Anda di halaman 1dari 7

MEMBINA AYAT

• S – SUBJEK / SIAPA
• A – AKTIVITI
• + - (TAMBAH) /KATA HUBUNG
• K – KETERANGAN
1. Pak Abu membersihkan longkang yang tersumbat dengan
menggunakan cangkul.
2. Mak Esah menyapu sampah manakala Cik Suzi menyediakan
makanan dan minuman ketika aktiviti bergotong-royong.
3. Encik Heng memotong rumput yang panjang dengan
menggunakan mesin pemotong rumput.
4. Hassan menggali lubang dengan cangkul untuk menanam
tin-tin kosong yang tidak digunakan lagi.
5. Amrita menanam pokok bunga untuk mencantikkan kawasan
kampung.
1. Murid-murid 6 Dahlia beratur untuk menaiki bas sekolah
ke Zoo Negara.

2. Murid-murid melihat haiwan liar dan haiwan jinak yang


terdapat di dalam Zoo Negara.

3. Seorang pengunjung merakamkan gambar seekor buaya


yang berjemur di tepi kolam.

4. Para penonton menyaksikan pertunjukan anjing laut yang


dipersembahkan oleh penjaga zoo.

5. Pekerja zoo sedang memberi makanan kepada burung-


burung merak supaya menjadi lebih jinak.
1. Latif dan pasukannya menyertai acara lumba lari 200 meter pada hari
sukan sekolah.
2. Para ibu bapa dan murid-murid bersorak sambil bertepuk tangan
untuk memberi sokongan kepada atlet acara balapan.
3. Murid-murid berbaris di padang mengikut pasukan rumah sukan
masing-masing sempena Hari Sukan Sekolah.
4. Guru Besar dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang di tengah padang sambil diiringi oleh guru kokurikulum.
5. Para pemenang berdiri di atas podium semasa menerima hadiah
daripada guru besar.

Anda mungkin juga menyukai