Anda di halaman 1dari 8

TEKS JURUPANTUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia ………………………….. [ nama dan jawatan ]


Yang Berusaha …………………………….. [ nama dan jawatan ]
Yang Dihormati……………………………... [ nama dan jawatan ]
Yang dihormati dif – dif jemputan, Yang dihormati para hakim, guru – guru
pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi lagi dimuliakan.

Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kita sama – sama dapat
beramah mesra dan saling bertukar pendapat dalam Pesta Pantun Peringkat
………………………. sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan
warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup
segar sekarang ini.

Negeri Melaka nama diberi,


Menyimpan sejarah sepanjang masa;
Meraut seni menyulam tradisi,
Tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari


…………………………………....... dan pasukan dari ……………………mengambil
tempat masing – masing.

Saya mempersilakan barisan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil


tempat mengikut prosedur masing – masing. Pihak majlis mempersilakan.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini.


Pasukan pantun dari ………………………………. diwakili oleh:

Pemantun 1
Pemantun 2
Pemantun 3
Pemantun simpanan
Pemantun simpanan

Manakala pasukan pantun dari ……………………………. pula membariskan:

Pemantun A
Pemantun B
Pemantun C
1|KAMAL, B.Eng
Pemantun simpanan
Pemantun simpanan

Hakim – hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) juga


selaku
Ketua Hakim
Hakim 2 ( Isi )
Hakim 3 ( Bahasa )
Hakim 4 ( Bahasa )
Hakim 5
( Persembahan )

Untuk makluman saya juga akan bertindak selaku penjaga masa untuk
pertandingan kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta.
Sehubungan itu, suka saya bacakan peraturan – peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris
pembayang dan dua baris maksud.
2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:
2.1 Masa menjual pantun 20 saat untuk pusingan pertama, kedua dan
ketiga.
2.2 Masa untuk membeli pantun 70 saat untuk pusingan pertama, kedua,
dan ketiga.
2.3 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

(A) JUAL PANTUN


Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta
pemantun menjualkan pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah
tamat masa menjual, iaitu tamatnya 20 saat untuk setiap pusingan.

(B) BELIAN PANTUN


Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta
pemantun membeli pantun. Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa
membeli pantun telah tamatnya, iaitu 70 saat. Pantun yang dibeli / dijawab
selepas loceng dua kali dibunyikan tidak akan diberi sebarang markah.

2|KAMAL, B.Eng
3. Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan
tidak mendapat sebarang markah. Sebaliknya pembeli pantun tersebut
tetap dikehendaki membeli pantun berasaskan tema yang sepatutnya
dijual oleh pihak lawan.

4. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang


dijualkan oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah
mendapat arahan daripada ketua hakim.

5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema


yang ditetapkan dan membeli rangkap pantun.

6. Pertandingan pantun dijalankan dalam tiga pusingan.

7. Jika berlaku seri, PEMENANG AKAN DITENTUKAN MENERUSI SISTEM


JURI ,Jika masih berlaku seri, pasukan mendapat markah isi terbanyak
dikira sebagai pemenang.

8. PEMBAHAGIAN MARKAH
Isi : 20 markah
Bahasa : 20 markah
Persembahan : 10 markah

9. PERTANDINGAN INI DIHAKIMI OLEH LIMA HAKIM


Isi : 2 hakim
Bahasa : 2 hakim
Persembahan : 1 hakim

10.Pemantun tidak dibenarkan berbincang atau meniru dalam apa cara


sekalipun sama ada secara lisan ataupun bertulis. Sekiranya berlaku
perbincangan atau meniru, markah akan dipotong sebanyak 50 peratus
daripada jumlah markah keseluruhan.

Indah cuaca senja menjelang,


Lebat rimbun pohon mengkudu;
Bismillah kata pembuka gelanggang,
Silat pantun anak Melayu.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

3|KAMAL, B.Eng
1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN PERTAMA

Ke Tanjung Arus memburu rusa,


Tiadakan sunyi bertemu jiran;
Ggelanggang pantun menggamit rasa,
Pusingan pertama menguji fikiran.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan
pertama ini ialah (bacakan tema-ulang tema dua kali)

Nota : Jurupantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.

Baiklah, dipersilakan PEMANTUN PERTAMA dari ………. menjualkan


pantun kepada PEMANTUN A dari…………….

Arahan jurupantun:

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa
70 saat dari sekarang.

Nota :
1 Setelah pantun dibeli / dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk
kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya.
( sama ada hakim bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh


diberi dengan baik kepada pemantun.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

4|KAMAL, B.Eng
1 A

2 B

3 C

PUSINGAN KEDUA

Si dara jelita bersendaloka,


Bersimpuh manja terhibur hati;
Pusingan kedua gelanggang terbuka,
Minda diuji debaran menanti.

PEMANTUN PERTAMA daripada pasukan……….


Anda telah mendapat tema ……….. Sila jual pantun dalam masa 20
saat dari sekarang.

Setelah pantun dijual.

Begitulah soalan yang diberi. PEMANTUN B sila jawab dalam masa 70 saat dari
sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk


kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya.
(sama ada hakim bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan kedua agar arahan boleh


diberi dengan baik kepada peserta.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA


5|KAMAL, B.Eng
1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN KETIGA

Terasa mesra tersusun madah,


Dara jelita baru bersua;
Pusingan kedua berakhir sudah,
Cabaran menanti di pusingan ketiga.
Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga
adalah tema pemantun sendiri. Penjual pantun mesti menyebutkan tema pantun
dengan jelas terlebih dahulu sebelum menjualkan pantun. Masa menjual pantun
adalah 20 saat.

Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang


disebutkan oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah
mendapat arahan daripada ketua hakim.

Nota : Jurupantun sila rujuk format pertandingan pusingan ketiga.

Contohnya:
Di pusingan ketiga ini, PEMANTUN PERTAMA dari ……………
akan
menjualkan pantun kepada PEMANTUN C dari ……………….

Arahan Pengerusi Pantun

6|KAMAL, B.Eng
1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 70 saat
dari sekarang.
Nota :
1 Setelah pantun dibeli/dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada
ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama
ada hakim bersedia atau tidak}
2 Rujuk format pertandingan pusingan ketiga agar arahan boleh
diberi dengan baik kepada pemantun.

Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan ……….. dengan pasukan
pantun dari ………………… Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali
susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,


Tiadakan sunyi bersama kawan;
Budaya berpantun bersambut mesra,
Biarlah abadi sepanjang zaman.

Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas


dengan penuh dedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau
penonton untuk menjualkan pantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di
kanan saya ini. Dipersilakan……

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
DIUMUMKAN OLEH KETUA HAKIM

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam


pertandingan ini. Sebelum itu,
Tiada kata seindah madah,
Dicipta lagu tersentuh rasa;
Jika terdapat silap dan salah,
Maaf dipinta setiap masa.

Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan


pemenang.

7|KAMAL, B.Eng
Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal,
kecewa bukan penawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi
penawar berharga untuk mencipta kejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

Mekar mewangi bunga cempaka,


Daun semalu dikirai jangan;
Akar budi santun bahasa,
Pantun Melayu kekal berzaman.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhilaf bicara dan kurang berhemah
ketika mengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak.
Sekian, assalamualaikum………..

8|KAMAL, B.Eng

Anda mungkin juga menyukai