Anda di halaman 1dari 4

BIL AGENDA TEKS

1. Kata Alu-aluan Kompang bergema indah busana


Pengacara Palu diletak di atas para,
Majlis Hadir tuan puan meriah suasana,
Kami menyambut dengan gembira.

Bismillahhirahmanirrahim…

Yang Berusaha, Pn. Suzana binti Adzmin, Penolong


Pengarah, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri Kelantan

Yang Berusaha Encik Mohd Zaidi bin Mohamed Nawi,


Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas , Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan

Yang Berusaha Dr Anis Salwa binti Abdullah, Penolong


Pengarah Sektor Pembelajaran Negeri Kelantan

Yang Berusaha, En. Azmin bin Ahmad , Penolong


Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pentaksiran dan
Peperiksaan Tumpat

Yang Berusaha, En. Mohd Nazli bin Awang, Penolong


Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran
Tumpat

Yang Berusaha, En. Fazrulhisham bin Fakru, Ketua


Pentaksir Negeri(KPN) dari SK Othman Talib 2

Yang Berusaha, Pn. Norhafizah binti Md Arifin, Ketua


Pentaksir Kawasan(KPKw) dari Sk Seri Wakaf Bharu

Yang Berusaha, Tn, Hj. Husni bin Hasan, Guru Besar SK


Tumpat 1
Yang Dihormati Pn. Norhaslinda binti Hasan , Penolong
Kanan Pendidikan Khas, Sk Tumpat 1
Yang Dihormati, En Rose Shazlee Khan bin Abdul
Rahman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Tumpat 1

Serta barisan guru-guru yang dedikasi sekalian…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh….


Salam sejahtera dan Salam Madani….

Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Besar Nabi


Muhammad SAW, Alhamdulillah bersyukur kita pada
pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-NYa dapat
berkumpul dalam majlis Kunjung Bantu Penjaminan
Kualiti Jawatankuasa Bimbingan Pentaksiran Alternatif
Pendidikan Rendah (JB PAPR) Sesi Akademik
2023/2024 Negeri Kelantan Bil. 1 Tahun 2023.

Pihak majlis dan kami seluruh warga Sk Tumpat 1 turut


sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua hadirin yang menjayakan
program pada pagi ini.

2. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketaqwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En.
Nasrudin bin Abu Bakar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
….……………………………….
Majlis mengucapkan terima kasih diatas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

3 Ucapan alu- Hadirin yang dihormati sekalian,


aluan Tuan Seterusnya, majlis menjemput Tn. Hj. Husni bin Hasan,
Guru Besar Guru Besar Sk Tumpat 1 untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
….………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan
guru besar di atas ucapan itu tadi.

4 Laporan Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,


Pembentangan Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian kepada
oleh PKPK Laporan Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Pendidikan
Rendah (PAPR) yang akan dibentangkan oleh Puan
Norhaslinda bt Hasan , Penolong Kanan Pendidikan
Khas SK Tumpat 1.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…
….………………
Majlis mengucapakan terima kasih di atas
pembentangan yang padat itu..
5 Ulasan Pegawai Seterusnya, majlis menjemput
KPM/JPN ……………………………………………………………………………………
…………………………………………………… untuk memberi
ulasan di atas pembentangan itu tadi.
Majlis dengan segalanya hormatnya mempersilakan…

6 Penyampaian Majlis seterusnya menjemput Tuan Hj. Husni bin


cenderahati Hasan, Guru Besar Sk Tumpat 1, dengan diringi oleh Pn.
Norhaslinda bt Hasan, Penolong Kanan Pendidikan
Khas untuk menyempurnakan acara penyampaian
cenderahati.
Majlis dengan dengan hormatnya menjemput..

7. Majlis Penutup
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih..
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,
maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima


kasih di atas kehadiran tuan puan serta semua yang
terlibat menjayakan majlis pada kali ini.

Kuda padi berlari-lari


Datang raja dan permaisuri
Jumpa lagi di lain hari
Dengan semangat berseri-seri.
Saya sudahi dengan bacaaan Tasbih Kafarah dan Surah
Al Asr

Anda mungkin juga menyukai