Anda di halaman 1dari 12

NAMA SEKOLAH

S.J.K.(T)LADANG WELLESLEY

NAMA : DHANYA A/P RAVINTHARAN NAMA GURU : ENCIK MAHENDRAN KELAS : 4 AGATHIYAR

1) LAWATAN KE KILANG MINUMAN. 2) LAPORAN TEMASYA SUKAN KE-10 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUALANG. 3) LAPORAN AKTIVITI MENCERITAKAN dan mengindahkan KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS. 4) LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN. 5) PELANCARAN KEMPEN BULAN MEMBACA SEKOLAH KEBANGSAAN

ABDUL MALIK.
LAWATAN KE KILANG MINUMAN

Pada 16 November 2009, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Petaling Jaya, Selangor. Rombongan ini disertai oleh 30 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu dan 4 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang proses membuat air minuman berkarbonat. Di samping itu, lawatan ini juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan murid-murid. Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada pukul 10.30 pagi dengan disambut oleh beberapa orang pegawai kilang tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas tentang kilang tersebut oleh salah seorang daripada mereka. Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kami dapati sebahagian besar kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna biru serta sarung tangan ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang untuk mengemukan soalan tentang proses membuat minuman berkarbonat. Ramai peserta yang mengemukan soalan untuk mengetahui maklumat tentang memproses minuman itu. Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di kantin kilang itu. Kami juga diberi setin minuman setiap seorang sebagai cenderahati. Sebelum bertolak balik, ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain telah memberi cenderamata kepada pengurus kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu. Kira-kira pukul 2.00 petang, kami bertolak ke sekolah semula dan sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang itu tetapi kami gembira kerana banyak pengetahuan baru diperoleh. Laporan disediakan oleh, -----------------------------(Nik Syukri b. Nik Sabri) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kulim, Temerloh, Pahang Darul Makmur. 19 NOVEMBER 2009

LAPORAN TEMASYA SUKAN KE-10 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUALANG

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar. Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin. Laporan disediakan oleh, (Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee) 17 MAC 2010

LAPORAN AKTIVITI MENCERITAKAN DAN MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS


Pada 18 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Lunas telah mengadakan aktiviti menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5, 6 dan guru-guru sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, guru ko-korikulum kami iaitu Cikgu Razak telah memberi taklimat kepada semua guru dan murid tentang aktiviti yang akan dijalankan. Murid-murid telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh dua orang guru. Kumpulan pertama dan kedua ditugaskan untuk menanam pokok bunga yang pelbagai jenis di sekitar kawasan sekolah. Antara pokok bunga yang ditanam ialah pokok bunga kertas, orkid, bunga matahari dan lain-lain lagi. Pasu-pasu bunga juga telah dicatkan dengan warna-warna yang menarik.

Kumpulan ketiga dan keempat pula membuat Taman Sains dan Hidroponik. Pelbagai jenis tanaman herba dan sayur-sayuran ditanam di taman ini seperti sireh, sawi, kacang botol dan lain-lain lagi. Manakala, kumpulan kelima dan keenam pula perlu menyediakan pelbagai papan tanda khas. Antara papan tanda yang disediakan ialah melabel nama pokok, nama bangunan dan nama taman.

Pada pukul 10.00 pagi, kami berehat dan menikmati minuman dan juadah kuih-muih di kantin sekolah yang disedia oleh pihak sekolah. Setengah jam kemudian, iaitu pada pukul 11.00 pagi, kami menyambung gotong-royong kembali.

Aktiviti menceria dan menghias kawasan sekolah tamat pada pikul 12.00 tengah hari. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru menikmati makan tengah hari di kantin sekolah. Kami sungguh gembira kerana dapat menyertai aktiviti ini. Kami berharap sekolah kami akan sentiasa bersih dan ceria.

Laporan disediakan oleh , ...................................... (HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

21 OGOS 2009

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN


Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.

Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun. Laporan disediakan oleh, .................................................. (Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi), 25 JANUARI 2010

Setiausaha Persatuan Kemahiran Hidup.

PELANCARAN KEMPEN BULAN MEMBACA SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL MALIK

Pada 25 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Abdul Malik telah mengadakan "Kempen Bulan Membaca" peringkat sekolah. Pelancaran ini telah diadakan di dewan sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid.

Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan perasmian daripada guru besar sekolah kami iaitu Encik Awang Satip b. Mat Salleh.

Pada pukul 8.45 pagi, pertandingan bercerita oleh murid-murid tahap 1 telah diadakan. Pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nurul Wahida. Selepas itu, pertandingan berpidato telah diadakan yang disertai oleh murid-murid tahap 2. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi.

Kemudian, acara melepaskan belon yang tertulis "Mari Membaca" diadakan pada pukul 10.00 pagi sebagai tanda pelancaran kempen tersebut. Selepas itu, diikuti pula dengan pertandingan kuiz yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Bagi pelajar Tahap 1, pertandingan itu dimenangi oleh Siti Hajar, manakala pelajar Tahap 2 pula ia dimenangi oleh Husain.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar sekolah kami kepada para pemenang. Selepas itu, murid-murid dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.

Laporan disediakan oleh,

27 JULAI 2009

..........................................

(Shamsul b. Kamal)

Anda mungkin juga menyukai