Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

LAWATAN KE PAMERAN 1001 INVENTIONS


KEGEMILANGAN TAMADUN MUSLIM DAN KILANG COCA COLA

1. Pendahuluan
Murid-murid SK LB Johnson yang pada dasarnya murid Felda kurang berpeluang untuk mengikuti
mana-mana program lawatan sambil belajar terutamanya melibatkan lawatan ke luar Negeri
Sembilan. Dengan adanya program lawatan seumpama ini khususnya kepada murid-murid tahap 2,
minda mereka akan lebih terbuka seterusnya menambahkan pengetahuan dan pengalaman mereka.

2. Rasional
Murid-murid di beri peluang untuk melihat sendiri kejayaan sains, teknologi dan kebudayaan Tamadun
Muslim dari Abad ke 7 hingga ke 17. Selain itu, murid juga dapat mengenali tokoh-tokoh dari era
Tamadun Muslim yang mempelopori bidang sains dan teknolgi. Disamping itu juga, murid-murid
didedahkan dengan proses-proses pembuatan minuman dan penghasilan coklat.

3. Objektif Khusus
Menyediakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah melalui pemerhatian dan pengalaman sebenar
murid.

4. Objektif Am
4.1. Menanam sifat saintifik melalui mata pelajaran Sains dengan mengenali tokoh-tokoh dari era
Tamadun Muslim yang telah meletakkan asas sains dan teknologi dalam dunia sejagat .
4.2. Memberi peluang kepada murid melihat sendiri teknologi yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh di
era Tamadun Muslim.
4.3. Menyemai minat murid terhadap dunia Sains dan Teknologi.
4.4 Menambah pengetahuan murid-murid dalam sector penghasilan makanan dan minuman.

5. Sasaran/peserta
Murid-murid tahap 2.

6. Tarikh Program
Program Lawatan Sambil Belajar ini akan diadakan pada 24 Mei 2014.

7. Penganjur
Sekolah Kebangsaan L.B. Johnson dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (P.I.B.G.)

1
8. Pengangkutan
Pihak penganjur akan menggunakan bas Syarikat Adikmie, Desa Melati, Bandar Baru Nilai.

9. Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pn. Rohana binti Mohd. Zain (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Noor Aida binti Dapun (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Siti Hawa binti Abdullah (GPK HEM)
Pn. Mona Liza binti Ishak (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Hjh Robiah binti Karim
Setiausaha : En. Ruhaizat Bin A. Razak
Bendahari : Pn. Nur Hidayah binti Zainuddin
AJK : En. Hamizon b Mohd Aris
: Pn. Norimah bt Ahmad
: Cik Nur Asimah bt Ismail
: Cik Siti Mariam bt Mat Seden
: Pn Azizah Bt Berdan
: Pn Kartini Bt Yaacob
: En Mohd Hafis B Jasim
: Pn Jamaliah Bt Abd Ghani
: Cik Maryam Muneerah Bt Ahmad
: En Azizi B Ludin
: Pn Norhaslieza Bt Mohammad

10. Kos Lawatan


Bil Perkara Kos Jumlah
1 Kos Pengangkutan bas RM600.00 x 3 RM1800.00
2 Makan dan minum RM10.00 x 108 RM1080.00
3 Tiket Melawat Tempat (murid) RM15 x 108 RM1620.00
4 Tiket Melawat Tempat (guru) RM20 x 15 RM 300.00
5 Runcit RM145.00 RM145.00
JUMLAH RM4945.00

11. Punca Kewangan


Bil Perkara Anggaran Terima Jumlah
1 Bayaran daripada Murid RM40 x 108 orang RM4320.00
2
2 Bayaran daripada Guru RM35 x 15 RM525.00
3 Sumbangan PIBG RM100.00 RM100.00
JUMLAH RM4945.00

12. Tentatif Program Lawatan

Sabtu, 24 Mei 2014

8.30 pagi – Bertolak dari SK LB Johnson.


9.30 pagi - Sampai di Pusat Sains Negara.
1.00 tengahari - Rehat, solat Zohor dan makan tengahari di Pusat Sains Negara.
2.00 petang - Bertolak ke Kilang Coklat Beryls
4.30 petang - Bertolak ke Kilang Coca Cola.
6.00 petang - Bertolak pulang.
6.30 petang - Tiba di sekolah.

13. Penutup
Pihak penganjur amat berharap agar progam lawatan ini berjalan dengan lancar dan mendapat
sokongan daripada semua pihak seterusnya mencapai objektif lawatan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(EN. RUHAIZAT BIN A RAZAK) (PN. MONA LIZA BT ISHAK)


Setiausaha, GPK KoKurikulum,
Lawatan Sambil Belajar. SK LB. Johnson.
71760 Seremban.

Disahkan oleh,

(PN. ROHANA BINTI MOHD. ZIN)


Guru Besar,
SK LB Johnson,
7760 Seremban.

Anda mungkin juga menyukai