Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU T1

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi dan salam perpaduan.
Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, guru-guru
pengiring, serta para peserta sekalian.
Selamat datang ke Karnival Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1,
Peringkat Daerah Seremban 1 2017.
Pada kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan amat
mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di sini.
Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan Pertandingan
Bercerita bagi kategori Tahap 1. Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya
membaca peraturan pertandingan.
PERATURAN PERTANDINGAN:
Pertandingan bercerita terbahagi kepada 2 bahagian.
Bahagian 1 (BERCERITA UMUM) dan bahagian 2 iaitu (CERITA SPONTAN).
1. Penyertaan
Setiap sekolah di daerah Seremban 1 yang telah mendaftar bagi seorang peserta
untuk kategori bercerita tahap 1.
2. Pemilihan cerita
Mempunyai unsur-unsur pengajaran
Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid
Cerita tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai politik, agama, ras atau keturunan
mana-mana kaum di negara ini.
3. Masa
Masa persembahan bagi setiap peserta antara enam hingga lapan minit.
Loceng pertama dibunyikan sebaik sahaja peserta memberi salam perkenalan diri
dan loceng kedua dibunyikan 2 kali pada minit ke-8 menandakan masa telah tamat.
4. Tatacara persembahan
Unsur lakonan dan main peranan / berdialog tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan
1 mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali
pergerakan.
Penggunaan kostum dibenarkan tetapi tiada sebarang peruntukan markah. Pakaian
seragam sekolah dibenarkan. Peserta juga dilarang menggunakan props dan muzik.
KRITERIA PEMARKAHAN BAHAGIAN SATU (BERCERITA)
1 Teknik Persembahan : 20 markah
2 Bahasa dan pertuturan : 20 markah
3 Penghayatan cerita : 20 markah
4 Interaksi dengan audiens : 15 markah
5 Mesej/nilai dalam cerita : 05 markah
6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita : 10 markah
7 Kawalan suara : 10 markah
Jumlah 100 markah
Bahagian 2 (cerita spontan)
Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan tajuk yang ada
melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas selesai pertandingan cerita
Bahagian Pertama.
Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.
Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja tajuk telah dicabut undi.
Loceng akan dibunyi apabila tamat masa persediaan 1 minit dan bermulanya
masa bercerita.
Loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa tamat.
KRITERIA PEMARKAHAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)
1 Persembahan dan kreativiti : 25 markah
2 Bahasa dan Pertuturan : 25 markah
3 Penghayatan cerita : 20 markah
4 Interaksi dengan audiens : 15 markah
5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita : 15 markah
Jumlah 100 markah
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Hadirin sekalian, sebelum pertandingan bercerita Bahasa melayu tahap 1
2 dimulakan, izinkan saya memperkenalkan 5 orang panel hakim pertandingan. Yang
pertama Pn/En. _________________ selaku ketua hakim, kedua En/Pn
_______________, ketiga En/Pn ___________________, keempat En/Pn
________________________ dan kelima En/Pn __________________________.
Penjaga masa ialah
____________________________________________________.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dimulakan dengan Bercerita
Bahagian A. Untuk itu, majlis dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk
menyampaikan ceritanya yang bertajuk ___________________.
(tunggu sehingga peserta selesai)

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk
menyampaikan ceritanya yang bertajuk ___________________.
..(ulang perkara yang sama sehingga peserta
ke-26)
Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Bercerita Bahagian A. Para peserta
diminta bersedia untuk pertandingan Cerita Bahagian B iaitu bercerita secara
spontan. Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula
pada jam ______.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua


hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu Pertandingan Bercerita
Bahagian B. Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 4 minit untuk
menyampaikan ceritanya. Para peserta perlu memilih tajuk dari sampul yang
berada pada pihak hakim. Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk
membuat persediaan bagi menyampaikan cerita mereka tanpa apa-apa
bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik.
Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul
tajuk spontan. Dipersilakan peserta pertama. .
(tunggu peserta selesai bercerita)
Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua untuk memilih
sampul tajuk spontan. Majlis mempersilakan.
(ulang dialog sehingga peserta ke-26)..

Dengan berakhirnya cerita spontan dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah
3
Karnival Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat daerah Seremban 1 bagi
tahun 2017. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri
untuk membuat permarkahan pertandingan.
Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita menjemput
ketua hakim
untuk menyampaikan rumusan keseluruhan Pertandingan Bercerita Bahasa
Melayu tahap 1 peringkat daerah Seremban 1.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Maka dengan ini, dijemput guru pengiring dan para peserta untuk ke dewan
bagi acara penutup yang akan dijalankan sebentar lagi.

Anda mungkin juga menyukai