Anda di halaman 1dari 4

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU

PENOLONG KANAN DAN COP

KERTAS KERJA LAWATAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG DOMINOS, PLANETARIUM NEGARA DAN


FARM IN THE CITY TAHUN 2019

1.0 PENDAHULUAN

Murid merupakan klien utama kepada guru sekolah. Pembangunan dan kecemerlangan sahsiah diri
seorang murid dibentuk dan dibimbing oleh ibu bapa dan juga guru-guru di sekolah. Program ini
bertujuan untuk melahirkan ikon murid yang mempunyai ciri-ciri ketrampilan, mempunyai minda yang
cerdas, mahir berkomunikasi dan berakhlak mulia. Ia selari dengan enam aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

2.0 RASIONAL

Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti atau kegiatan yang akan memberikan rasa santai , rekreasi
dan memupuk perasaan muhibbah di antara murid dan guru. Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai
situasi dan ruang di luar persekitaran sekolah untuk meningkatkan penghargaan kendiri mereka serta dapat
menambah pengetahuan mereka dengan pelbagai prospek kerjaya yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, program
Lawatan Sambil Belajar ini perlu dijalankan.

3.0 MATLAMAT

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar SK
Taman Desaminium. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya
boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan.

4.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat:


4.1 pengetahuan dan pengalaman tentang betapa perlunya ilmu pengetahuan untuk memastikan
pembangunan Negara
4.2 pendedahan tentang bentuk peluang dan cabaran yang akan dihadapi di bidang kerjaya pada masa
akan datang.
4.3 merangsangkan untuk menumpukan perhatian terhadap kecemerlangan akademik
5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan dan Hari :30 April 2019 (Selasa)


5.2 Tempat : Kilang Dominos,Planetarium Negara dan Farm in the city
5.3 Bilangan Peserta :40 orang murid
5.4 Bilangan Guru :4
5.5 Negara Yang Dilawati :Malaysia

6.0 KUMPULAN SARASAN

40 orang murid SK Taman Desaminium yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En A.Rahim Bin Mohd Mislani (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : En.Abd Halim B Abd Rahman (GPK Ko kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Puan Hajah Hamsanah Binti Hussain (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : Puan Faridah Binti Muntalib (GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras Program : En. Sharmathevan a/l Ranu

Setiausaha : Pn.Valeie a/p Subramaniam

Bendahari : Pn.Noriza binti Abu Zabri

AJK Pelaksana : Encik Khairul Anuar bin Che Adam


Pn. Norazira binti Mhd Nor
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En.A.Rahim Bin Mohd Mislani (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Hamsanah Binti Hussain (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Muntalib (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : En.Abd Halim B Abd Rahman (GPK Ko kurikulum)

Penyelaras Program : En.Sharmathevan a/l Ranu

Setiausaha : Pn.Valeie a/p Subramaniam

Bendahari : Pn.Noriza binti Abu Zabri

Pn. Norazira binti Mhd Nor

AJK Pelaksana : Encik Khairul Anuar bin Che Adam


Pn. Norazira binti Mhd Nor

9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 30.04.2019 (SELASA)

8.00 Pagi : Berkumpul di SK Taman Desaminium


Taklimat oleh guru penyelaras
8.15 pagi : Bertolak ke Kilang Dominos dengan menaiki bas

9.00 pagi :Ketibaan di Kilang Dominos


Ucapan aluan dan taklimat oleh Pegawai Kilang Dominos
Tayangan video tentang proses pembuatan Dominos
Lawatan sekitar Kilang Dominos
Bersarapan di Dominos Pizza

10.30 pagi : Bertolak ke Planetarium Negara

11.10 pagi :Sampai di Planetarium Negara


Melihat pameran Sains

12.30 tengahari : Makan tengahari di KFC

2.00 petang : Bertolak ke Farm in the City

2.30 petang : Sampai di Farm in the city


Taklimat ringkas oleh pemandu pelancong
Melihat pelbagai spesies haiwan
Sesi bergambar

4.00 petang :Sampai di SK Taman Desaminium


10.0 PUNCA PENDAPATAN WANG

10.1 Yuran daripada murid RM 85.00 x 40 orang = RM 3400

10.2 Punca Pendapatan lain-lain = Tiada

JUMLAH BESAR RM. 3400.00

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 40 orang pelajar X RM. 10 = RM. 400.00

10.2 Penginapan - orang Pelajar X RM. - = RM. -

10.3 Makan 40 orang pelajar X RM. 20 = RM. 800.00

10.4 Lain-lain bayaran 40 orang pelajar X RM. 55 = RM. 2200.00


(Tiket)

JUMLAH BESAR RM. 3400.00

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membentuk dan membuka minda peserta untuk menjadi seorang
murid yang mempunyai sahsiah cemerlang dan terbilang dari semua aspek termasuklah akademik dan
pembangunan diri. Selain itu diharap agar aktiviti yang dilaksanakan melalui program ini dapat
mencetus satu bidang kerjaya yang diminati oleh peserta.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh

………………………… …………………………. …………………………


(Sharmathevan a/l Ranu ) (Abd Halim B Abd Rahman) (A.Rahim Bin Mohd Mislani)
Guru Penyelaras PK Ko Kurikulum Guru Besar

Nota: Cetakan computer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai