Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman’, maka Pusat Sumber SK. Sungai Lui telah bercadang untuk
mengadakan lawatan Kembara NILAM ke Planetarium Negara, kilang coklat
Berly’s dan Bangi Wonderland. Lawatan Kembara NILAM ini dijalankan ialah
untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid SK.
Sungai Lui selain mahu menunjukkan kepada mereka perkembangan dan
kemajuan pesat pembangunan negara.

Melalui program ini juga, selain dapat memberikan kegembiraan kepada murid-
murid, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat negara untuk mengurangkan jurang perbezaan dari
segi ekonomi dan sosial di negara ini, maka program ini diadakan untuk
memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid bagi meneroka dan
menghayati sendiri pembangunan negara. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan
mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, Lawatan Kembara NILAM seperti ini merupakan satu aktiviti sosial
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid
untuk meneroka masa depan yang lebih baik. Murid-murid akan mendapat
pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan memberi ruang kepada murid
merasai pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.

3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada
murid-murid membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang
bersesuaian.
2. Dapat membuka minda murid-murid dengan suasana dan pengalaman
yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
4.0 DESTINASI

Planetarium Negara, kilang coklat Berly’s dan Bangi Wonderland.

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 9 Oktober 2019


Hari : Rabu

6.0 KUMPULAN SASARAN


Program Lawatan Kembara NILAM ini disasarkan kepada 40 orang murid
Tahun 3-6 bersama 4 orang guru pengiring.

7.0 PERBELANJAAN

Sumber kewangan

Bayaran pelajar RM89.00 x 80 pelajar RM7120.00

JUMLAH RM7120.00

Perbelanjaan

Sarapan dan minum RM15.00 x 80 pelajar RM1200.00


petang
Makan tengah hari RM15.00 x 80 pelajar RM1200.00

Bayaran Tiket Bangi RM38.40 X 80 pelajar RM3072.00


Wonderland
Tambang bas RM600 X2 Bas RM1200.00

Banner RM120 RM120

Perbelanjaan Runcit RM160 RM328.00

JUMLAH RM7120.00
8.0 Jawatankuasa Lawatan Kembara NILAM
Penasihat : En. Azril Sham bin Mohamed (Guru Besar)
Cik Hariati binti Yusoff (PKP Kurikulum)
En. Rozali bin Ismail (GPK HEM)
En. Anas Mushdi bin Abdul Aziz (GPK Kokurikulum)

Penyelaras Kem Kembara NILAM : Pn. Rodziah bt. Ahmad


Setiausaha : Pn. Rodziah bt. Ahmad
Bendahari : Pn. Zaiton bt. Yahya

Ahli Jawatankuasa

Pengangkutan : Pn. Noraliza bt. Naharudin


Makanan dan minuman : Pn. Siti Maimon bt. Marsio
Dokumentasi : Pn. Nik Siti Maria bt. Nik Yaacob
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

1. Setiausaha
- Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan proram lawatan.

- Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang


perkembangan terkini urusan program.

- Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan


AJK.

2. Bendahari
- Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan
- Menghubungi pihak bas.

- Menyewa bas dan bayaran bas, memastikan bas mempunyai permit


dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar di dalam bas.

4. AJK Makanan & Minuman


- Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

5. AJK Dokumentasi
- Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi dan
mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.
9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI CATATAN

7.15 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan

8.00 pagi Bertolak dari sekolah ke Planetarium


Negara.

9.00 pagi Tiba di Planetarium Negara.

11.30 pagi Kilang Coklat Berly’s Seri Kembangan.

12.30 tengah hari Makan tengah hari di Bangi Wonderland.

1.30 petang Solat zohor

2.00 petang Aktiviti di dalam Bangi Wonderland.

5.00 petang Bertolak pulang dengan menaiki bas


sekolah ke SK. Sungai Lui.

10.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan
baru kepada murid-murid SK. Sungai Lui. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama
rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat
kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :

……………………………

(RODZIAH BINTI AHMAD)

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

SK. SUNGAI LUI, HULU LANGAT

Anda mungkin juga menyukai