Anda di halaman 1dari 14

Karangan Internet Menyebarkan Informasi Masyarakat? Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah.

Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas. Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain. Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan siber (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program

dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi. Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.

A Ipts

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara yang amat menitikberatkan pendidikan kepada rakyatnya bermula dari pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan menengah dan pendidikan tinggi. Ini kerana kerajaan menyedari bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam pembinaan sesuatu bangsa dan negara. Wawasan 2020 juga telah mengungkapkan sebuah visi tentang upaya Malaysia untuk menjadi sebuah negara, bangsa dan masyarakat industri yang maju. 2.0 3.0 DEFINISI RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

Dewasa ini kita menyaksikan penubuhan IPTS yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara kita. Perkembangan ini bertambah selepas kelulusan akta IPTS 1996 yang melonggarkan penubuhan IPTS serta universiti asing di sini. Sekarang ini Kementerian Pendidikan ( KP ) telah membenarkan pembukaan 524 buah IPTS di seluruh negara. Kebanyakan daripada IPTS ini menawarkan kursus tersendiri seperti perakaunan, pemasaran, teknologi maklumat dan sebagainya. Sesetengahnya pula menjalankan program berkembar dengan IPT dalam dan luar negara. baru-baru ini kerajaan telah meluluskan 10 buah IPTS melaksanakan program berkembar sepenuhnya di dalam negara menggunakan sistem 3 + 1. Ini bermakna, pelajar yang mengikuti program ini tidak lagi perlu ke luar negara untuk menamatkan pelajaran mereka seperti

sistem yang diamalkan sebelum ini. Sebelum ini sistem yang diamalkan ialah sistem 2 + 1 dan 1 + 3. Sistem-sistem ini memerlukan pelajar belajar di dalam negara selama dua tahun dan satu tahun di dalam negara. Sistem 1 + 3 pula bermakna pelajar belajar di dalam negara selama satu tahun dan dua tahun di luar negara. Ada juga IPTS yang menjalankan program franchais dengan IPT tempatan. Setakat ini KP telah meluluskan 5 buah IPTA untuk memfranchaiskan program matrikulasinya di IPTS. Najib Tun Razak berpendapat franchais program ini dijalankan bukan untuk mengkomersilkan sistem pendidikan negara tetapi untuk menyediakan tempat serta kemudahan yang lebih ( UM, 2/6/98 ) Kita juga melihat walaupun peruntukan kepada kementerian telah dikurangkan termasuk belanja pembangunan dan pengurusan tetapi tempat untuk matrikulasi bagi lepasan SPM san SPVM telah bertambah sebanyak 24%. KEBAIKAN Membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk ke IPT Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1997 menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang adalah terlalu ramai. Ini menyebabkan pertambahan dalam bilangan pelajar yang layak ke IPT berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. jadi, tempat di IPT adalah tidak mencukupi. Ini ditambah pula dengan keputusan kerajaan untuk tidak lagi

menghantar pelajar-pelajar ke luar negara yang biasanya diselenggarakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akibat dari krisis ekonomi yang melanda negara. Oleh itu permintaan untuk ke IPT bertambah berbanding dengan sebelum ini. Jika IPTA tidak memfrancaiskan program-program mereka, tentunya IPTA tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi ini. Keputusan SPM baru-baru ini menunjukkan jumlah pelajar lepasan SPM yang mendapat pangkat satu ialah seramai sementara dalam SPVM pula seramai STPM pula menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat kelulusan penuh ialah Pusat Asasi Sains UM hanya boleh menampung pelajar seramai 900 orang sahaja untuk satu semester sebab itulah ia terpaksa menghantar 1900 orang lagi ke IPTS. Dapat melahirkan ramai graduan profesional Matrikulasi merupakan program yang menjamin pelajar-pelajar memasuki universiti. Ini bermakna, apabila pelajar-pelajar yang memasuki matrikulasi adalah ramai, maka pelajar yang akan memasuki IPT juga akan ramai. Ini akan dapat melahirkan graduan profesional untuk memenuhi keperluan negara. Negara amat memerlukan pakarpakar dalam berbagai bidang. Wawasan 2020 telah menggariskan visi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan ini diharapkan dapat membantu Malaysia mencapai matlamatnya.

Sebagai contoh, Pusat Teknologi dan Pengurusan lanjutan yang mengadakan franchais program bagi USM dan UPM mampu menampung. USM memberikan kurikulum, peperiksaan, pemantauan mutu serta pemilihan calon sementara PTPL menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan pembelajaran. Persaingan dalam pelajaran Apabila IPTA menetapkan hanya pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang sahaja yang akan ditempatkan di kampus induk, maka pelajar-pelajar akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang daripada orang lain. Ini mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar di mana mereka masing-masing akan berlumba untuk mendapat keputusan yang paling baik dalam peperiksaan. Ini akan menghasilkan pelajar yang berkualiti akademiknya. Pihak pentadbiran Universiti Malaya telah menetapkan hanya pelajar-pelajar yang mendapat 12 agregat dan ke bawah sahaja yang akan mengikuti program Asasi Sains di kampus induk. Yang lain-lainnya ditempatkan di IPTS memandangkan penempatan adalah terhad di kampus induk. Fenomena ini akan menyebabkan pelajar bersaing untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada orang lain. Ini juga boleh dianggap sebagai satu pendorong kepada pelajar untuk belajar dan berusaha lebih tekun lagi. KEBURUKAN

Yuran pengajian yang tinggi Yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar-pelajar matrikulasi oleh IPTS adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan yuran di kampus induk. Sebagai contoh, yuran untuk pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi di kampus induk Universiti Putra Malaysia adalah sekitar RM1,500 untuk satu semester. Tetapi bagi pelajar yang mengikuti kursus tersebut di IPTS, yurannya berjumlah lebih daripada RM4,000 satu semester ( Utusan Malaysia, 1998 ). Jumlah ini menunjukkan hanya golongan berada sahaja yang mampu memasuki IPTS ini. Dualisme dalam sistem pendidikan Pelaksanaan sistem franchais ini menyebabkan berlakunya dualisme dalam sistem pendidikan negara di mana yuran yang tinggi menyebabkan hanya golongan yang kaya sahaja yang dapat memasukinya. Bagi golongan miskin, mereka terpaksa melupakan hasrat itu kerana ketidakmampuannya itu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan ( KPPK ), Siva Subramaniam berpendapat pelaksanaan sistem franchais ini hanya diikuti oleh pelajarpelajar dari golongan berada sahaja manakala golongan yang miskin akan terpinggir. Yuran yang tinggi akan membebankan rakyat dan mengakibatkan pelajar-pelajar yang cemerlang tetapi miskin gagal untuk memasuki IPT ( BH,11/6/98). Ini bermakna kejayaan yang cemerlang bukanlah tiket untuk ke menara gading. Fenomena ini mungkin akan menurunkan semangat pelajar-pelajar miskin unruk terus berusaha dalam pelajaran. Mereka berpendapat

untuk apa mereka bertungkus lumus belajar untuk dapat keputusan yang baik sedangkan belum tentu impian mereka untuk ke menara gading tercapai disebabkan ketidakmampuan mereka. Kemudahan prasarana adalah kurang Adalah didapati, kemudahan-kemudahan yang disediakan di IPTS gagl memuaskan hati para pelajar dan ibubapa. Sesetengah IPTS melaksanakan program franchais ini di bangunanbangunan kedai, dan sebagainya. Tempat penginapan pula usang, sempit dan tidak selesa. Sesetengah IPTS tidak mempunyai makmal komputer dan makmal sains yang memuaskan. Ini menimbulkan ketidakadilan kepada para pelajar kerana para pelajar terpaksa membayar lebih tetapi kemudahan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran. Ini bermakna, bayaran tersebut tidak berbaloi berbanding dengan apa yang diperolehi. Kekurangan kemudahan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka dengan baik dengan pelajaran. Para pelajar tidak akan dapat belajar dengan sempurna dan jika ini berterusan, maka pelajar-pelajar yang akan dilahirkan adalah pelajar yang tidak berkualiti. Tenaga pengajar yang tidak terlatih dan tidak berpengalaman Kebanyakan guru-guru yang ada tidak terlatih dan tidak berpengalaman dalam bidang pendidikan. Ini akan mendatangkan keburukan kepada perkembangan ilmu. Disamping itu ia juga sukar pelajar mencapai kecemerlangan kerana

dibelenggu oleh masalah sukar untuk menjelaskan yuran. Persekitaran Terdapat sesetengah IPTS yang melaksanakan program franchais ini di kawasan yang tidak sesuai untuk pembelajaran. Sebagai contoh : Institut Goon, dijalankan berhampiran dengan kedai nombor ekor, pusat-pusat snuker serta permainan video yang terletak berhampiran dengan kolej. Tempat penginapan pelajar lelaki dan perempuan tidak diasingkan dan ini akan menggalakkan masalah sosial memandangkan para pelajar kebanyakannya berumur di bawah 19 tahun sahaja. Ciri-ciri keselamatan pula tidak menunjukkan ianya dilaksanakan dengan baik. Tidak ada pengawal keselamatn yang ditugaskan untuk mengawal keselamatn pelajar walaupun ada pondok pengawal yang disediakan. Keadaan yang serba kekurangan ini menyebabkan pelajar tidak dapat belajar dengan selesa. CADANGAN Mengekalkan program matrikulasi di IPTA sedia ada dengan kapasiti pelajar yang mampu diambil oleh pusat berkenaan. Masalah tahun ini adalah pelajar berganda daripada kemampuan yang ada. mengekalkan pengambilan khas untuk pelajar cemerlang yang dulunya diambil untuk program persediaan pelajar ke luar negara

Ipt

TAJUK: Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian

Tinggi Awam
Sinopsis Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah berjaya menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu terutama golongan pendidik, pemimpin masyarakat dan politik. Ia berpunca daripada satu laporan kononnya pelajar bumiputera tidak mampu memenuhi kuota yang disediakan oleh IPTA berkenaan.Masyarakat Melayu semakin resah apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kesediaan kerajaan menghapuskan system kuota bagi kemasukan pelajar ke IPTA sekiranya langkah itu dipersetujui rakyat. Kenyataan Perdana Menteri itu, menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak.Ada pihak yang menyokong, ada pihak yang ragu-ragu dan tidak kurang juga ada yang membantah kerana mereka lihat tindakan itu sebagai merampas hak bumiputera. Kekusutan itu berakhir apabila Kementerian Pendidikan menjelaskan perkara yang sebenarnya bahawa tidak wujud kekosongan seperti yang dilaporkan. Kuota itu sudah dipenuhi malahan ramai yang tidak dapat memasuki IPTA. Ramai di kalangan bumiputera yang menarik nafas lega dan berpuas hati dengan penjelasan Kementerian Pendidikan itu. Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya masyarakat bumiputera harus mula menyedari dan menginsafi bahawa peluang yang ada sekiranya tidak mampu diisi , ia akan diisi oleh orang lain. Justeru itu dalam keratan akhbar yang dipilih, rencana ini telah dapat mengupas kepentingan system meritokrasi kepada kemajuan orang melayu . Perbincangan ini telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Seranta Kongres Pendidikan Melayu Pertamayang juga bekas pensyarah, Dr Alias Mohamed. Beliau menerangkan maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini,meritokrasi yang diamalkan oleh masyarakat bukan melayu, kebaikan meritokrasi dan system kuota pada masa akan datang.Sesungguhnya dengan penerangan yang diberikan oleh beliau sekurang-kurangnya dapat saya membincangkannya dalam tugasan sosiologi saya. Pengenalan Unsur-unsur kebimbangan jelas tertera dalam kebanyakan reaksi yang dikemukakan oleh pelbagai pihak mengenai cadangan kerajaan menggunakan dasar meritokrasi bagi pemilihan pelajar-pelajar ke IPTA dan yang akan diberi pelbagai bantuan dan kemudahan tambahan setelah dipilih. Malah ada pihak yang turut menyatakan kebimbangan masing-masing akan implikasi penggunaan dasar itu. Kononnya, penggunaan dasar meritokrasi akan menyekat peluang pelajarpelajar Melayu(bumiputera) ,khususnya mereka yang dating dari luar Bandar, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama ada pula pihak yang mendakwa bahawa tindakan menggunakan dasar meritokrasi adalah keterlaluan . Tidak syak lagi, sebahagian daripada unsure-unsur kebimbangan dan dakwaan ini berpunca daripada kekeliruan mengenai dasar meritokrasi yang akan dilaksanakan itu. Meritokrasi sebenarnya telah diterima dan diamalkan oleh kebanyakan masyarakat secara sedar

atau tidak sedar dalam kehidupan seharian mereka contohnya pemberian hadiah kepada muridmurid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam peperiksaan., system penggredan peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman atau awam contohnya PMR,SPM dan lain-lain. Terdapat banyak kelebihan sekiranya sistem meritokrasi diamalkan di antaranya kita akan dapat masyarakat yang berkualiti, dapat meminimakan jurang pengkelasan dan membuka peluang kepada individu yang berkebolehan dari kalangan rakyat bawahan dan miskin. Definisi Meritokrasi berasal daripada dua perkataan iaitu merit dan krasi. Merit bermaksud kepujian atau kecemerlangan atau dalam bahasa mudah,bermakna hanya yang terbaik layak manakala krasi pula berasal daripada perkataan latin iaitu pemerintahan atau sistem pentadbiran sesebuah negara. Definisi lain pula, meritokrasi bermaksud status social boleh dimiliki melalui pencapaian akademik dan bukannya melalui kriteria askripsi. Pencapaian boleh diperolehi oleh setiap individu berdasarkan keupayaan dan kebolehan semulajadi sedia ada. Terdapat dua jenis meritokrasi yang utama iaitu moderated meritocracy dan unrestricted meritocracy. Bagi tafsiran-tafsiran lain pula, meritokrasi ialah sistem yang menggalakkan individu yang berkebolehan dipilih dan dibantu berdasarkan pencapaian yang dimiliki oleh mereka. Ia juga adalah satu sistem sosial di mana individu manusia dipilih berdasarkan kebolehan, intelektual dan amalan dan bukannya prinsip kekayaan, penampilan, latarbelakang keluarga atau status sosio-ekonomi mereka. Menurut Dr. Alias Mohamed, pelaksanaan meritokrasi dalam bidang pendidikan terutama pada peringkat IPTA dapat menjamin hanya anak Melayu yang terbaik di antara beribu-ribu mereka yang layak diterima masuk ke universiti. Menurut Amir Hassan Dawi, sistem pendidikan Malaysia moden meneruskan dasar-dasar meritokrasi dalam pendidikan melalui pengaliran. Setelah memasuki sistem persekolahan, seseorang itu akan menerima pendidikan dan bersaing antara satu sama lain. Persaingan disahkan oleh sistem peperiksaan. Murid murid yang intelligen telah diutamakan dalam sistem.Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan murid-murid mengikut tahap intelligen dalam bilik darjah berlainan. Namun begitu bagi kemasukan ke IPTA di Malaysia, Amir Hassan Dawi mempunyai pandangan beliau sendiri. Meritokrasi untuk kemasukan ke IPTA tidak diamalkan di Malaysia sebaliknya kuota yang diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu telah menjejaskan kecemerlangan akademik mereka.Kelayakan masuk ke IPTA bagi pelajar-pelajar Melayu lebih rendah berbanding pelajarpelajar bukan bumiputera. Ini menyebabkan pelajar-pelajar Bumiputera tidak perlu berusaha lebih untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Teori Sosiologi Yang Berkaitan Dengan Isu. Teori Fungsionalisme Teori yang berkaitan dengan tajuk ini ialah teori fungsionalisme. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagianbahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Menurut teori ini, strukturstruktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White(1989:9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk

menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan. Di samping itu proses evolusi juga akan melenyapkan segala apa yang ada pada struktur yang tidaklagi diperlukan oleh masyarakat. Oleh itu jelas bahawa teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggotaanggota masyarakat atau konsensus untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.(Amir Hasan Dawi: 29). Di Malaysia, sistem pendidikan masih mengekalkan kehendak pendekatan fungsionalisme kerana Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.Dasar meritokrasi mungkin akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tetapi tidak setulen dasar atau sistem yang dipelopori oleh pihakpihak yang berpendapat bahawa sesiapa sahaja sepatutnya diberi peluang yang sama berdasarkan kemampuan, kebolehan dan pencapaian masing-masing. Untuk menjalankan sistem meritokrasi di Malaysia , teradapat banyak perkara yang perlu dikenalpasti. Sebagai permulaan kita perlu mengenalpasti struktur-struktur sosial. Kemudian peranan-peranan yang dimainkan oleh struktur-struktur berkenaan dan peraturan-peraturan yang mengawal perjalanannya perlu dikesan. Teori fungsionalisme akan mengkaji bagaimana sistem sosial bergerak atau berfungsi. Kita cuba menilai sejauh manakah perjalanan sistem sosial membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Dengan itu kita akan melihat sama ada proses yang berlaku pada struktur-struktur berlangsung dan berjaya mencapai apa yang dijangkakan ataupun kesudahannya tidak sebagaimana yang diharapkan. Apa yang telah dibincangkan oleh Dr. Alias Mohamed, masyarakat Malaysia perlu memahami kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa sistem kuota akan terus dikekalkan walaupun meritokrasi diperkenalkan. Beliau juga berkata, walaupun meritokrasi akan dilaksanakan dengan mengekalkan sistem kuota, masyarakat Melayu perlu ingat bahawa pencapaian mereka dalam pelbagai bidang masih lagi rendah.Sistem kuota mungkin tidak digunakan apabila tiba satu masa kelak jumlah penduduk Cina lebih tinggi daripada Melayu. Ada pendapat mengatakan keadaan itu pasti akan berlaku selepas 100 tahun akan datang ataupun menjelang tahun 2030. Definisi satu konsep daripada tiga konsep yang berkaitan dengan isu. Definisi Mobiliti Sosial Kemajuan sesebuah negara menyebabkan taraf sosioekonomi sesebuah masyarakat berubahubah. Golongan yang mempunyai kesedaran kepentingan pendidikan biasanya berlumba-lumba untuk memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar masa depan keluarga lebih baik daripada keluarga. Dengan cara ini sahaja dapat meningkatkan taraf hidup atau mobility social khususnya golongan bawahan. Menurut John Jarolimek(1981): Social mobility refers to the movement of person upwards or downwards in the social structur. Lower middle-class parents, for instance, who want their children to get good education in order to become lawyer, doctor, scientists or business executives are expressing an aspiration for the upwards social mobility of their children. Menurut Noran Fauziah Yaakub(1990) menjelaskan mobility social ialah perubahan kedudukan dalam system susun lapis: pertambahan atau kekurangan pendapatan atau kekayaan atau keduaduanya sekali; pertambahan atau kekurangan kuasa; pertambahan atau kekurangan prestij.

Kesimpulan daripada definisi di atas ialah tidak ada cara lain yang dapat membantu untuk meningkatkan taraf hidup sosialnya melainkan dengan pendidikan. Analisis isu berdasarkan 3 konsep yang sesuai. Daripada isu yang telah dipilih ini, terdapat tiga konsep yang berkaitan iaitu: a)mobiliti sosial b)modenisasi c)reformasi pendidikan a)Mobiliti sosial Pendidikan merupakan factor yang penting bagi meningkatkan taraf hidup seseorang. Semua negara di dunia ini inginkan rakyatnya maju dalam bidang pendidikan contohnya Amerika Syarikat ,England dan lain-lain negara maju. Begitu juga Malaysia pada masa kini, boleh dikatakan perubahan dalam bidang pendidikan sedang berlaku apabila menjelang wawasan 2020. Dengan adanya pendemokrasian dalam bidang pendidikan , semua rakyat berpeluang untuk mendapatkannya sehingga ke peringkat universiti. Apabila mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran ,maka mereka berpeluang mengubah mobiliti diri dan keluarga ke arah yang lebih tinggi. Begitu juga sekiranya meritokrasi diamalkan di IPTA, ia mungkin dapat membangunkan mobiliti masyarakat dan bangsa Melayu yang kuat serta memiliki daya saing yang tinggi. Kebanyakan anak Melayu bukanlah lemah dan gagal mencapai kecemerlangan akademik tetapi masalah yang membelenggu anak Melayu ialah sikap dan kesungguhan mereka untuk belajar berbanding dengan Cina dan India. b) Modenisasi Modenisasi boleh diterima sebagai keadaan masyarakat tradisional memodenkan sikap, autoriti, hubungan dari nilai-nilai yang lama kepada yang baru.Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden. Pendidikan di Malaysia telah mengalami modenisasi secara beransur-ansur dengan adanya pertemuan dengan gejala barat. Dalam pengisian kemerdekaan, pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan dalam memodenisasikan pendidikan negara. Segala perubahan ke arah kemodenan memerlukan pemikir dan pelaksana. Oleh itu ramai rakyat Malaysia yang pintar dihantar melanjutkan pelajaran ke negara-negara maju dengan harapan supaya mereka pulang ke tanahair, mereka akan dapat memodenkan negara. Di dalam rencana yang dipilih ini, Dr Alias mengatakan bahawa kesan daripada amalan meritokrasi yang dilaksanakan , pelajar MCKK yang berjaya dikeluarkan dulu terutama ketika pra dan awal merdeka adalah antara lepasan pelajar yang paling baik dan menonjol bakatnya berbanding dengan pelajar lain.Dengan adanya mereka ini dapat membantu membangunkan negara. c) Reformasi pendidikan Komitmen kerajaan terhadap reformasi pendidikan juga jelas ditunjukkan dengan pertambahan peruntukan pendidikan pada setiap tahun.Sejak merdeka hingga kini,banyak kemudahan pendidikan telah dibangunkan. Untuk menghadapi abad ke 21 berbagai-bagai strategi telah diatur dan salah satunya adalah pelaksanaan sistem meritokrasi secara berperingkat. Sistem kuota mungkin tidak diperlukan lagi apabila jumlah penduduk Cina lebih tinggi daripada Melayu. Meritokrasi merupakan cabaran bagi pelajar-pelajar Melayu untuk menjana semangat juang yang

lebih tinggi,meningkatkan iltizam keilmuan dan keintelektualan, merangsang produktiviti dan kecekapan. Meritokrasi juga boleh dijadikan mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih kasih,pilih bulu dan kronisme. Dalam Islam sendiri, meritokrasi menjadi keutamaan dalam banyak perkara contohnya untuk menjadi seseorang pemimpin, seseorang itu mesti memiliki cirri-ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu,bertanggungjawab, amanah dan taat pada perintah Allah.Kesimpulannya apa-apa juga kemestian atau syarat dalam sesuatu amalan,di situlah terletaknya unsure meritokrasi secara langsung. Cadangan dan Kesimpulan Pada pendapat saya pelaksanaan meritokrasi seperti yang dicadangkan oleh kerajaan mesti dipandang secara positif selagi ia tidak mengorbankan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Selagi ia bertujuan untuk menaikkan taraf, kedudukan dan maruah orang-orang Melayu, ia wajar disokong demi kebaikan bersama. Dasar meritokrasi ini seharusnya mencabar para pentadbir dan guru-guru supaya berusaha dengan lebih cekap dan kreatif serta komitmen yang lebih besar. Pihak yang lebih wajar berusaha dengan kuat dan gigih tentulah para pelajar Melayu itu sendiri. Sikap sambil lewa dan enggan bersusah payah mencapai kejayaan, dalam apa-apa keadaan sekalipun, tidak akan menjadi seseorang itu cemerlang. Maka dasar meritokarasi yang akan dilaksanakan perlu dijadikan cabaran untuk membuktikan bahawa kemampuan, kebolehan dan pencapaian yang tinggi, segala persaingan boleh dimenangi dan segala rintangan boleh diatasi.

Anda mungkin juga menyukai