUN


Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun
menjualkan pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa
menjual, iaitu tamatnya 15 saat untuk pusingan pertama. Sementara
pusingan kedua masa menjual pantun adalah 60 saat dan masa menjual
pantun bagi pusingan ketiga dan pusingan tambahan adalah 30 saat.

Sementara itu untuk


(B) BELIAN PANTUN
Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja dan jurupantun meminta
pemantun membeli pantun. Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa
membeli pantun telah tamatnya, iaitu 60 saat. Pantun yang dibeli dan dijawab
selepas loceng dua kali dibunyikan tidak akan diberi sebarang markah.

Saya kira pemantun telah pun jelas dengan peraturan-peraturan pertandingan.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Mekar budaya bangsa tersohor,


Falsafah bangsa pengukir zaman,
Pesta pantun hidup subur,
Agar terpelihara budaya berzaman.

Sebelum kita melangkah ke arena berpantun di pusingan pertama nanti, eloklah saya bacakan
tema pada pusingan tersebut. Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema
pusingan pertama ialah

1.
2.
3.
4
5.
6.

Sekali lagi saya ulang……..


PUSINGAN PERTAMA

Ke Tanjung Arus memburu rusa,


Tiadakan sunyi bertemu jiran,
Gelanggang pantun menggamit rasa,
Pusingan pertama menguji fikiran.

Bagi membuka gelanggang pertandingan pada hari ini, dipersilakan pemantun pertama dari
……………………….. untuk menjualkan pantun kepada pemantun A dari ………………….
dengan tema …………………………………… 15 saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian pertemuan pertama antara pasukan ………………….. dan pasukan ……………….

Seterusnya kita persilakan pula pemantun A dari …………………….. untuk menjualkan


pantun kepada pemantun pertama dari ………………………… dengan tema
………………. 15 minit dari sekarang.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Kita teruskan arena pantun di pusingan pertama ini dengan mempersilakan pemantun kedua
dari ………………………… untuk menjualkan pantun kepada pemantun B dari
……………….. dengan tema ……………………………… 15 saat dari sekarang.

Pantun yang di jual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan daripada ………………………………………………………

Dengan itu dipersilakan pemantun B dari ……………………. Untuk menjualkan pantun


kepada pemantun kedua dari …………………………………. Dengan tema ………………..
15 saat dari sekarang.

Dipersilakan untuk membeli pantun dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan dari pemantun kedua dari ……………………………….

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Kita teruskan lagi arena
berpantun. Dengan itu dipersilakan pemantun ketiga dari ………………………. Untuk
menjualkan pantun kepada pemantun C dari ……………………………. Dengan tema
……………………… 15 saat dari sekarang.

Begitulah soalan yang di beri. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan …………………………………………………..

Seterusnya dipersilakan pemantun C dari ………………………. Untuk menjualkan pantun


kepada pemantun ketiga dari ……………………………. Dengan tema
……………………… 15 saat dari sekarang.
Begitulah soalan pantun yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Sungguh leka mendengar pantun – pantun yang telah di jual dan di beli oleh para pemantun
sehingga tidak menyedari bahawa pusingan pertama telah berlalu pergi.

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian,

Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,


Berpisah keluarga ke tengah lautan,
Pusingan pertama berlalu pergi,
Pusingan kedua semaraknya cabaran.

Dari geliga mudik ke paka


Bawa keranji dalam pedati,
Pusingan kedua gelanggang terbuka,
Minda di uji debaran menanti.

Sekarang beralih pula ke pusingan kedua. Dalam pusingan kedua ini, tema-tema pilihan akan
di buat melalui undian. Oleh itu setiap pemantun di minta untuk memilih setiap tema-tema
pantun berdasarkan _______ tema yang terdapat di dalam kotak di hadapan saya .
Para peserta diberi masa selama 60 saat untuk mencipta pantun secara spontan.
Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang nota/merujuk kepada mana-mana nota
untuk mencipta pantun. Untuk itu diminta urus setia untuk memungut semua bahan
dan nota daripada semua pemantun dan berikan kertas kosong untuk kegunaan
para pemantun.

Adakah para pemantun telah pun bersedia? Ayuh kita mulakan pusingan yang
kedua.

Oleh itu, Peserta pertama daripada pasukan…….....…........ sila ke meja Jurupantun


untuk mencabut undi.

Anda telah memilih tema .................................... Nampaknya telah bersedia di


tempatnya. Dengan itu dipersilakan pemantun pertama dari .....................................
untuk menjualkan pantun kepada pemantun B daripada pasukan ..............................
dengan tema ......................................... 60 saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan daripada ………………………………………..

Jadi dipersilakan pemantun B dari pasukan…….....…........ ke meja Jurupantun untuk


mencabut undi.

Anda telah memilih tema .................................... Dengan itu dipersilakan pemantun


B dari ..................................... untuk menjualkan pantun kepada pemantun pertama
daripada pasukan .............................. dengan tema ......................................... 60
saat dari sekarang.

Dipersilakan untuk membeli pantun dalam masa 60 saat dari sekarang.


Kita teruskan lagi jual beli pantun di pusingan kedua ini dengan mempersilakan pemantun
kedua dari pasukan…….....…........ ke meja Jurupantun untuk memilih tema yang
telah disediakan.

Tema yang dipilih ialah .................................... Dengan itu dipersilakan pemantun


kedua dari ..................................... untuk menjualkan pantun kepada pemantun C
daripada pasukan .............................. dengan tema ......................................... 60
saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nampaknya arena pantun kita semakin meriah. Oleh itu, dipersilakan pemantun C dari
pasukan…….....…........tampil ke meja Jurupantun untuk memilih tema yang telah
disediakan.

Tema yang dipilih ialah .................................... Dengan itu dipersilakan pemantun C


dari ..................................... untuk menjualkan pantun kepada pemantun kedua
daripada pasukan .............................. dengan tema ......................................... 60
saat dari sekarang.

Pantun di jual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan dari ..........................................................................

Arena pantun di teruskan lagi dengan mempersilakan pemantun ketiga dari


pasukan…….....…........tampil ke meja Jurupantun untuk memilih tema pantun.

Beliau telah memilih tema .................................... Dengan itu dipersilakan pemantun


ketiga dari ..................................... untuk menjualkan pantun kepada pemantun A
daripada pasukan .............................. dengan tema ......................................... 60
saat dari sekarang.

Begitulah soalan pantun yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang

Demikian jawapan dari …………………..

Seterusnya dipersilakan pemantun A dari pasukan…….....…........tampil ke meja


Jurupantun untuk memilih tema pantun.

Beliau telah memilih tema .................................... Dengan itu dipersilakan pemantun


A dari ..................................... untuk menjualkan pantun kepada pemantun ketiga
daripada pasukan .............................. dengan tema ......................................... 60
saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan dari ……………………………………….


PUSINGAN KETIGA

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Terasa mesra tersusun madah,


Dara jelita baru bersua;
Pusingan kedua berakhir sudah,
Cabaran menanti di pusingan ketiga.

Nampaknya para pemantun sudah pun menyerahkan tema-tema pilihan masing-


masing ke meja jurupantun sebentar tadi. Untuk pengetahuan para pemantun dan
para hakim, tema pada pusingan ketiga adalah tema pemantun sendiri. Penjual
pantun mesti menyebutkan tema pantun dengan jelas terlebih dahulu sebelum
menjualkan pantun. Masa menjual pantun adalah 30 saat. Pembeli pantun tidak
dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh penjual pantun
kecuali atas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim.

Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan pusingan ketiga.

Dipersilakan pemantun pertama dari ................................. menyatakan tema terlebih


dahulu. PEMANTUN BAGI TAHU TEMA.

Dengan itu, dipersilakan pemantun pertama dari ............................. untuk


menjualkan pantun kepada pemantun C dari .......................................... dengan
tema .................................... 30 saat dari skrg.

Begitulah soalan pantun yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang

Demikian jawapan dari ……………………….

Jadi dipersilakan pemantun C dari ................................. menyatakan tema terlebih


dahulu. PEMANTUN BAGI TAHU TEMA

Dengan itu, dipersilakan pemantun C dari ............................. untuk menjualkan


pantun kepada pemantun pertama dari .......................................... dengan
tema .................................... 30 saat dari skrg.

Pantun di jual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan dari ......................................................

Dipersilakan pemantun kedua dari ................................. menyatakan tema terlebih


dahulu. PEMANTUN BAGI TAHU TEMA.

Dengan itu, dipersilakan pemantun kedua dari ............................. untuk menjualkan


pantun kepada pemantun A dari .......................................... dengan
tema .................................... 30 saat dari skrg.

Begitulah soalan pantun yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang
Demikian jawapan dari ……………………….

Jadi dipersilakan pemantun A dari ................................. menyatakan tema terlebih


dahulu. PEMANTUN BAGI TAHU TEMA

Dengan itu, dipersilakan pemantun A dari ............................. untuk menjualkan


pantun kepada pemantun kedua dari .......................................... dengan
tema .................................... 30 saat dari skrg.

Pantun di jual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan dari ......................................................

Kita teruskan lagi dengan mempersilakan pemantun ketiga dari .................................


menyatakan tema terlebih dahulu. PEMANTUN BAGI TAHU TEMA.

Dengan itu, dipersilakan pemantun ketiga dari ............................. untuk menjualkan


pantun kepada pemantun B dari .......................................... dengan
tema .................................... 30 saat dari skrg.

Begitulah soalan pantun yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang

Demikian jawapan dari ……………………….

Jadi dipersilakan pemantun B dari ................................. menyatakan tema terlebih


dahulu. PEMANTUN BAGI TAHU TEMA

Dengan itu, dipersilakan pemantun B dari ............................. untuk menjualkan


pantun kepada pemantun ketiga dari .......................................... dengan
tema .................................... 30 saat dari skrg.

Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Demikian pantun terakhir bagi pusingan ketiga. Ketiga – tiga pemantun nampaknya
boleh menarik nafas lega kerana ketiga-tiga pusingan ini telah pun berakhir.

PUSINGAN KEEMPAT

Sidang hadirin yang saya muliakan.

Kampung Geliga amatlah indah,


Rehat nelayan tepian labuhan,
Pusingan ketiga tamatlah sudah,
Pusingan tambahan jadi taruhan.
Patah dahan berserak-serakan,
Buang ke laman siapa angkara,
Pantun tambahan bakal tentukan,
Pasukan mana di nobat juara.

Untuk pengetahuan pemantun keempat dan para hakim, tema pada pusingan
tambahan ini adalah tema pemantun keempat sendiri. Pemantun keempat mesti
menyerahkan tema pantun kepada jurupantun untuk diumumkan oleh
jurupantun sebelum menjualkan pantun kepada pihak lawan. Pembeli pantun
tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh jurupantun
kecuali atas budi bicara jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua
hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual dalam masa 30 saat. Pemantun juga
tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan
bersama-sama pemantun kecuali kertas kosong dan alat tulis yang telah diberikan
semasa pusingan kedua.

Dengan itu dipersilakan pemantun ke 4 …………………………………. Untuk menjualkan


pantun kpd pemantun D bagi ……………………………………………. Dengan tema
pilihan …………………………….30 saat dari skrg.

Dipersilakan pemantun D untuk membeli pantun. 60 saat dari sekarang.

Demikian jawapan …………………………………………………..

Tinggal dua lagi pantun. Dengan itu dipersilakan pemantun D ………………………. Untuk
menjualkan pantun kpd pemantun ke 4 ………………………………………. Dengan tema
……………………………………..30 saat dari skrg.

Dipersilakan pemantun ke 4 untuk membeli pantun. 60 saat dari skrg.

Dengan jawapan ………………………………………………… itu tadi maka berakhir


pusingan tambahan.

Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan ……….. dengan pasukan
pantun dari ………………… Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali
susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,


tiadakan sunyi bersama kawan;
budaya berpantun bersambut mesra,
biarlah abadi sepanjang zaman.

Melenggang santun ayu gemalai,


Gadis desa tanah seberang,
Gelanggang pantun menutup tirai,
Jumpa lagi waktu mendatang.
Sekian sahaja daripada hamba jurupantun anda pada pagi ini. Salah silap kiranya
ada, maaf setulus darinya hati.

Anda mungkin juga menyukai