Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI KEBANGSAAN

SK ULU SAPI 2020

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

BERKUMPUL DI
ASTAKA
(BLOK
PENTADBIRAN)

Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya


Demikian gema gempita semangat merdeka
PEMBUKA Kuasa sudah pada kita, Ayuh kita hiasi wajah bangsa
BICARA Dengan jurai-jurai kilauan permata

Demikian, Mengutip sisipan dari puisi Tun Dr Mahathir


Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang tercipta
tanggal 29 Ogos 2001 saya jadikan mukadimah sebagai
pembuka bicara.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya
serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu
dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan,
disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan
minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di
sini bagi Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2020.

Syukur juga kerana dengan izinNya kita berkampung


dalam suasana damai rasa, ceria suasana.

Bagi memberkati acara dan agenda kita, majlis dengan


penuh berbesar hati menjemput dan mempersilakan Al-
fadhil Ustaz Zikrul Hakim tampil seketika untuk memimpin
pembacaan doa.
DOA
****************************************************************
Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


atas pimpinan doa sebentar tadi.

*warga dewan
NYANYIAN LAGU Memulakan majlis, satu penghayatan bersama... terus berdiri
Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama bagi
menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Sabah tanah airku dan menyanyikan 3
Lagu Sekolah buah lagu.

-NEGARAKU
-SABAH
TANAH AIRKU
-LAGU
SEKOLAH
Hadirin hadirat sekalian,

UCAPAN Meneruskan kelangsungan acara,


GURU BESAR Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Roslin Binti Haji
Tanda, Guru Besar, Sek.Keb. Ulu Sapi untuk
menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus melancarkan
gimik Bulan Kebangsaan SK Ulu Sapi 2020. Tuan
dipersilakan.

GIMIK Hadirin dan hadirat sekalian, gimik yang sedang kita


KEMERDEKAAN saksikan merupakan simbolik Kemerdekaan iaitu
pembebasan.

1. Gimik Burung dilepaskan


- dengan melepaskan dan membebaskan burung-burung
pipit sebagai simbolik kemerdekaan.

2. Melepaskan / Mengibarkan bendera


- Membangkitkan sayang dan cinta akan Tanah Air\

Dengan pelancaran gimik sebentar tadi, maka bulan


Kebangsaan SK ulu sapi telahpun dilancarkan dengan
rasminya.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar
atas ucapan yang telah disampaikan..

LAGU Sebagai simbolik penghayatan kita terhadap bulan


PENUTUP kemerdekaan ini,marilah kita sama berdiri bagi
mengalunkan lagu patriotik iaitu Malaysia Bersih.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sbentar td,maka kita


tangguh majlis sambutan bulan kemerdekaan pada satu
majlis penutupan kelak. Sekian terima kasih.
PENUTUP
Sebelum majlis melabuhkan tirainya, saya dengan rendah
hati memohon kemaafan jika ada silap bicara sepanjang
mengendalikan majlis ini.

Sekian, Terima kasih

...arahan kpd murid utk masuk ke kelas masing2.


( up/: guru bertugas)

Anda mungkin juga menyukai