Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Selamat datang untuk semua

Saya bagi pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan ke Taklimat LINUS 2.0.

Hadirin yang dihormati,

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta


hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian diminta mengambil tempat.

Sebagai pembuka tirai sesi taklimat pada hari ini,


majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha En.
Awaluddin bin Nawi, Guru Besar Sek keb. Puchong
utama 2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Jutaan Terima kasih diucapakan kepada Tuan Guru
Besar atas ucapan yang disampaikan.
Yang Berusaha En Awaluddin bin Nawi
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2

Puan Rahimah bt Abdullah, Guru Penolong Kanan


Petang

Yang Dihormati,
Penceramah jemputan,
Puan Zunaidah binti Abdul Aziz yang merupakan
Pegawai FasiLINUS darpada PPD Petaling Perdana,
Puan Siti Nurzalizah selaku penyelaras LINUS SKPU 2
Seterusnya,

Hadirin sekalian, Untuk makluman Tuan Puan,


LINUS merupakan akronim daripada PROGRAM
LITERASI DAN NUMERASI.
Matlamat Taklimat LINUS 2.0 pada petang ini adalah
untuk memberi pemahaman kepada ibu bapa
tentang pelaksanaan LINUS 2.0 yang melibatkan
murid TAHUN 1, 2 DAN 3 yang dilaksanakan
sebanyak 2 kali setahun.
Oleh itu, majlis dengan ini menjemput Penceramah
jemputan, Puan Zunaidah binti Abdul Aziz yang
merupakan Pegawai FasiLINUS darpada PPD Petaling
Perdana untuk memberi taklimat atau penerengan
yang lebih jelas mengenai Program LINUS 2.0.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Para guru, ibu bapa serta murid yang dikasihi


sekalian
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru
BESAR, En. Awaluddin bin Nawi untuk menyampaikan
cenderamata kepada penceramah jemputan, Puan
Zunaidah binti Abdul Aziz. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan


Ust. Hasnil Afifi bin Abdullah untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berusaha, Guru Besar SK PUCHONG Utama 2
kerana sudi menyampaikan cenderamata.
Hadirin yang dihormati,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara

Majlis diteruskan lagi dengan sesi perbincangan


antara ibu,bapa atau penjaga bersama guru kelas
atau penceramah jemputan. Untuk makluman, para
ibu bapa boleh bertemu dengan Fasi LINUS di booth
yang disediakan. Disana juga terdapat contoh
instrument dan buku yang digunakan oleh murid
LINUS. Para hadirin boleh bertanyakan sebarang
kemusykilan kepada Fasi LINUS.

Oleh itu, saya mempersilakan para ibu bapa atau


penjaga untuk beredar ke kelas anak atau jagaan

anda. Majlis akan bersurai pada jam 5.30 petang.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai